Thursday, November 29, 2012

10 Kunci Cantik Di Hati




10 Kunci Cantik Di Hati
  1. Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah swt dan Rasul-Nya.
  2. Kunci rezeki adalah berusaha disertai dengan istighfar dan ketakwaan. 
  3. Kunci syurga adalah mengesakan Allah swt (Tauhid).
  4. Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah swt dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk-makhluk-Nya.
  5. Kunci kebaikan adalah kejujuran.
  6. Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Quran, berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa.
  7. Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik.
  8. Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar. Kunci kebahagiaan adalah taqwa.
  9. Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur. Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi.
  10. Kunci agar permintaan dikabulkan oleh Allah adalah berdoa.





Resepi Sos Blackpaper


Hari ni aku rasa macam nak tulis Resepi Sos Blackpaper, semenjak dua menjak ni aku selalu buat Chicken Chop sebab si kakak suka sangat makan chicken chop dan kalo makan di luar itulah menu yang dia mintak. Botak kepala juga kalo hari-hari dia mintak menWestern ni. So, abah dia yang jadi mangsa perapkan ayam & buat stok sentiasa ada dalam peti ais, bila si kakak mintak cuma gorengkan jer lah. Budak ni tahan makan pedas.



Ni adalah gaya dan cara si kakak ni makan, dia yang mintak dihidangkan camtu. Resepi Sos Blackpaper ni ambik daripada blog Ana Suzana, rasanya ramai yang kenal dia kan! Aku lebih suka rasa Sos Blackpaper Ana Suzana punya ni, rasa macam berlemak sikit. Jom tengok resepinya!





Resepi Sos Blackpaper
Resepi: Ana Suzana
 
Bahan2nya :
 

2 sudu besar butter/marjerin
2 sudu besar tepung gandum (utk memekatkan kuah)
2 cawan fresh milk/ susu cair ( 400 ml )
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
3 @ 4 sudu besar sos botol blackpepper
2 sudu besar kicap ( utk kaler sos lebih gelap - aku tak letak pun)
cendawan butang dlm tin (jika suka)
seketul kiub pati ayam knorr (aku guna stock ayam - masukkan sikit jer)

Cara-caranya :

  1. Guna kuali non stick kalau boleh (ana pesan ni).. kalau takde apa2 kuali pun boleh.. bukak api sederhana je ye..
  2. Masukkan 2 sudu butter/marjerin.. bila dah cair masukkan tepung gandum tadi.. kacau rata guna whisker/garfu..
  3. Bila dah berbuih2 , masukkan susu.. kacau lagi.. masukkan pulak serbuk blackpepper.. masukkan cendawan butang yg dah di hiris...
  4. Kemudian masukkan seketul kiub pati ayam knorr, kicap dan sos botol blackpepper.. kacau sebati semuanya.. kalau suka pekat biarkan sos tu masak lama sikit sampai pekat.. 



Penjaring Gol Malaysia dan Ramalan Menentang Indonesia


Penjaring gol Harimau Malaya meraikan gol masing-masing...
Selepas dikritik hebat, nampaknya Harimau mengamuk semalam. Perlu diingat, Laos berjaya mengikat Indonesia pada match sebelum tu 2-2, dan Malaysia pulak kalah 0-3 kepada Singapura. Tetapi Singapura pulak kalah 0-1 kepada Indonesia. Jadi macam mana agaknya kebarangkalian Malaysia vs Indonesia jika dicongak dari segi matematik?

Indonesia 2-2 Laos
Malaysia 0-3 Singapura
Singapura 0-1 Indonesia
Malaysia 4-1 Laos

Jaringan Malaysia - 4 gol
Jaringan Indonesia - 3 gol

Lain-lain statistik perlawanan rasmi tidak diambil kira.
Jadi sebagai kiraan mudah dengan formula sendiri (tanpa rumus kebarangkalian dan sebagainya) =
Malaysia akan seri dengan Indonesia

Jika seri, Malaysia perlu harapkan match pasukan lain untuk mara ke Semi Final...

p/s: Mungkin penyokong tak suka dengar seri ni, tapi kalau boleh kita semua nak menang...


Wednesday, November 28, 2012

Resepi Ikan Bakar



Resepi Ikan Bakar 

Bahan-bahan:

 
1 ekor ikan siakap atau apa jenis ikan pun boleh jer, di belah belakang & buang sisik.

2 biji cili hidup*
10 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
3 batang serai*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
1 helai daun kunyit*

5 sudubesar pes cili kering
1 sudu besar gula melaka
1 sudu besar gula 

Sedikit air asam jawa
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Daun pisang
2 biji limau kasturi-ambil jus.


Cara membuatnya:
  1. Kisarkan semua bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan bertanda * tadi sehingga naik minyak.
  3. Kemudian, masukkan gula melaka, gula, air asam jawa dan garam. Agak-agak dah pekat sikit kuahnya, padamkan api. 
  4. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.
  5. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.
  6. Lumurkan rencah yang dah ditumis tadi dengan ikan yang telah dibersihkan. Kalau suka balutkan dengan daun pisang atau daun kunyit untuk bangkitkan aroma yang harum dan sedap. 
  7. Aku panggang dalam pemanggang ajaib tu jer, mudah dan senang.


Resepi Air asam Jawa (sos cicah )
(Resepi Potret Kasih)


1 biji bawang besar( potong dadu )
1 biji buah tomato ( potong dadu )
1 cawan air masak
5-10biji cili padi ( hiris nipis)
1 genggam asam jawa
1 sudu besar penuh gula
1 sudu kecil garam
1/2 inci belacan bakar ( jika suka)

Cara penyediaan

1. Gaulkan 1 cawan air bersama segenggam asam jawa. Ambil jusnya.
2. Satukan semua bahan tadi dengan jus asam jawa.
3. Kacau hingga rata sehingga gula dan garam larut.
4 Sesuaikan rasa ikut citarasa anda… hidangkan dengan ikan bakar tadi dengan air asam.



Tuesday, November 27, 2012

Tanda - Tanda Kematian Dalam Husnul Khatimah



KEMATIAN adalah satu perkara pasti yang mesti dilalui setiap manusia. Maka kita perlu menyediakan bekalan secukupnya bagi menghadapinya.

Kematian bukanlah jalan pengakhiran kerana kita akan melalui alam barzakh sebagai tempat persinggahan sebelum menuju alam akhirat.

Jika baik amalan kita di dunia, maka baik juga ketika berada di alam kubur. Sebaliknya, jika buruk amalan kita maka seksaan berat pasti menanti.

Sedar atau tidak, sesungguhnya manusia sedang menuju kepadanya. Tidak kira tua, muda, sihat atau sakit ia proses alamiah kepada sebuah kehidupan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.” (Surah Jum’ah ayat 8)

Sentiasa mengingati mati dan bersiap sedia menghadapinya supaya kita dapat menuju ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.

Kita mengharapkan supaya dapat mengakhiri kehidupan dalam keadaan ‘husnul khatimah.’ Berikut antara tanda-tanda kita mati dalam keadaan husnul khatimah antaranya:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: ‘Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.’ (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid antara kalian? Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.”

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.” Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang yang mati tenggelam, dialah syahid.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut: Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah. Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai dua perkara ini banyak riwayat dan yang paling masyhur dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit tubercolosis (TBC). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatimah. 
 Sumber: Metro

Monday, November 26, 2012

Ultras Malaya Bola Sepak Kalah Cari Rajagobal


Jangan marah mereka. Merekalah yang menghidupkan stadium - Ultras Malaya
Jangan pandang serong dengan satu group besar penyokong bola sepak Malaysia yang tak pernah duduk diam di satu sudut stadium. Itu Ultras Malaya!

Cukup besar sokongan mereka. Tanpa mereka stadium pasti sunyi...bukan menafikan kehadiran group lain atau penyokong lain yang lagi ramai tapi Ultras Malaya ni unik. Tak kira hujan, tak kira panas, tak kira hari apa sekalipun friendly match..pasti ada. Boleh bergegar stadium kalau ada lagi 10 kali ganda penyokong di bawah panji Ultras Malaya ni.

Harimau Malaya kalah..mereka tetap bersatu hati, tetap meneruskan sokongan. Tunggu sampai balik.
Dah 2 tahun selepas menang AFF Suzuki Cup edisi lepas, mereka masih sabar dengan kekalahan atau seri yang tak sepatutnya apabila bermain dalam friendly match.

Memang padan pun kalau mereka minta penjelasan Rajagobal mengenai situasi pasukan selepas 2 tahun asyik bereksperimen. Dengan match sebenar menentang Singapore pun masih kena ratah lagi. Adoyai....!!!

Oleh: Papankey

Sunday, November 25, 2012

Kisah Pelajar Dan Kentang yang Busuk



 Kisah Pelajar Dan Kentang yang Busuk

Ada seorang guru meminta pelajarnya membawakan satu kantung plastik ke sekolah. Dia meminta setiap pelajarnya memasukkan beberapa biji kentang ke dalamnya. Setiap pelajar diminta memasukkan sebiji kentang bagi setiap seorang yang mereka benci dan tidak mahu maafkan dengan menulis nama orang yang mereka benci itu. Ada beberapa pelajarnya yang kantungnya agak ringan walaupun sebahagian besarnya mempunyai kantung yang berat.

Mereka diminta membawa kantung yang berisi kentang itu ke mana sahaja mereka pergi dan sepanjang masa termasuk masa makan dan tidur selama dua minggu. Lama-kelamaan keadaan kentang itu makin tidak menentu. Banyak kentang itu mula membusuk dan buruk. Hampir semua pelajar mengeluh dengan tugasan ini. 

Akhirnya tamat tempoh dua minggu itu dan guru itu mendapati ramai pelajarnya yang membuang kantung itu kerana tidah tahan dengan kentang-kentang yang mula membusuk itu. Pelajar-pelajar yang mengeluh dan tidak faham mengenai tugasan ini akhirnya mendapat jawapan daripada guru mereka. 

Guru itu berkata, "membawa beban yang tidak berguna sesungguhnya amat memeritkan dan mensia-siakan kehidupan kita. Begitu juga dengan hati yang penuh dendam dan benci akan memburuk dan akhirnya merosakkan diri kita."


Berfikir Gaya Trumph, 2012, M/s: 156

 

7 Unsur Mendorong Manusia Sombong




7 Unsur Mendorong Manusia Sombong
  1. Keturunan
  2. Kekuatan & Kekuasaan
  3. Kecantikan
  4. Kekayaan dan banyak aset
  5. Tinggi ilmu
  6. Warak & kuat ibadah
  7. Ramai pengikut dan kuat pengaruh


Majalah Solusi, Isu#50|ms:86


Malaysia vs Singapore Mesti Menang Malam Ni



Malam ni penentuan eksperimen Coach Rajagobal selama ini. Malas nak sebut keputusan friendly yang lepas-lepas. Rasanya peluang nak menang adalah cerah dengan sebab berikut:

1. Semua match ketika friendly sekadar pemanas badan, compare dengan pihak lawan seperti bersungguh.
2. Semasa friendly, semua takut tercedera, risau terlepas peluang nak bermain di AFF Suzuki Cup nanti.
3. Kalau masa friendly main sungguh-sungguh tapi kalah jugak, malu lah.
4. Kalau main lasak sangat pun sampai hilang player bagus-bagus pun bahaya juga.
5. So malam ni lah penentuannya, strategi Coach Raja bukan untuk menang ketika friendly tapi tungguuu...

Dengan kit baru kenalah bagi main mantap sikit...
Oleh: Papankey


AFF Suzuki Cup 2012: Thailand Menang Tipis


Pemain Thailand memang lasak...pemain kita agak lemah lembut
Malam tadi tak lah tengok sangat match AFF Suzuki Cup 2012 antara Thailand vs Philippines sebab bertentang dengan Masterchef di Astro Ria. Apapun dahsyat juga tengok match tu sebab Philippines pun memang makin naik sejak 2 tahun kebelakangan.

Apapun skuad Thailand yang merupakan juara 3 kali Piala AFF Suzuki ni menerima tentangan sengit sebelum menang tipis 2-1.

Apabila Vietnam seri 1-1 dengan Myanmar, jadi Thailand sekarang ni kira leading group dia dengan 3 mata.

Oleh: Papankey

 

Laksa Ka Su Kuala Perlis


Laksa Kak Su (Laksa beras asli)

Kuala Perlis
No. 97 Jalan Siakap 1, 02000 Kuala Perlis
012-5500365, 014-2483133, 019-5111464
Lokasi tak strategik, tetapi sambutan Meletop!

Laksa sepinggan - RM3.00
Laksa special - RM3.50
Pulut Udang - RM0.30

Kuah laksa melimpah, kalau yang dah pernah mencuba mesti boleh rasa kelainannya...
Pulut udang ni, kalau masa peak season memang habis awal...
Kakak pekena laksa set budak (tanpa timun dan bawang)
Dalam minggu cuti berganda baru ni ditambah lagi dengan cuti sekolah, sampai lebih 1km orang boleh parking kereta untuk ke Langkawi di Kuala Perlis ni. Kebanyakan kenderaan dengan no plat KL, Selangor, Johor.

Friday, November 23, 2012

Jom Minum Petang Bersama Cucur Ikan Bilis



Petang-petang macam ni sebut jer cucur, tak kira cucur apa sekali pun mesti laju jer nak makan kan. Dihidangkan plak bersama dengan teh panas, kopi panas ataupun apa2 perisa air panas la, mesti senyum jer si suami & anak-anak.

Tepung cucur bilis cap Adabi ni produk baru dari Adabi ker? rasanya sebelum ni tak perasan pun tepung cucur bilis segera yang packaging nya camni, sebab selalunya duk ambik yang perisa cucur udang jer. ke packaging baru? confuse aku dibuatnya. 

Bila dah ada anak yang sangat cerewet & memilih dalam bab makan-makan ni, aku lebih suka guna tepung cucur segera adabi sebab senang & mudah kan, tinggal nak bancuh jer. Tapi yang penting aku dah tak perlu nak pilih2 segala bawang / bilis / udang / daun bawang / cili / dll lagi lah atau buat kosong jer untuk depa makan. haduiii!!! malas betol la ibu zaman sekarang ni (aku ler tu).

Inilah rupanya bila dah masak, ranggup-ranggup jer rasanya. Aku bancuh sedikit cair dengan air sejuk dalam peti ais. Ada petua orang bagi tau bancuh dengan air sejuk lebih sedap & ranggup. Sekadar mencuba, ternyata sedap juga cara ni dan yang penting hubby & anak2 suka.



 

Dapatkan Periuk Luminarc Harga Promosi


 Dapatkan Periuk Luminarc Harga Promosi


Aku terpengaruh dengan brand Luminarc ni sebab selalu iklan dalam Majalah anjung seri. Maaf yer, bukan niat untuk menunjuk tapi sekadar untuk berkongsi harga. Aku pun tak berapa nak tahu sangat harga periuk belanga & pinggan mangkuk yang mahal-mahal.

Niat memang nak cari periuk yang elok & tahan lama sikit. Kami pun pi lah tengok di The Zon Duty Free Shopping Complex Bukit Kayu Hitam, tengok-tengok periuk Luminarc ni ada harga promosi, berbunga riang la juga hati ni kan, memang duk teringin pun selama ni.

 Periuk Luminarc 3 Liter ni harga asalnya RM 136 & harga promosi RM 68, yang aku rembat ni yang plain jer bukan yang ada corak bunga-bunga tu. Untuk yang satu set Periuk Luminarc ni (ada 3 biji) cuma RM 278. Aku rasa macam dah murah dah. Tapi usah dibandinglah dengan harga di Haji Ismail Group, Langkawi nung.
 

 

Thursday, November 22, 2012

Almond Gold Chocolate Turun Harga




Biasanya di The Zon Duty Free Complex Bukit Kayu Hitam harganya RM 9.90, walaupun terletak di Duty Free Zone, tapi harganya masih tidak semurah di Langkawi. Untuk info, sekarang ni ada promosi harga diskaun, iaitu RM 7.90 untuk sebungkus (ada 3 bar) dan barulah harga coklat ni menyamai harga di Pulau Lagenda tersebut. 

Dah namapun harga promosi, jadi apalagi aku pun rembat la 3 bungkus. Mana tak nya, anak aku 2 orang ni pun boleh habiskan coklat tu sorang satu!


Profil Fatimah al-Zahra


Nama saya Nur Kamila Qistina bukan Fatimah al-Zahra yer..
Gambar ni takde kena mengena dengan tajuk entri yer..saje aku nak tepek gambar anak aku si kakak ni. Sebelum tidur aku suruh dia baca zikir Fatimah al-Zahra, dia kata kat aku balik "ibu tolong baca la, kakak penat mulut nak baca". Macam-macam la alasan bagi tapi kalo nak main laju jer dia..


Profil Fatimah al-Zahra

  1. Puteri kepada lelaki & wanita terbaik, Muhammad s.a.w. dan Khadijah binti Khuwailid.
  2. Suaminya dalam kalangan sahabat terbaik, Sayidina Ali r.a.
  3. Anak-anaknya ialah insan al-Muhsin (terbaik) iaitu al-Hasan, al-Husin, Zainab al-Kubra dan Zainab al-Asghar).
  4. Merupakan wanita terbaik dan ketua bidadari syurga.
  5. Meninggal dunia enam bulan selepas kewafatan Rasullah s.a.w., pada hari selasa 3 Ramadhan 11 Hijrah.
  6. Dimakamkan di perkuburan al-Baqi'.


Lamborghini Mini Speaker


IKLAN:
Lamborghini Mini Speaker

Pandangan Sisi Depan

Pandangan Tepi
Pandangan Sisi Belakang
Lampu Depan

Sambungan USB-Mini USB dan Audio Port

Sesuai buat hadiah, hantaran, kegunaan sendiri, unik, menarik dan bawa ke mana saja...
 
Portable Audio Player
Sesuai untuk: TF Card/ USB/ Mobile/ Computer/ Laptop Mini Car Speaker
Warna: Kuning, Putih, Kelabu, Biru, Hitam, Merah


Spesifikasi:
Speaker Specifications: 40mm 4Ω/3W × 2 low-frequency radiation control × 1
Output power: 3 ~ 5W
Frequency response: 60Hz-20KHz
Sensitivity: 80db ± 2db
Signal to noise ratio: ≥ 80dB
Distortion: ≤ 0.3%
USB Specification: USB 2.0
Power supply: MINI USB
Stand-alone Net Weight: 500g
Charging time : 3-4 hours
Support capacity: ≤8G
Input methods: the LINE IN / TF / MINI USB
Product Dimensions: L200mm × W90mm × D45mm

 Pakej dalam kotak termasuk:
 • 1× Mini speaker
 • 1× USB charge cable
 • 1× 3.5mm audio cable
 • 1× Lithium battery


Harga: RM79
Harga jika termasuk Pos Laju RM89
Sila SMS: Nama, Alamat, Lamborghini + Color ke 019-5781829
(Share FB jika suka) 



Wednesday, November 21, 2012

Jalan-jalan Cari Makan di Samila Beach


Lokasi: Songkhla, Thailand.
Tepi jalan seberang pantai Samila.
Makan-makan murah.
Menghadap laut dari tepi jalan.
Peniaga Muslim.

Tanda A tu menunjukkan BP Samila Beach Hotel, tak jauh dari situ lokasi makan-makan best!
Masa kami datang, yang ni jer tinggal...itupun dah kira okay.
Warung ni menyediakan tempat makan unik, pondok diperbuat daripada buluh. Sejuk dan nyaman.
Tadaa...ni lah makan tengahari kami pada hari tu. Nasi Goreng Sotong dan Nasi Goreng Udang. Cuma 35 Baht (RM3.50) sepinggan. Ayam panggang 60 Baht (RM6.00).
Beli air sebotol tu sekali dengan ais sebekas besar. Murah lagi makan di sini compare dengan Hatyai.
Ayam panggang yang sedap, cukup rasa, dimasak dengan sempurna. Lain benar rasanya.
Adik beradik yang kelaparan apabila melewati waktu lunch time...
Nasi Goreng tu sedap sungguh, tak cukup 2 pinggan sebab anak-anak pun berselera, maka tambah satu lagi

Khairul Fahmi Umum Kawin Leuniey 28 Desember Ini

Wah! So, sweet.. sama cantik sama padan..bagai pinang dibelah dua..

Menurut sumber portal murai.com.my, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan panggilan Apex, 23, bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Leuniey Natasha pada 28 Disember ini.

Majlis pernikahan tersebut bakal dilangsungkan di kediaman bakal isteri Apex, Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, jam 9 pagi. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Apex dan Leuniey menerusi satu sidang media yang baru saja diadakan sebentar tadi di Hotel Royale Bintang Damansara.

Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan pada 30 Disember jam 8 malam berkonsepkan Melayu Kotemporari.

Manakala persandingan sebelah lelaki pula akan dilaksanakan di kediaman Apex iaitu di Kampung Chenang, Kota Bharu, Kelantan bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung.

Sebuah majlis resepsi pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara, pada 13 Januari 2013 bermula jam 8 malam dengan memilih konsep English Style.

"Insya-Allah, saya akan bernikah pada 28 Disember depan dan 3 majlis resepsi bakal diadakan untuk perkahwinan saya ini. Dua majlis di Kelantan dan sebuah majlis lagi akan diadakan di Hotel Royale Bintang Damansara.

"Saya mengalu-alukan kedatangan semua media untuk majlis pernikahan dan resepsi sebelah lelaki dan perempuan di Kelatan. Bagaimanapun, untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur, hanya kenalan rapat saja yang bakal dijemput disebabkan majlis ini bakal diadakan secara kecil-kecilan saja," kata Apex.

Bagaimanapun, keempat-empat majlis ini bakal disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104).

Tambah istimewa, radio nombor satu Malaysia, ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey di Hotel Royale Bintang, Damansara.

Stesen radio nombor satu di pantai timur, THR Gegar pula turut menjadi radio rasmi perkahwinan pasangan ini di Kelantan. Kedua-dua stesen radio ini bakal menjalankan sebuah kempen istimewa yang memberi peluang peminat penjaga gol Kelantan ini untuk hadir ke majlis bersejarah buat Apex.

Mewarnai perkahwinan ini apabila, portal murai.com.my dipilih menjadi portal rasmi perkahwinan berkenaan dengan menerbitkan sebuah program online istimewa dengan kerjasama LH Media TV yang menjadi sinematografi rasmi persandingan yang dinanti-nantikan ini. Persandingan ini turut mendapat kerjasama dari The Photolicious yang bertindak sebagai fotografi rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey.

Pasangan ini pula bakal berseri lagi dengan rekaan baju daripada pereka popular, Ezuwan Ismail bersama material kain yang mendapat penajaan dari Jakel. Mankala, untuk majlis resepsi di Hotel Renaissance, Kota Bharu pula, ia bakal mendapat sentuhan kreatif dekorasi dan pelamin dari N Touch Trade and Wedding Gallery Butik milik Leuniey.

Sementara, dekorasi dan pelamin di Hotel Royale Bintang Damansara pula mendapat sentuhan magis dari Ari Wedding Couture, Kuala Lumpur. Selain menjadi lokasi rasmi resepsi di Kuala Lumpur, The Royale Bintang Damansara juga menjadi lokasi rasmi bagi sesi fotografi dan rakaman pra-perkahwinan serta sidang media perkahwinan Apex dan Leuniey.

Tuesday, November 20, 2012

Prosedur Urusan Kematian di Makkah al-Mukarramah


Perkuburan Ma`la Makkah Mukarromah


  1. Maklumkan kepada pihak agensi umrah atau haji anda tatkala berlaku kematian.
  2. Jika berlaku kematian di hotel yakni bukan hospital, pihak hospital terdekat akan dimaklumkan dan doktor akan segera datang untuk mengesahkan kematian. Jika meninggal dunia di hospital, segala urusan pengesahan terus dilakukan di hospital.
  3. Setelah kematian disahkan, pihak agensi atau pengurus jemaah umrah atau haji akan memaklumkan perkara ini kepada pihak Konsul Jeneral Malaysia yang berpusat di Jeddah. Segala urusan surat menyurat dan dokumen akan diuruskan oleh pihak mereka setelah mendapat pengesahan rasmi daripada pihak hospital.
  4. Bagi urusan persiapan jenazah, pihak hospital akan terus membuat urusan dengan pihak yang berkaitan di Makkah dan segala urusan akan dilakukan dengan segera.
  5. Urusan memandikan, mengapankan sehinggalah solat jenazah akan diuruskan oleh pihak berwajib di Arab Saudi. Jenazah akan dibawa ke Masjidilharam untuk solat jenazah.
  6. Kemudian jika direzekikan dan diberi ruang, jenazah disemadikan di tanah perkuburan Ma'la tempat persemadian Siti Khadijah binti Khuwailid r.ha. dan para sahabat Nabi s.a.w. Namun, kebiasaannya jemaah dari luar Arab Saudi telah dikhususkan tempat persemadian yang bernama al-syaraya' (jalan menuju ke Taif dan berhampiran  dengan Arafah).




Majalah Solusi, Isu 48|ms:33




Tu Dia Harga Minyak di Thailand


Harga minyak antara RM3.00 hingga RM4.00, kalau kena kat Malaysia macam ni mampus kita harga barang naik meroket!

Sebab tu lah kat area sempadan Malaysia ni, orang Thai suka suki sangat isi minyak banyak-banyak...
Perjalanan ke Thailand, jika menaiki kenderaan sendiri lebih baik isi minyak di Malaysia. Itulah yang kami buat sebelum ke Thailand. Berbaloi-baloi...
Tau tak harga minyak petrol kat Malaysia sekarang ni?..Haa tak mustahil ada yang dah tak ambil peduli...



Friday, November 16, 2012

Tip Transformasi Diri



Tip Transformasi Diri

  1. Hijrah memerlukan keazaman kerana tanpanya ibarat "hangat-hangat tahi ayam". Apabila dia diuji, terus lari daripada masalah dan ujian.
  2. Hijrah mensyaratkan keikhlasan dan keredaan kerana tanpa kedua-duanya, seseorang itu akan kecundang dan mula menyalahkan diri dan orang lain. Mungkin Allah juga akan disalahkannya.
  3. Hijrah mewajibkan kesabaran kerana ia akan menjadikan seseorang tabah. Sabar dalam melakukan ketaatan, menjauhkan diri daripada maksiat dan menghadapi ujian dan cubaan daripada Allah.
  4. Hijrah berkehendak kepada persekitaran baru yang dapat mendekatkan diri seseorang dengan amalan kebaikan, ilmu, masjid, orang berilmu dan orang soleh.
  5. Hijrah mendambakan ilmu kerana dengannya kita tidak akan buntu. Hijrah tanpa ilmu ibarat memegang lampu suluh tanpa cahaya. Kadangkala kita jatuh tersungkur kerana tidak dapat melihat dalam keadaan yang gelap walaupun lampu suluh sudah berada di tangan.
  6. Hijrah dengan keberanian memampukan seseorang untuk melawan arus. Arus kegelapan kepada arus cahaya.
  7. Hijrah memerlukan rahmat Allah kerana tanpanya kita akan gelisah, resah dan sengsara. Justeru, sentiasalah berdoa agar kita sentiasa diberikan rahmat dan petunjuk daripada-Nya.


 Majalah Solusi, Isu 48|ms:105

      
 

Sebaik-Baik Sedekah






Apakah ciri-ciri sebaik-baik sedekah?

  1. Sedekah yang diberi secara sembunyi-sembunyi hinggakan tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan tangan kanan. Sedekah yang disembunyikan lebih dekat dengan darjat ikhlas. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud: "Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian itu adalah lebih baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu."
  2. Sedekah yang diberikan sewaktu masih hidup dan kuat berbanding sedekah yang diberikan selepas mati atau ketika sakit atau sedang nazak sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya: "Sebaik-baik sedekah ialah apabila kamu bersedekah dan kamu berada dalam keadaan sihat dan tamak, kamu mengharapkan kekayaan dan takutka kefakiran. Jangan kamu tangguhkan sehingga nyawa berada di halkum lalu kamu katakan, 'ini untuk si polan dan itu untuk si polan' sedangkan ia memang menjadi hak si polan itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  3. Sedekah setelah menunaikan perkara wajib.
  4. Sedekah yang merupakan hasil daripada titik peluh sendiri.
  5. Sedekah kepada golongan yang berhak ikut prioriti seperti nafkah ke atas anak-anak, kaum kerabat, jiran tetangga, sahabat handai, dan sedekah pada jalan Allah.
  6. Sedekah jariah yang pahalanya terus mengalir walaupun telah meninggal dunia selama mana sedekahnya itu dapat dimanfaatkan oleh manusia.


Majalah Solusi, Isu 48|ms:81    


Thursday, November 15, 2012

Minum Petang Dengan Ramly Burger


Terbaikkkk...

boleh di kira sebagai menu minum petang ke tu? biasanya kalau minum petang mestilah kuih-kuih tradisional kan, ataupun goreng pisang pasang, murtabak, roti canai. Nak makan benda tu semua kena la beli kat luar. Aku malas nak keluar rumah, so masak & makan apa yang ada kat rumah.

Tapi, yang sebenornya anak aku si kakak tu suka makan daging burger + telur. Dah alang-alang hubby aku buatkan untuk anaknya, maknya pun teringin la jugak. Siap dihidangkan macam ni la rupanya beserta dengan tomato, sos cili & mayonis beserta dengan garfu & pisau lagi tu. Korang jangan heran la pulak, hubby aku ni memang camtu perangainya. Aku suruh masak daging jer tapi siap menghias lagi hidang untuk aku.



Salam Tahun Baru - Awal Muharram





Salam Tahun Baru Islam 1434
Maal Hijrah

Wednesday, November 14, 2012

Darulaman Lake Homes


Darulaman Lake Homes
  1. Sebuah kawasan kediaman berpagar menjadi kebanggaan terbaru Darulaman Realty.
  2. Cantik
  3. Luas
  4. Berdekatan tasik
  5. Harga masih boleh tercapai oleh akal dengan lokasi elit di Jitra ini.

Darulaman Lake Homes, berdekatan dengan Tasik Darul Aman Jitra

Pintu masuk berpalang dengan pos pengawal, dah siap.

Salah satu antara sudut depan yang cantik untuk tatapan

Salvinia: Harga banglo 2 1/2 tingkat ini bermula dari RM600,000

Masih banyak lagi perlu disiapkan.

Daripada Schneider Electric

Suis Schneider Electric

Bukaan pintu kedua dari arah dapur

Ruang bersebelahan dapur

Ruang tamu menghala ke arah tangga, pintu utama yang besar bewarna putih tu.

Ini dari arah bawah tangga menghala ke ruang tamu utama

Tangga ke aras dua.

Pintu ke balkoni bilik air di bilik tidur utama

Bilik air di bilik tidur utama, ke sebelah kiri ialah balkoni tu.

Balkoni di aras dua.

Pandangan dari aras paling tinggi banglo ini.

Nucifera: Banglo 2 tingkat ini bermula dari RM550,000

Pandangan sisi lain.