Sunday, December 30, 2012

5 Selebriti Paling Kontroversi Sepanjang Tahun 2012


5 Selebriti Paling Kontroversi Sepanjang Tahun 2012

Rita Rudaini & perang rumah tangga

Awal 2012, Rita Rudaini mengejutkan peminat dan media apabila bertelingkah dengan adik iparnya, Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak negara menerusi laman sosial Twitter.

Mereka yang sememangnya tidak mesra sejak perkahwinan Rita dengan abang Zaquan, Aidil Zafuan dikatakan saling berbalas sindiran menerusi akaun Twitter masing-masing. Malah, isteri Zaquan, Ayu Raudhah, turut terheret sama dalam pertelingkahan ini, apabila dikatakan menjadi batu api. Berikutan pertelingkahan itu, Aidil dikatakan bertindak keluar dari rumah tanpa sebarang alasan.

Dalam pada keretakan yang semakin parah itu, Jue Aziz pula dikaitkan sebagai orang ketiga dalam perkahwinan mereka dan menjadi penyebab Aidil untuk berubah hati.

 
Si cantik Neelofa

Neelofa menjadi artis pucuk muda paling diperkatakan pada tahun ini. Apa tidaknya, bintang utama Azura 2012 ini kini dikatakan hangat menjalinkan hubungan cinta dengan penerbit, pengarah dan pelakon, Hans Isaac. Lebih hangat lagi, mereka dikatakan bercuti bersama-sama di Thailand pada pertengahan tahun ini, namun akhirnya membuat penjelasan berada di lokasi berbeza.

Tidak lama selepas itu, Hans menerusi sebuah portal mengakui menjalinkan hubungan cinta dengan Neelofa, bagaimanapun akhirnya menegaskan ada salah faham dalam laporan itu.

Tidak cukup dengan kisah percintaan, nama Neelofa turut terpalit dengan kontroversi berikutan pergaduhannya dengan Anzalna dan Tasha Shila, apabila Neelofa dikatakan cemburu dan tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha Shila yang berjaya menewaskannya di dalam Anugerah Bintang Populuar 2011 menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular.

 


Abby Abadi & Twitter

Penghijrahan Abby Abadi untuk berubah ke arah Muslimah sejati pada mulanya mendapat sambutan baik, bukan sahaja dari teman selebriti yang turut sama berubah, bahkan peminat dan media.

Namun, kontroversi bermula apabila Abby menyertai parti politik. Sejak itu, Abby dilihat semakin berani mengkritik bukan saja golongan selebriti bahkan orang kenamaan dan kerajaan.

Menggunakan medium Twitter dan Facebook, Abby mencetuskan kontroversi sebaik membuat pengakuan semakin sukar mendapat tawaran.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat perhatian beberapa rakan artis sehingga ada yang tampil menempelak kenyataannya.

Abby sekali lagi mengundang kontroversi apabila berani menyelar Polis Diraja Malaysia (PDR M), sehingga menarik perhatian rakan seperjuangannya dalam drama Gerak Khas, Datuk AC Mizal untuk berdebat, namun perkara itu diam sebegitu sahaja.

Tidak terhenti di situ, Abby kembali mencuri perhatian apabila mempertikaikan kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri, berhubung isu hudud.




Kisah cinta Rozita Che Wan
 
Sejak awal tahun lagi, nama Rozita Che Wan hangat diperkatakan. Pelakon jelita ini didakwa berkahwin dengan Datuk K, suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Tidak terhenti dengan kisah Datuk K, nama Rozita kemudiannya dikatakan menjadi rebutan tiga jejaka, Beego, Shah Iskandar dan Zain Saidin. Semuanya garagara laporan sebuah akhbar yang mendedahkan kisah Rozita dan Beego jalan berpimpin tangan di sebuah pusat membeli-belah terkemuka.

Nama Rozita juga menjadi sebutan apabila percutiannya ke London bersama adiknya, Ayu ditaja oleh seorang ahli politik. Tidak cukup dengan kisah cinta, nama Rozita terus panas dengan kewujudan sekeping gambar bogelnya.

Namun, ia turut dinafikan oleh Rozita dan menganggap ia adalah pelanduk dua serupa.


Bila Zed Zaidi berkuasa
 
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mula mencetuskan kontroversi apabila mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2011. Ketika itu, Aaron belum lagi mendapat taraf kewarganegaraan.

Selain itu, Zed secara lantang, menyekat kemasukan artis luar secara berleluasa dan pernah mempersoalkan permit kerja dua artis Indonesia, Randy Pangalila dan Julia Perez.

Ketika Mesyuarat Agung Seniman yang lalu, pelantikan Zed turut dipertikaikan kerana ada beberapa isu berbangkit dalam persatuan yang belum selesai.

Namun, kini Zed menjadi Presiden persatuan yang paling aktif dan lantang bersuara dalam membela nasib artis tempatan.


Sumber: Sinar



Rebat RM200 Smartphone


Berikut ialah contoh model-model telefon pintar yang boleh dibeli.

Samsung Galaxy Mini 2
HTC Wildfire S
Sony Xperia Tipo
LG Optimus L3 E400
Gambar di atas merupakan 4 model yang lebih baik dan boleh dimiliki dengan bajet RM500. Agak-agaknya mana satu pilihan hati bagi mereka yang layak mendapat rebat RM 200 Smartphone.

  1. Samsung Galaxy Mini 2
  2. HTC Wildfire S
  3. Sony Xperia Tipo
  4. LG Optimus L3 E400

Permohonan Rebat RM200 Smartphone

Pada Bajet 2013 yang dibentangkan sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemberian rebat sebanyak RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk golongan belia di Malaysia. Maka Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan iklan khas berkenaan syarat-syarat serta cara memohon rebat RM 200 ini.

Siapa yang layak memohon:
  1. Warganegara Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun.
  2. Mempunyai pendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
  3. Model telefon pintar 3G yang dibeli akan diluluskan jika tidak melebihi harga RM500.
  4. Hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G.
  5. Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru. 
  6. Penyedia talian seperti Maxis, UMobile, YES YTL, Celcom, Digi & Tune Talk sedia menunggu anda sebagai “pelanggan baru mereka” dan dijangka telefon pintar 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng dan SenQ
Cara Memohon:
Bagi yang layak dan memenuhi syarat-syarat umum di atas dan berminat untuk mendapatkan rebat RM200 bagi pembelian smartphone ini boleh memohon melalui portal Suruhanjaya Komunikasi Malaysia di laman web www.skmm.gov.my
Tarikh permohonan: 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2013. 

4 Tip dan Petua Kecilkan Pori wajah


4 Tip dan Petua Kecilkan Pori wajah

1. Cari penyebab utama pori-pori wajah semakin membesar. Genetik memainkan peranan yang cukup besar dalam menentukan ukuran pori-pori. Minyak pada kulit secara natural juga penyebab kepada ukuran pori-pori. Tubuh menghasilkan sebum (minyak kulit) secara semula jadi untuk mencegah kulit daripada kekeringan.

Memiliki kulit yang sangat berminyak, kotoran akan mudah menempel dan mengendap dalam pori-pori sehingga membuatkan pori-pori semakin membengkak dan meregang. Setelah tahu puncanya, lebih mudah untuk kita mencari penawarnya.

2. Gunakan topical retinoid solution untuk merawat kulit wajah. Ia akan membantu melarutkan bakteria pada kulit dan meminimumkan kerosakan akibat jerawat dan matahari.

3. Jaga pori-pori agar sentiasa bersih. Gunakan pembersih kulit wajah setiap hari dan setiap kali setelah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Gunakan juga produk pengelupasan seminggu sekali untuk menghilangkan lapisan kulit mati. Produk pengelupasan harus digunakan sesekali sahaja kerana ia boleh menyebabkan kulit kering sehingga mengeluarkan lebih banyak minyak.

4. Gunakan pelembap wajah yang tidak menyumbatkan pori-pori. Hindari pelembap yang mengandungi minyak dan mulailah menggunakan pelembap non-comedogenic. 
Foto: Google Image

Saturday, December 29, 2012

Doa Supaya Dicukupkan Keperluan




Doa Supaya Dicukupkan Keperluan, Suruh at-Taubah ayat 129

" Cukuplah bagiku Allah yang menolong dan memeliharaku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain daripada Dia, kepada- Nya aku berserah diri, dan Dia mempunyai Arasy yang besar."


Suruh at-Taubah ayat 129





Jangan Makan selepas Jam 8.00 Malam


Jangan Makan selepas Jam 8.00 Malam


Teori
Tubuh dikatakan kurang aktif atau menjalankan proses penghadaman pada waktu malam berdanding waktu siang. Mengambil makanan selepas pukul 8.00 malam akan menyebabkan kalori tertinggal dalam tubuh dan disimpan sebagai lemak.

Fakta:
Tubuh kita sebenarnya memproses makanan dan membakarnya menjadi kalori sepanjang hari sama ada siang atau malam. Biarpun waktu malam tubuh kurang menjalankan aktiviti namun lemak yang terkumpul pada malam tersebut akan dibuang apabila kita mula melakukan aktiviti pada keesokannya. 

Kita boleh mengambil makan malam tetapi harus dilengkapi dengan berjalan di sekitar rumah 15 hingga 30 minit. Jika ingin mengambil kudapan, pilih makanan sihat seperti produk gandum, susu rendah lemak atau segelas coklat tanpa gula.



Sumber: Majalah Harmoni
Foto: Google Image 



Friday, December 28, 2012

Gambar Nikah Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan Leuniey Natasha









Gambar Nikah Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan Leuniey Natasha

Tahniah buat Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & Isteri, Leuniey Natasha. Semoga perkahwinan mereka akan kekal bahagia hingga akhir hayat.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha sah bergelar suami isteri. Pasangan ini telah di ijabkabulkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib sekitar jam 10.25 pagi dengan mas kahwin & wang hantaran berjumlah RM19,000. Majlis akad nikah Khairul Fahmi dan Nur Eilunie berlangsung di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat.

Mereka akan mengadakan tiga majlis iaitu majlis resepsi pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember diikuti persandingan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan.
 
Sumber: Rotikaya



Kalsium Tinggi Dalam Krimer Manis Susu F&N


Kalsium Tinggi Dalam Krimer Manis Susu F&N
 
Nampak gayanya lepas ni kena tukar la susu krimer manis dan bukannya beli susu pekat manis. Tentang kesihatan ni kena jaga betol-betol dan risau takut terkena kencing manis walaupun bukan keturunan yang ada sejarah kencing manis dan penyakit tiga serangkai ni.

TEH tarik boleh dikatakan minuman kegemaran rakyat Malaysia. Ia merupakan komposisi teh dan susu yang diadun sempurna secara menuangnya dari bekas bancuhan ke dalam cawan dari jarak tinggi berulang kali sehingga menghasilkan buih.

Namun, rasanya yang manis lantaran sering menggunakan susu lemak penuh krim menyebabkan ia sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis.

Pengeluar susu F&N Dairies (M) Sdn. Bhd. telah melancarkan satu lagi rangkaian produk terbaharunya iaitu krimer manis kalsium tinggi F&N baru-baru.

Krimer manis kalsium tinggi F&N itu merupakan produk baharu pertama yang dikeluarkan di kilang F&N Dairies baharu di Pulau Indah, Klang. Menyedari keperluan kandungan nutrisi dalam pengambilan makanan, produk terbaharu itu mengandungi tiga kali kalsum berbanding susu lemak manis yang lain.

Diperkaya dengan vitamin D3 bagi membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dalam badan.

"Semua tin diisi dengan kuantiti cecair nitrogen yang berpatutan untuk memastikan kesegaran produk kekal dalam tempoh yang lama," katanya ketika majlis pelancaran krimer manis kalsium tinggi F&N.

Sama seperti rangkaian susu yang lain, Krimer manis kalsium tinggi F&N juga sesuai untuk minuman teh, kopi, coklat dan malt.
Kosmo



Thursday, December 27, 2012

Tip dan Cara Membersihkan Berus Solekan



Tip dan Cara Membersihkan Berus Solekan 


Biasanya berus solekan yang dah comot sangat tu akan diganti dengan berus yang baru, tapi kali ni apa kata cuba tip dan cara membersihkan berus solekan dengan cara mengelap dengan air. Berus solekan yang bersih sangat penting dan membersihkannya dengan cara lap basah akan membantu membersihkan berus dari kotoran, minyak dan sel-sel kulit mati sekali gus dapat menghindari timbulnya bakteria.

Cara-cara membersihkan berus solekan:

  1. Berus solekan dicuci dengan air suam dan syampu bayi serta tee tree oil.
  2. Ambil semangkuk air suam dan tambahkan satu sudu syampu bayi dan tiga atau empat titik tee tree oil.
  3. Masukkan berus ke dalam bekas tersebut dan kocakkan atau bersihkan lebih kurang seminit atau lebih. 
  4. Penggunaan syampu membantu mencuci segala solekan dan menanggalkan minyak yang melekat.
  5. Manakala tee tree oil berfungsi sebagai anti bakteria.
  6. Setelah itu, keringkan dengan menempatkannya di atas tuala atau kain.


Sumber: Mingguan  wanita
Foto: Google image



Doa Murah Rezeki: Doa Nabi Isa Mohon Rezeki





Doa Murah Rezeki: Doa Nabi Isa Mohon Rezeki 
(Surah al-Maidah ayat 114)


“Ya Allah, wahai Tuhan kami! Turunkanlah kepada kami hidangan daripada langit sebagai satu perayaan untuk kami yang wujud pada ketika ini dan untuk orang yang datang kemudian sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki.” 

(Surah al-Maidah – ayat 114) 

Kisah Tauladan: Juha dan Kambing Panggang


Kisah Tauladan: Juha dan Kambing Panggang

Pada suatu hari, Juha menghadiri majlis kenduri di rumah seorang saudagar yang kaya. Pelbagai hidangan yang sedap dan menyelerakan disediakan untuk para tetamu. Di tengah-tengah hidangan itu, ada hidangan istimewa iaitu anak kambing panggang.

Juha duduk dan makan dengan lahapnya tanpa menghiraukan tetamu yang lain. Tuan rumah memerhati gelagat Juha dari jauh. Dia menghampiri Juha kemudian menegurnya dengan sinis, 
"Aku tengok kamu gelojoh sangat makan anak kambing ni, kenapa? Macamlah ibu kambing ini pernah menanduk kamu semasa kecil dahulu!" Beberapa orang tetamu memandang ke arah Juha sambil tersenyum.
Juha tahu tuan rumah tersebut ingin memalukannya. Lantas dia menjawab, "Aku tengok kamu simpati sangat kepada anak kambing ni, kenapa? Macamlah ibu kambing ini pernah menyusukan kamu masa kecil dahulu!"


Moral:
Antara adab dan sunnah Nabi ketika makan adalah mengambil makanan yang berdekatan sahaja dan berhenti makan sebelum kenyang. Manakala adab bagi tuan rumah pula adalah melayan tetamu dengan baik serta tidak menjatuhkan air muka mereka di hadapan tetamu lain.


Kredit Foto: Kosmo

 

Wednesday, December 26, 2012

Pelajar UUM Maut Dihempap Papan



Dengar berita kemalangan ni memang sedih dan menakutkan. Di
Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam ni memang banyak lori besar, pelajar UUM pun memang suka ke Danok. Gambar di atas merupakan papan partikel yang menghempap kereta Perodua Kancil sehingga menyebabkan seorang pelajar UUM terbunuh dalam kejadian berhampiran Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam

Manakala tiga rakannya cedera dalam kejadian pada pukul 8 malam itu mengorbankan Tan Chuan Ta, 20, manakala pemandu kereta Perodua Kancil, Wang Zong Ching, 24; Khoo Kah Wai, 22, dan Yong Hoi Siong, 23, hanya cedera ringan.

Chuan Ta berada di tempat duduk belakang pemandu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketika kejadian, empat penuntut universiti itu dalam perjalanan pulang ke kampus UUM yang terletak di Sintok dekat sini selepas menikmati makan malam di pekan Danok, Thailand.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd. Yusoff berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah treler yang membawa papan partikel terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

Moral: Ni yang membuatkan aku takut nak ke Danok dan sememang Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam ni sentiasa sibuk, apatah lagi musim cuti sekolah ni sesak memanjang jer..
 
 
Sumber: Kosmo



Monday, December 24, 2012

Kepentingan Kalsium Untuk Kesihatan Tulang


Kalsium menyokong stuktur tulang dan gigi. Ia juga penting dalam pengawalaturan pengecutan otot, pembekuan darah dan fungsi saraf. Selain daripada susu dan hasil tenusu, makanan yang tinggi dalam Kalsium termasuklah ikan dengan tulang lembut seperti sardin dalam tin dan ikan bilis, kacang dan kekacang seperti dal kuning, brokoli, kangkung dan kai-lan serta produk yang diperkuat dengan Kalsium seperti dadih dan bijirin sarapan.

Kepentingan Kalsium dan Vitamin D untuk Kesihatan Tulang

Vitamin D meningkatkan penyerapan Kalsium dan Fosforus serta membantu mengawalatur penyimpanan Kalsium dan Fosforus di dalam tulang. Ini membantu mengekalkan penyimpanan mineral di dalam tulang. Kekurangan Vitamin D mengurangkan penyerapan Kalsium dan penyimpanan mineral di dalam tulang, lantas menyebabkan tulang yang lembut dan tidak sempurna. Manifestasi ini dikenali sebagai rikets dalam kanak-kanak dan osteomalasia dalam orang dewasa. Vitamin D boleh dihasilkan di dalam badan melalui tindakan cahaya matahari ke atas kulit. Selain itu, Vitamin D juga boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, kuning telur dan produk tenusu yang diperkuat dengan Vitamin D.
 
 
Sumber: Nestle
Foto: Google Image

 
 

Sunday, December 23, 2012

Makan Tak Gosok Gigi | Petua Mudah Gosok Gigi Kanak-Kanak

Adik sedang mengunyah pisang goreng

Adik Kashif setahun 17 bulan, mempunyai 12 batang gigi termasuk gigi geraham atas dan bawah. So, aktiviti mengunyah makanan amat senang sekali bila dah ada banyak gigi. Segala macam makanan dia suka makan, nasi, mee, ayam, sotong, kentang dan lobak merah dalam sup. Udang dan ikan paling dia suka makan, bising jer mulut dia mintak, tak sempat habis dalam mulut mintak lagi.

Dah banyak gigi dan makan macam-macam tapi masalahnya pulak tak mau nak gosok gigi. Nak bukak mulut pun tak mau, macam mana nak gosok gigi. 

Petua Mudah Gosok Gigi Kanak-Kanak

Rasanya mesti ibu-ibu lain juga mengalami situasi anak macam ni. Aku nak kongsi sikit petua bagi anak yang takut nak gosok gigi ni. Cara aku buat budak ni, ambik tuala basah, sental ataupun gosok sikit-sikit gigi anak kita. Sekurang-kurangnya hilang la sikit sisa-sisa makanan yang melekat kat gigi.



Sumber Inspirasi: Berkat Sekilogram Tepung


Sumber Inspirasi: Berkat Sekilogram Tepung

Aku suka membaca kisah hidup orang-orang yang berjaya supaya dapat menjadi pemangkin semangat dan sumber inspirasi untuk diri aku. 9/10 daripada rezeki itu datangnya daripada pernigaan. Ummi Siti Amanah Sidek ni menjual pelbagai jenis kerepek, lebih lanjut sila ke FB Simply Aneka Kerepek UMMI
SIAPA sangka di sebalik kejayaan wajah tua ini tersimpan seribu satu kenangan pahit yang pernah di tempuhinya dahulu?

Segalanya bermula dengan pantas sekitar tahun 1997 semasa Malaysia mengalami masalah kegawatan ekonomi yang teruk.

Kesusahan hidup yang dialami Siti Amanah Sidek, 57, membuatkan dirinya nekad untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan.

“Kehidupan di Tanah Rancangan Felda memang terlalu susah pada waktu itu. Memang tidak sama dengan apa yang kita lihat sekarang.

“Dahulu hendak mandi pun kena angkut air di perigi atau sungai berdekatan. Rumah pula hanya beratapkan zink dan berdindingkan kayu cukup sekadar untuk berlindung daripada hujan dan panas.

“Tetapi sekarang semua sudah berubah. Pendek kata, buka mata sahaja siaplah semua,” katanya memulakan bicara.

Membuka cerita mengenai kisah kehidupan silamnya, wanita yang selesa dipanggil Ummi itu berkata, dia memulakan perniagaan kerepek dengan hanya bermodalkan sekilogram tepung dan minyak sahaja.

Perniagaan yang diceburinya itu bermula dengan niat untuk membantu menjana pendapatan keluarga memandangkan suaminya hanya mengusahakan kebun kecil di belakang rumah.

Legasi perniagaan

Anak-anaknya pula pada waktu itu masih dalam alam persekolahan yang memerlukan perbelanjaan besar untuk membeli kelengkapan sekolah.
“Secara jujurnya, saya tiada asas dalam pembuatan kerepek. Saya belajar melalui pemerhatian terhadap kawan-kawan yang menjalankan perniagaan kerepek.

“Kemudian bila balik sahaja rumah, saya praktikkan apa yang saya nampak dan olah sedikit demi sedikit sehingga rasa kerepek itu ada,” katanya kepada Jurnal.
Melalui fasa naik dan turun sama seperti pengusaha-pengusaha yang lain, dia mengakui bukan mudah untuk bertahan sehingga ke hari ini. Lebih-lebih lagi bagi insan sepertinya yang bukan datang daripada keluarga senang.

Malahan, penglibatannya dalam perniagaan kerepek ibarat bidan terjun yang hanya bermodalkan sekilogram tepung dan minyak.
“Dahulu masa baru-baru mula berniaga susah untuk saya dapatkan pelanggan. Sehari pun belum tentu ada kerepek yang terjual.

“Mana tidaknya, saya hanya menjual kerepek tepung biasa yang disira sambal. Orang lain pula bermacam-macam jenis dan rasa kerepek yang dijualnya,” katanya.
Lima tahun kemudian kerepeknya mula mendapat sambutan, tetapi dia pula berdepan dengan masalah pengeluaran produk.

Ini kerana kerepek-kerepek tersebut dihasilkan tanpa penggunaan mesin ataupun tenaga kerja yang lain.

Namun segalanya berubah tiga tahun kemudian apabila dia mula mendapat bantuan daripada Jabatan Pertanian.

Bantuan tersebut membolehkan Ummi untuk mendapatkan bantuan dari segi perkakas membuat kerepek.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu. Siapa sangka, kesabaran menggunung Ummi membolehkannya melebarkan legasi perniagaannya. Daripada kerepek yang dibungkus menggunakan plastik lutsinar tanpa nama tetapi kini namanya menjadi jenama produknya.

Perusahaan Makanan Ummi kini merupakan satu produk makanan berasaskan kerepek yang dikenali di seluruh negeri Johor dan Singapura.
“Dahulu saya hanya mampu untuk menghasilkan sejenis kerepek sahaja dengan menggunakan tepung dan kemudian disira dengan sos pedas.

“Tetapi kini saya mampu menghasilkan pelbagai jenis kerepek seperti kerepek tiram, pagoda, ubi pedas dan cakar ayam,” ujarnya.
Tambahnya, perniagaan yang bermodalkan sekilogram tepung itu membuahkan hasil apabila dia mampu menghasilkan beberapa jenis kerepek yang lain seperti kerepek bawang, ubi pedas, jejari pedas, selayang manis serta selayang pedas.

Perniagaan yang dahulunya hanya dilakukan di rumah berdindingkan papan dan beratapkan zink telah berakhir. Kini, ummi mempunyai kilang memproses kerepeknya sendiri dengan perkakas-perkakas canggih untuk tujuan perniagaan.

Jika dahulu dia membanting tulang seorang diri dan kadangkala dibantu oleh anak-anaknya, kini setelah hampir 15 tahun Ummi meneruskan legasi perniagaannya dengan mengupah seramai tujuh orang pekerja.


Sumber: Kosmo


Petua Dan Doa Untuk Perbanyakkan Susu Ibu


Petua Dan Doa Untuk Perbanyakkan Susu Ibu 

 Alhamdulillah, dua-dua anak aku minum susu ibu, si adik / Kashif dah umur 1 tahun 17 bulan masih menyusu susu badan lagi. Kakaknya dulu menyusu susu badan sampai umur 2 tahun 2 bulan. Si kakak dulu rezekinya murah sikit, air susu banyak sangat. Si adik plak cuma kurang sedikit susu badan terhasil tapi itu pun masih cukup untuk adik. 

Para ibu di luar sana berusahalah untuk menyusu anak-anak dengan susu ibu. Anak-anak pun sihat dan kurang diserang penyakit.

Jom amalkan Surah Al Baqarah ayat 60 untuk perbanyakkan susu ibu

Surah Al Baqarah ayat 60



Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing)[55]. Makan dan minumlah rezki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.

Cara-cara mengamalnya:
  • Berdoa: “Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menurut segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN”
  • Baca Salawat Nabi dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  • Baca Surah Al Baqarah ayat 60 dan letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah






Saturday, December 22, 2012

Petua Telur Ikan Tidak Mudah Hancur

Telur ikan - kredit foto: zarifnuhin

Petua Telur Ikan Tidak Mudah Hancur

Ada sesetangah orang suka makan telur ikan, tak kira lah masak macam mana sekali pun. Aku pun suka juga makan telur ikan digoreng dengan garam kunyit camtu jer. Nak kongsi sedikit petua supaya telur ikan tak mudah hancur semasa proses memasak. Bagi yang belum tahu lagi sila la baca ye dan yah dah tahu tu buat-buat tengok jer lah yer.

Petua Telur Ikan Tidak Mudah Hancur, macam ni caranya: sebelum memasak telur ikan, basuh dan rendamkan di dalam air kapur selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan rebus seketika sebelum dimasak. Hasilnya telur ikan tidak mudah hancur.



16 Gambar Majlis Nikah Anne Ngasri dan Mohd Sumali Reduan

16 Gambar Majlis Nikah Anne Ngasri dan Mohd Sumali Reduan 


Tahniah buat Anne Ngasri dan suami

Hari ni 22 Disember 2012 berlangsung majlis pernikahan antara Anne Ngasri dan Mohd Sumali Reduan yang bertempat di kampung halaman pengantin perempuan di Benut, Pontian Johor. Menurut sumber rotikaya, majlis pernikahan Anne Ngasri berlangsung sekitar 11.00 pagi tadi dengan sekali lafaz, Anne Ngasri sah bergelar isteri kepada Sumali Reduan dengan mas kahwin bernilai RM22.50 & hantaran RM11,111.
Suka tengok muka Anne yang sentiasa ceria dan berseri-seri. Semoga rumahtangga mereka berdua akan kekal bahagia hingga je Jannah, dirahmati dan diberkati Allah swt..




















Sumber: Rotikaya



Aiskrim Kelapa dan Air Kelapa


 Hari khamis minggu lepas aku pergi lagi ke Songkhla Beach, kali bawa adik aku plak. Pergi kali ni tak best sangat nak berjalan sebab hujan lebat. Orang menjual makanan pun tak ramai, tapi orang Malaysia macam biasa la tetap ada jalan-jalan kay sana. Hujan lebat menyebabkan naik air laut dan peniaga tak boleh nak meniaga. Ingatkan nak pergi lagi ke tempat yang kami aritu.

Masa aku pergi hujung bulan oktober baru ni tak jumpa plak aiskrim kelapa ni..rasa dia memang sedap.Aiskrim tu dibubuh dalam buah kelapa yang ada isi, 3 scoop aiskrim, kepingan roti, kacang tanah, lobak merah yang di sera dan lain-lain bahan yang aku tak tau namanya. Harga aiskrim kelapa ni RM 3.50 satu.


Sebelum tu abah dan adik dah pulun makan buah kelapa ni, RM 2 sebiji tu. Air dan isi kelapa tu pun sedap juga. Kalau kat Danok boleh dapat RM 1.50 jer sebiji, buah kelapa ni besar jugak, memang berbaloi sangat membelinya.