Thursday, May 31, 2012

Mawi Miliki Kediaman Mewah


Palace of Golden Horses, hotel mewah sebagai lokasi persandingan Mawi dan Ekin pada 2009

Banglo Mewah Mawi dan Ekin

Wah cantik rumah Mawi dan Ekin ni, besar pulak tu. Rezeki dia memang murah, murah ni bukan maksudnya bayaran dia atau rate dia murah..tapi lumayan sebenarnya. Kenapa yer kita kata rezeki murah, ish..bukan itu yang aku nak bincang pun. Apapun, bagi yang belum pernah tengok gambar banglo mewah Mawi ni, aku kongsikan daripada pencarian Google.






*Sekadar share kejayaan dan kesenangan yang Mawi kecapi hasil titik peluh dia. Semoga terus berjaya!


Kegilaan DLSR Kejar Sunset

Dia melompat tebing, membawa segala...
Perlahan menapak...sedangkan masa kian suntuk
Mencari sudut terbaik sebelum tenggelamnya sang mentari
Oh, sempat ker tidak ni?
Gambar-gambar di atas aku 'tangkap' guna kamera digital di bawah ini jer...ketika meniti masa menyaksi terbenamnya mentari di tepi laut, Kuala Perlis tempoh hari. Terpandang aku seorang lelaki berlari-lari anak terus melompat tembok tebing...

Nikon Coolpix s3100 kesayanganku..
Nampak benar perbezaan masa kini, sejak dua menjak ni aku ke Kuala Perlis untuk bersantai @ berehat bersama laki aku dan dua puteriku, akan terlihat sekumpulan/ individu pemilik DSLR yang minat betul nak kejar matahari terbenam yang pada kebiasaannya cuma 5-10 minit sahaja sebelum ia 'tenggelam di dasar laut' hujung sana. Apa yang aku lihat, hampir setiap minggu begitu. Adakah fotografer yang sama atau orang lain-lain? Itu aku tak boleh cam. Cuma aku agak mereka ni masih amatur kerana hanya mengejar matahari terbenam atau sunset dari posisi yang sangat mudah, iaitu sekadar tangkap terus tanpa ada objek lain bermain di sekitar matahari itu. 

Contoh menarik...
Bukan matahari di cari...ini yang menariknya!
Pokok sebegini pun boleh..apa salahnya...
Begitu juga dengan haiwan peliharaan, pilihan yang menarik untuk tema sunset

Untuk menimbulkan 'keghairahan' sunset itu sendiri bukannya di khalayak ramai..tak semestinya. Tempat yang tersorok, terlindung matahari, pantulan pada bangunan sebenarnya mempunyai value yang cukup tinggi berbanding sekadar 'tangkap' dan 'lepas'.

Atau mungkinkah sekadar 'menunjuk-nunjuk' di depan segerombolan orang ramai, yang bawa keluarga bersantai atau makan seafood di sana yang rata-rata pakai kamera 'cikai' seperti aku? Huhu, aku bukan menuduh, cuma lagak gayanya mengambil gambar seperti ke arah itu. Itu pandanganku..

Di bawah ini aku tepek petikan Utusan beberapa minggu lepas:

KEGILAAN terhadap kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR) di kalangan rakyat negara ini semakin meningkat.
Sebut sahaja apa jua jenama DSLR pastinya ada peminat serta pengikutnya yang tersendiri , namun apakah yang membezakan di antara satu-satu jenis DSLR pada kaca mata pengguna.
Kini rata-rata pengeluar siri kamera DSLR tersebut bukan sahaja berlumba-lumba meningkatkan teknologi kamera mereka agar ia lebih mudah dan ringkas digunakan di samping mampu menghasilkan kualiti gambar yang terbaik.
Terdapat pelbagai pilihan DSLR dewasa kini yang boleh dijadikan 'teman' anda untuk merakam saat-saat indah bergantung kepada kemampuan dan kemahiran seseorang itu menggunakannya.
Tetapi, apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai kamera DSLR? Hampir semua kamera DSLR yang ada pada hari ini merupakan kamera digital yang menggunakan sistem cermin mekanikal dan pentaprisma.
Secara asasnya sistem tersebut digunakan untuk memandu cahaya secara terus dari lensa kepada penderia dan juga pencari paparan (viewfinder) yang terdapat pada bahagian belakang kamera.
DSLR merupakan pilihan utama jurugambar imej tetap (still photo) kerana ketepatan paparan yang dilihat pada dedahan (exposure) di dalam kamera semasa merakam dan menghasilkan imej seperti yang dilihat di dalam kamera.
Malah, penggunaan pelbagai lensa mampu meningkatkan kreativiti jurugambar dan mampu menghasilkan pelbagai imej yang menakjubkan.
Selain itu, kebanyakan DSLR juga turut memiliki fungsi yang membolehkan pandangan (preview) yang tepat untuk paparan dalaman medan (depth of field).
Rata-rata, jurugambar profesional lebih memilih DSLR berikutan ia memiliki penderia (sensor) yang lebih besar berbanding dengan kamera kompak dan secara umumnya penderia DSLR juga hampir menyamai saiz kamera filem tradisional yang kebiasaannya digunakan oleh jurugambar profesional apabila mula 'terjun' ke bidang fotografi.
Sama ada siri-siri kamera DSLR yang dikeluarkan oleh jenama-jenama kamera ini baru mahupun lama namun kegilaan terhadap gajet ini dilihat berterusan sehingga kini dan mempunyai peminat serta pengikutnya yang tersendiri.


Abang Aaron Pandai Masak Tak Kak Diyana

Aaron Aziz Menghiasi Kulit Majalah Aroma Edisi Jun 2012
 Maaf ye jika ada yang tak suka dan makin menyampah dengan Aaron Azizi ni, tapi aku nak 'paste' juga gambar AA di sini. Aku pun sedia maklum juga, biasalah ada yang suka dan ada yang iri hati atas kejayaan Aaron. Tapi fikirlah positif, rezeki masing-masing dan Allah swt yang tentukan. Sesiapa saja yang berusaha lebih pasti kejayaan akan menanti dengan izin Allah swt.

Jika artis lain nak berjaya macam Aaron Aziz juga, berusahalah dan sentiasa mencari peluang untuk majukan diri. 

Kepada peminat Aaron Aziz, jangan lupa jumpa beliau (dapat tengok dari jauh pun ok dah) di majlis Pelancaran Outlet Yourgurt di Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi:

Pada: 3 Jun 2012 (ahad)
Jam : 3.30 - 5.30 petang

Diana Amir Pun Nak Mengerjakan Umrah Jun Ini

Sejak mengenakan hijab pelakon wanita yang bernama Diana Amir akan menunaikan ibadah umrah di Mekah bulan hadapan. Diana akan mula berangkat ke Tanah Suci itu bermula 8 Jun sehingga 19 Jun ini. Semoga perjalanan Diana akan diberkati dan selamat pergi dan kembali. Menurut Diana, untuk istiqamah dalam ibadah merupakan cabaran paling besar sepanjang penghijrahannya itu.

“Saya akui sekarang keadaannya berbeza dari sebelum ini. Saya sentiasa ingatkan diri saya untuk tidak lalai dengan kehidupan dunia yang saya miliki sekarang. Saya juga perlukan sokongan orang di sekeliling saya untuk terus bantu dan bimbing saya. Mudah-mudahan, penghijrahan ini dirahmati Allah dan kekal sehingga ke akhirnya,” ujar Diana sewaktu berkongsi kisah hijrah beliau.

Diana turut menyentuh tentang pengaruh media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog. Menurut Diana, kewujudan media baru sebegini membuka ruang untuk selebriti sepertinya diperkatakan secara terbuka dalam laman sosial berkenaan, dimana secara tidak langsung membuka ruang untuk seseorang selebriti tersebut dinilai oleh masyarakat.

“Saya berpendapat dalam isu laman sosial sebegini kita boleh kaitkan dengan isu maruah dan harga diri seseorang. Kita tak boleh nak gunakan kebebasan yang ada pada media sosial ini untuk mengaibkan orang secara terbuka. Begitu juga dalam ibadah. Diana rasa cara terbaik adalah untuk Diana diam dan istiqamah dalam usaha Diana berubah ke arah yang lebih baik.

“Buat masa sekarang, Diana cuba untuk berdampingan dengan mereka yang punyai akhlak-akhlak yang elok supaya kita dapat mengambil segala kebaikan yang mereka ada. Diana doakan yang terbaik buat semua yang ada di sekeliling Diana terutamanya peminat-peminat yang menerima penghijrahan Diana dan tidak pernah jemu memberi sokongan kepada Diana. Insya-Allah,” akhiri Diana.

Gua
 
 

Jadual Kuliyah Ustaz Azhar Idrus Bulan Jun 2012

Berikut adalah Jadual Kuliyah Ustaz Azhar Idrus Bulan Jun 2012 


Jom ramai-ramai pakat dengar Kuliyah Ustaz Azhar Idrus. Insyallah hidup kita akan diberkati jika mencari ilmu akhirat di samping juga ilmu dunia jangan dilupakan.



Kisah Wali Allah Solat Di Atas Air


Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.

Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"

Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."

Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"

Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."

Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."

Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."

Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.

Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"

Wali Allah itu berkata, "Saya adalah Awais Al-Qarni."

Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."

WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"

Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.

Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.

Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

# Kebesaran kuasa Allah swt tiada tandingan


Kerja Bawa Pulang Gadis Aje


Dato Abdul Azeez Abdul Rahim, Presiden Putera 1Malaysia
Aku sokong sangat..sangat..sangat bila Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) tak nak dah beri tumpuan membawa pulang gadis tempatan yang melarikan diri bersama jejaka warga asing ke luar negara pada masa depan.
Itu kata Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim supaya KP1M memberi tumpuan kepada usaha membantu rakyat tempatan yang menghadapi masalah kehidupan kritikal.
Menurutnya lagi, misi ni bukan murah, kos dia boleh cecah antara RM8,000 hingga RM30,000 bagi satu misi. 
Tu lah bagi aku kes lari ke Lombok ke, ke Siam ker, lari berganti-ganti ker..biarlah ada pengajaran buat mereka di luar sana. Bukan kita tak nak bantu kalau dah libatkan kos macam tu macam mana? Baik kita salur ke misi yang membawa seribu erti. Memang misi macam ni juga membawa kebahagiaan dan ketenangan kepada keluarga yang 'terpisah', tapi orang lain pun ada kes yang 'malang' tapi bukan seperti ni.

Apapun nak baca lebih lanjut atau nak faham apa misi KP1M ni sila ke SINI


Tuesday, May 29, 2012

Gara-gara Nazmi Faiz Facebook S.C. Beira-Mar Malaysia Meletup! Jom Jajah Portugis Pulak



Aku buat printscreen bagi semua tengok...

S.C. Beira-Mar Malaysia

Gara-gara Nazmi Faiz Facebook S.C. Beira-Mar Malaysia yang diwujudkan khas untuk kelab tersebut Meletup! Kini dah cecah 5,904 Like, jauh lebih cepat drai FB Rasmi kelab Portugal ini ketika mula-mula buka dulu.

Penangan Nazmi Faiz menyebabkan pengurusan kelab bercadang untuk melebarkan penjualan jersi atau cenderahati yang melibatkan Nazmi di Malaysia secara lebih serius, tapi kena tunggu beberapa bulan lagi untuk persediaan.

FB rasmi kelab itu baru saja mencecah 8,606 itupun meningkat hampir sekali ganda disebabkan peminat dari Malaysia. Akibatnya, kecoh FB rasmi tersebut dengan gambar dan liputan Nazmi penuh dengan komen dan like beribu-ribu oleh peminat di Malaysia. Orang-orang Portugis jelas kehairanan! Memang kelakar...

Afonso De Albuquerque
Tugu Albuquerque di Medan Afonso de Albuquerque, Lisbon

 Ingat lagi Afonso De Albuquerque yang mengetuai jajahan ke atas Melaka dulu, ha sekarang kita guna FB untuk jajah Portugal balik...

*Jangan lupa Like FB tersebut dan Like juga entri ini yer...

(Gambar) Majlis Kenduri Doa Selamat dan Akikah Anak Mawi dan Ekin di Kediaman Mewah Mereka



Kebahagian ketika berdua...
Bahagia dengan rezeki tak putus-putus
Pasangan bahagia dan dikenali ramai ini begitu teruja dengan kehadiran Cahaya Malaika, yang baru mencecah usia tiga bulan. 
Kata mereka ini seperti melengkapkan kehidupan Mawi atau Asmawi Ani, 31 dan isterinya, Nora’Ashikin Rahman (Ekin), 33 sepanjang melayari bahtera perkahwinan ini.
Jelas terpancar di wajah Ekin yang begitu bersyukur dan gembiranya akhirnya bergelar ibu selepas tiga tahun menanti.
Kediaman mewah Mawi dan Ekin
Cahaya mata yang ditunggu-tunggu ini dinamakan dengan sepotong nama yang cukup indah Cahaya Malaika yang membawa maksud Cahaya Permaisuriku. 

Pasangan secocok ini telah melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember 2008.
Ciuman kasih dan sayang
Akui Mawi, dia dan isteri meletakkan Cahaya sebagai keutamaan dalam hidup mereka kini sekali gus merangsang Mawi untuk kembali merancakkan karier seninya yang perlahan kebelakangan ini. Walaupun perlahan, Mawi tetap world apabila mampu hidup mewah hasil perjalanan seninya, yer tak?

Apapun majlis kenduri doa selamat dan tahlil ringkas buat puteri tercinta, Cahaya Malaika berlangsung lancar dan meriah dengan hadirin dan hadirat.
Menurut Mawi majlis ini diadakan untuk tujuan akikah Cahaya memandangkan majlis cukur jambul, berzanji dan marhaban dibuat terlebih dulu sempena perkahwinan adinya di Kulai, Johor.

Ramai dan meriah dengan makanan
Ketika majlis cukur jambul
Cahaya Malaika

* Semoga mendapat didikan yang terbaik jugak


(PANAS) Penyokong England Akan Mati Di EURO 2012


Theo Walcott yang cute...
Kenal Sol Campbell? Pemain yang bertubuh sasa ni cukup sinonim dengan Arsenal beberapa ketika dulu. Dia dah melaungkan amaran 'keras' kepada penyokong Three Lions (England) supaya tidak berkunjung ke Euro 2012 kerana mereka ‘mungkin pulang dalam keranda’. Memang dahsyat sungguh amaran dia ni. Sebab apa?

Bekas bintang Arsenal dan Tottenham itu percaya kunjungan ke Poland atau Ukranie berisiko tinggi berikutan ancaman keganasan dan perkauman di kedua-dua negara itu.

Sol Campbell, kalau main game FIFA Soccer best pilih dia ni...
Campbell, yang memiliki 73 cap untuk England mengeluarkan kenyataan berani mati dengan menegaskan adalah menjadi kesilapan besar apabila UEFA menganugerahkan hak penganjuran kejohanan kepada dua negara tersebut.

Dalam usia Campbell, 37, dia belum lagi nyanyuk atau terdesak untuk mendapatkan publisiti murahan. Tapi apabila dia memberitahu BBC Panorama: “Lebih baik duduk di rumah, tonton menerusi televisyen. Jangan mengambil risiko... kerana anda mungkin pulang tidur dalam keranda". Rasanya itu pasti mengundang kemarahan ramai, khususnya di pihak UEFA dan tuan rumah (penganjur).

Terdapat dakwaan, ahli keluarga kepada beberapa pemain berkulit hitam seperti Theo Walcott, Joleon Lescott dan Alex Oxlade-Chamberlain tidak merancang untuk pergi kerana khuatir akan kemungkinan dicemuh perkauman.

*Nak main bola bila dicemuh perkauman memang mental akan terjejas, emosi terganggu, keseluruhan perlawanan akan menjadi buruk.Walaupun pemain semua profesional, namun hal perkauman memang sangat sensitif!



Tip Dan Petua:Marjerin Enakkan Nasi Lemak

 Tip Dan Petua:Marjerin Enakkan Nasi Lemak

Sebut saja nasi lemak, rakyat Malaysia pasti mengemarinya, tak kira bangsa pasti akan suka makan. Nasi lemak juga menjadi menu popular sama ada makan waktu pagi, petang ataupun malam. Untuk menyedapkan lagi nasi lemak yang dimasak, anda boleh menambahkan sesudu marjerin dan gula (agak-agak la ikut sukatan beras juga ye) ke dalam santan yang telah dimasukkan hirisan halia dan bawang merah. Jangan lupa juga secubit garam dan daun pandan. Pasti aroma nasi lemak lebih berbau harum, enak dan mengundang selera kita.

Selamat Mencuba..


Betul Ke Gaji Nazmi Sebulan RM300,000?



Betul Ke Gaji Nazmi Sebulan RM300,000? Jika betol la gaji si Nazmi RM 300,000 sebulan memang bertuah badan. Bagusla macam tu kan, barulah kita boleh kata beliau betol-betol berbakat dan nilai gaji tersebut juga membuktikan kelab portugal sangat menghargai beliau. 

Walaubagaimanapun, khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.
 
Ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada Nazmi itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara tetapi beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar.

“Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Apa Salahnya Jika Fazura Ditaja Buka Butik Ratusan Ribu Ringgit?

Kesian kat Fazura, buka butik bernilai ratusan ribu ringgit pun orang pertikaikan juga. Sabar la Cik Fazura ye, adat la tu bila orang dah senang dan terkenal akan ada dugaan dan cabarannya.

“Perniagaan ini adalah keutamaan saya ketika ini dan lakonan jatuh nombor dua. Disebabkan itulah saya berusaha untuk merealisasikan impian ini,” ujar Fazura pada sidang media pembukaan butiknya House Of Doll di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini

Bukan kecil modal yang dikeluarkan aktres yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati ini.

Meskipun merahsiakan jumlah sebenar, khabarnya modal yang dikeluarkan adalah berjumlah ratusan ribu ringgit.

Tegas Fazura, semua wang yang dikeluarkan untuk membuka perniagaan itu adalah hasil keringatnya sepanjang bergelar anak seni dan bukannya ditaja sesiapa.

“Bagi mereka yang suka menyangka bukan-bukan, mereka harus sedar bahawa saya juga ada pendapatan sendiri. Saya dibayar untuk berlakon. Itu tidak termasuk pendapatan yang diperoleh dari hasil saya menjadi duta produk. Tak perlulah untuk saya beritahu berapa wang yang saya ada dalam bank.

“Beratus ribu juga saya habis untuk membuka perniagaan ini.

” Semuanya adalah duit simpanan saya sepanjang menjadi anak seni dan saya tidak membuat pinjaman bank langsung. Tak percaya sila tanya ‘banker’ saya yang ada di sini,”
Dua tahun lamanya Fazura merancang untuk pembukaan butik ini.

Bukan sekadar menggunakan nama dan popularitinya semata-mata, jelas Fazura semua perkara membabitkan butiknya itu adalah idea dan juga cita rasanya dengan dibantu pereka fesyen, Rizman Ruzaini.
“Dari sekecil-kecil cincin hinggalah pakaian berkonsepkan adi busana, semuanya adalah lahir dari cita rasa dan rekaan saya sendiri bersama Rizman. Harganya juga tidak terlalu mahal dan mampu dibeli oleh peminat,” jelasnya yang kelihatan cukup anggun mengenakan dress paras paha rona fuchsia yang juga berjenama HOD.
“Jika saya tidak terbabit dalam sebarang penggambaran, saya akan berada di butik. Jika tidak, kakitangan saya akan membantu mereka.”
 

Kisah Habuk Kayu Bertukar Menjadi Tepung Gandum

Kisah Habuk Kayu Bertukar Menjadi Tepung Gandum

Kisah ini diceritakan sendiri oleh Atha' bin Al-Azraq. Pada suatu hari isteri Atha' menyuruhnya pergi ke pasar untuk membeli gandum kerana gandum di rumahnya telah kehabisan. Isterinya memberi wang sebanyak 2 dirham. Atha' mengambil karung guni dan berjalan menuju ke pasar. Di dalam perjalanan dia ternampak seorang hamba sahaya sedang menangis. Orang ramai yang lalu lalang di situ tidak memperdulikan akan hamba tersebut. Oleh kerana kasihan melihat keadaan hamba tersebut Atha' menghampiri hamba yang sedang menangis lalu bertanya "Kenapakah kamu menangis ditepi jalan ini?". 
 
Hamba itu memberitahu "Aku diberi wang sebanyak 2 dirham oleh tuanku supaya membeli barang keperluan di pasar", sambungnya lagi "Apabila tiba di sini aku dapati wangku sudah tiada." hamba tadi sambil menangis lebih kuat lagi dan berkata "Mungkin wang itu tercicir semasa dalam perjalanan ke mari".

Atha' menanya lagi "Kenapa kamu tidak pulang saja dan memberitahu tuanmu tentang kehilangan wang tersebut?." Sambil menangis hamba tadi menjawab "Jika aku pulang dan memberitahu tentang kehilangan tersebut, tentulah aku dimarahi dan dipukul dengan teruknya". Atha' merasa hiba diatas penjelasan hamba itu lalu berkata "Ambil wang ini dan belilah barang-barang yang di pesan oleh tuanmu". Hamba tadi mengambil wang itu dan mengucapkan terima kasih kepada Atha' dan beredar dari situ menuju ke pasar untuk membeli barang-barang yang di pesan oleh tuanya.

Setelah hamba tadi beredar dari situ Atha' berkata dalam hatinya "Bagaimanakah aku hendak membeli gandum yang di pesan oleh isteriku sedangkan wang 2 dirham telahku berikan kepada hamba tadi". "Dari mana aku hendak mencari wang sebanyak itu" sambungnya lagi. Untuk menenangkan fikirannya Atha' menuju ke sebuah masjid yang berhampiran untuk menunaikan solat sunat. Atha' berada di dalam masjid agak lama, sehingga ia sempat bersolat Asar di situ sambil berdoa supaya Allah memberikan sesuatu rezeki kepadanya.

Setelah selesai solat Asar, Atha' menuju ke rumah kawannya kerana ia takut dimarahi oleh isterinya kerana pulang tanpa membawa gandum yang di pesanya. Pada mulanya Atha' ingin menceritakan dan meminta bantuan daripada kawannya tetapi apabila tiba dirumah kawanya, ia tidak tergamak untuk memberitahu hajatnya. Apabila kawannya melihat Atha' membawa karung kosong, lalu kawanya bertanya " Apa tu, karung kosong?" jawab Atha' "Ya" "Kalau begitu isilah habuk kayu ini dan bawalah pulang untuk di jadikan bahan bakar" kata kawannya. Atha' tanpa bacakap apa-apa mengisi karung guni dengan habuk kayu yang diberikan oleh kawannya dan terus pulang ke rumahnya.

Apabila tiba dirumahnya Atha' meletakkan guni yang berisi habuk kayu tadi di rumahnya dan beredar dari situ dengan senyap-senyap kerana takut isterinya meleter di sebabkan karung tersebut di isi dengan habuk kayu. Atha' menuju ke masjid, lama juga ia berada di sana sehingga hampir larut malam barulah dia pulang. Sesampainya di rumah dia tercium bau harum roti yang sedang dibakar. Atha' kemudiannya masuk ke dapur dan melihat isterinya sedang membakar roti lalu berkata "Harumnya bau roti ini" jawab isterinya "Memanglan kerana gandum ini dari kualiti yang baik". Atha' bertanya lagi "Dari mana kamu dapat tepungnya" "Dari mana lagi, dari karung yang awak bawa baliklah" jawab isterinya. 
 
Atha' kehairanan lalu berkata di dalam hatinya "Dari mana datangnya gandum itu sedangkan karung tadi berisi dengan habuk kayu, ajaib sungguh!". Atha' bertanya kepada isterinya "Mana karungnya biar aku lihat?" Isterinya menghulurkan karung tadi dan dilihatnya "Memang benar, karung tadi yang berisi habuk kayu telah bertukar menjadi gandum yang berkualiti baik" kata Atha' di dalam hatinya.. Atha' hanya mampu memandang sahaja sedangkan dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya gandum tersebut. Begitulah jika kita berserah dan kembali kepada qudrat dan iradat Allah tidak ada yang mustahil.
 
 p/s: Jika kita berdepan dengan masalah, bawalah bersabar dan memohon bantuan jalan penyelesaian kepada Allah swt..


 

Nur Fazura Buka Butik! Tak Nak Berlakon Dah Ke?

House of Doll - Butik Fesyen Milik Nur Fazura

Comel sungguh Nur Fazura ni, patut la golongan VVIP pun menarik dan tertarik dengan beliau. Terbaru, pelakon Nur Fazura melancarkan butik fesyen milik beliau yang diberi nama House of Doll. Cantik Nama Butik Nur Fazura, secantik tuannya jugak ye..

Menurut Nur Fazura, idea untuk membuka butik sendiri ini timbul selepas ramai peminat yang bertanyakan di mana boleh mereka membeli baju yang dipakai dalam majlis majlis. Dengan membuka butik House of Doll, kini Nur Fazura boleh berkongsi selera & minat fesyen beliau bersama para peminat yang selama ini berminat akan baju-baju yang dipakai ke majlis-majlis.

Fesyen dalam butik House of Doll banyak menerima sentuhan rekaan oleh Nur Fazura sendiri selain kolaborasi khas bersama pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

 





Lagi Gambar di rotikaya

Ong Kim Swee Nak Ikut


Saya nak ikut...
Ong Kim Swee Nak Ikut Nazmi Faiz ke Portugal bukan sebab nak melancong okay (mungkin sempat bersiar-siar kejap) apabila selesai AFC Qualifiers pada 21 Jun hingga 4 Julai nanti. Tujuannya, haa... mestilah banyak perkara yang ingin diselesaikan bersama Nazmi dengan kelab Beira-Mar yang dah setuju untuk terima Nazmi sepanjang 3 tahun mendatang, dan sekurang-kurangnya juga untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan Nazmi bersama kelab barunya di sana nanti.

Kim Swee juga akan cuba bantu Nazmi untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang pemain profesional di Eropah.





Apa Motif 'Lelaki Misteri' Nak Ganggu Wardina

Apa Motif 'Lelaki Misteri' Nak Ganggu Wardina
Susah juga menjadi orang terkenal seperti artis dan selebriti, mudah juga terdedah kepada bahaya mungkin sebab ada yang iri hati, sakit hati, saja-saja nak dengki dan khianat, saja-saja nak buat kacau ataupun minat yang luar biasa terhadap artis tersebut. 
Sama juga la halnya dengan kes pengacara televisyen, Wardina Saffiyah Fadhlullah, 33, yang mana beliau telah diganggu dengan panggilan lucah daripada seorang lelaki bernama Arif. Wardina sudah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang.

Menurut kata Wardina, lelaki itu membuat panggilan sebanyak dua kali dan mendakwa dia merupakan kakitangan sebuah stesen penyiaran dan mahu menemubualnya. Lelaki itu membuat panggilan pada pukul 5 pagi dan diikuti pada pukuk 9.15 pagi.

Panggilan telefon yang pertama Wardina tidak menjawab. Pada pukul 9.15 pagi, lelaki itu menghubunginya sekali lagi tetapi apabila ditanya dia dari stesen mana, lelaki itu kata tidak boleh beritahu. Selepas itu lelaki terbabit mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang lucah.

p/s: tidak kira lah sama ada artis ataupun kita ni siapa, tetapi dalam soal keselamatan kena berhati-hati dan sentiasa berwaspada kerana kita tidak tahu siapa musuh kita.



(Isu Panas) Nizar Persoal Sultan Johor Beli Nombor Plat WWW1




Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menyatakan sesuatu mengenai tindakan Sultan Johor membeli nombor Plat WWW 1 yang berharga RM 520,000.00 dalam laman twitternya.

Nizar membidas Tengku Mahkota Johor dengan kenyataan yang berani yang menyatakan bahawa keluarga DiRaja Johor telah menggunakan duit Rakyat untuk membida nombor kenderaan "WWW1".



Kritikan Nizar

Kenyataan balas TMJ
 "Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. Selesa untuk tidak meminta dari MB atau dari mana-mana pegawai Kerajaan. Wang yang diperuntukkan kepada Bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum Anda buka mulut anda, sila selidik."

*Sekadar Share