Wednesday, March 28, 2012

Rakan Blogger Kita Kemalangan: lieynanilaz




Salam, belum sempat aku menerbitkan entri terbaru berikutan 'cuti panjang' yang bukan dalam erti bercuti sebenarnya dek kerana beberapa hal di sana-sini...aku mendapat khabar seorang rakan blogger telah ditimpa kemalangan semalam iaitu pada 27 Mac, walaupun kesannya mungkin lebih dahsyat jika 'tidak bernasib baik' namun syukur beliau terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Biarpun diri ini tidak mengenali secara dekat lieynanilaz namun, kejadian kemalangan seperti itu memang menakutkan tambahan pulak apabila ia datang bukan kerana kesilapan atau kecuaian kita.

Sama-sama kita bagi 'support' walaupun cuma dengan mengunjungi blog lieynanilaz dan memberikan sedikit ucapan sokongan, mungkin juga apa2 bantuan seperti menumpang perjalanan (jika duduk berdekatan), bantuan guaman (jika perlu) atau apa2 nasihat dari segi profesion anda (contohnya anda pegawai bank, panel insurans, polis dan sebagainya).

Semoga lieynanilaz tabah menghadapi dugaan ini.

Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim



Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
 
(HR Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Sunday, March 25, 2012

Pemenang GA Contest Teka Gambar




Giveaway Contest Teka Gambar yang berlangsung selama seminggu yang berakhir pada 20 Mac (11.59PM) sudah ada pemenang.

Jawapan untuk contest tersebut ialah Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Malaysia.

Diumumkan pemenangnya ialah: Aine Ainun dengan jawapan diberikan adalah seperti berikut "Masjid kristal,Pulau Wan Man, Terengganu"

Lagi pemenang ialah KhaiRin : anies dengan jawapan yang juga tepat tetapi ada menggunakan singkatan seperti berikut "masjid kristal kat pulau wan man t'ganu".

TAHNIAH kepada anda berdua!

*Pemenang sila tinggalkan nama penuh, alamat surat-menyurat dan no. HP kepada saya melalui emel zamina.8081@gmail.com dengan segera


Wednesday, March 21, 2012

Sticky Post: GA Contest Teka Gambar Dengan Tepat


GA untuk dimenangi! Kalkulator Key Chain 'Angry Birds' Canon (Original)

Teka bangunan/ tempat dalam gambar ini...
Salam, GA Contest Teka Gambar - Teka dengan tepat.
Kriteria:
- Jawab dengan tenang dan berhati-hati (hehe..)
- Sila klik gambar jika kurang jelas
- Siapa tepat dia dapat
- Seberapa ramai boleh jawab jawapan yang sama..tiada masalah, pilihan pemenang akan dibuat beserta penjelasan daripada saya.
- Sila promote di blog masing-masing (optional)

Jawab di ruang Komen di bawah yer..

Tarikh tutup 20 Mac 2012 sebelum 12.00 tengah malam.



Monday, March 19, 2012

Model / Ikon Muslimah Hajah Sharifah Khasif Fadzilah



Inilah wajah model atau ikon Muslimah yang kasih salina maksudkan iaitu Hajah SHARIFAH KHASIF FADZILAH BT SYED MOHD BADIUZZAMAN AL-YAHYA. Tapi janganlah tersalah anggap plak, gelaran tu aku jer yang suka-suka bagi sebab terlampau minat dengan dia. Sharifah Khasif merupakan idola atau sumber inspirasi aku untuk berjaya dan bukannya bermakna orang-orang lain yang berjaya itu tidak bagus, tetapi aku suka dengan keperibadiaan, keterampilan, kerjaya, kejayaan yang dikecapi dan penglibatan beliau dalam hal keislaman. Oleh kerana mengagumi beliau jugalah aku bagi nama anak aku Nur Kashif Aliya (anak no.2) sempena nama beliau. Menurut kawan hubby aku juga memang nama Kashif atau Khasif banyak diguna pakai oleh orang Yemen.

Kalo ada sesiapa yang menonton Nona TV3 kemarin, pasti akan mendapat Tip iaitu doa supaya orang sekeliling kita menyenangi kehadiran kita kan. Bagi yang terlepas boleh like FB Sharifah Khasif untuk dapatkan doa tersebut.

Seawal umur 4 tahun beliau sudah membaca al-quran mendalami ilmu Taranum dan mendapat tunjuk ajar daripada bapa beliau sendiri. Bermula umur 7 tahun beliau sudah berjinak-jinak menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran. Sungguh bertuah beliau kerana disuruh bapanya membaca Al-Quran 5 kali sehari iaitu selepas setiap kali solat. Beliau juga melakukan aktiviti riadah seperti ke Gym dan berenang untuk mengekalkan stamina dan menjaga mutu suara apabila beliau memperdengarkan bacaan Al-Quran. 

Hobi beliau mengumpul arca-arca kapal terbang setiap negara asing yang beliau lawati atas undangan rasmi. Sungguh bertuah beliau kerana sering mengunjungi negara asing untuk memenuhi undangan, itulah yang dinamakan berkat mendalami Al-Quran. Siapa kata wanita muslimah tidak cantik & daif dalam memperagakan pakaian. Lihat saja pada Sharifah Khasif yang sentiasa anggun dan bergaya dalam penampilan busana muslimah. 

Kenangan bersama arwah Walid beliau yang sentiasa menemani untuk menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran.

BIODATA - : 

Lahir pada 5 Ogos 1982 di Ipoh, Perak dan merupakan anak kedua daripada 3 beradik yang berketurunan Hadramaut, Yemen. 

PENDIDIKAN & PEKERJAAN - : 

Ijazah Sarjana Muda Kewangan, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Master in Psychology, UITM (semasa) Pengiktirafan Sanad (sandaran) Al Quran dari Syeikh Fathi Hasan Mohamad Hasan Al-Maliji, Mesir PENGALAMAN PEKERJAAN Pegawai Operasi Saluran Astro Oasis (~ May 2010) Pengacara (program keislaman) –TV Program Akademi Al-Quran Musim ke-4, TV9 (2010) Program “Kalam Suci” di TV Astro Oasis Segmen Khas “Remaja bersama Al Quran” Program “Nasi Lemak Kopi O “ di TV9 – 2009-2010

JAWATAN SEKARANG CEO, Sharifahkhasif Production Sdn Bhd, Ampang, Kuala Lumpur. Kaunselor di salah sebuah jabatan berkanun. Penceramah Tetap Radio Malaysia Perak

AKTIVITI KHAS- PENCERAMAH TETAP - RADIO Segmen Khas “Seni Al Quran” di Radio Ipoh, Perak FM pada setiap hari Sabtu, 4-5pm PENSYARAH KHAS QURAN DAN TARANNUM Pensyarah khas Quran dan tarannum di Perak pada setiap hujung minggu Pengajian Al-Quran di Teknology Park Malaysia (TPM) Pensyarah Khas Quran Centre, Damansara dan Cheras

PENCAPAIAN DI TILAWAH AL-QURAN- Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2009 Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2009   Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2008   Naib Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2008

Naib Johan Akademi Al-Quran ke-3 , TV9  2008   Johan Tilawah Peringkat Kebangsaan anjuran TNB 1989-1999 (10 tahun berturut-turut)  Tokoh Nuzul Al-Quran Remaja Kebangsaan 1994   Tokoh Nuzul Al-Quran Universiti Tenaga Nasional 2007   Tokoh Ma’al Hijrah Remaja RTM  2004, 2005 & 2006.

Jemputan Khas ke majlis rasmi di Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Kebajikan Masyarakat Mewakili Negara & Jemputan Khas ke Vienna, Austria (2010) Mewakili Negara & Jemputan Khas ke Indonesia (2010) Mewakili Negara & Jemputan Khas ke Afrika Selatan (2010) Hakim Antarabangsa di Majlis Tilawah Al-Quran, Indonesia (2010)

Panduan Mendidik | Bekalkan Anak Dengan Ilmu Agama



Selamat pagi semua, aku memang suka kumpul artikal berkaitan apa saja yang boleh memberi manfaat dan panduan hidup untuk mengingatkan & memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Sumber artikel ni aku petik dari harian metro.

Sebagai Muslim, terutama ibu bapa, kita mempunyai tanggungjawab besar untuk mendidik zuriat yang diamanahkan Allah SWT. Sebaik si kecil melihat dunia, mereka akan diazankan, tahnik, aqiqah dan diberikan nama baik, bukan sekadar dicoretkan dengan nama glamor mahupun terkini.


Alunan azan dilagukan di telinga kanan manakala iqamat di telinga kiri si bayi seperti dilakukan Rasulullah SAW. Abu Rafi meriwayatkan sebuah hadis bermaksud: “Aku melihat Rasulullah SAW mengazankan Hasan bin Ali pada telinganya ketika dia baru dilahirkan Fatimah RA.” (Riwayat Abu Daud dan Termizi) Sebagai suapan pertama, sunat disuapkan bayi dengan manisan seperti madu dan kurma. Riwayat Abu Musa Al Asyari RA mengatakan: “Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah SAW. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudian disuap dengan buah kurma (yang dilumatkan) dan baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Genap tujuh hari kelahiran, disunatkan ibu bapa melakukan ibadat aqiqah iaitu seekor kambing bagi bayi perempuan manakala dua kambing untuk anak lelaki.


Rambut pula sunat dicukur keseluruhan supaya kepalanya bersih, otak cergas dan rambut baru tumbuh dengan subur dan sihat.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ketujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya.” (Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa).

 Bagi ibu yang menyusukan anak, dia perlu makan makanan halal, bersih dan berzat.


Membekalkan ilmu terbaik kepada anak bagi kecemerlangan hidup di dunia dan berjaya di akhirat, seperti firman Allah SWT: “Hai orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar, keras, tidak menderhakai Allah terhadap apa diperintahkan-Nya dan mengerjakan apa diperintahkan.” (surah at-Tahrim, ayat 6) Ibu bapa harus memantau setiap tingkah laku, pergerakan dan aktiviti dilakukan anak, bukan terlalu mengejar kemewahan hingga terabai tanggungjawab yang perlu digalas.


Fitrahnya ibu bapa berperanan memandu anak dalam kehidupan, usah terlalu percaya pada mereka untuk mengurus diri kerana bimbang tersasar.


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, suci bersih. Ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis Riwayat Abu Ya’la, Thabrani dan Baihaqi) Pernahkah kita mengkaji punca permasalahan sosial masa kini, adakah kehidupan diterapkan mengikut acuan al-Quran dan sunnah, mengikut suruhan Allah dan diajar Rasulullah? Atau kita asyik mendidik anak mengikut acuan Barat supaya tidak ketinggalan dek zaman mengejar kemodenan.


Masih memegang status bujang, terlintas di fikiran adakah saya layak membicarakan topik ini, namun saya rasa terpanggil mengenangkan kata-kata seorang ustaz tersohor berbunyi, ‘adakah kita harus mati terlebih dulu jika ingin berbicara mengenai kematian?’ Di sini ingin saya kongsikan cerita mengenai ibu saya bergelar ibu tunggal mendidik anaknya hingga dewasa hingga mampu berdiri sendiri.


Mengawal bererti tidak mengongkong, mama sentiasa memantau pergerakan, pergaulan serta aktiviti dilakukan anaknya meskipun kadangkala rimas dengan sikapnya, namun itu adalah tanggungjawab yang harus dipikulnya.


Mama turut menerapkan ilmu agama dalam kehidupan kami dan memupuk perasaan untuk mencintai al-Quran, bertepatan dengan sabda baginda bermaksud: “Didiklah anak kamu atas tiga perkara: cinta kepada nabi kamu, cinta kepada kaum keluarganya serta membaca al-Quran. Sesungguhnya pembaca al-Quran berada di dalam naungan Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya bersama- sama nabi-Nya dan orang- orang suci-Nya.” (Hadis Riwayat at-Thabrani daripada Saidina Ali) Sebagai anak, kita harus menghormati suruhan dan permintaan ibu bapa selagi tidak melanggar syarak kerana mereka sentiasa mahukan terbaik untuk kehidupan anak.

Sunday, March 18, 2012

Segmen : Tambah Follower Sampai Pening




Assalamualikum...

Salam Ahad buat semua, selamat berhujung minggu bagi yg cuti hari ni, kat Kedah ni hari bekerja la hari Ahad.. haha..biasalah tu kan..

mood yang ceria hari ni rasa macam nak join segmen la pulak..segmen Tambah Follower di blog Cik Yaya. Saja la kan suka-suka dan join daripada tak buat apa-apa..haha..

So, kalo ada sape-sape nak join jugak segmen Tambah Follower di blog Cik Yaya ni, klik kat Banner atas tu..


Saturday, March 17, 2012

Tergamak Ayah Aniaya Anak Sendiri


Dunia zaman sekarang macam-macam ada, ayah pun boleh sanggup menipu anak. Apa ke jadah ayah camtu. Sepatutnya bapa menjadi pelindung untuk keluarga dan anak-anak berteduh. Kita ikuti kisah Nadia yang merupakan seorang pramugari tertekan dengan bebanan hutang pinjaman bank akibat perbuatan tidak bertanggungjawab si ayah. Niat murni seorang anak untuk membantu ayahnya memohon pinjaman bank sebagai modal untuk membuka perniagaan, memakan diri apabila dia kini terpaksa menanggung beban hutang berjumlah kira-kira RM80,000. Banyak tuh, boleh buat renovation rumah tuhhhh..

Buakn itu jer, rumah nenek Nadia yang dipajaknya kepada bank bagi membantu kelulusan pinjaman itu akan dilelong, selepas bapanya gagal membayar pinjaman yang tertunggak selama enam bulan. Parah camni kesnya.

Ibu mangsa, “Ketika memujuk anak membuat pinjaman berkenaan, suami berjanji akan membayar ansuran bulanan sebanyak RM500, selain berjanji mengeluarkan duit dari akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengurangkan jumlah pinjaman.

Malangnya, si ayah tidak membuat bayaran secara konsisten menyebabkan bayaran tertunggak sehingga anaknya menerima surat merah dari pihak bank memaklumkan tunggakan RM7,566. Lantas si anak terus membuat laporan polis atas keenganan si ayah melunaskan hutang bank. 

Semoga menjadi penjaran buat kita semua, jika baik hati sangat nak menolong orang sama ada saudara mara atau sahabat, fikirlah dulu baik buruknya dan kaji terlebih dahulu sikap dan latarbelakang orang yang kita hendak jamin tersebut. Jika tidak, kelak akan memakan diri kita sendiri dan teraniaya tanpa mendapat pembelaan. 


Inginkan Anak Genius?


Salam Semua, sedikit ilmu untuk dikongsi bersama. Rasanya macam tak lengkap jer diri sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak tanpa ilmu pengetahuan, so, hubby ada belikan buku yang berjudul Melatih Anak Menjadi Genius. Semua orang tahu anak adalah permata dalam keluarga, tak kiralah anak perempuan ke anak lelaki kan! Pertumbuhan dan perkembangannya ditunggu-tunggu oleh seluruh anggota keluarga, terutamanya Atuk dan Nenek la kan! Keadaan dan situasi keluarga sangat mempengaruhi jiwa, mental, sifat dan kemampuan anak bagi bergerak maju secara psikologi.

Antara beberapa tip yang disenaraikan dalam buku Melatih Anak Menjadi Genius seperti:

  1. Mulakan langkah dengan memberi nama yang baik kepada anak. Nama panggilan yang kurang baik menyebabkan anak berasa malu dan rendah diri. (rasanya semua orang dah buat yang ni kan!)
  2. Dengar cerita atau celoteh anak. Ini kerana, cerita itu tidak dapat didengari lagi pada masa akan datang. (Alhamdulillah aku masih ada masa untuk mendengar cerita Kamila)
  3. Pandang anak dengan pandangan kasih sayang supaya mereka lebih yakin ketika menghadapi persekitarannya. (Rasanya cukup sekadar dengan sentiasa memberi senyuman & pelukan untuk anak-anak.)
  4. Hargai permainan kesayangan anak. Pada masayang sama, mereka juga menghargai barang -barang milik ibu bapanya.
  5. Berikan penghargaan setiap kali anak kita membuat kebaikan dan beri peringatan apabila berbuat salah. (Aku selalu cakap "kakak baik" & kalo anak buat silap "jangan buat camtu, tak baik").
  6. Hindari daripada membuang barang kesayangan mereka, biarpun sudah rosak. Apabila terpaksa melakukannya, minta persetujuan daripada mereka. (biasanya hubby suruh kakak buang sendiri barang mainan dia yg dah rosak).
  7. Tunjukkan kepada mereka cara menenangkan diri, kerana mereka pasti menirunya pada masa akan datang. (belum lagi dipraktikkan).

Itu jer lah sedikit info yang boleh aku kongsikan di sini, nanti aku share lagi yer. Rasanya semua ibu bapa mampu buat perkara seperti yang dinyatakan di atas tetapi perlu diingatkan diri kita persediaan harus dibuat untuk berdepan situasi di mana semasa anak meningkat remaja, faktor luar sangat mempengaruhi minda mereka. So, Semoga kita semua dapat mendidik anak-anak supaya Cemerlang Dunia & Akhirat. Insyallah.


Majalah Anjung Seri Keluaran Mac 2012




Majalah Anjung Seri antara majalah yang wajib hubby aku beli setiap bulan dan akan beli kat kedai yang samalah kan, yang lucunya ada ke Auntie tu tanya "Awak ada rumah besar ekkkk". hahaha..hubby aku gelak & kata "duk rumah biasa jer tapi isteri saya mau rumah besar". Kurang asam betoi jawapnnya itu kan!

Ok la, aku nak kongsi skit kat sini, Majalah Anjung Seri keluaran Bulan Mac ni ada memberikan tip untuk sembunyikan pakaian kotor. Biasanya pakaian kotor kan duk bertimbun jer dalam bakul yang jarang dan kita boleh nampak isinya. Kadang-kadang akan menimbulkan rasa lemas & rimas lah plak nak menengok & memandang benda yg dah terpakai tu kat dalam bakul kain kan! 

So, cadangannya sembunyikan pakaian kotor dalam bekas yang bertutup. Camno tu ehhh..jika duduk di bandar-bandar besar pastinya senang untuk mencari bakul kain yang bertutup ni dengan pelbagai gaya dan corak. Lihat la contohnya kat gambar tu untuk korang bayangkan. hehe..ada juga yang menonjolkan karekter kartun. Idea ni sangat bagus dan praktikal untuk menjadikan suasana bilik lebih kemas dan tersusun rapi, sedap jugak mata memandangnya. Kerja pun jadi mudah kerana bakul ni ringan dan mudah nak dialih ke mana sahaja. Bukan itu saja fungsinya, bakul ni juga akan mengindahkan lagi ruang dengan pelbagai corak dan gaya yang ditonjolkan.



Gambar: kredit gambar kat genicute

Gambar Cun Fasha Sandha Bergaun Pengantin

wow..itu jer lah yang boleh aku ungkapkan. Macam princess gitu.. seri bakal pengantin baru la kata kan. teringin juga aku nak nengok si Fasha ni, agak-agaknya dia buat ker Majlis resepsi kat Perlis nanti ekkk. Macam la dia nak jemput aku kan duk sibuk sangat menanya tuh.. tapi bertuah lah hang Fasha oiiiii dapat laki kaya camtu.. dapat bayangkan tak camne princess Fasha Sandha naik Lamborghini si Jejai. Btw, tahniah buat Fasha & Jejai yang bakal ke jinjang pelamin tak lama lagi. Kredit Foto FB welovefs












Friday, March 16, 2012

Forum Bersama Sham Kamikaze dan Sheikh Faisol Omar



Forum melibatkan gitaris terkenal Sham Kamikaze akan diadakan di Maktab Pengajian Islam Kedah, Kodiang pada Isnin ini (26 Mac 2012) atau seperti informasi pada banner di atas. Penduduk berdekatan sekitar Kubang Pasu ini..ataupun Perlis bolehlah datang beramai-ramai.

Insya-Allah majlis ini akan berkongsi apa sahaja berkaitan pengalaman saudara Sham, tentu saja berkisar kepada persoalan agama dan perkara yang berkaitan. Majlis ilmu ini juga akan mengundang Sheikh Faisol Hj Omar yang amat dikenali di utara ini khususnya di negeri Kedah sendiri.

Jom kita Share!

Thursday, March 15, 2012

Gambar Majlis Resepsi Dato Malek Noor Di Kota Bharu


Gambar di bawah merupakan majlis resepsi Dato Malek Noor & Datin Dr. Wan Asma yang diadakan di Hotel Renaisance, Kota Bharu, Kelantan. Kelihatan, tetamu yang turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz. Kredit foto kepada thehuruhara.com.



[13 Gambar] Scha Al Yahya Berpakaian Pengantin

Dengan memperagakan busana pengantin adakah Scha memberikan bayangan yang beliau akan menamatkan zaman solonya dalam masa yang terdekat ini. Jika wajah dah cantik, memperagakan rekaan busana pengantin lagi la akan tampak cantik dan anggun. Ditambah pula dengan seri 'mood' hati yang senang dan gembira, akan menyerlahkan lagi gorgeous Scha Al Yahya. 13 gambar di bawah, Scha memperagakan Busana Pengantin dari Syaiful Brides.

kredit gambar kepada Syaiful Brides





Yuna Berjaya Memikat Hati Peminat



  

 ye..memang betul Yuna berjaya memikat hati peminatnya, aku & kakak (Kamila) merupakan salah seorang peminat Yuna tu.. salah satu lagu yang best untuk halwa telinga ini ialah lagu Terukir Di Bintang. Sejak dengar lagu Terukir Di Bintang ni dalam video Walimatulurus Lisa & Yusry bertambah seronok aku mendengarnya..sweet sangat Majlis Lisa & Yusry dengan alunan muzik lagu si Yuna nih..

Sengaja aku copy & paste gambar perkahwinan Lisa & Yusry ni. Tahniah juga buat Lisa Surihani juga kerana berjaya mendapat tempat dihati peminatnya dengan mencapai hampir 2 juta peminat like Facebook Lisa Surihani.





 








Wednesday, March 14, 2012

Gambar Comel Izara Aishah



Sejak tengok drama Vanilla Coklat tu, timbul minat la plak tengok Izara Aishah ni..Comel sangat tengok dia ni tapi keseksian nya sangat2 la mengoda rasanya kan. Bagi sape2 yang minat dengan Naib Juara Dewi Remaja 2009/2010 ni boleh la dapatkan Majalah By'U keluaran April 2012. 

Izara Aishah juga berani mengaku yang dia dah berpunya, ala dah ada boyfriend la maknanya. Tahniah Izara, semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin.





Majalah PC Edisi Mac 2012 - Pintasan Papan Kekunci



Majalah PC adalah antara Majalah ke-2 yang wajib dibeli oleh My Hubby.. membacanya jika ada masa terluang, yang penting membelinya dulu supaya tidak ketinggalan setiap keluaran.

So, untuk edisi bulan Mac 2012 ni aku nak kongsi sket benda yang menarik & berguna, iaitu pintasan papan kekunci yang boleh meningkatkan produktiviti kita sebagai pengguna samada Notebook ataupun PC. Sebenarnya, dengan menggunakan jari jemari jer kita boleh menjadi 'Tuan' yang hebat kepada Komputer kita, mungkin ramai yang mengetahuinya tapi praktiknya jer tidak kan..

Antaranya:

Kunci komputer - Windows + L
Bina folder baru - CTRL + SHIFT + N
Lebih banyak pilihan Send To ( Fail atau Folder) -  SHIFT + Right Click
Bantuan (Help) - F1
Salin (Copy) - CTRL + C
Potong (Cut) - CTRL + X
Tambah (Paste) - CTRL + V
Ulang (Undo) - CTRL + Z
Tebal (Bold) - CTRL + B
Garis (Underline) - CTRL + U
Italic - CTRL + I
Font - CTRL + D
Select All - CTRL + A
Go To - CTRL + G
Tutup program - ALT + F4
Padam item secara kekal - SHIFT + DELETE
Refresh tetingkap semasa - F5
Kecilkan tetingkap serentak - Windows M
Rename - F2
My Computer - Windows + E
Caps Lock - Windows + S
Buka Fail - CTRL + O
Simpan (Save) - CTRL S

Selamat mencuba.. memang menyeronokkan jika kita mahir dengan shortcut sebegini..



Tuesday, March 13, 2012

Lionel Messi Pemain Terhebat Sepanjang Zaman




Aku bukan tau sangat pasal bola sepak, tapi kalau sebut nama Lionel Messi...mustahil aku tak kenal. Apapun aku tak mau cerita banyak, sebab HB aku nak masukkan jugak artikel ni dalam blog aku..bagi mudah dia cari lagi lepas ni sebab artikel ni paling best cerita pasal Messi dan macam mana lagenda bola sepak seperti Pele boleh 'jeles' dengan Messi.

Sumber: Utusan 11 Mac 2012

DUA bulan lalu, legenda bola sepak Brazil, Pele diajukan soalan yang sama oleh ramai orang: "Adakah Lionel Messi lebih baik daripada anda?
Jawabnya ringkas: "Sukar untuk mengatakannya. Bila Messi berjaya menjaringkan 1,283 gol seperti saya, bila dia berjaya memenangi tiga Piala Dunia, baru kita boleh bercakap semula tentang perkara ini."
Ada dua cara untuk memahami jawapan legenda Brazil itu. Pertama, kalau kita mentafsir secara terus, kita akan menemui jawapan "Tidak".
Meskipun, Messi baru melakar rekod penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Eropah dan telah merangkul tiga anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA, dia masih belum boleh diangkat sebagai pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman.
Bagaimanapun, jika kita mengerti maksud tersirat, Pele mungkin cuba bercakap secara diplomatik dan berlapik.
Beliau adalah legenda yang dilahirkan oleh sebuah legasi atau institusi bola sepak terulung, iaitu Brazil.
Beliau telah dikelilingi pemain-pemain terbaik dunia yang datang dari Brazil, dalam kata lain, persekitaran bola sepak yang hebat di negaranya telah membentuk Pele menjadi seorang pemain yang unggul.
Sedangkan, Messi adalah bakat individu yang bukan dilahirkan oleh negaranya, Argentina. Dia berada pada tahap sekarang kerana dirinya sendiri, malah penyerang bertubuh kecil ini telah menghabiskan separuh daripada usianya jauh dari kampung halaman dan tanah air, selain jauh daripada sejarah bola sepak Argentina.
Menyingkap sejarah penglibatan Messi dalam arena bola sepak, dia memulakan karier zaman kanak-kanak bersama kelab tempatan, Newell's Old Boys pada 1995, iaitu seawal usia lapan tahun.
Bagaimanapun selepas lima tahun berada di akademi Old Boys, Messi dia telah mencuri perhatian gergasi bola sepak Sepanyol, Barcelona.
Jika dia tidak mempunyai bakat yang begitu besar atau luar biasa, tidak mungkin seorang kanak-kanak berusia 13 tahun sanggup diterbangkan dari Argentina oleh kelab sehebat Barcelona hanya kerana untuk ditempatkan di dalam akademi mereka.
Messi sebenarnya lahir dengan saiz badan yang agak terbantut dibandingkan kanak-kanak seusianya yang lain. Dia terlalu kecil untuk bermain bola sepak pada usia 13 tahun.
Apabila kedua ibu bapa serta kelabnya di Argentina tidak mampu lagi menampung perbelanjaan AS$1,000 (RM3,000) sebulan untuk menyediakan rawatan tumbesaran hormon kepadanya, Barcelona menyuarakan kesanggupan mereka.
Ketika itu, Barcelona hanya melihat bakat yang ada kepada pemain ini. Selama bertahun-tahun, mereka bukan saja membentuk Messi menjadi seorang lelaki, malah seorang pemain yang baik.
Messi dewasa dan membesar di akademi remaja terkenal Barca, La Masia.
Jadi, Messi tidak pernah bermain dengan mana-mana kelab di negaranya kerana dia menghabiskan sebahagian daripada kehidupannya di Sepanyol.
Namun, kerana bakat luar biasa yang ada pada pemain ini, biarpun tidak berada di depan mata panel jurulatih Argentina, dia tetap dipanggil untuk membuat penampilan sulung bersama skuad senior negaranya pada usia 18 tahun.
Dia meraih penghormatan setiap kali diberi cabaran. Messi membantu Argentina memenangi pingat emas Sukan Olimpik di Beijing pada 2008, namun nilai emas Olimpik memberi makna yang kecil bagi peminat bola sepak. Biarpun, tidak memiliki banyak kejayaan yang membanggakan bersama Argentina, namun dia telah memahat pelbagai gelaran hebat bersama Barcelona, kelab yang telah memberi 'kehidupan' kepadanya dan mendewasakannya.
Seandainya, Barcelona itu adalah sebuah negara, bayangkan berapa banyak kegemilangan yang telah diraih oleh Messi.
Dia bukan saja telah menjulang kejuaraan Eropah buat mereka, malah menambah koleksi Piala Kelab Dunia, La Liga, Piala Raja Sepanyol dan semua kejuaraan yang ditawarkan untuk direbut Barcelona.
Messi telah memenangi semua trofi yang boleh dimenangi oleh Barca, sama ada ia kejuaraan utama, sederhana mahupun kecil. Sejak menyertai kesebelasan utama pasukan pada 2004, dia telah menjulang tiga Piala Eropah, lima gelaran La Liga, dua Piala Super UEFA, dua Piala Kelab Dunia dan pelbagai kejuaraan lain. Tiada pemain atau kelab yang mampu memiliki sebegitu banyak trofi, seperti mana yang dilakukan oleh Messi dan Barcelona.
Kelicikannya di atas padang, keupayaan mengelirukan pemain lawan dengan skil mengelecek bola, menjadikan dia pemain yang amat digeruni lawan. Sebab itulah, biarpun Argentina gagal memberi impak besar pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan - menghuni tangga keempat, Messi masih layak ditabalkan sebagai Pemain Terbaik Dunia, kerana dia hebat disebabkan dirinya.
Keseluruhannya, Messi telah menjaringkan 212 gol daripada 295 penampilan bersama kelab dan skuad kebangsaan, itu tidak termasuk aksi persahabatan. Pemain lain yang boleh menyaingi Messi ketika ini adalah bintang Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo. Dia bukan saja mampu menjadi peledak gol, tetapi juga memiliki keupayaan mencipta gerakan untuk gol, dan telah memberi bantuan kepada 76 gol dalam 295 perlawanan.
Messi pernah mengalahkan empat pertahanan Real Madrid dalam satu perlawanan, melakukan kuisan yang tidak diduga ketika menewaskan penjaga gol Arsenal, Manuel Almunia, selain berlari dari tengah padang, mengalahkan satu pemain lawan, dan tiga yang lain, sebelum mengelirukan penjaga gol untuk mencipta jaringan ketika menentang Getafe pada 2007.
Dalam saingan Liga Juara-Juara baru-baru ini, Messi menyumbat lima gol untuk Barcelona menewaskan Bayer Leverkusen 7-1.
"Bila saya melihatnya, dia melakukan sekurang-kurangnya tiga atau empat perkara yang saya tidak boleh saya lakukan sepanjang karier saya dan dia melakukan hampir dalam setiap perlawanan,'' kata bekas bintang penyerang tersohor England, Gary Lineker.
Ramai legenda bola sepak Eropah menganggap Messi sebagai 'anugerah'. Dia masih boleh memberi persembahan maksimum biarpun dalam keadaan serba terhad akibat diikat dan dikawal ketat pemain-pemain lawan. Dia telah menjaringkan dua gol dalam final liga Juara-Juara Eropah, 13 gol daripada 17 pertemuan menentang Real Madrid.
Begitupun hari ini, banyak persoalan ditimbulkan mengapa Messi boleh bermain dengan menakjubkan bersama Barcelona, tetapi tidak mampu mengulangi perkara yang sama dengan Argentina. Politik bola sepak Argentina itu sendiri antara yang menjadi punca. Sejak Messi membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan, mereka telah bertukar terlalu ramai jurulatih, antaranya adalah Diego Maradona pada Piala Dunia 2010.
Setiap jurulatih menerap corak permainan berbeza dan memberi peranan berbeza kepada Messi, sedangkan di kelab, dia diberi kebebasan penuh untuk bermain dengan caranya sendiri. Lagipun, Argentina yang memiliki dua lagi penyerang bertaraf dunia, Carlos Tevez dan Sergio Aguero lebih banyak menggunakan Messi di sayap kanan, sekali gus memberi peluang minimum buatnya untuk mencipta jaringan.
Memang benar, Pele telah memenangi tiga Piala Dunia, namun dia memenanginya pada zaman ketika Piala Dunia adalah satu-satunya piala terbesar yang ditawarkan ketika itu. Hari ini, saingan liga amat panjang dan kompetitif, Liga Juara-Juara Eropah juga telah berkembang menjadi trofi terbesar untuk diburu bintang-bintang dunia.
"Setiap kali bermain video Play Station, dia (Messi) pasti akan berada dalam pasukan saya. Skill pemain ini sukar untuk dipercayai, dia memang bakat yang menakjubkan,'' kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger. - Agensi 



Berita Mengguriskan Hati



Berita yang mengguriskan hati dan perasaan. Di tengah dada akhbar (muka depan), melibatkan kes pecah amanah...walaupun masih dalam pertuduhan, tapi jika benar didapati bersalah..alangkah tingginya nilai wang yang digelapkan mampu menggelapkan mata. Di bahagian atas akhbar...sebuah kisah sedih kehilangan anak kecil comel...penantian yang akhirnya menemui penyeksaan.

Aku tak perlu ulas lanjut, cukup mengguriskan hati kecil ini!



Permohonan Maaf Terbuka




Permohonan maaf ini dibuat kepada semua pengunjung yang kerap meninggalkan komen, juga kepada yang baru membiasakan diri dengan blog ini, bahkan kepada pengunjung tetap atau tak tetap yang setia menjadi silent reader (terima kasih juga)...kerana hampir seminggu tidak meng-update blog ini, sejak entry Changlun Banjir kerana beberapa kesukaran dan kepayahan. Anak-anak yang kerap demam kebelakangan ini, si ibu pulak busy sentiasa, dengan internet down dari semalam lagi...dan hal-hal lain yang tidak 'membantu kepada penulisan blog', huhu.

Apapun jutaan terima kasih kepada semua, komen2 tidak terbalas...friend request di FB tidak mampu ditunaikan buat masa ini dan lain-lain.

Entri terbaru hari ini simple je, iaitu GA Contest!

Tungguuu....