Friday, June 29, 2012

Doa Di Waktu Pagi


DBKL Tutup Sementara Jalan Pudu 30 Jun


KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Jalan Pudu di sini bermula 30 Jun ini.

DBKL melalui satu kenyataan media memberitahu, penutupan itu bermula dari persimpangan Jalan Pudu Lama hingga persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Tun Tan Cheng Lok.

“Kedua-dua hala jalan berkenaan akan ditutup bermula pukul 1 pagi hingga 4 pagi pada hari berkenaan.

“Penutupan sementara ini bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jejantas dilaksanakan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda lalu lintas yang dipasang di lokasi berkenaan bersempena penutupan tersebut.

Kata kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Pengangkutan Bandar DBKL.
 

KL Festival 2012 Lebih Unik Dengan Ramadan


KUALA LUMPUR – Festival Kuala Lumpur (KL Festival) 2012 yang bermula 1 Julai ini menawarkan sambutan lebih unik dengan kehadiran bulan Ramadan menerusi pelbagai program bersesuaian dengan bulan mulia umat Islam itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata banyak program yang diatur kali ini tidak ada pada sambutan lepas, sekali gus memberi kelainan kepada pengunjung.

“Contohnya pesta makanan halal, pertandingan memasak, bazar Ramadan serta aktiviti seumpama itu yang akan diadakan pada tahun ini tidak ada pada tahun-tahun sebelum itu, ia dapat menunjukkan kepada pelancong asing keunikan sambutan budaya masyarakat tempatan berbilang kaum terhadap bulan Ramadan.

“Selain itu, program-program yang dilakukan pada sebelah malam seperti festival nasyid, pertunjukan dikir barat dan sebagainya mampu memeriahkan sambutan Festival Kuala Lumpur pada sebelah malam selepas waktu berbuka puasa,” katanya ketika ditemu ramah pada program bicara Bernama TV “Hello Malaysia”. Katanya KL Festival kali ini akan lebih meriah apabila program Kibar Jalur Gemilang turut menjadi antara acara sambutan. – BERNAMA
 
 

Memey Suhaiza Hamil Enam Minggu.

Tahniah di ucapkan kepada pelakon popular, Memey Suhaiza yang kini disahkan hamil enam minggu.

Berikut adalah pengakuan Memey kepada MH online;
“Semalam, saya ada buat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas balik dari lokasi penggambaran. Apabila melihat keputusan yang positif, saya masih tidak percaya, berdebar dan terus menangis.

“Selepas itu, abang Norman membawa saya ke klinik dan Alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu. Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak,” katanya yang dijangka akan bersalin pada pertengahan bulan Februari tahun depan.
Menurut Memey lagi, Norman berasa sangat gembira dengan berita tersebut dan pada yang sama risau dengan jadual kerja Memey yang padat. Memey juga dinasihatkan oleh doktor supaya menjaga kandungannya yang masih diperingkat awal.

Thursday, June 28, 2012

Wang Kertas Baru Malaysia Untuk Raya


Itu model bertudung...
Nak duit Raya tak? Haa, khabar baik buat penggemar duit Raya baru. Kalau sebut jer duit Raya pastinya Si Penerima yang sudah cerdik akal akan mengharapkan duit Raya baru, yang keras lagi, macam kena 'iron', belum berlipat seribu lagi, wangi bau duit dan bersih dari kekotoran degil (bebas dari bau hanyir ikan mentah, bertukar tangan dengan pembeli dan penjual).

Sebab apa, Bank Negara Malaysia (BNM) dengan 'murah hati' mengeluarkan wang kertas siri baru Malaysia akan berada dalam edaran mulai 16 Julai 2012.

* Mesti seronok berbelanja dengan wang kertas baru menjelang musim perayaan nanti...




Raja Azmi dan Jalani Sidek Sah Bercerai



Terkejut aku penerbit filem yang juga peserta rancangan memasak realiti, Raja Azmi Raja Sulaiman diceraikan oleh suaminya, Mohd. Jalani Mohd. Sidek dengan talak satu hari ini yang aku dapat tahu pulak ialah ulang tahun kelahiran Raja Azmi yang ke-53. Aduhai..
 
Lafaz cerai yang diucapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini turut disaksikan oleh anak kedua pasangan itu, Puteri Suaida, 23, dengan linangan air mata.

Mohd. Jalani, 49, mengucapkan lafaz tersebut selepas Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin berpuas hati bahawa tiada lagi kasih sayang di antara pasangan itu dan sering berlaku syiqah (konflik) berterusan sehingga perkahwinan yang dibina sejak 28 tahun itu tidak boleh diselamatkan lagi.

Selepas pelbagai kontroversi akhirnya begini jadinya...

Sumber: Utusan



Sibuk 2 Minggu Blog Jadi Hampeh



Sejak balik kampung di Terengganu pada 14 Jun lepas, memang aku seperti terputus dengan dunia internet ni atau secara tepatnya, tidak berblogging langsung! Memang busy tahap apa aku pun tak tahu. Bukan tak ada broadband (yang adik aku punya laa, huhu), tapi memang tak sempat langsung nak jenguk blog sendiri. Apapun tahu-tahu jer ada BE masuk semasa tengah sibuk baru-baru ni. Bukan mudah nak kembalikan semangat untuk berblogging, payah cukup payah. Mood kena ada. Bahan kena ada. nak tapis bahan, nak edit petikan, gambar, upload lagi dan macam-macam memang menuntut kesabaran dan kecekalan hati. Nak buat blog pun macam nak buat assigment atau case study tau!



Thursday, June 14, 2012

Kuala Lumpur Antara Lima Bandar Termurah Untuk Dilawati


PETALING JAYA: Kuala Lumpur adalah antara lima bandar termurah di dunia untuk dilawati, menurut edisi terbaru TripAdvisor TripIndex yang diterbitkan pada Rabu.

Satu malam di ibu negara Malaysia, termasuk bilik hotel bertaraf empat bintang, tambang teksi, makan malam dan koktail secara purata membawa anda berbelanja sebanyak AS$194,43.

TripIndex mendapati Hanoi ($84.89) menjadi bandar yang paling mampu dikunjungi, diikuti Beijing ($159.05) dan Bangkok ($161.90).

Budapest adalah destinasi Eropah termurah dalam senarai itu, di mana satu malam di ibu negara Hungary menetapkan jumlah $193,78 secara purata, sedikit murah berbanding Kuala Lumpur.

TripIndex membandingkan harga perbelanjaan malam di destinasi pelancongan paling popular di seluruh dunia untuk musim panas 2012.

Kos purata yang disebut meliputi dua koktel, makan malam untuk dua orang di sebuah restoran, tambang teksi dan penginapan satu malam untuk dua orang di sebuah hotel.

Bandar-bandar di Eropah adalah yang paling mahal, dengan London $500 ($361.64 untuk penginapan dan $82.61 untuk makan malam), diikuti oleh Oslo di Norway ($499.91), Zurich di Switzerland ($485.82) dan Paris.(Mstar)
 
 

SUARAM Perlu Dedahkan Dokumen Dalam 3 Hari


KUALA LUMPUR – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini meminta Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mendedahkan dokumen yang mengatakan wujudnya transaksi berunsur rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene.

Menurut Presiden JMM, Azwan Din Hamzah pendedahan dokumen itu cukup penting supaya kebenaran dapat ditegakkan dan rakyat tidak ditipu dengan putar belit SUARAM.

“Kalau ada dokumen kenapa tak didedahkan. Ramai yang bertanya mana dokumen itu? Dalam bentuk apa dokumennya. Kenapa SUARAM tak hantar dokumen itu ke pihak SPRM atau Polis untuk disiasat.

“Kita minta SUARAM dedahkan dalam masa tiga hari. Jika tidak, rakyat boleh katakan dan anggap SUARAM menipu,” kata Azwan ketika dihubungi oleh Mynewshub.my di sini hari ini.

Azwan berkata, hakikatnya, tidak perlu diberikan masa kepada SUARAM untuk mendedahkan dokumen penting tersebut.

Sekiranya SUARAM berkata benar, pihak mereka perlu tampil dan membuat laporan berhubung isu rasuah dalam urusan pembelian tersebut, kata beliau.

“SUARAM bercakap tentang isu ini dah lama, tapi kenapa sekarang nak dibisingkan? Kalau betul, tak perlu diberikan tempoh sampai tiga hari, esok juga mereka harus kemukakan bukti itu. Apa sebenarnya mainan politik mereka? Kenapa perlu menunggu satu tempoh yang tak pasti untuk dedahkannya?

Bagi Azwan, rakyat semakin meluat dengan kerenah dan pendirian SUARAM yang suka membuat cerita tanpa memberikan bukti yang kukuh dan sahih.

“SUARAM bukan sahaja suka buat cerita, tapi semakin lama ramai orang yang meluat dengan SUARAM. Mereka tidak pernah bercakap benar dari dahulu lagi.

“Rakyat perlu tahu, bermula dari tahun dahulu lagi, SUARAM suka memulakan cerita dengan menimbulkan perkara-perkara negatif tanpa bukti yang sahih dan kukuk,” katanya.

Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009.

SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.

Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan.

SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis. – Mynewshub.my.
 
 

“Man la yarham la yurham”


“Man la yarham la yurham”.

"Kasih Sayang" Kata Nabi Saw: “Man la yarham la yurham”. Siapa yang tidak Menyayangi, Ia tak akan di Sayangi. Rasa Kasih Sayang itu merupakan suatu perwujudan dari naluri mempertahankan jenis, yang juga adalah energi yang mampu menciptakan Manusia menjadi seorang yang berhati Lembut dan mengutamakan sesuatu yang dicintainya. Berkorban adalah salah satu bukti Kecintaannya.

Kasih sayang yang berhasil diwujudkan oleh Rasulullah SAW. adalah mengubah kondisi Masyarakat yang amburadul menjadi Masyarakat yang beradab. Masyarakat yang dibalut dengan rasa Kasih Sayang yang berhasil tercipta dari proses Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah SWT.

Islam datang dengan serangkaian aturan yang menyelamatkan Manusia dari keterpurukan kondisi Jahiliyyah. Kasih sayang Islam untuk Manusia sangat besar pengaruhnya. Mengubah Manusia durhaka menjadi Ahli Ibadah, membawa Manusia sombong menjadi Tawadhu.

Dalam Al Qur’an Allah SWT. berfirman: “Sesungguhnya Allah tidak berbuat Zhalim kepada Manusia sedikitpun, akan tetapi Manusia itulah yang berbuat Zhalim kepada diri mereka sendiri”. (Qs.[10]:44).


Penggodam Mungkin 'Heret' Pengguna Internet Didakwa Di Bawah Akta Keterangan


PETALING JAYA: Penggodaman yang semakin berleluasa meletakkan pelbagai pemegang akaun berisiko didakwa kerana kandungan bahan dalam laman web mereka yang sebenarnya tidak disiarkan - dengan Akta Keterangan yang baru diperkenalkan yang meletakkan beban bukti ke atas mereka.

Menurut CyberSecurity Malaysia, secara purata lapan akaun peribadi, blog dan laman web telah digodam di Malaysia setiap hari.

"Ia tidak memerlukan seorang pakar untuk menggodam ke dalam akaun peribadi seperti Facebook, Twitter dan e-mel," kata Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Lt-Kol (B) Prof Datuk Husin Jazri.

"Mana-mana orang yang celik komputer boleh belajar bagaimana untuk melakukannya."

Beliau menambah, pengguna Internet yang tidak mementingkan keselamatan akaun peribadi mereka merupakan sasaran yang paling mudah. (Mstar)


Jauhilah 7 Perkara Yang Membawa Kepada Kehancuran


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Jauhilah 7 Perkara yang membawa kepada Kehancuran.”
Para Sahabat bertanya: Apakah ke 7 Perkara itu, ya Rasulullah?”
Beliau menjawab, yaitu :

1.- Syirik kepada Allah,
2.- Sihir,
3. - Membunuh Jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan sebab yang dibenarkan Agama,
4.- Memakan Riba,
5.- Memakai Harta Anak Yatim,
6.- Membelot (desersi) dalam Peperangan dan
7.- Melontarkan tuduhan Zina terhadap Wanita yang terjaga dari perbuatan Dosa, tidak tahu-menahu dengannya dan Beriman (kepada Allah). (HR. Bukhari dan Muslim)

Kaki Comel Si Kecil


Assalamualaikum semua

Terima kasih kepada yang sudi bertandang ke sini ataupun kepada yang tersesat la kan.. Sempat lagi tu aku membuat entri sebelum bertolak balik ke kampung tercinta. Macam-macam halangan yang menimpa dalam dua tiga hari ni. Semalam bateri kereta buat hal, terpaksa tukar la sebab nak berjalan jauh kan. Buatnya rosak lagi tengah-tengah hutan Bukit Grik tu, lagi naya mau orang charge RM 200 lebih kot. Baik tukar siap-siap, melayang lagi RM 150. Sambil menanti laki aku nak setel kan kerja dia dulu baru boleh nak bergerak ni, memang dia bz jer memanjang. Takpelah asalkan kami selamat sampai walaupun lambat. 

Melalut la pulak ye, ni kasut yang aku rembat untuk adik malam tadi, dalam pada sibuk pun aku paksa juga hubby aku tu pi cari baju yang sedondon dengan kami. Sape suruh kan, dah lama aku suruh cari baju, memanjang jer takde masa. Adik plak macam tak mau pakai jer kasut baru ni, dia macam takut-takut nak berjalan. apa yang dia pikir entah. Last-last, adik gongong kasut tu dengan mulut dia. Adik (kashif) ni memang suka test dengan mulut dia dulu apa-apa benda pun.


Macam Mana Anzalna Boleh Terperanjat Dengan Tulisan Zubir

KUALA LUMPUR – Pelakon wanita yang terjebak dalam kontroversi terbaru, Anzalna Nasir mengakui terkejut dengan penulisan seorang wartawan, Zubir dalam sebuah artikel hiburan tentang dirinya baru-baru ini.

Dalam blog gosip hiburan Rotikaya.com, Anzalna menyatakan berulang kali memberi peringatan kepada wartawan itu untuk tidak menyiarkan dan menulis kenyataan yang dikeluarkan dari mulutnya.

Malah, dia juga tidak tahu maklumat terperinci dalam artikel tulisan hiburan itu sehingga tercetusnya perang dingin dengan Neelofa.

“Saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali-kali saya pesan dan minta supaya tidak dikeluarkan untuk menjaga hati semua pihak.” Kata Anzalna.

Anzalna turut berasa terkejut dengan tindakan yang dibuat oleh Neelofa yang telah pun melantik dua orang peguam bagi menangani kes tersebut.

Bagi Anzalna, perkara tersebut boleh dibawa berbincang secara baik dan tidak perlu ditarik ke peringkat mahkamah.

“Saya sebenarnya terkejut juga dengan tindakan Neelofa kerana perkara ini boleh di’bawa berbincang secara baik dan professional. Saya tidak berniat untuk membuka cerita lama.

“Oleh kerana perkara ini sudah melibatkan badan guaman, saya juga telah pun melantik peguam saya sendiri untuk melihat notis tuntutan Neelofa & tindakan selanjutnya. Apa pun, saya dan peguam akan berbincang untuk memberi maklumbalas kepada Neelofa dalam masa tujuh hari seperti yang dituntut,” katanya.

Semalam, Neelofa telah mengadakan sidang media tergempar di Bandar Utama berhubung isu fitnah yang telah dilemparkan terhadap dirinya.

Neelofa telah melantik dua orang peguam bagi menyelesaikan kes fitnah tersebut.

Malah, pelakon wanita dan pengacara rancangan Nona itu juga memberikan tempoh masa selama tujuh hari kepada Anzalna untuk mengemukakan bukti-bukti terhadap segala fitnah yang telah dikatakan oleh Anzalna.

“Pertama sekali saya nak cakap, kami sudah keluarkan notis tuntutan kepada Anzalna kerana pada artikel yang ditulis pada 10 Jun lepas oleh Zubir, artikel itu seratus peratus berbaur fitnah. Kenyataan Anzalna dalam artikel tersebut boleh menjejaskan saya untuk jangka masa panjang.

“Sekarang saya cuma mahu penjelasan dan bukti atas segala tuduhan yang telah dia berikan pada saya. Jika dia dapat jelaskan 2 perkara tersebut (bukti dan penjelasan), saya boleh pertimbangkan lagi.

“Sebelum ini pun Lofa tidak pernah respon terhadap mana-mana pergaduhan dalam surat-khabar, tapi kali ini, Anzalna benar-benar menuduh tanpa bukti. Ia boleh menjejaskan kerjaya saya,” kata Neelofa. (mynewshub)


Kejelitaan Adalah Hak Milik Setiap Insan

dah ok ke belum? Alaa..malu la I lama-lama camni, nanti ada yang terliur plak..
Kejelitaan Adalah Hak Milik Setiap Insan..Kelasss kau! Sape kata binatang pun tak boleh bergaya. Posing maut lagi tu.. Adoooo..nak tergelak pecah perut aku tengok picture ni. Angkara siapa la ni ye, yang tuan punya badan tu plak bukan main lagi ye syok. Membuatkan hatiku tersenyum sendiri, binatang pun boleh menghiburkan hati manusia pandai nak tutup apa yang patut..


Wednesday, June 13, 2012

Facebook Menyumbang Kebaikan Atau Mengundang Dosa

 
Perkembangan dunia teknologi sekarang memang boleh dikatakan amat pesat, terutama dalam bidang media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan sebagainya. Namun, ramai dalam kalangan kita menyalahgunakan penggunaan laman sosial itu sendiri terutamanya Facebook yang pada asalnya bertujuan untuk menambah kenalan baru dan menyampaikan mesej yang baik serta melarang kemungkaran melalui Facebook.

Akibatnya, tanpa kita sedari tujuan yang pada asalnya baik telah bertukar menjadi sesuatu perbuatan yang mengundang dosa kepada kita. Contohnya, mendedahkan keaiban seseorang di Facebook. Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik Facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap seseorang yang dia merasa tidak puas hati. Kemudian mereka memaparkan rasa ketidakpuasan hati itu di status mereka dan ramai kenalan yang memberi komen.

Kebanyakan daripada penggemar Facebook suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan seseorang, bukan pula untuk tujuan membuka aib seseorang atau untuk mencari penyelesaian. Tetapi, bagi bagi mengurangkan beban yang ditanggung.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita keaiban orang lain secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan.

Maksud firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : “Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya”

Bertanyalah nabi s.a.w kepada mereka : Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan Ghibah itu?. Lalu mereka menjawab : Allah dan rasulNya yang lebih tahu. Maka sabda nabi s.a.w : iaitu kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang dia tidak menyukainya. Kemudian nabi ditanya : bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi?. Rasulullah s.a.w menjawab : Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu mengumpatnya dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu telah menuduhnya ( Riwayat imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai’e)

Apabila kita merenungi kepada maksud ayat al-Quran dan potongan hadis nabi maka dapatlah disimpulkan bahawa mengumpat merupakan salah suatu dosa besar dan ia merupakan perbuatan yang tercela seolah-olah pelakunya memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati.

Selain itu, ramai di kalangan wanita hari ini yang mempunyai akaun Facebook. Mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, dengan gaya dan aksi yang pelbagai.

Kesannya, ramai lelaki yang menyamar sebagai wanita untuk menjadi kawan dan seterusnya mendapat maklumat wanita yang ingin dikenalinya kerana tergoda dengan gambar-gambar wanita tersebut yang seksi. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan ‘friend’ untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Apa yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian menutup aurat lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama, tuan empunya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent’, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

Kesimpulannya, Facebook itu boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan cara yang betul dan ia juga boleh menjadi penambah dosa jika digunakan tanpa ilmu.Niat untuk menguatkan ukhwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Janganlah kita mempermainkan lagi maksud ’ukhuwah’ itu untuk berbuat dosa. Ukhwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran.

OLEH: RAIHANA SYAMIMI BINTI AHMAD JAMIL
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
FAKULTI BAHASA ARAB DAN KOMUNIKASI
 
 
 

Resepi Asam Pedas Melaka


Bahan-Bahan:

Sedikit minyak masak
60 ml air asam jawa
750 ml air
1 ekor ikan parang/pari (1 kg)
Garam secukupnya
1 tangkai bunga kantan
3 pokok daun kesum
2 keping asam gelugur
4 helai daun limau purut

Bahan dikisar:

25 tangkai cili kering, dicelur dulu
20 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit belacan
2.5 cm halia
2.5 cm kunyit hidup

Bahan diketuk:

2.5 cm lengkuas
2 batang serai

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar dan lengkuas sehingga wangi.
  2. Tuangkan air asam jawa bersama air dan biarkan seketika.
  3. Masukkan ikan bersama garam secukup rasa.
  4. Masukkan serai bersama bunga kantan, daun kesum, asam gelugur dan daun limau purut.
  5. Biarkan seketika, angkat dan hidang.

Koleksi dari majalah Jelita

Bapa Chong Wei Nafi Mahu Bunuh Diri, Cuma Mengambil Angin Dan Tenangkan Fikiran Di Jambatan Pulau Pinang


GEORGETOWN - Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Lee Ah Chai, 59, menafikan laporan media yang mengaitkannya cuba membunuh diri di atas Jambatan Pulau Pinang di sini, awal pagi kelmarin.

Beliau yang dihubungi Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita dan Komuniti, Ong Kok Fooi kelmarin mengakui ada memberhentikan kenderaan di atas jambatan, namun bukan berniat untuk membunuh diri.

“Ketika itu, saya dalam perjalanan dari pantai Queensbay dan mahu pulang ke rumah. Ketika melalui Jambatan Pulau Pinang saya berasa tidak selesa lalu menghentikan kenderaan di tepi jalan untuk mengambil angin dan tenangkan fikiran.

“Namun orang lain telah salah sangka dan menganggap saya ingin bunuh diri...ini tidak betul," katanya.

Sementara itu, Kok Fooi ketika dihubungi Sinar Harian semalam berharap orang ramai tidak salah faham dengan kejadian ini.

Beliau berkata, media juga tidak perlu menghebahkan lagi perkara ini kerana ia adalah masalah keluarga dan boleh diselesaikan oleh keluarga Ah Chai sendiri.

“Saya difahamkan, Ah Chai telah ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan anaknya, Datuk Lee Chong Wei.

“Kita harap semua masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan dengan baik,” katanya. (Sinar)
 
 

Tuesday, June 12, 2012

Doaku untuk Suami Tercinta



Doaku untuk Suami Tercinta

Ya Allah…
Sekiranya Suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arasy,
Berilah Aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.

Sekiranya Suamiku ini adalah Suami yang akan membimbing tanganku di Titian-Mu.
Kurniakanlah Aku sifat Kasih dan Redha atas segala Perbuatannya

Sekiranya Suamiku ini adalah Bidadara untukku di Jannah-Mu,
Limpahkanlah Aku dengan sifat Tunduk dan Tawadhu akan segala Perintahnya.


Sekiranya Suamiku ini adalah yang Terbaik untukku di Dunia-Mu.
Peliharalah tingkah laku serta Kata-Kataku dari menyakiti Perasaannya.


Sekiranya suamiku ini Jodoh yang di Rahmati oleh-Mu.
Berilah Aku Kesabaran untuk menghadapi segala Kelemahannya.

Ya Allah…. Ya Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi Isteri yang di Rahmati…
Isteri yang di Kasihi….
Isteri yang Shalehah…
Isteri yang sentiasa di Hati Suamiku…
Aamiin, Yaa Rabba ‘Aalamiin…!




Musim Artis Dan Media Pulak Berdebat

Pasti dah ramai yang membaca dan terbaca cerita pasal Tasha Shila dan Anzalna membuat kenyataan dan memburukkan Neelofa di mana Lofa mempunyai sikap dengki terhadap mereka berdua sedangkan Neelofa lebih berjaya jika dibandingkan dengan Tasha dan Anzalna. 

Tapi ada yang membela Neelofa, menurut sumber mynewshub, Hans Issac ‘mengamuk’ menerusi laman sosial twitternya. Hans cuba untuk membela Neelofa dalam isu yang ditulis oleh wartawan hiburan Berita Harian, Zubir dengan mencadangkan supaya Neelofa mengambil tindakan undang-undang ke atas wartawan berkenaan.

Pada masa yang sama, Hans dengan berani mencabar Zubir untuk berdebat dan disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Mungkin tindakan Hans itu disebabkan oleh rasa tanggungjawab Hans sebagai penerbit filem ‘Lemak Kampung Santan’ yang dilakonkan oleh Neelofa. Hans juga menyifatkan Zubir bukanlah wartawan yang baik.

Selain itu, Hans menunjukkan rasa kecewanya apabila wartawan tersebut seperti sengaja mencari isu yang tidak masuk akal dengan menulis kenyataan Anzalna Nasir dalam sisipan akhbar Berita Harian terbitan hujung minggu lalu.

Aqidah Yang Benar

Aqidah yang Benar.

Aqidah berasal dari kata 'Aqd yg berarti Pengikatan. Aqidah adalah apa yg diyakini oleh Seseorang. Jika seseorang dikatakan, "Dia mempunai Aqidah yg Benar." berarti Aqidahnya bebas dari Keraguan".

Dan Aqidah secara istilah Syar'i, yaitu Iman kpd Allah, para Malaikat-Nya, KItab Kitab-Nya, para Rasul-Nya dan kpd Hari Akhir serta kpd Qadar yg baik maupun yg Buruk. Hal ini disebut sbg Rukun Iman.

Adapun Aqidah secara Syari'at terbagi menjadi dua:

1. I'tiqadiyah (Keyakinan), adalah hal hal yg tdk berhubungan dgn tata cara Amal. Seperti I'tiqad terhadap Rububiyah Allah dab Kewajiban beribadah kpd-Nya, jg Beri'tiqad terhadap Rukun Rukun Iman yg lain. Hal ini yg disebut sbg Pokok Agama.

2. Amaliyah, adalah segala apa yg berhubungan dg tata cara Amal (Ibadah), seperti Shalat, Zakat, Puasa, Haji dan seluruh Hukum Hukum Amaliyah. Bagian ini disebut "Far'iyah" (cabang Agama), krn ia dibangun di atas I'tiqadiyah.

Maka Aqidah yg benar adalah fundamen bagi bangunan Agama serta merupakan syarat Syahnya Amal seseorang. (Lihat, QS. Al-Kahfi: 110, Az-Zumar: 2-3, Az-Zumar: 65, An-Nahl: 36 dan al-A'raf: 59, 65, 73 dan 85 dll).

Aqidah bersifat Tauqifiyah, artinya tdk bisa ditetapkan kecuali dgn Dalil Syar'i, tdk ada kesempatan utk Berijtihad dan berpendapat di dalamnya. Oleh karena itu sumber sumbernya terbatas kpd apa yg ada di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Inilah "Manhaj Salafush Shalih" dan para Pengikutnya dlm mengambil Aqidah. Sehingga mereka dinamakan Al-Firqah an-Najiyah (Golongan yg Selamat), sebagaimana yg tlh dikabarkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, ketika Beliau ditanya tentang 1 golongan yang selamat dari 73 golongan, Beliau menjawab, "Mrk adalah org yg berada di atas Ajaran yg sama dgn Ajaranku pd hari ini dan para Sahabatku." (HR. Ahmad).

Kebenaran Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam terbukti ketika sebagian Manusia membangun Aqidahnya di atas landasan selain Kitab dan As-Sunnah, maka terjadilah Penyimpangan & Perpecahan.


Al Kariim Hanafiah
 

Chong Wei Diharap Selesai Masalah Peribadi

Majlis Sukan Negara (MSN) sedia membantu Datuk Lee Chong Wei mengatasi apa jua masalah peribadi yang dihadapinya bagi memastikan pemain nombor satu dunia itu dapat membuat persediaan secukupnya bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik London bulan depan.

“Masalah-masalah peribadi seperti ini tidak dapat kita elakkan, saya berharap Chong Wei dapat menanganinya dengan sebaik mungkin,” kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong ketika mengulas mengenai bapa Chong Wei, Lee Ah Chai, 59, yang dilaporkan cuba membunuh diri semalam.

Menurut Zolkples, beliau ada menghantar mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada Chong Wei pagi ini meminta supaya menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah yang dihadapi itu.

“Saya juga menawarkan bantuan saya sekiranya diperlukan,” kata Zolkples ketika ditemui pemberita hari ini.

“Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, Chong Wei mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap keluarganya,” katanya.

Chong Wei dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami baru-baru ini walaupun membuat persediaan bagi Sukan Olimpik. – BERNAMA

Zed Zaidi Kasi 'Warning' Pada Tasha Shila, Anzalna Dan Neelofa


Presiden Seniman, Zed Zaidi memberi amaran tegas terhadap Tasha Shila, Anzalna dan Neelofa termasuklah tawaran berlakon ke atas mereka disekat sekiranya didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Menurut laporan Mstar, menerusi jawatankuasa tersebut, pihaknya akan memanggil mereka untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis tempatan.
"Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti 'Facebook' dan 'Twitter'.

"Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin.

"Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang," katanya.
Episod pergaduhan artis berkenaan tercetus apabila Neelofa kononnya telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan.

Kejadian itu bertambah panas apabila pada Ahad lalu Anzalna pula menempelak Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial.

Walaupun jawatankuasa disiplin itu belum lagi ditubuhkan, ketiga-tiga artis berkenaan serta individu lain yang mempunyai masalah sesama sendiri boleh merujuk kepada pihak Seniman sekiranya sukar untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
"Buat masa ini pihak kami tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah.

"Bagaimanapun, andai kata kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah, pihak kami akan campur tangan untuk menyelesaikannya," tegasnya.
Mengikut syarat, semua artis di negara ini perlu menjadi ahli Seniman sebelum boleh diambil berlakon.
 
 

Osman Kering Sedang Kritikal Di HUKM

Pelawak dan pelakon veteran, Osman Kassim atau lebih dikenali sebagai Osman Kering berasal dari Bachok Kelantan kini dilaporkan sedang kritikal di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Beliau dikatakan menderita penyakit batuk kering. Semoga beliau cepat sembuh sepenuhnya.

Difahamkan berlaku kekeliruan apabila ada pihak yang melaporkan Osman Kering telah meninggal dunia. Kesilapan itu dipercayai berpunca dari masalah komunikasi antara anak lelaki beliau dengan wartawan.

Berikutan khabar kurang tepat itu, kalangan rakan artis dan anggota masyarakat mula mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.


Menutup Aurat Bukan Sekadar Bertudung

Fenomena baharu sejak kebelakangan ini apabila ramai dari kalangan artis, selebriti mula memakai tudung selepas ‘puas’ berada dalam bentuk free hair. Gambar free hair mereka sebenarnya sudah terlalu banyak terpapar di internet.

Alhamdulillah, iman yang masih ada dalam diri masih menjerit-jerit secara halus meminta supaya mereka kembali kepada fitrah. Di antara fitrah itu ialah menutup aurat mereka terutama dari kalangan wanita. Ia bukan kongkongan tetapi bermaksud membimbing masyarakat nmenjadi baik.

Bagi mereka yang belum insaf, maka ambillah peluang lebih awal sebelum gambar-gambar free hair dan ‘berpakaian tapi bertelanjang’ mereka terpampang dengan banyaknya dalam internet.

Bagi mereka yang mula sedar dan insaf, kita ucapkan tahniah dan terus Istiqamah dengan bertudung. Cuma satu perkara yang mesti difahami oleh semua ialah apabila seorang wanita Islam mula bertudung, maka ia sebenarnya baharu kembali kepada fitrah dan bukanlah bermakna ia sudah menjadi ‘malaikat’.

Menutup aurat sebenarnya mesti melihat pelbagai aspek-cara bertudung, jenis pakaian, cara berinteraksi, perangai lama yang masih ada, termasuk konsep tabarruj yang masih jauh dilaksanakan oleh ramai wanita Islam. Sekali lagi ingin saya tegaskan, semua hukum ini tidak bermaksud mengongkong wanita Islam tetapi ia adalah sebagai tanda iman, tanda tunduk kepada perintah Allah, tanda menundukkan nafsu di bawah kehendak Allah dan tanda wanita itu menjaga maruah dan harga dirinya.

Justeru, Kempen Setahun Menjaga Aurat Sepanjang Hayat yang dilancarkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Persatuan Persaudaraan Muslimah Negeri Kedah (Salimah) dan Badan Gabungan NGO Islam Kedah (Wehdah) yang bermula sehari dua ini sangat-sangat dialukan. Kempen bertemakan “Menjaga Aurat, Hidup Berkat, Masyarakat Selamat” mesti disokong sepenuhnya oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat seluruhnya.

Harakahdaily melaporkan Kempen Jaga Aurat Sepanjang Hayat akan menyebarkan maklumat dan kesedaran ke seluruh masyarakat Islam agar menghayati hikmah dan manfaat menjaga aurat dalam membina watak masyarakat Islam yang bermaruah, berakhlak dan berprinsip.

Sebagaimana laporan, Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, walaupun memakai tudung di kalangan wanita Islam kelihatan sangat meluas dewasa ini, namun pakaian tudung dengan segala bentuk dan corak yang difahami oleh masyarakat telah menghilangkan makna menutup aurat seperti yang ditekankan dalam Islam. Beliau berkata, fesyen berpakaian ketat tetapi bertudung, menggunakan tudung hanya waktu tertentu sahaja, wujudnya kaum lelaki yang tidak menjaga aurat dalam beriadah dan berseni adalah antara gejala yang kini berleluasa dalam masyarakat. Tudung yang kini dilihat suatu fesyen terbaru ditanggapi hanya sebagai trend semasa yang akhirnya memesongkan kefahaman masyarakat terhadap pengertian sebenar menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam.

Menurutnya, kini gaya berpakaian bertudung sedang menjalani era komersialisasi yang amat pesat sehingga ramai artis dan wanita muda memakai tudung bukan kerana kefahaman dan penghayatan yang mendalam, tetapi kerana ia dilihat sebagai trend.

“Kempen ini akan melibatkan seluruh lapisan masyarakat serta pelbagai agensi dan pertubuhan Islam supaya konsep menjaga aurat dihayati dan mencapai kesan yang sepatutnya. Ia juga akan melibatkan agensi media, kesatuan sekerja , badan belia, pertubuhan wanita, badan professional, badan korporat dan persatuan mahasiswa IPT,” katanya lagi.

Kempen itu, ujarnya akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti menyebar risalah dan poster, forum, ceramah penerangan, dialog, khutbah, penerangan di institusi pendidikan dan demonstrasi tatacara berpakaian dalam Islam.

Menurutnya lagi, kempen itu akan menarik institusi masjid dan surau untuk menyertainya yang akan melibatkan seluruh institusi masjid sebanyak lebih 500 buah di negeri Kedah.

“Memorandum khas mengenai kempen ini juga akan diserahkan kepada kerajaan negeri Kedah, jabatan dan agensi swasta untuk mendapatkan perakuan persetujuan dan sokongan mereka terhadap etika menjaga aurat sebagai kod berpakaian pekerja.

Para wanita Islam sepatutnya mengingati hadis Nabi SAW “Dua golongan dari kalangan ahli neraka, aku tidak akan memandang mereka di hari akhirat, iaitu lelaki yang bersama mereka cemeti sambil memukul-mukul manusia dan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, berjalan sambil menggoyangkan kepala dan badan, di atas kepala mereka seumpama bonggol unta”.

Oleh: ustaznik
 
Sumber: metro online


Mata Kakak 'Senyap'

Kamila (Kakak) dengan lahapnya...
Kakak memang makan tak tentu, biasanya kalau malam-malam, roti canai dan burger daging antara pilihan favourite-nya. Kalau pekena burger, dia boleh habiskan dalam masa yang hampir sama seorang dewasa makan.

Tertidur dengan gaya tersendiri...

Lepas makan dia layan Astro Ceria, nak tengok kartun katanya. Aku biar dia sorang-sorang kat ruang tamu. Lama lepas tu, ketika si ibu sibuk melayan blognya, terasa senyap jer di luar sana di ruang tamu..rupa-rupanya tertidur dah si kakak ni dengan gaya kekenyangan, mujur tak tergolek, terjatuh ke bawah...

Dengan pipi yang bulat
Tidur lena dah kakak malam tu dengan sebijik burger jadi mangsanya. Kalau pejam mata dia akan kata "Mata kakak senyap". Malam tu abah dia yang nampak dulu lalu abah mengangkatnya ke bilik tidur. Lantas malam tu, berlalu dengan senyap tanpa telatah nakal si kakak yang tak pernah berhenti membuat bising!

5 Perkara Sedang Menunggu Kita

 
5 perkara sedang menunggu kita semua..

1. malaikat maut nak ambil nyawa kita.
2. tukang mandi nak mandi dan kafankan kita.
3. malaikat Munkar Nakir nak soal kita.
4. kubur nak kepit kita.
5. waris nak bahagikan harta kita

Untuk peringatan diri ini.

- Ustaz Azhar Idrus (UAI)


Presiden Myanmar Isytihar Darurat


YANGON (Myanmar) – Presiden Myanmar, Thein Sein mengisytiharkan darurat di barat negara itu susulan ketegangan berlaku antara penganut agama Buddha dan Islam hingga mencetuskan keganasan yang teruk.

Thein Sein memberi amaran sekiranya keadaan berlaku di luar kawalan, ia boleh menjejaskan pembaharuan demokrasi yang sudah dimulakan sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan tahun lalu.

Ini adalah kali pertama Thein Sein mengambil langkah berkenaan sejak beliau menjadi presiden.

Pengisytiharan darurat membolehkan anggota tentera mengambil alih fungsi pentadbiran di Rakhine, wilayah yang bersempadan dengan Bangladesh.

Langkah itu dibuat berikutan rusuhan yang tercetus Jumaat lalu di dua kawasan di Rakhine mengakibatkan tujuh maut manakala 17 lagi cedera dan ratusan rumah dibakar. – AP

Sein Mahukan Watak Antagonis Pula


Jika disebut nama penyanyi Sein Ruffedge pasti ramai yang mengenalinya, teringat masa zaman belajar dulu-dulu, aku & the geng memang minat dengan kumpulan ruffedge. Tapi kina Sein lebih kepada lakonan pulak. Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa, 29, kini aktif menjadi pelakon dan drama yang paling best sekali dan aku minat ialah drama Adam Maya lakonan bersama Lisa Surihani. Biasanya Sein akan memagang watak yang baik-baik dan mat jiwang camtu. 
 
Kini Sein macam dah bosan dengan lakonan beliau yang lebih kepada romantik dan mahukan watak antagonis yang lebih mencabar kreadibilitinya sebagai seorang pelakon drama atau filem. Bimbang dengan persepsi dan tanggapan orang ramai menyebabkan Sein mengambil keputusan ingin mengubah watak dalam lakonannya. Sein menjadi selektif untuk menonjolkan diri sebagai antagonis berikutan dia sudah dicop sebagai mat jiwang atau mat bunga selepas tampil dengan watak yang romantis sebelum-sebelum ini.

Kata Sein kepada Mstar:

“Diakui, salah saya juga kerana menerima terlalu banyak tawaran yang melibatkan watak lelaki romantik atau hero yang baik-baik sahaja sehinggakan dicop sebagai lelaki ‘mat bunga’.

“Sebelum lebih ramai lagi yang akan menggelarkan saya sebegitu, lebih baik saya beralih arah dengan memilih watak-watak antagonis sahaja buat sementara waktu ini,” 

Dalam perkembangan seni lakonannya sekarang ini, Sein terlibat dalam penggambaran filem Pencinta arahan pengarah Khir Rahman.

Dalam filem itu, Sein memegang watak antagonis Boy yang berperangai jahat.

“Dalam filem ini, ia benar-benar mencabar lakonan saya dimana saya perlu menjiwai watak Boy yang jahat dan pada masa sama bersifat pelik.

“Walaupun baru kali kedua memegang watak jahat, ia amat menyeronokkan lebih-lebih lagi dapat melakukan babak-babak lawan kerana mencabar tahap ketahann fizikal diri.

“Saya sangat gembira apabila Khir mempercayai saya untuk membawakan watak sedemikian, sebab itu saya cuba memberikan hasil lakonan yang terbaik agar lakonan itu seperti yang diinginkan.”
 
 

Monday, June 11, 2012

(Video & Cerita) Kisah Benar Anak Paderi Di Sabah Memeluk Islam

Keluarga peluk Islam selepas 7 tahun - Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz (Bhg 1)

  Keluarga peluk Islam selepas 7 tahun - Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz (Bhg 2)



Saya merayu dengan ANDA SEMUA dengarlah kisah dan ceramah ini sehingga habis sebab kita Islam sejak lahir lagi pun belum tentu yakin dan cekalnya hati kita untuk memperjuangkan Agama Islam. Tetapi saudara baru ini hebat sekali keyakinannya terhadap Allah swt.

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. 

Untuk baca lebih lanjut kisah Bagaimana Ustaz Farhan memeluk Islam, Sila Klik Link ini Kisah Benar Anak Paderi Di Sabah Memeluk Islam

 

Mau Jual Bangla, Siapa Nak Beli

Bangla untuk dijual
Biar betul, mana Bangla tu..dalam rumah tu ker?

(Gambar) Bapa Lee Chong Wei Cuba Membunuh Diri


GEORGETOWN – Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas.

Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth.

Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin. – myMetro Online


Jangan Biarkan Kaduk Naik Junjung - RIDHUAN TEE ABDULLAH


Seseorang yang kononnya bergelar datuk amat marah dengan artikel saya, “tuntutan Dong Zong biadab”, 28 Mac lalu. Beliau mendakwa artikel saya tidak islamik, merugikan Islam. Beliau tidak putus-putus fakskan surat yang sama kepada saya untuk mendapatkan penjelasan dan bersedia berdebat dengan saya.

Apakah dengan gelaran itu sudah cukup hebat dan boleh mengarah orang lain mengikut telunjuk?

Apa pun, saya ingin menjawab persoalan yang dibangkitkan kerana ada kaitan dengan pandangan Dong Zong yang terbaharu. Ultra kiasu ini mendakwa Akta Pelajaran 1996 yang dipersetujui MCA, telah menyebabkan Sekolah Persendirian Cina (SPC) statik bilangannya kepada 60 buah sahaja. Pemimpin MCA menafikan dakwaan itu.

Sebenarnya, kerajaan terlalu banyak bertolak ansur terhadap pendidikan Cina, terutama apabila Akta Pelajaran 1996 diwujudkan, berbanding Akta Pelajaran 1961.

Malangnya, ultra kiasu masih tidak bersyukur. Ingatan saya kepada kerajaan, jangan biarkan kaduk naik junjung.

Tidak dapat dibayangkan apa akan terjadi sistem pendidikan negara ini jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah? Tidakkah ultra kiasu ini sedar bahawa peruntukan 21B Akta Pelajaran 1961 sebelum ini jauh lebih keras?

Melalui kuasa Menteri, sekolah vernakular Cina boleh ditukar menjadi sekolah kebangsaan bila-bila masa. Pada ketika itu, pemimpin ultra kiasu Melayu menjadi Menteri Pelajaran, tidak berbuat apa-apa. Sehinggalah Perdana Menteri sekarang yang menjadi Menteri Pendidikan pada 1995, baharulah peruntukan 21B dipinda menjadi lebih lunak.

Apa yang ultra kiasu ini mahukan lagi? Kenapa agenda kebangsaan langsung tidak dibincangkan, sebalik agenda bangsa terus diperkasa?

Mereka menuduh Umno memperjuangkan Melayu, apakah bangsa lain tidak memperjuangkan bangsanya, malah lebih ekstrem daripada itu?

Sebenarnya pindaan kepada Akta Pelajaran 1961 yang membawa wujudnya Akta Pelajaran 1996, memberikan signifikan amat besar kepada pendidikan Cina. Kerajaan secara langsung mengiktiraf kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) dan SPC sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan yang bersifat kekal. Apakah ini masih tidak mencukupi?

Akta ini juga membolehkan kerajaan memberi bantuan kewangan, fiskal dan sumber perancangan kepada sistem pendidikan Cina. Untuk makluman, selepas 1996, lebih banyak sumber kewangan diperuntukkan. Pada masa itu, terdapat 78 sekolah menengah Cina yang memilih untuk mematuhi silibus dan pengajaran kerajaan dan ia menjadi SMJKC manakala 60 lagi kekal sebagai SPC. Ini tidak termasuk sejumlah 1,291 SJKC yang diterima masuk sebagai sistem pendidikan kebangsaan. Bilangan SJKC terus bertambah setiap tahun.

Lebih menguntungkan lagi Akta Pelajaran 1996 juga membenarkan SPC beroperasi dengan penuh kecinaan.

Kedudukan bahasa Melayu langsung tidak didaulatkan. Berbanding Akta Pelajaran 1961, SPC perlu memohon setiap tahun bagi membolehkan mereka beroperasi. Dengan Akta Pelajaran 1996, kerajaan mengiktiraf SPC dengan mengeluarkan pendaftaran kekal kepada semua 60 SPC.

Hari ini, peruntukan sudah hampir menjadi sama rata seperti aliran kebangsaan. Itu pun mereka masih terus mendesak supaya SJKC dan SPC beroperasi dengan penuh kecinaan.

Ingatan saya kepada kerajaan dengarlah nasihat pakar, bukannya ultra kiasu yang ada agenda tersembunyi. Menurut Mohd Yazid Yusoff etal (2002), Akta Pelajaran 1996, ternyata memberi ruang yang begitu luas kepada pendidikan vernakular. Akta Pendidikan 1996 mengambil kira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo SJKC, SMJKC dan 60 buah SPC.

Selain itu, secara langsung Unified Examination Certificate (UEC) juga telah diiktiraf, walaupun masih belum sepenuhnya. Itu pun mereka terus mendesak supaya diiktiraf sepenuhnya seperti sijil persekolahan kebangsaan lain.

Pendek kata, memberikan ruang kepada bahasa bukan Melayu telah menjejaskan kepentingan bahasa Melayu sendiri. Dalam keadaan politik sekarang, sekiranya kerajaan terus melayan desakan ultra kiasu demi undi, saya bimbang aliran kebangsaan akan menjadi mangsa dan tidak relevan lagi.Saya harap datuk tersebut faham tulisan saya selama ini. – Sinar
 
 

Petua Melembutkan Nasi Lemak


Jika ditanya rakyat Malaysia siapa yang suka nasi lemak, pasti ramai yang angkat tangan dan tak kira bangsa atau keturunan pasti akan menggemarinya. Jika waktu pagi atau petang senang jer kita boleh makan nasi lemak di warung-warung. Jika yang gemar memasak nasi lemak sendiri adakalanya nasi lemak kita tu menjadi keras seperti kekurangan santan jer. Sedangkan pengunaan santan yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan kita. So, petua untuk melembutkan Nasi Lemak ialah dengan mencampurkan sedikit beras pulut bersama beras biasa. Nasi lemak yang kita tanak tu bukan saja lembut tapi rasanya lebih sedap.


Bermuka Manis Dihadapan Orang Lain

Salah satu contoh orang yang sentiasa bermuka manis - pakar motivasi Dr Fadzilah Kamsah

Di antara bentuk akhlak mulia yang diajarkan dalam Islam adalah bermuka manis di hadapan orang lain. Bahkan hal ini dikatakan oleh Syaikh Musthofa Al ‘Adawi menunjukkan sifat tawadhu’ seseorang. Namun sedikit di antara kita yang mau memperhatikan akhlak mulia ini. Padahal di antara cara untuk menarik hati orang lain pada dakwah adalah dengan akhlak mulia.

Lihatlah bagaimana akhlak mulia ini diwasiatkan oleh Lukman pada anaknya,

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri” (QS. Lukman: 18).

Ibnu Katsir menjelaskan mengenai ayat tersebut, “Janganlah palingkan wajahmu dari orang lain ketika engkau berbicara dengannya atau diajak bicara. Muliakanlah lawan bicaramu dan jangan bersifat sombong. Bersikap lemah lembutlah dan berwajah cerialah di hadapan orang lain” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 11: 56).

Dari Abu Dzar, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

“Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun juga walau engkau bertemu saudaramu dengan wajah berseri” (HR. Muslim no. 2626).

Begitu pula dengan wajah ceria dan berseri akan mudah menarik hati orang lain ketika diajak pada Islam dan kepada kebaikan. Senyum manis adalah di antara modal ketika berdakwah. Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إنَّكُمْ لَا تَسَعُونَ النَّاسَ بِأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ لِيَسَعْهُمْ مِنْكُمْ بَسْطُ الْوَجْهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ

“Sesungguhnya kalian tidak bisa menarik hati manusia dengan harta kalian. Akan tetapi kalian bisa menarik hati mereka dengan wajah berseri dan akhlak yang mulia” (HR. Al Hakim dalam mustadroknya. Al Hakim mengatakan bahwa hadits ini shahih).

Dari Jarir, ia berkata,

مَا حَجَبَنِى النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - مُنْذُ أَسْلَمْتُ ، وَلاَ رَآنِى إِلاَّ تَبَسَّمَ فِى وَجْهِى

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak menghalangiku sejak aku memberi salam dan beliau selalu menampakkan senyum padaku” (HR. Bukhari no. 6089 dan Muslim no. 2475).

Wajah berseri dan tersenyum termasuk bagian dari akhlak mulia. Ibnul Mubarok berkata bahwa makna ‘husnul khulq’ (akhlak mulia),

طَلاَقَةُ الوَجه ، وَبَذْلُ المَعروف ، وَكَفُّ الأذَى

“Wajah berseri, berbuat kebaikan (secara umum) dan menghilangkan gangguan”. Dinukil dari Riyadhus Sholihin karya Imam Nawawi rahimahullah.

Sedangkan orang yang berakhlak mulia disebutkan dalam hadits dari Jabir, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَىَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّى مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلاَقًا

“Orang yang paling dicintai di antara kalian dan yang paling dekat duduk denganku di hari kiamat adalah yang paling bagus akhlaknya” (HR. Tirmidzi no. 2018. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).

Namun wajah berseri ini tidaklah setiap saat dan tidak ditujukan pada setiap orang. Ketika menghadapi orang yang lebih pantas dimarahi (bukan diberi senyuman), juga di hadapan orang kafir maka kita tidak menyikapi seperti itu sebagaimana diterangkan oleh Ash Shon’ani dalam Subulus Salam. Juga amat bahaya jika seorang gadis memberi senyuman kepada laki-laki karena godaannya amat besar.

Ya Allah, berikanlah kami anugerah dengan akhlak yang mulia dan selalu berwajah ceria di hadapan saudara-saudara kami.


‘Jimmy Tak Layak Jadi Menantu I’ – Datuk Suhaimi

 
Selepas mendiamkan diri membiarkan menantunya yang juga pelakon, Jimmy Shanley membuka cerita tentang anaknya, Datuk Suhaimi tampil memberikan kenyataan mengenai pergolakan yang berlaku dalam rumah tangga antara Jimmy dan Nursuhaila Eliani.

Menerusi rancangan gosip hiburan Melodi yang disiarkan hari ini, Suhaimi berkata, Jimmy tidak layak untuk menjadi menantunya.

Baginya, Jimmy tidak perlu meneruskan ‘perangainya’ itu memandangkan jelas sekarang ini sikap Jimmy yang semakin ‘gemar’ mencanang kisah negatif tentang anaknya kepada umum.

Malah, Suhaimi juga menyifatkan Jimmy sebagai lelaki dayus kerana tidak menghormati permintaan Nursuhaila untuk bercerai secara baik.

“Sebelum ini, memang I tak pernah keluarkan kenyataan kes Jimmy dan anak I yang dah setahun lebih berlaku. Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Jimmy. Dah sampai masa I tampil berikan kenyataan yang mana Jimmy I rasa dah tak layak menjadi menantu I kerana banyak yang dia buat tuduhan memburukkan anak I.

“Anak I dah pun failkan perceraian, jadi kalau dia dah banyak burukkan isteri dia, tak guna dia memperisterikan anak I lagi. Jadi, lepaskan sahajalah anak I. Kalau dia tak lepaskan seolah dia adalah lelaki yang dayus,” kata Suhaimi.

Mengulas tentang tanggungjawab Jimmy dalam mengambil tahu tentang cucunya yang juga anak Jimmy, Suhaimi mengatakan Jimmy tidak pernah mengambil tahu serta tidak layak menjaga cucunya.

“Nak ambil berat apa. Ini satu lagi masalah. Dia pernah keluarkan kenyataan yang isteri dia tak memberitahu dah melahirkan anak. Kalau tak diberitahu isteri dia dah pun lahirkan anak, macam manakah dia boleh membawa krew TV datang ke hospital untuk shooting gambar anak dia?

“Bil bersalin pun tak dibayar walaupun kita tak harapkan pun. Tapi dia memang tak bertanggungjawab. Bagi I, dia tak layak jaga cucu I,” katanya.

Suhaimi turut menyifatkan Jimmy sengaja mencari publisiti murah memandangkan dia adalah selebriti dengan mencanang kisah buruk rumah tangganya termasuklah isterinya.

Suhaimi sempat meninggalkan nasihat kepada Jimmy supaya redha menerima ketentuan Ilahi yang jodohnya dengan Nursuhaila sudah pun berakhir dan dia perlu untuk berjumpa dengan doktor pakar.

“Apa masalah dia ni? I tak tahulah dia ni macam mana. Nasihat I Jimmy kena percaya qada’ dan qadar jodoh dah tak ada. Pergilah berjumpa dengan doktor pakar,” kata Suhaimi.

Dalam masa yang sama, Jimmy enggan mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh ayah mertuanya.

Sebaliknya, dia hanya menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskan penyelesaian yang terbaik. (mynewshub)
 
 

(Tahniah) Caroline Juara Mentor 6


Tahniah diucapkan kepada Caroline dan mentornya, Ella yang telah pun merangkul gelaran juara Mentor 6 di saluran TV3. Caroline mendapat 71 markah dengan markah daripada juri tetap paling tertinggi. Persembahan Caroline memang tidak dapat dinafikan hebat dan mantap yang mana dapat memukau hati juri dan para peminatnya. 


Manakala Naib Juara pula dimiliki oleh Zatul dengan 60 markah mengatasi Anas pula di tempat ketiga dengan 50 markah. Tahniah juga diucapkan kepada Zatul dan Anas. Semoga bintang Caroline akan terus bersinar selepas tamat Mentor 6 ini dan cepat-cepat buat album ye. 

Biodata Caroline Mentor 6
Nama sebenar :Puteri Caroline Mohd Kamel
Nama komersial :Caroline
Asal : Tanah Merah, Kelantan
Umur : 20 tahun
Protege: Ella

Terbakorrr - Anzalna Dedah Kisah Neelofa Yang Busuk Hati

 
Jika dibandingkan dengan Neelofa, aku lebih minat dengan Anzalna lagi. Aku pun heran juga la, dunia artis Malaysia ni kecik ja tapi ada plak sifat yang suka dengki mendengki nih. Gosip terbaru pulak mengikut cerita laman sesawang abang Nara di mana artis yang bernama Neelofa ni mempunyai sikap busuk hati dan dengki dengan Anzalna suatu ketika dulu. Sebelum ini, Tasha Shilla meluahkan isi hatinya yang kecewa dengan Neelofa kerana mempertikaikan kemenangannnya di dalam ABPBH. Boleh macam tu plak ye.
Kata Anzalna kepada Neelofa:-

Walaupun saya tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok. Saya tak tahu apa motif Lofa berbuat begitu, sedangkan saya tak menang pun, mungkin dia busuk hati, sama seperti yang pernah diceritakan Tasha sebelum ini.

Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna”. Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja. Bagi saya walaupun perkara itu sudah lama berlalu, apabila saya membaca pendedahan Tasha, saya dapat rasakan apa yang dilalui Tasha, saya lebih dulu merasainya.

Cuma saya tidak pernah membuat pendedahan sebelum ini. Terus-terang, apa yang dilakukan Lofa amat menghiris perasaan saya. Saya nak semua orang tahu warna sebenar diri Lofa. Sampai sekarang saya masih dengar orang bercerita, Lofa terus bercerita benda buruk mengenai diri saya, nak jatuhkan karier saya. Ramai artis senior yang bercerita kepada saya, seolah-olah Lofa tidak berpuas hati dengan saya.

Ketika Dewi Remaja dulu, saya tak menang sebarang tempat, tapi kenapa dia perlu busuk hati? Lofa pula ada ramai peminat, saya pula sebaliknya. Justeru kenapa dia perlu busuk hati? Sebelum ini ramai wartawan bertanya antara saya dan Lofa, tapi saya tak cerita apa-apa, takut dilabel bermulut jahat, namun selepas pendedahan Tasha, barulah saya ada kekuatan untuk bercerita.

Saya sedar diri saya ini tidak sepopular dirinya. Jadi tak perlulah busuk hati dengan saya. Saya masuk industri ini, tidak berniat nak kejar populariti, saya nak cari rezeki. Kalau saya nak kejar populariti, dah lama saya buat kontroversi seperti dirinya. Biarlah kita sama-sama cari rezeki dengan ikhlas, Lofa patut bersyukur dengan apa yang diperolehinya hari ini.

30,000 Rakyat Johor Berhimpun Di Istana


JOHOR BHARU – Kira-Kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Mereka membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi tadi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor pada jam 2 petang.

Sultan Johor turut berangkat ke Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor itu, yang dianjurkan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung).

Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda tiba-tiba menjadi sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin.

“Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini,” kata baginda sambil mengesatkan air mata dan laungan “Daulat Tuanku” rakyat yang menghadiri perhimpunan itu terus berkumandang.

Sultan Ibrahim yang berterima kasih kepada mereka yang menghadiri perhimpunan itu berkata adalah menjadi amanahnya sebagai Sultan Johor untuk menyayangi rakyat.

“Tidak ada rakyat, tiadalah raja. Raja dan rakyat berpisah tiada,” katanya sambil mengingatkan seluruh rakyat negeri Johor, tanpa mengira kaum dan agama, supaya terus bersatu padu.

“Jika bersatu, kita akan kuat,” titah baginda yang ditemani isteri, Raja Zarith Sofia dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris serta kerabat diraja Johor lain.

Perhimpunan itu sebagai reaksi balas terhadap kenyataan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

Terdahulu, baginda menerima lafaz ikrar taat setia wakil Gabung Ahmad Tarmizi Yusof serta kunjungan hormat 14 wakil NGO Johor yang menghadiri perhimpunan itu. – BERNAMA
 
 

7 Sunnah Rasullulah SAW Yang Mesti Dijaga Agar Hidup Mendapat Keberkatan



7 Sunnah Rasullulah SAW yang mesti dijaga agar hidup mendapat keberkatan, sentiasa berjaya dan bahagia iaitu:

1) Menjaga wuduk.
2) Melazimkan solat tahajud dan witir.
3) Solat secara berjemaah.
4) Sentiasa tadabur al-quran.
5) Mendirikan solat 4 rakaat Solat Dhuha.
6) Puasa setiap hari Isni dan Khamis.
7) Memperbanyakkan bersedekah.
 
Mampukah aku untuk melaksanakan 7 perkara tersebut. Semoga Allah swt tetapkan iman ku untuk sentiasa mencari redha Ilahi. Lebih baik melaksanakannya perlahan-perlahan daripada tidak membuatnya langsung.


Sunday, June 10, 2012

Bapa Ahli Sukan Cuba Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang


BUKIT MERTAJAM - Polis hari ini menggagalkan dua cubaan membunuh diri bapa kepada seorang ahli sukan negara termasuk di atas Jambatan Pulau Pinang.

Lelaki berusia 59 tahun itu yang menetap di Butterworth pada mulanya dikatakan cuba membunuh diri berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan

Lepas awal pagi ini namun digagalkan pihak polis yang bertindak memujuknya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd Lah berkata pihak polis menerima maklumat lelaki itu sedang menangis di tepi laut berhampiran pusat membeli belah Queensbay kira-kira pukul 4 pagi ini.

"Pasukan peronda dihantar ke tempat kejadian dan bertindak memujuk beliau agar pulang ke rumahnya.

"Anggota kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memujuknya sebelum dia mahu pulang dengan baik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pasukan peronda polis itu juga bertindak mengiringi bapa ahli sukan itu yang memandu kereta bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

"Sebaik tiba di kilometer dua Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 7.45 pagi, dia memberhentikan kereta di tepi jambatan dan keluar serta cuba terjun ke laut. Bagaimanapun hasil tindakan pantas polis, kita berjaya menyelamatkannya," katanya.

Azman berkata lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

"Berdasarkan keterangan awal, beliau mendakwa menghadapi masalah keluarga kerana anggota keluarganya tidak mempedulikannya," katanya. - Bernama

Nurul Izzah: Istijuara Peroleh Tender RM30.8 Juta Dibawa Ke Parlimen


SHAH ALAM - Isu kontrak bernilai RM30.8 juta yang melibatkan syarikat Istijuara Sdn Bhd milik anak Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan dibawa ke sidang Parlimen.

Demikian menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kepada TVS ketika ditemui di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya semalam.

“Nilainya RM30.8 juta, tender terus kepada syarikat bernama Istijuara Sdn Bhd, ini tentunya timbulkan banyak persoalan, tetapi kita akan bawa ke parlimen, tentunya,” katanya.

Menurut Nurul Izzah, isu ini akan dibawa ke parlimen kerana ia menyentuh kepentingan dana kerajaan dan rakyat negara ini.

“Tentunya perkara sebegini yang kita mahu elakkan dalam bercakap tentang reformasi politik, reformasi mengembalikan ekonomi demi rakyat, bukan untuk segelintir kroni dan anak-anak mereka,” katanya lagi.

Sebelum ini, beberapa blog dan media portal melaporkan pada 2010, Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30.8 juta kepada Istijuara bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor.

Anak perempuan Raja Nong Chik, Raja Farhana Raja Nong Chik, merupakan pemilik kepada Istijuara.

Disertakan beberapa dokumen rasmi sebagai bukti, Istijuara juga dikatakan hanya diberikan surat tawaran projek setelah projek tersebut hampir siap sepenuhnya pada Ogos 2010, sedangkan projek itu telah diberikan pada 2006 lagi.

Mana Satu Pilihan Hati Untuk DiBuat Pasangan Hidup

 Mana Satu Pilihan Hati Untuk DiBuat Pasangan Hidup - Tips Memilih Pasangan Hidup

Manusia tidak dapat memilih siapa yang patut jadi ibu dan bapanya. Tetapi manusia masih ada ruang dan peluang untuk memilih siapa bakal pasangan hidupnya.

Jika tidak boleh memilih, masakan ada pedoman agama dalam hal-hal yang harus dititik beratkan ketika pemilihan jodoh?

Nabi SAW sendiri ada memberitahu kriteria atau petua dalam pemilihan pasangan hidup? Antara lain Nabi SAW bersabda: “Wanita itu dikahwini kerana dengan sebab hartanya, kecantikannya, keturunannya dan keagamaannya. Hendaklah kamu pilih yang kuat agamanya, tentu akan menenangkan kedua tanganmu.” – Riwayat Bukhari Muslim dan lain-lain.

Memang benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir ketentuan Allah. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan iktiar. Masakan dapat sagu jika tidak dipecahkan ruyungnya. Pemilihan bakal suami bagi seorang wanita adalah lebih kritikal sebenarnya.

Jika tersilap pilih kerana terikutkan runtunan emosi semata-mata hingga melupakan pedoman syarak maka boleh membawa padah. Dibimbangi nanti pilihan suami tidak menyambung ke landasan utama jalan menuju syurga. Sebabnya suami sebenarnya ibarat ibusawat penghubung talian taat seorang isteri kepada Allah. Ia juga menjadi laluan turun cinta dan redha Allah SWT kepadanya.

Begitu juga bagi lelaki.Jika tersilap pilih calon isteri maka besar juga risikonya. Ini disebabkan dia dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memimpin seisi keluarga meniti jalan ke syurga. Kesefahaman dan kerjasama penuh daripada isterinya amat diperlukan untuk menjayakan tanggungjawab besar yang dipikulnya. Jika suami gagal mendidik dan memimpin keluarga, bukan sahaja anak isteri yang terhumban ke dalam neraka, bahkan dirinya sekali terikut sama.

Di dalam Islam, wanita ada hak untuk memilih bakal suaminya. Tanggapan bahawa wanita tiada hak memilih bakal suaminya adalah salah. Dalam hal ini Abu Hurairah ra pernah mendengar Nabi SAW bersabda:”Seorang wanita janda tidak boleh dinikahkan sebelum ia diminta pertimbangan dan seorang gadis perawan tidak boleh dinikahkan sebelum ia diminta persetujuan.” – Riwayat Bukhari dan Muslim.

Di dalam sejarah ada banyak kisah wanita mempertahankan hak memilih suami. Antaranya ialah kisah Khansa binti Khidam yang mengadu kepada Rasulullah SAW mahu dikahwinkan oleh bapanya, pada hal dia tidak suka. Rasulullah SAW telah menolak keinginan bapa Khansa. (Riwayat Bukhari).

Dalam satu kisah lain yang diriwayatkan Bukhari, seorang bekas hamba bernama Barirah mempertahankan haknya tidak mahu berkahwin dengan Mughis meski pun disokong oleh Nabi SAW. Apabila ditanya oleh Nabi SAW, Barirah bertanya kembali: “Wahai Rasulullah, apakah ini perintah buatku?” Nabi SAW menjawab: “Aku sekadar memberi syafaat.” Lantas mendengarnya, Barirah menolak peminangan Mughis dan Rasulullah SAW menerima keputusannya.

Malah ada berlaku dalam sejarah kisah wanita yang memilih lelaki (Rasulullah SAW) dan menawarkan diri untuk jadi isteri kepada baginda. Apabila wanita itu melihat Rasulullah SAW tidak memutuskan sesuatu terhadap tawarannya itu, lantas dia duduk - (Riwayat Bukhari Muslim). Diamnya Nabi SAW bererti tindakan wanita itu tidak dihalang. Begitu juga dengan wahyu yang masih turun waktu itu.

Bahkan ada diterangkan di dalam kitab fekah; apabila pilihan wanita tidak mahu diterima oleh walinya maka ketika itu berpindahlah hak kewalian Wali Mujbir kepada Wali Hakim. Asalkan pilihannya itu benar berlandaskan pedoman syariat (di mana calon suami kufu seimbang agama dan mampu mengadakan mahar) maka bapanya perlu menurutinya.

Jika dalam keadaan bapanya engkar maka gugurlah hak si bapa mewalikan anaknya. Menyedari tuntutan dan taruhan nikah dalam kehidupan maka sayugialah wanita menggunakan sebijak-bijaknya hak untuk memilih pasangan hidupnya.

Jangan ambil mudah dan terburu nafsu membuat pilihan. Lebih-lebih lagi jangan membuat keputusan berdasarkan desakan persaingan atau bimbangkan apa orang lain kata. Maka seharusnya terlebih dahulu mencari jalan untuk memastikan bahawa bakal suami faham peranan dan tanggungjawabnya serta berpotensi menuntun ahli keluarganya ke syurga.

Setelah merasa aman dan percaya terhadap pegangan agama dan hati budi calon suami maka terimalah pinangannya. Sehubungan ini Nabi SAW ada bersabda: “Apabila telah datang meminang lelaki yang dipercayai agamanya dan kejujurannya (amanah); maka terimalah pinangannya. Sebab jika pinangannya ditolak maka tunggulah terjadinya fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.” – Riwayat Tirmizi