Tuesday, February 28, 2012

Kartun Dulu Masa Kecik-kecik



Kartun Dulu Masa Kecik-kecik, itulah topik aku hari ni. Memang menyentuh perasaan betul..terkenang saat indah masa kecik-kecik dulu. Kebanyakan kartun ni hubby yg bagi tajuk sebab dia kan budak lelaki (masa 1980-an lah)..so nama-nama kartun kat bawah ni mesti ada yang korang ingat lagi kalau lahir dalam 1980-an...1990-an..dan ada jugak kartun masa zaman tu dibuat balik jadi movie yang hebat macam Transformers. Ok..ok aku tahu ada jugak yang dah jadi mak bapak budak masa ni..tapi saja nak imbas kenangan dulu..nak flashback balik ekekeke...

Silalah korang layan perasaan di sini k..

ThunderCats: 1985
G. I. Joe A Real American Hero: 1985

He-Man and the Masters of the Universe: 1983
Saber Rider and the Star Sheriffs: 1986
Spiral-Zone: 1987
Transformers: 1984
Voltron: 1984



Monday, February 27, 2012

Penoreh Getah Mampu Pakai Mercedes Benz E200



"Giler..best tau kete nih!"..(Gambar Utusan)
Dia ada..korang ada? Huh, korang kenal Sapiah Aping, dia baru berusia 45 tahun, dalam usia tu kalau jadi pegawai kerajaan (anggaplah selepas graduate first degree terus dapat kerja Gred 41)..mesti dia belum tentu layak pakai Mercedes Benz E200 ni. Apapun kalau usahawan berjaya, dalam usia ni memang dah padan kalau mampu pakai kereta mewah macam ni. Sapiah (seperti gambar di atas) menunjukkan isyarat bagus ketika berada di dalam kereta Mercedes Benz E200 yang SEBENARNYA dimenanginya hasil cabutan hadiah utama bulan Januari, Sijil Simpanan Premium (SSP), di Seremban, Negeri Sembilan. 

Menurut Utusan lagi, Sapiah merupakan Orang Asli pertama memenangi cabutan SSP. Dia seorang penoreh getah yang 'berjaya'..kenapa aku kata berjaya..ada dua sebab. Pertama, dia simpan duit lebihan kutipan susu getah yang terjual untuk masuk Cabutan SSP, yang Kedua..dia menang kereta mewah hasil daripada Cabutan SSP itu yang baru dimasukkan pada akhir tahun lepas...wah caya lah! Masuk SSP kejap jer, dah menang. Khabarnya dia tak nak jual kereta tu sebab nak simpan sebagai kenangan...sementara tunggu dapat lesen kereta dia nak bagi kat adiknya tolong bawak nanti...selepas dapat lesen, dia akan bawak kereta ni untuk pergi menoreh getah, apa salahnya kan..



Saturday, February 25, 2012

Gambar Kawin Ana Raffali



Dengan sekali lafaz, penyanyi Ana Raffali, 26, sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas menyulam cinta selama tujuh tahun.Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati,kira-kira pukul 12 tengah hari Sabtu.


Acara sebelum itu dimulakan dengan majlis pertunangan antara Ana dan Naim pada pukul 11 pagi. Majlis dihadiri kira-kira 500 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima RM11,412 sebagai mas kahwin dan wang hantaran daripada pihak lelaki. Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Antara barang hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan kepada lelaki adalah seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan dan minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.








Friday, February 24, 2012

Gambar Kawin Imam Muda Hassan & Ulfah


Tahniah kepada Juara Imam Muda Musim ke-2, Imam Muda Hassan yang telah melansungkan majlis perkahwinannya pada Jumaat minggu lepas, 17 Februari 2012 dan 18 Februari merupakan majlis di pihak perempuan. Majlis sambut menantu pula dijadualkan pada April nanti.

Pada hari pernikahan mereka berdua juga merupakan ulang tahun kelahiran Imam Muda Hassan yang ke 27. Fardatul Ulfah Jamali merupakan bakal Guru. 

Imam Muda Hassan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 666 dan hantaran RM 9999. Pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 dulang dari pihak pengantin perempuan. Pasangan bahagia ini berhubung hanya melalui SMS dan mahu bercinta selepas kawin. Semoga mereka berdua hidup dalam keberkatan dan bahagia hingga ke akhir hayat.
Sabar menanti & setia menunggu untuk sah bergelar sebagai isteri.
Apa agak-agaknya Tok Kadi tu cakap sampai tergelak Iman Muda Hassan ni.
Menunaikan solat sunat selepas akad nikah tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t
Doa memohon mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.
Ciuman Kasih dari seorang isteri kepada suami tercinta
Membatalkan air sembahyang selepas bergelar suami isteri yang sah.


Sumber: Studio.muslim



Buang Saja Lampu Isyarat Membelok!


Sekadar hiasan...
Pernah tak korang tengok orang membelok mendadak? Tengah-tengah dia bawa laju terus belok ke kiri tepi jalan (mungkin nak terkencing sangat dah tu...haish!). Selalu sangat kita tengok pemandu buat macam tu, mungkin dia ingat orang tahu dia nak belok kiri atau kanan...ataupun dia ingat takde siapa berani nak hon dia ke apa...(kalau kena kat hubby aku..sepanjang jalan orang tu kena HON!).

Masalahnye, bila dah dalam keadaan mendadak membelok..siapa2 pun akan terkejut dan nak tak nak tertekan brek dengan kuat..kesannya, mungkin berlaku pelanggaran dengan kereta lain...baik depan, belakang..yang paling bahaya kalau masuk lorong bertentangan..maut menunggu!

Situasi yang kurang bahaya sikit, aku bagi contoh..di simpang tiga (simpang bentuk huruf 'T') yang takde lampu isyarat tu..kita dalam kedudukan nak belok ke kanan, tapi kena menunggu kejap sebab ada kenderaan lain dari arah kanan nak lalu..punya lah kita menunggu dia nak lalu depan kita sebab jalan lurus..rupa-rupanya dia nak membelok ke kiri (ke arah jalan kita)..nampak macam kurang ajar yer tak? Yang bestnya benda ni banyak berlaku dalam universiti tempat aku 'cari makan'..staf biasa ada, student ada..staf akademik pun sama...muka semua aku kenal...

Jadi kesimpulannya, yang tak bagi isyarat membelok ni..tak kira dia naik Wish ker..Alphard ker..atau Kancil takpun motorsikal jer..mereka ni orang yang KURANG AJAR!. Ada korang kenal sebahagian daripada mereka..harap tidak...



Harga Hard Disk Masih Mahal


Hard Disk SATA untuk Notebook

Sejak banjir besar di Thailand tahun lepas, harga hard disk termasuk untuk laptop meningkat mendadak. Sebabnya beberapa kilang hard disk terbesar di rantau ni berpusat di Thailand seperti Western Digital, Seagate, Hitachi dan Toshiba.

Harga untuk hard disk notebook masa tu naik sehingga lebih RM100 untuk kos. Contoh harga pasaran untuk dijual kepada pelanggan sekitar RM180 untuk kapasiti storan 500GB (kapasiti biasa ketika ni) tetapi meningkat sehingga RM300.

Selepas 2 bulan bermula tahun baru 2012 ni harga hard disk notebook masih lagi mahal, dengan kos ke atas pelanggan sekitar RM280-300 untuk kapasiti 500GB.

Rumusan
Jadi, harga yang sepatutnya dibayar oleh pelanggan untuk hard disk kapasiti 500GB adalah sekitar RM290-RM300 (di kedai biasa) atau di kedai komputer besar sekitar RM280-RM290...jika lebih daripada tu, pesan aku silalah ke kedai lain.



Yusry, Lisa Surihani Selamat Diijab Kabul




Info

1. Yusry Abdul Halim, sah menjadi suami kepada pelakon wanita popular, Lisa Surihani Mohamed hanya dengan sekali lafaz, mungkin pengalaman mengatasi segala debaran.
2. Bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya jam 9 malam tadi
4. Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, abang sulung Lisa Surihani, sebagai wali.
5. Majlis yang bertemakan Winter Garden. Mesti honeymoon nanti tempat ada winter.
6. Lisa Surihani menerima seutas rantai leher platinum sebagai mas kahwin.
7. Wang hantaran tidak didedahkan, sebagai rahsia sahaja antara kedua belah pihak.
8. Majlis yang dihadiri 250 tetamu terdiri daripada kaum keluarga kedua belah pengantin.
9. Lisa Surihani menerima tujuh dulang hantaran termasuk tepak sirih, cincin, kelengkapan solat, manisan dan kek.
10. Yusry menerima sembilan dulang antaranya cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, keyboard, koleksi lagu-lagu lama The Beatles dan kek berbentuk gramofon.
11. Pasangan itu akan berbulan madu di Eropah selepas majlis resepsi Ahad ini (aku dah kata dah!).
Tahniah, dan selamat berbahagia..



Lagi Gambar Perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani


 















Ucapan Mia Sara untuk Lisa dan Yusry bertarikh 21/2/2012


Info: Ikuti perkembangan Majlis Pernikahan Yusry & Lisa Surihani esok melalui Buletin Awani 501: 1pm, 2pm, 6pm, 7:45pm, 9pm dan Gala TV 4:30pm dan 10:30pm.




Thursday, February 23, 2012

Gambar Nikah Lisa Surihani & Yusry


Tahniah Buat Lisa & Yusry 

23 Februari 2012 merupakan tarikh istimewa & hari bahagia buat pasangan Raja Sehari Lisa Surihani & Yusry KRU. Dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed (26) bersama pasangannya pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim (39) sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, tepat jam 9:01 malam tadi. 
Majlis dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media.

Majlis dimulakan tepat pada pukul 9:05 malam dengan upacara membalas pantun mengikut adat resam orang Melayu lama. Lisa Surihani tampak sangat anggun mengenakan busana baju kurung moden rekaan COSRY yang berwarna “Off White” manakala Yusry segak sekali mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufil Tailor yang mana sampingnya direka oleh Nuratikah Songket.

9 dulang hantaran telah diberi oleh Lisa berupa tepak sirih, sebentuk cincin, bunga rampai, kelengkapan lelaki, set kelengkapan sembahyang, keyboard, koleksi lagu-lagu The Beatles dan kek berbentuk Diaphone. Dibalas dengan 7 dulang hantaran oleh Yusry berupa tepak sirih, sebentuk cincin, mas kahwin berupa seutas rantai platinum, wang hantaran, kelengkapan sembahyang, manisan berbentuk kristal, kek perkahwinan berperisa vanila. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran menjadi rahsia la pulak.

Ahad nanti, akan berlangsungnya majlis resepsi buat mereka berdua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan anggaran jemputan seramai 1500 tetamu. Pasangan bahagia ini akan berbulan madu di Eropah sebaik sahaja majlis resepsi selesai diadakan. 

Tips Nak Kekalkan Kesegaran Sayur Taugeh



Dah lama tak menulis pasal tips dalam kehidupan seharian kita, hari ni kita ada buat Laksa Sarawak dan taugeh merupakan bahan utama jugak la untuk menu laksa Sarawak. Bagi peminat sayur taugeh mesti geram tengok sayur taugeh yang gebu-gebu kan. Tapi kita & hubby suka sayur taugeh yang kurus-kurus cam gini hah.. hihi..

gebu ker, kurus ker, janji sayur taugeh namanya..ok la, sayur taugeh ni susah juga nak simpan lama-lama walaupun simpan dalam peti ais. Kalo ikut cara kasihsalina.com, mudah jer..masa korang beli sayur taugeh kat pasar tu, mintak sayur taugeh yang kering, jangan ambik yang penjual tu dah rendam dalam air. Kalau beli yang dah rendam dalam air tu, tahan 2 hari jer, pastu buruk & busuk dah kan..

Dah balik kat rumah, korang simpan la dalam surat khabar atau dalam plastik pun boleh. Lepas tu simpan jer lah dalam peti ais macam biasa.. Insyallah, sayur taugeh anda akan tahan 4-6 hari (bergantung kepada berapa lama dah taugeh tu bercambah).

Selamat Mencuba...



Gambaran Model Baru Kereta Proton


Huhhh..geram giler tengok Gambar Model Baru Kereta Proton nih..awesome tu.. Dengar khabarnya pelancaran Model baru proton yang menggantikan Proton Persona bakal dilancarkan pada bulan Mac nanti, sebab tu lah kot gambar Model Proton Baru ni tersebar kata mana-mana jer.. sebab dah menjalani pengambaran untuk promosi pengiklanan. Rasanya, mesti dah berlambak Model proton baru ni ready stock kat kilang proton kan.. mana tak nya, orang kuat Proton pun dah mengumumkan, model Proton Tuah pengganti Proton Persona ni adalah yang terbaik hasil dari keluaran Proton sendiri.
Tahniah buat Proton atas usaha mereka yang sekian lama baru nak menampakkan hasil yang cemerlang. Semoga kereta keluaran Malaysia mendapat tempat di serata ceruk dunia.



Cuma yang tak fahamnya, kenape kereta Proton sentiasa bertukar nama dan tidak seperti kereta Honda City atau Honda Civic sejak dulu menggunakan nama yang sama, cuma perbezaanya kereta jer yang berubah pada setiap keluaran baru. Mungkin Proton ada alasan yang tersendiri? haaaa.. orang kuat Proton, sila jawap persoalan kasihsalina.com ni kata mana2 sidang akhbar.. pasti ramai kan yang nak tahu alasannya..



Kereta ni sebenarnya keretea konsep Proton Tuah,, gambaran untuk kereta Proton yang model baru tu nanti, sepertimana yang aku faham lah..