Tips Komputer & Kos




Page Tips Komputer & Kos ini aku wujudkan khas untuk dijadikan rujukan dan dikongsi bersama. Beberapa tips dan kos-kos pembelian komputer, perkakasan, aksesori pada harga patut yang jarang didedahkan. Malah kos pembaikian komputer juga aku boleh kongsikan harga yang patut dibayar dan ditanggung oleh pembeli/ pengguna. Juga apa saja mengenai waranti komputer atau perkakasan, penilaian kos dalam sebutharga (mengikut bentuk bayaran sama ada cash, cek atau LO) serta apa saja pertanyaan kerosakan komputer dan penjagaan komputer.

Tujuan:
1. Agar korang tidak menanggung kos lebih dari yang sepatutnya.
2. Agar korang tidak tertipu atau rasa tertipu.
3. Agar korang tahu hak yang ada.
4. Supaya korang tahu bentuk kerosakan dan patut dibaiki atau tidak.
5. Untuk perbandingan harga yang sepatutnya.
6. Untuk kita sama-sama berkongsi info, tips, cara dan kaedah dan macam-macam lagi.

Page ni untuk siapa?
1. Untuk korang yang nak beli komputer baru atau perkakasannya.
2. Untuk korang bandingkan kos sebutharga (jika pembelian untuk jabatan, pejabat, perniagaan).
3. Untuk kita sama-sama lihat apakah kos pembaikian yang patut ditanggung dan kos servis.
4. Untuk korang yang inginkan tips berguna, tempat rujukan dan pertanyaan.

Link posting berkaitan

2 comments:

Encik Moshuchi said...

salam,

berkenaan masalah laptop saya tu, saya rasa ada masalah dgn windows startup.

oke..bila on dia akan running sekejap, pastu keluar background biru yg banyak tulisan sekejap..dlm kiraan 100 ia hilang.

lepas tu running lagi..ada keluar jenama laptop..lepas tu keluar macam startup background. diberi 2 pilihan samada utk start manually atau startup repair.

tekan yang mana pun, semuanya tak jalan juga. kawan saya ada bagitau itu masalah windows. kena format balik.

mungkin betul. kalau perlu format balik masih ada kaedah untuk selamatkan dulu data2 sebelumnya kan?

(saya pengguna yg biasa2 saja, tak pandai banyak teknikal berkaitan komputer).

maria firdz said...

thank you for the info.. sgt2 membantu.. terima kasih..

by the way.. done follow:
http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/