Monday, January 21, 2013

4 Langkah Membantu Merangsang Imuniti Anak



Tip dan Petua Ibu & Anak|4 Langkah Membantu Merangsang Imuniti Anak

Kesejukan dan selesema boleh memberi kesan kepada si manja. Si manja yang baru lahir memperolehi keimunan sementara daripada ibunya. Kemudian selepas enam bulan, ia akan berkurangan dan si manja akan mudah dijangkiti lebih 100 jenis virus.

Terdapat beberapa cara yang membantu merangsang imuniti anak kita:

1.Basuh tangan dengan teliti 
  • Selesema mudah tersebar daripada orang ke orang lain. Walau bagaimanapun kuman ini tidak tersebar melalui pernafasan, tetapi melalui tangan dan sentuhan di bahagian muka. Kajian mendapati virus ini bertambah dari masa ke masa. Untuk meningkatkan tahap imuniti anak anda, adalah penting mengetahui jenis jangkitan kuman. 
  • Jangan selalu membasuh tangan dengan antiseptik jika setiap kali dia memegang kucing. Hanya beri perhatian kepada kebersihan sebelum dan selepas waktu makan, selepas bermain di luar rumah, memegang binatang peliharaan, memegang hidung yang berhingus, menggunakan bilik mandi dan balik daripada rumah penjagaan kanak-kanak.
  • Basuh tangan dengan sabun setiap kali sebelum menikmati makanan, dan pada waktu lain basuh tangan dengan air setiap hari, kecuali tangannya agak kotor. Apabila keluar rumah, bawalah tisu basah bersama untuk membersih sebarang kotoran yang terdapat pada tangannya dengan cepat.
2. Lebihkan hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran 
  • Lobak merah, kacang hijau, oren, strawberi, kesemuanya mengandungi imuniti, merangsang, fitonutrien, seperti vitamin C dan karotena. Cuba pastikan anak anda mendapat lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. 
  • Satu hidangan lebih kurang dua sudu besar untuk kanak-kanak menatih, 1 cawan untuk kanak-kanak besar. Anak anda harus makan makanan yang menambahkan imunitinya seperti: Buah-buahan segar, Sayur-sayuran, sayuran berdaun hijau, Bijirin gandum, Nasi, Kacang, Legum/kekacang. 
  • Beri, terutamanya beri biru, kaya dengan anti-oksida dan sangat baik untuk menambah imuniti anak anda. Pengambilan vitamin tambahan, seperti vitamin C, juga membantu meningkatkan kesihatannya.
3. Tidur yang cukup secara konsisten 
  • Si manja yang baru lahir memerlukan waktu tidur 18 jam setiap hari. Kanak-kanak menatih memerlukan 12 sehingga 13 jam, dan kanak-kanak pra sekolah lebih kurang 10 jam. Jika anak anda tidak mahu tidur atau sukar untuk tidur sebentar, cuba tidurkannya lebih awal pada waktu malam.
4. Senaman bersama keluarga 
  • Kajian menunjukkan bahawa senaman yang dilakukan oleh orang dewasa menambah bilangan penghapusan sel dalam badan dan jika ia dilakukan secara tetap boleh memberi faedah kepada kanak-kanak. 
  • Untuk memastikan anak anda mempunyai tahap kesihatan yang baik, anda haruslah menunjukkan teladan yang baik. Bersenam bersama mereka adalah lebih baik berbanding membawa mereka ke luar rumah dan bermain. Aktiviti menarik bersama keluarga termasuklah berjalan, menunggang basikal, badminton, bola jaring dan tenis. 
 
 
Sumber: smartmoments
 
 
 

6 comments:

NzA said...

tips yg baik utk diamalkan..
sesekali akak lepaskan anak2 brmain hujan utk menguji imuniti anak2....Alhamdulillah mr xkalau bila dh trkena hujan...

airis aries said...

Anak airis x minat makan sayur,sup ayam,nasi..banyak lagi la tpi airis buat kan mcam mee hailam,makaroni cheese bakar..itu mang favourite anak airis tpi yg klakar nyer bile nmpak airis bwak nasi dalam pinggan trus die lari masuk bilik,kunci pintu..sebabnyer x suka nasi

Ena's Palace said...

Suka info nie...
Kanak2 nmg mudah dijangkiti...kn sntiasa jg kbersihan

ummiross said...

Comelnya dua beradik tu..

Tips yang bagus ni Salina, orang tua pun boleh praktis sama.

mama said...

comil2 model blog ni !!..info yg sgt berguna..

Knor said...

DIORG NI SUKA BUAT SEKEJAP2 AJE..

BASUH TANGAN PUN NAK KITA PERHATIKAN..KALAU TAK SOMBORONO AJE..