Thursday, January 31, 2013

Nazmi Faiz Balik ke Liga Malaysia Semula


Kenangan bersama pemain Beira Mar FC
Terkejut? Mana tak terkejut, elok-elok si Nazmi Faiz ni bermain dengan salah satu kelab terkemuka di Portugal iaitu Beira Mar FC (walaupun dia bermain dengan skuad remaja kelab itu buat masa ini), tetiba pulak dapat satu berita hangat sekali lagi (selepas satu lagi berita hangat berkaitan peribadi nya: Part 1 & Part 2). Mana tak hangatnya, Nazmi Faiz telah ditawarkan kontrak yang lumayan termasuk menebus balik kontrak 3 tahun dengan kelab Portugal tersebut untuk balik bermain di Liga Malaysia. Oh tidak...kelab tersebut pulak merupakan salah sebuah pasukan yang pernah diwakili oleh Lagenda Bola Sepak Malaysia - Mokhtar Dahari!

Kecil-kecil cili api, sebaris dengan pemain tempatan Portugal
Untuk info sehingga ke saat ini Nazmi dah dianggap sebagai pemain regular dalam skuad bawah 19 tahun kelab Beira Mar itu, apabila telah tampil dalam 17 perlawanan, menjaringkan satu gol tidak lama selepas ulangtahun kelahirannya.

Saksikan gol paling menarik dijaringkan oleh Nazmi Faiz Mansor




Sayur Kundur, Ikan Kerisi Masak Kicap dan Daging Bakar



Sayur kundur ni aku namakan masak lemak kuning sebab guna kunyit kan.. biasanya kalau kundur aku suka masak sekali dengan ikan patin masak tempoyak. Cari ikan patin kat pasar takde la pulak, jarang-jarang juga ada.


Ni plak ikan kerisi masak kicap yang tak berapa nak hitam la ikut versi aku yang buat. Kat tempat lain panggil ikan kerisi jugak ker? aku pun tak tau nama sebenar ikan ni tapi mak aku memang panggil ni ikan kerisi. Apa-apa jer lah, janji sedap di makan.


Daging bakar garam kunyit ni kesukaan aku & pok aku di kampung nung, dia memang suka makan daging bakar camni, sama la macam aku. Bakar daging ni guna pemanggang ajaib yang serbaguna dan memudahkan kerja di dapur. 



Gambar Majlis Berinai Liyana Jasmay


Gambar Majlis Berinai Liyana Jasmay

Menurut portal rotikaya, malam tadi berlangsung majlis berinai sebagai persediaan pasangan ini sebelum majlis pernikahan & persandingan mereka berdua yang bakal berlangsung dalam satu hari pada 2 Februari ini.

Majlis berinai Liyana Jasmay pada malam ini bertemakan Bollywood di’mana ianya terserlah pada pemakaian aktress ini sendiri & para tetamu yang terdiri daripada keluarga, teman rapat & juga rakan artis.

Beberapa gambar sekitar majlis yang mula muncul di internet kami kumpul & kongsikan di’sini untuk tatapan anda semua.

Jangan lupa untuk ikuti liputan kami untuk perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathudin Mazlan Sabtu ini bermula 10.00 pagi.
 



 
 
 
 

Petua Menyegarkan Buah-Buahan dan Sayuran



Petua Menyegarkan Buah-Buahan dan Sayuran


Kita telah sedia maklum bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran kaya khasiat. Pengambilannya secara berkala mampu menjamin tubuh mendapat zat yang sepatutnya. Namun, ada ketikanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada di dapur kurang memuaskan. Jadi, apa yang boleh dilakukan? Jom ikut petua ini.
 

Petua Menyegarkan Buah Buah Epal
Setiap kali memotong buah epal, warnanya cepat berubah menjadi kecoklatan seperti sudah tidak elok. Untuk mengelakkan epal berubah warna dan kekal segar, rendamlah buah epal yang telah dipotong di dalam mangkuk berisi air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam sebelum dihidangkan.
 

Petua Menyegarkan Tomato
Untuk merangupkan tomato yang telah terlalu ranum dan sedikit lembik, rendamkannya di dalam air sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit garam. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Hasilnya, tomato akan kembali segar.
 

Petua Menyegarkan Brokoli

Tahukah anda bawa brokoli yang sudah kuning masih boleh digunakan. Caranya ialah dengan memasukkan brokoli tersebut ke dalam mangkuk yang diisi penuh dengan air sejuk. Biarkan selama satu jam. Brokoli akan kembali hijau dan sedia untuk dimasak.


Sumber: Pa&Ma


Nazmi Faiz Mungkin Rasa Sunyi dan Kesepian


 
Nazmi Faiz Mungkin Rasa Sunyi dan Kesepian


Jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee juga turut memberi pandangan berhubung kontroversi melanda pemain muda berbakat negara yang kini beraksi bersama kelab Portugal, SC Beira-Mar bersama bekas kekasihnya, Tengku Norshufilla Tengku Muhammad Shubli.

“Mungkin Nazmi Faiz (Mansor) merasa keseorangan di sana dengan usia yang masih muda tanpa ada bimbingan orang yang lebih dewasa”.

“Saya ada bercakap dengannya beberapa hari lalu mengenai perkara ini dan menasihatkan dia untuk melupakannya kerana lebih mustahak baginya adalah pendedahan dan pengalaman yang boleh diraihnya di Portugal yang bermula sejak setahun lalu.

“Menerusi perbualan telefon itu saya dapat merasakan dia memahami maksud dan tujuannya berada di Portugal. Bagi saya, dia masih mentah (berusia 19 tahun) dan saya mengharapkan dia mengambil perkara ini sebagai pengajaran pada masa depan,” katanya yang menjadi individu bertanggungjawab memastikan impian pemain terbabit beraksi di Portugal, tercapai.

Malah, menurut Kim Swee, beliau menasihatkan Nazmi Faiz supaya berhati-hati dalam menggunakan lawan sosial lantaran pemain Harimau Muda termasuk dirinya mempunyai pengikut ramai kerana peminat pasti ingin mengetahui perkembangan mereka.

“Namun untuk dia serta pemain lain, saya tidak menganggap menggunakan laman sosial seperti Twitter, salah namun mereka perlu sentiasa berwaspada menggunakannya. Jangan tersalah guna dan mengikut emosi.

“Saya berharap peminat dan penyokong bola sepak tempatan jangan memperbesarkan perkara ini dan terus memberi sokongan kepadanya dalam mengembangkan karier di Eropah,” katanya.

Kontroversi membabitkan pemain tengah itu bermula apabila Nazmi Faiz menuduh bekas kekasihnya itu berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit bersama pemain pertahanan negara, Aidil Zafuan Abd Radzak. 
 
 
Sumber: Metro
 
 

Tipu Daya dan Helah Suami Untuk Kawin Lagi

Suami Isteri yang bahagia

Tipu Daya dan Helah Suami Untuk Kawin Lagi

Si suami ni memang panjang akalnya dalam soal tipu daya dan helah untuk berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:

Suami: Lelaki kawin tiga barulah sah.

Isteri: Kenapa pula?

Suami: Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betol dan Sah!

Isteri: Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "Singular" dan "Plural"

Suami: Berkenaan apa tu?

Isteri: Satu tu "singular", dua atau lebih "plural"

Suami: Contohnya?

Isteri: One Car sebagai singular dan two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami: ohhhh..tambah huruf "S" yang plural.

Isteri: Betol tu, sama jugalah untuk abang.

Suami: Macam mana pula boleh sama?

Isteri: Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS..tambah "S" jer, kan?


Haha..rasanya dah ramai yang tahu lawak ni, agak-agaknya la, ada berani si suami menyuarakan lagi hasratnya untuk kawin lagi.


 Foto: Google Image

 

Wednesday, January 30, 2013

Murtabak Ayam Sedap - Menu Petang


Murtabak Ayam Sedap - Menu Petang

Murtabak Ayam, makan ketika lewat petang, memang sedap. Murtabak ni harganya RM 2.50 dan tak besar mana pun. Kulit murtabak ni nipis jer dan intinya agak tebal juga la. Ni bukan murtabak kedai mamak naa.. 

Kakak dan adik suka juga makan murtabak ayam ataupun murtabak daging. Memang dari kecik lagi aku duk sumbat mulut depa dua beradik ni dengan murtabak.  Tapi kakak pandai makan murtabak cicah dengan kuah kari.
 


Petua Merawat Bisa Sengatan Haiwan


Petua Merawat Bisa Sengatan Haiwan|Menghilangkan Bisa Sengatan dan Gigitan Haiwan

1. Bacakan surah al-fatihah, kemudian ludah pada tempat terkena gigitan berbisa.
2. Luka sengatan disapu dengan air garam sambil membaca surah al-Kafirun.

 Kita hanya berusaha dan bertawakal, Allah swt jua yang mengizinkan.

 
Sumber: Terapi Ruqyah, Rohidzir Rais, PTS, 2010



10 wasiat Imam Syafie


10 wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. - Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT - Iaitu: Mengqadhakan (menggantikan) kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR - Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR - Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) - Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) - Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) - Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) - Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW - Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT - Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan . 
 
 


Petua Melentik dan Melebatkan Bulu Mata

Ambil lendir lidah buaya
Petua Melentik dan Melebatkan Bulu Mata Dengan Lendir Lidah Buaya

wanita yang dikurniakan bulu mata panjang dan lentik amat bertuah kerana ramai yang mengidamkan bulu mata yang sedemikian rupa. Namun begitu, usah gusar kerana terdapat petua
dari zaman ratu Cleopatra yang telah terbukti melentikkan bulu mata. 

Bahan yang senang diperolehi dengan menggunakan lendir lidah buaya. Ambil lendir daun lidah buaya dan sapukan pada bulu mata. 

Hentikan juga sementara pemakaian maskara selama menggunakan petua ini untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Lakukan secara rutin dan kerap. Mudah-mudahan bulu mata agar lebih lentik dan mempesonakan.
 
 
 

Tuesday, January 29, 2013

12 Tip Jimat Belanja Untuk Melancong


Tip Jimat Belanja Untuk Melancong

Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Untuk melancong mahupun pergi bercuti, anda perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian anda berjalan dengan lancar.

Perancangan kewangan yang rapi dan teliti sangat penting bagi mengelakkan kekusutan fikiran setelah pulang bercuti. Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan jika anda merancang untuk melancong atau bercuti, tidak kira di dalam negeri mahupun di luar negara.

1) Menabung
Mempunyai tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti. Jika anda mahu merancang untuk bercuti, mula menabung seawal mungkin. Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung khas. Disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan anda.

2) Pakej promosi
Apabila memilih untuk bercuti di luar negara, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Tanya ejen pelancongan tempatan. Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik di sesebuah negara, supaya percutian anda diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum. Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan.

3) Perancangan percutian
Sebelum melancong dan bercuti, anda perlu membuat persiapan diri dan minda dengan perancangan yang rapi dan teliti. Tentukan dengan betul negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai sepanjang tempoh percutian anda.

Buatlah pendaftaran di tempat yang akan anda kunjungi. Untuk menjimatkan tenaga, perbelanjaan dan masa, rancang untuk mengunjungi lokasi menarik berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan itu, anda boleh mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang.

4) Bajet semasa bercuti
Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda bercuti, termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan anda semasa bercuti, terutama jika anda bercuti di luar negara.

Apabila bercuti ke luar negara, anda juga haruslah mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda. Ini juga penting bagi mengelakkan anda tertipu semasa menukar wang. Mengetahui kadar pertukaran wang asing memudahkan perancangan perbelanjaan, terutama ketika membeli-belah.

5) Tempahan awal
Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa percutian anda.

6) Bercuti bersama anak-anak
Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka yang lain. Jika tempat yang ingin dituju menyediakan kelengkapan dan makanan yang bersesuaian untuk anak-anak anda, pastikan anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini dalam anggaran perbelanjaan percutian anda. 
Jika anda lebih selesa untuk membawa semua kelengkapan anak-anak anda sendiri semasa bercuti, pastikan anda membawa kelengkapan yang secukupnya dan harus mempersiapkan diri dan minda anda untuk lebihan tenaga dan perhatian yang diperlukan untuk mengawasi bagasi yang banyak. Di sini, perancangan yang rapi juga memainkan peranan yang penting.

7) Peta
Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutian, pastikan anda membeli peta tempat tersebut ataupun cari saja peta yang disediakan secara percuma di hotel, pusat penerangan pelancongan, stesen keretapi dll. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.

8) Pengangkutan
Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat.

Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah berbanding bas atau kereta. Justeru, anggaran perbelanjaan percutian anda dapat diringankan kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil beramai-ramai.

9) Sarapan percuma (rasanya ini lebih praktikal dan sesuai bagi yang non-muslim)
Manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan hingga kenyang. Jika anda bercuti di Eropah, makanan di sana adalah mahal. Dengan memanfaatkan sarapan yang disediakan di hotel, anda boleh mengurangkan lagi perbelanjaan anda. 



* Jika melancong dalam negara dan tidak was-was dengan makanan yang disediakan, bolehlah
manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan hingga kenyang.
 
10) Ole-ole/ buah tangan
Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah berkunjung ke tempat percutian yang anda rancangkan. Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidak membeli buah tangan secara berlebihan. Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak dan secara adil dan saksama.

11) Dana Kecemasan
Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian anda untuk dana kecemasan. Dana ini amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital. Dana ini juga membantu anda untuk menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan anda.

12) Penggunaan wang tunai
Sebaik mungkin cuba gunakan wang tunai untuk membayar perbelanjaan, terutama apabila bercuti di luar negara. Anda akan dikenakan caj perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit.





12 Peserta Program Realiti Agama Da'i Bakal Melahirkan Pendakwah Serba Boleh


12 Peserta Program Realiti Agama Da'i Bakal Melahirkan Pendakwah Serba Boleh
 
PROGRAM realiti terbaharu TV3, Da’i: Pendakwah Milenia diterbitkan untuk mengasah 12 peserta yang dipilih untuk menjadi pelapis pendakwah. Berbeza dengan program Imam Muda di Astro Oasis yang lebih memfokuskan untuk mencari pelapis imam.

Ini diakui oleh penerbit Da’i: Pendakwah Milenia sendiri, Shukri Ibrahim, apabila ditanya mengenai kelainan yang cuba ditonjolkan melalui program tersebut.

Jelasnya: “Kami hanya mencari da’i (pendakwah) bukannya imam. Kini, ramai orang mencari tempat untuk menuntut ilmu sedangkan pendakwah muda dilihat kurang. Ia adalah tanggungjawab sosial kami untuk mencari generasi pelapis golongan pendakwah selain memartabatkan program keagamaan di TV3.”

Mengulas mengenai tugasan yang bakal dihadapi oleh peserta, ujar Shukri, seramai 12 peserta yang dipilih perlu melakukan tugasan seperti berceramah, mengimarahkan masjid, membimbing adik angkat di sekolah agama berasrama dan sehari bersama saudara baharu.

Seramai 12 peserta yang dipilih ialah Nasaruddin Samsudeng, Che Faizal Amir Che Mat, Mohd. Taqwudin Mohd. Yazid, Noraida Jamlie, Mohamad Azamudin Zainal, Mohamed Hazwan Padzil, Muhammad Haizat Kamaruddin, Khairul Amar Samsuri, Mohamad Shazwan Zakaria, Ahmad Kahirul Ikhwan Abdullah, Nor Adibah Razain dan Muhammad Tajdid Hadhari Romli.

Jelas Shukri, apa yang pasti, keutamaan program Da’i yang bakal bersiaran sebanyak 13 episod itu pastinya menguji keupayaan minda dan bakat berdakwah 12 peserta Da’i: Pendakwah Milenia.

“Kesemua peserta nanti akan berdepan cabaran berat dalam melaksanakan 11 tugasan untuk dinilai oleh dua juri tetap dan juga juri jemputan setiap minggu.

“Hanya seorang sahaja yang layak menyandang gelaran juara Pendakwah Milenia dan juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000,” ungkapnya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar.

Dua juri tetap Program Da’i: Pendakwah Milenia iaitu Zainal Ariffin Ismail dan Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie bakal bertanggungjawab menilai keterampilan semasa peserta dan pemarkahan tugasan yang diberikan.

Da’i: Pendakwah Milenia bakal diacarakan oleh pengacara popular, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin manakala untuk segmen khas mingguan ia akan diacarakan oleh Mohd. Zhafran Mohd. Zainuldin dan Muhamad Hilmi Idris.

Da’i: Pendakwah Milenia mula bersiaran langsung pada 19 Januari 2013, setiap hari Sabtu, pukul 6 petang.

 


Kosmo
 

Monday, January 28, 2013

Bayam Goreng Mentega Ala Kasih Salina



Bayam Goreng Mentega

Kadang-kadang tu jemu juga asyik masak cara yang sama jer, aku suka makan bayam tapi takde idea nak masak dengan cara macam mana.

Nah! timbul idea bayam goreng dengan mentega gitu..

Bahan-bahan:
  • 1 ikat bayam -asingkan batang dan daun
  • 2 ulas bawang putih-potong halus-halus
  • Setengah biji bawang holland - potong dadu
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 tangkai cili kering - potong kecil-kecil
  • sedikit Garam dan sedikit perisa
Cara-Caranya:
  1.  Cairkan mentega dalam kuali.
  2.  Tumiskan bawang holland, bawang putih dan cili kering.
  3. Masukkan batang bayam terlebih dahulu dan kemudian daun bayam.
  4. Perisakan dengan sedikit garam. 
  5. Agak dah layu, angkat dan hidangkan.


Dakwah Terakhir Siti Hajar Ahmad Sabir


Dakwah Terakhir Siti Hajar Ahmad Sabir

“Mak tulis ya, biar tak lupa, nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak.”

Itu antara permintaan terakhir Siti Hajar Ahmad Sabir, 20, pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) yang bertarung nyawa selama dua minggu di Hospital Melaka selepas terbabit dalam kemalangan di Solok Duku, Masjid Tanah, di sini,6 Januari lalu, kepada ibunya, Noraini Che Mat, 46.

Kisah kecekalan Siti Hajar yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.20 pagi, 20 Januari lalu, menarik perhatian ramai apabila rentetan pengalaman hari-hari terakhir arwah tersebar di laman sosial Facebook selain turut dikongsi menerusi blog dan forum di Internet.

Noraini berkata, kisah hari-hari terakhir arwah pada asalnya adalah kandungan SMS diberikannya kepada rakan Siti Hajar, Nur Nadia Zakaria, 22.

Menurutnya, ia kemudian dimuat naik ke blog milik Nur Nadia untuk dikongsi bersama rakan lain.

“Disebabkan arwah dimasukkan ke wad rawatan rapi (ICU), tidak ramai dapat menziarahinya, sebab itu saya berkongsi keadaan Siti Hajar setiap hari dengan Nadia.

“Malah, arwah sendiri mahu pengalamannya yang menerima bantuan Allah sepanjang terlantar di hospital dikongsi bersama orang lain kerana baginya itu dakwah terakhir yang dapat disampaikan sebelum meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumah bapanya, di sini, semalam.

Siti Hajar terbabit dalam kemalangan pada 6 Januari lalu apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke UTeM dari rumah datuknya, Ab Jamal Kudus, 68, di Ramuan China Kechil, Lubuk China terbabas.

Kemalangan itu mengakibatkan Siti Hajar patah kaki kiri dan berisiko lumpuh selepas tulang belakangnya retak dan saraf tunjangnya cedera. Turut bersamanya di dalam kenderaan itu ialah tiga rakan sebayanya iaitu Wan Norsolehah Gaberan yang memandu, Azizue Hasnie Abd Zubair, parah manakala seorang lagi, Tasnim Kamardin @ Kamaruddin cedera ringan.

Noraini berkata, sepanjang dirawat di hospital, Siti Hajar yang juga anak sulung daripada tujuh beradik tidak pernah menyesali nasib menimpanya, sebaliknya menganggap setiap yang berlaku sebagai nikmat daripada Allah SWT.

Dia berkata, minggu pertama selepas kemalangan arwah menunjukkan tindak balas positif dan ditempatkan di wad biasa selepas keadaannya semakin stabil.

“Apabila dia semakin sihat saya terangkan keadaan kesihatannya yang akan lumpuh sementara kerana saraf tunjangnya cedera, tiada air mata setitis pun keluar sebaliknya arwah cukup tenang dan reda.

“Namun, masuk minggu kedua, keadaan kesihatannya makin merosot kerana beberapa organ gagal berfungsi akibat kecederaan saraf tunjang, namun tidak sedikit pun dia mengeluh, sebaliknya reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Arwah turut beberapa kali memberikan petanda akan meninggalkan mereka sekeluarga seperti terhidu bau wangi dan mendengar seruan seakan-akan memanggil namanya.

Noraini berkata, pada 19 Januari lalu keadaan arwah semakin kritikal apabila disahkan ususnya bocor, buah pinggang tidak berfungsi dan paru-parunya dijangkiti kuman.

“Keesokan hari tepat jam 9.20 pagi Siti Hajar menghembuskan nafas terakhir di dalam dakapan saya dan suami, Ahmad Sabir Ibrahim, 48,” katanya.
 
 
Sumber: Metro
 
 

Aidil Zafuan dikaitkan Bercinta Dengan Bekas Kekasih Nazmi Faiz

 
 Aidil Zafuan dikaitkan Bercinta Dengan Bekas Kekasih Nazmi Faiz

Gossip berkaitan ahli sukan negara kita tak kurang juga hebatnya, kali ini sekali lagi Nazmi Faiz membuat satu kenyataan kontroversi menerusi laman Twitter beliau. Agak keliru juga aku, kalau tidak silap sebelum ni,
Aidil Zafuan dikaitkan dengan Jue Azizi. Dan kini, Aidil Zafuan dikaitkan Bercinta Dengan Bekas Kekasih Nazmi Faiz. walau apa pun terjadi, hanya mereka sajalah yang tahu apa cerita sebenar disebalik kontroversi tersebut.
 
Sebelum ini Nazmi Faiz ada mengeluarkan kenyataan di Twitter menuduh bekas kekasihnya, Tengku Fiella sebagai seorang yang kaki kikis & penipu — tetapi kemudian mendakwa akaun Twitter beliau di’ceroboh.

Awal pagi Isnin, sekali lagi Nazmi Faiz tampil dengan beberapa siri Twitter yang turut mengaitkan suami Rita Rudaini yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan dalam isu Tengku Fiella ini.

“She is (in?) relationship with Aidil Zafuan. This guy give her 1k for shopping in JB and they stay together,” tulis Nazmi Faiz sekitar 4.25 pagi tadi.

Selain mengulangi kenyataan yang mereka sudah tidak bergelar pasangan kekasih lagi, Nazmi Faiz juga mendakwa yang Tengku Fiella tinggal bersama Aidil Zafuan di Johor Bahru untuk beberapa minggu.

Walaubagaimanapun kesemua tulisan Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun di’padam — satu lagi kes akaun di’ceroboh? Apakah sebenarnya yang berlaku antara mereka bertiga ketika ini?
 
Cerita lebih lanjut, sila ke portal rasmi Rotikaya.com
 
 

Sunday, January 27, 2013

Di Sebalik Diri Tun Dr Mahathir Mohamad - Suka Siti Nurhaliza Rupanya


 Di Sebalik Diri Tun Dr Mahathir Mohamad - Suka Siti Nurhaliza Rupanya

PERDANA Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin yang paling lama memegang jawatan ketua kerajaan Malaysia, iaitu 22 tahun, dari 1981 hingga 2003.
 
Sepanjang tempoh itu, Dr Mahathir melalui pelbagai cabaran pahit manis dalam memajukan negara. Dari polisi Pandang ke Timur, Boikot Buy British last dan Wawasan 2020, Dr Mahathir dihormati kawan, digeruni lawan. 

Dalam tempoh pentadbirannya, Dr Mahathir sentiasa melakukan perkara yang tidak pernah difikirkan pemimpin sebelumnya, lantas Dr Mahathir membina Malaysia dari sebuah negara berasaskan pertanian kepada negara berasaskan perindustrian dalam ‘sekelip mata’. 

Ikuti wawancara khas wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN menyingkap peribadi Dr Mahathir yang mungkin tidak diketahui ramai. 

Bagaimana dengan kesihatan Tun sekarang?
 
Kesihatan saya ada sedikit sebanyak terganggu, sekejap sihat, sekejap tidak berapa sihat. Ya lah kerana umur saya yang lebih. Saya sudah tidak boleh berjalan dengan laju, melompat. Tapi secara keseluruhan, saya bersyukur kerana kesihatan saya masih ok.
 
Makanan kegemaran Tun sekarang, kenapa? 
 
Dulu saya makan semua, tapi sekarang saya kurang makan nasi, saya makan lauk sahaja. Lauk yang saya makan adalah sayur-sayuran. Kegemaran saya sekarang salad. Jadi boleh kata saya vegetarian sekarang.
 
Dulu Tun dikatakan tidak suka gunting rambut dan potong kuku kerana mengganggu tugas, adakah Tun masih tidak suka dua perkara tersebut?
 
Ya, saya masih tidak suka dua perkara tersebut, kerana saya tidak boleh buat apa-apa, lumpuh sepenuhnya. Saya benar-benar tidak suka keadaan itu, tapi sampai satu tahap kita perlu juga gunting rambut dan potong kuku.
Jika tidak kita nampak tidak terurus.
 
Apakah hobi Tun sekarang?
 
Hobi saya sekarang tidak banyak, saya lebih gemar membaca, menulis dan menghabiskan masa lapang bersama keluarga.
 
Bagaimana dengan bahasa Perancis Tun sekarang?
 
(Ketawa), Bahasa Perancis saya tidak berapa bagus, saya cuma menguasai 10 peratus bahasa Perancis. Saya boleh tulis dan membaca dalam bahasa Perancis, tapi saya tidak boleh bercakap.
 
Berapa kuat cermin mata Tun?
 
Sebenarnya cermin mata saya tidak kuat, saya masih boleh membaca walaupun tidak menggunakan cermin mata. Mata saya masih kuat (ketawa).
 
Tun adalah seorang yang penuh dengan idea. Bagaimana Tun mendapat idea, adakah dengan berbincang atau ada cara lain?
 
Kebanyakan idea yang datang adalah dari membaca pelbagai bahan bacaan, tidak kiralah buku biografi, buku cerita, buku politik, buku agama dan pelbagai genre lagi. Kebanyakan buku yang saya baca buku bahasa Inggeris. Tapi saya tidak lupakan juga buku bahasa Melayu. Apa yang penting, nasihat saya, idea yang hebat datang dari pembacaan dan pengalaman kita
 
Perkara paling Tun ingati?
 
Perkara yang paling saya ingat sampai bila-bila adalah hari di mana saya membuat keputusan menceburkan diri dalam bidang politik pada1945. Ingatan itu masih segar dalam diri saya.
 
Apakah perkara paling Tun tidak sukai?
 
Tidak banyak perkara yang saya tidak suka.
 
Tempat kegemaran dilawati Tun?
 
Saya suka melawat Jepun. Kenapa saya suka? kerana bangsa Jepun adalah bangsa Asia pertama yang dapat menewaskan kekuatan ketenteraan Barat. Lawan dengan Rusia, Jepun boleh menang.
 
Walaupun saya tidak suka cara Jepun memerintah Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua, tetapi bangsa Melayu kena meniru bangsa Jepun kerana mereka mempunyai jati diri amat kuat walaupun dalam dunia moden hari ini.
 
Adakah Wawasan 2020 masih boleh dicapai?
 
Boleh dicapai, tetapi dengan beberapa perubahan dan pendekatan tertentu. Saya yakin Wawasan 2020 masih boleh menjadi kenyataan.
 
Tun pakai telefon bimbit jenis apa?
 
Saya pakai iPhone.
 
Artis kegemaran Tun? 
 
Saya minat Siti Nurhaliza.
 
Pasukan bola yang diminati?
 
Saya tidak begitu minat dengan bola, tetapi saya kecewa sebenarnya apabila Harimau Malaya sekarang merosot teruk, berbanding waktu negara mencapai kemerdekaan. Ketika itu pasukan bola Malaysia terkenal sebagai yang terbaik di Asia.
 
Permainan yang Tun sukai? 
 
Saya hanya main kuda sahaja


Sumber: Sinar

Najwa Latif Dikritik Kerana Tidak Pandai Berfesyen


Najwa Latif Dikritik Kerana Tidak Pandai Berfesyen
 
Teringat pada satu masa dahulu, penyanyi Siti Nurhaliza pun pernah dilabelkan sebagai 'artis kampung' ekoran daripada fesyennya macam orang kampung yang biasa-biasa jer, pendek kata tak berapa nak seksi gitu. Biarlah apa orang nak kata, selagi seseorang penyanyi tu berdiri atas bakat sendiri, tidak menjadi masalah besar walaupun berfesyen ala kadar saja. 
 
Bakat Najwa Latif sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Sejak awal kemunculannya dalam Youtube, Najwa berjaya menarik perhatian dengan kemerduan suaranya.

Namun, dalam meniti perjalanan sebagai anak seni, Najwa tidak terlepas dari pandangan pengkritik yang gemar mencari kesalahannya, terutamanya dalam berfesyen.

Pernah dikatakan gaya lebih tua dari usia, gaya seperti 'mak nenek' dan pelbagai lagi kata negatif, Najwa tidak sedikit pun berkecil hati sebaliknya berusaha untuk mengubah penampilannya.
"Saya akui tidak pandai berfesyen dan saya masih lagi belajar mengenai fesyen serta gaya yang sesuai dengan umur saya.

"Saya hargai segala kritikan yang diberikan peminat dan pihak tertentu kepada saya dan saya akan cuba ubah gaya pemakaian saya selepas ini." 
Najwa berkata, buat masa ini, dia tidak merancang untuk mendapatkan khidmat nasihat atau mengupah pakar perunding imej kerana merasakan perkara itu tidak terlalu serius.

"Biasalah saya budak baru belajar dan saya akan cuba ubah sikit-sikit. Tapi sampai nak mengupah pakar, saya rasa tidak perlu. Tapi saya sentiasa merujuk pada majalah dan internet untuk mendapatkan imej lebih sesuai," ujarnya.


Sumber: Sinar


3 Gambar Naira Mikayla, Anak Nabil dan Nazirah



 3 Gambar Naira Mikayla, Anak Nabil dan Nazirah

Setiap pasangan yang sudah berumahtangga, pasti akan merasa bahagia dengan kehadiran cahayamata yang di tunggu-tunggu selama 9 bulan dalam kandungan. Begitu juga dengan pasangan Nabil & Nazirah pasti akan merasa bahagia dan keluarga yang lengkap selepas dikurniakan cahayamata pertama, Naira Mikayla. 
 
Menurut portal OHBULAN, Naira Mikayla baru berusia 3 bulan ini kelihatan sihat dan comel ketika merakamkan beberapa keping foto untuk tatapan peminat. Dah besar nanti mesti comel Naira Mikayla ni macam ibunya. Semoga Naira Mikayla membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah dan bertanggungjawab.
 
Nabil & Nazirah Ayub telah bernikah pada 30 September 2011 dan Nazirah selamat melahirkan anak perempuan pada 25 November 2012 melalui kaedah pembedahan.




Kredit Foto & Info: Ohbulan

 

Petua Mencuci Hati Oleh Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah


Petua Mencuci Hati Oleh Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat- Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat." 
 
 
 
 
 

Saturday, January 26, 2013

Kenapa Iklan Nuffnang Kosong


iklan yang biasa muncul

 Kenapa Iklan Nuffnang Kosong? Aku ada terperasan dua tiga hari ni, iklan nuffnang yang terletaknya di bawah entri atau dalam posting tu biasanya iklan tu akan keluar seperti gambar kat atas tu la kan. 

Tapi kerap kali plak aku nampak iklan tu nampak kosong macam gambar kat bawah ni. Bila aku pusing2 dan ronda2 blog kawan2 pun ada juga aku terjumpa iklan nuffnang tu kosong macam di blog aku jugak, ke di laptop aku jer nampak camtu?


Dah jadi kosong camtu..


Tip Amalan Harian: 15 Sunnah Rasulullah SAW


Tip Amalan Harian: 15 Sunnah Rasulullah SAW
 
Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah ‘soleh wa musleh’.

1. Senyuman
Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)

2. Dahulukan Kanan

Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim)

3. Berpakaian

Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

4. Bercelak

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda: “Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

5. Memakai Cincin

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)

6. Makan

Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.” (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

7. Minum

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)

8. Bersilaturrahim

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.” (Riwayat Ibnu Majah).

9. Berjalan

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)

10. Berkata

Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)

11. Tertawa

Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )

12. Bergurau

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)

13. Tidur

Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

14. Membaca al-Quran

Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)

15. Ibadah

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)
Sumber: shafiqolbu

Friday, January 25, 2013

Penjelasan daripada Saiful Nang, Pengasas Candidsyndrome Mengenai Isu Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay


Penjelasan daripada Saiful Nang, Pengasas Candidsyndrome Mengenai Isu Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay

 
Susulan entri “Ibu Liyana Jasmay Kesal Gambar Pra Perkahwinan Anaknya Tersebar” yang dikeluarkan laman sesawang beautifulnara, banyak pihak yang menyalahkan CandidSyndrome yang merupakan jurugambar bagi foto-foto pra perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin.
 
Sebentar Abang Nara (beautifulnara) telah menerima satu email daripada Saiful Nang, pengasas CandidSyndrome yang menjelaskan isu ini dengan begitu panjang lebar sekali. Agak menarik cerita di sebalik tabir yang telah berlaku. Sila baca di bawah:-
 
TERKEJUT UNTA bila ramai yang forward kan link sebegini kepada saya http://beautifulnara.com/ibu-liyana-jasmay-kesal-gambar-pra-perkahwinan-anaknya-tersebar/

Respon saya : Betul ke makcikkk?? Atau kerana saya tak beri hak ekslusif tu kepada wartawan BH kegemaran Makcik Si Jaydee tu? Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013? (belum kahwin lagipun tarikh tu) Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula? Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri? Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tak pernah diberitahu dan tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif BPop

Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi penerangan ini.

BIAR SAYA CERITA DARI MULA…

Saya ingin mudahkan ceritanya. Kurang 3 hari dari 14 Januari (tarikh pra-perkahwinan) itu, Izuan Mokhtar yang menguruskan wedding LJ menguhubungi saya dan bertanya jika berminat untuk penajaan fotografi. Setelah melihat jadual saya nyatakan saya akan ke Mekah pada tarikh itu. Walaubagaimanapun beliau menyatakan tentang sessi pra perkahwinan dan saya jawap yang itu boleh dijalankan kerana masih sempat untuk dilakukan. Semuanya melalui telefon dan Izuan sendiri berkata akan meminta Liyana sendiri menghubungi saya tetapi hingga ke hari pengambaran masih tiada panggilan (Izuan tidak beri nombor Liyana kepada saya).

Kami satu pasukan CandidSyndrome pergi ke sana dengan call time pada jam 9 pagi. Kami tiba tepat pada masanya di Hyatt Kuantan. Tetapi Liyana hanya tiba jam 1 petang dengan alasan yang dinyatakan oleh Izuan Mokhtar kerana “overslept”. Beliau sampai tanpa kesal dan tanpa maaf terus sahaja berlalu. Pengambaran dilakukan bermula jam 5 petang.

Mungkin umum kenal gaya CandidSyndrome yang tidak mengambil foto pra-perkahwinan yang intim. Disebabkan terlalu penat menunggu dan semua pra-visual yang kami sediakan tidak boleh digunakan disebabkan kesuntukan masa yang hanya membenarkan pengambaran dilakukan hanya disekitar kawasan hotel sahaja, maka kami hanya mengambar mengikut flow dengan kurang intervensi dalam pengaturan gaya. Apa mereka pose kami shoot. Kerja kami hanya mendapatkan detik yang terbaik. Itu juga adalah permintaan LJ sendiri kerana Fathuddin digambarkan orang yang sangat pemalu untuk posing. Ia melanggar prinsip saya sebab itu saya sendiri tidak publish foto-foto intim mereka itu di facebook saya (pernah cuba sekali, terus kena hentam. Saya pun remove terus untuk jaga airmuka LJ dan keluarga juga tidak mau cacatkan prinsip saya sendiri)

Sehingga habis pengambaran, TIADA TERMS & CONDITION kami yang mereka setujui dan tiada T&C mereka yang telah diberitahu kepada kami. Malah semua email perhubungan saya dengan pihak mereka melalui Izuan Mokhtar juga terus dengan LJ juga tidak pernah dibalas. Kami di CandidSyndrome International memang mengamalkan sistem semuanya perlu dituliskan agar tidak menjadi kekeliruan pada masa mendatang. Tetapi mereka tidak respon dan masa juga semakin singkat. Mudah kata, semua tu berlaku macam kawan-kawan pergi shoot sama-sama. Tak ada apa-apa yang mereka mahu jadikannya saksi bertulis walaupun sekadar email.

Hak foto adalah milik fotografer (selagi tidak dipindah hak dengan pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetuji secara bertulis dan berbukti) dan hak penerbitan masih pada muka mereka. Bermakna, kami berkongsi hak kerana kami menaja. Maka kami tidak setuju dengan hak ekslusif yang diberi kepada BH TANPA ADA PENGATURAN ROI (Return of Investment). Kami minta kepada BH menerusi wartawannya Jaydee (Zaidi) untuk memberikan kami beberapa artikel kepada syarikat kami, tetapi beliau tidak mengendahkan langsung email itu sehingga hari dateline. Pada hari dateline beliau cuba kacau saya untuk dapatkan foto-foto itu dari saya dan apabila tak dapat, habis semua mak, ayah, liyana, kakak liyana, izuan semuanya dihubungi.

Saya berdiri tetap dengan pendirian saya, dah lah saya hanya boleh ambil untuk pra-perkahwinan sahaja dan semasa perkahwinan mereka saya sudah ada urusan satu lagi perkahwinan yang akan berlangsung di Mekah. Jika mereka pada mulanya suka akan foto-foto yang kami ambil, kemudiannya mereka mahukan hak foto itu sehingga kami tinggal tiada apa-apa yang boleh diharap untuk membalas semula penajaan itu.

Begini mudahnya, bila semua foto nak diberi kepada BH secara EKSLUSIF dan tiada yang lain boleh dapat DAN BH tidak mahu memberikan kami publisiti, di manakah mahu kami perolehi pulangan penajaan?

Pada 17 Januari lalu saya menghubungi seorang Penolong Editor di sebuah akhbar lain yang kemudiannya terus mengatakan “Yes, kami akan berikan publisiti kepada anda, lebih dari yang anda minta” jika kami bekerjasama dengan mereka untuk foto-foto itu. Ikutkan ranking akhbar, saya lebih suka pilihan ini.

Sepanjang perkahwinan selebriti yang kami buat sebelum ini dari Ning Baizura, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Awal & Scha dan lain-lain semuanya berurusan secara yang mudah. Kami ambil foto, dan wartawan yang mahu akan hubungi kami dan kami respon dalam masa kurang 4 jam mereka dah dapat foto yang diminta. Dalam masa yang sama kami juga dapat publisiti yang diminta. Tahu tahulah, fotografer dan video ni biasa mana sebut sangat dalam kredit pun. Kalau Wedding planner dapat 3 perenggan, designer dapat 2 perenggan, juruseolek pun dapat 1 perenggan, kami-kami ni biasa dapat kredit kecil yang satu ayat seperti “fotografi dijalankan oleh candidsydrom” (siap salah eja lagi selalunya).

Pada malam yang sama, 17 Januari, Izuan menelefon saya dan menyampaikan satu pesanan yang saya anggap angkuh yang kurang lebih berbunyi

“Kalau susah sangat berurusan dengan Saiful Nang dan CandidSyndrome ni, tanya dia berapa fees dia haritu, kita bayar sahaja…senang cerita”

Lalu saya jawap kepada Izuan, “Jangan ingat duit boleh beli hormat. Jangan cakap tentang duit dengan saya kerana saya tahu mereka bukan dalam golongan pelanggan saya”.

Izuan tetap mahukannya lalu saya mengarahkan pejabat saya, Azman Salikin untuk membuat sebutharga seperti biasa. Pada keesokannya 18 Januari Izuan menelefon saya dan menyatakan

“Liyana kata sampai sini sahaja, dan kami tak berhajat untuk teruskan dengan CandidSyndrome dengan HARGA YANG RIDICULOUS”.

Saya senyum dan saya katakan kepada Izuan, bukankah saya dah beritahu Liyana bukan dalam kalangan pelanggan saya (Saiful Nang) kerana khidmat Saiful Nang tak sama dengan team CandidSyndrome. Jika seharian pengambaran dengan saya dengan caj RM12,000 dikatakan ridiculous, saya hanya ulang kata kepada Izuan “Saya dah kata, jangan main soal duit dengan saya, saya tahu siapa pelanggan saya dan saya pilih pelanggan juga. Saya pernah tolak tawaran kerja puluhan ribu ringgit dari jutawan ternama yang tidak pandai hormat kami sebagai manusia, maka jangan sekali-kali main harga diri kami dengan harga dalam ringgit”.

Hari berikutnya, Izuan menghubungi saya semula, katanya kalau saya nak publish semua itu hak saya tapi semuanya sampai di sini sahaja. Kerana foto itu juga akan digunakan oleh BH. Akhirnya BH dapat juga jadi yang PERTAMA publish foto itu. Menanglah sudah perjuangan Jaydee yang berjaya memporakperandakan hubungan yang awalnya baik, kerja kami juga mereka sukai. HANYA KERANA KAMI TIDAK MAHU MEMBERIKAN HAK EKSLUSIF KEPADA BH SAHAJA (kerana kami tidak diberitahu sebelum pengambaran tentang itu dan juga BH tidak mahu memberikan pulangan publisiti kepada kami) HABIS SEMUA yang awalnya elok dan hujungnya bengkok.

Kecoh dengan perkara itu, saya tanyakan kepada Izuan MENGAPAKAH LIYANA DAN KELUARGANYA TIDAK PERNAH MAHU MENELEFON SAYA?

Diberi kepada saya gambaran dari Izuan, mereka ini telahpun mempercayai semua yang Wartawan Hiburan BH, Si Jaydee itu katakan. Maka semua hasil buat kami masuk longkang tanpa saya mampu menyatakan cerita ini LANGSUNG kepada Liyana. Hingga hari ini pun saya tidak mahu bercerita kepada umum tentang ini, tetapi apabila Makcik dah mula bagi statement, saya pun bagilah juga statement ni.

Manalah tidak sentap, mereka lari dari berhubung dengan saya. Minta no telefon dari Izuan pun tak dapat. Macammana masalah kecil macam ni boleh diselesaikan dengan cara pengantara. Jadinya macam sekarang ni lah, masalah tak selesai tapi dah mula kecoh belakang-belakang.

Takkan kerana hangit orang hentam anak pegang-pegang dalam pra-perkahwinan jadi isu besar pasal masuk dalam blog tapi dalam newspaper boleh pun.

Kepada newspaper, blogger hiburan silalah ambil cerita ini kalau sudi ye. Saya ni bukan Artis glemer, kalau saya bersuarapun bukannya orang nak pandang. Tapi kalau anda pandang, saya suka dengan anda kerana terbukti anda memberikan LAPORAN TELUS ;)

Kepada Izuan, anda seorang yang sangat professional. Saya selesa bekerja bersama Izuan. Cuma saya yakin Izuan juga ada masalah kerana beliau menerima arahan dari RAMAAAAIIIII BOSS di belakangnya.

Saya minta keluarga Liyana tidak teruskan melatah dan sila jangan jawap lagi isu ini. Saya pelawa untuk telefon saya kerana saya tak boleh telefon anda. Selesaikan cara baik, pasti ada jalan.

SAIFUL NANG
Pengasas
CandidSyndrome International
CandidSyndrome.Com 

Semoga dengan penjelasan Saiful Nang di blog beautifulnara itu, kita akan lebih jelas dan tahu apa sebenarnya yang telah terjadi. Untuk info lanjut sila layari Facebook Saiful Nang dan 'Penjelasan daripada Saiful Nang, Pengasas Candidsyndrome Mengenai Isu Gambar Liyana Jasmay.'


Muka buku Saiful Nang

 Bagi mereka yang berminat untuk menggunakan khidmat jurugambar untuk pra perkahwinan, majlis akad nikah, resepsi perkahwinan, bertunang, cukur jambul, sambutan hari lahir dan seangkatan dengannya, layari FB Saiful Nang.