Saturday, November 10, 2012

Chang Puak Camp Hatyai


Chang Puak Camp (tarikan terbaru di Hatyai)

Hari Kedua
7 Km dari bandar Hatyai
Masuk percuma

Aktiviti berbayar:
1. Menunggang gajah (500 Baht - RM50 selama 30-35 minit keliling laluan hutan, sungai cetek)
2. Memanah (tak minat pun, so tak tanya la..)
3. Menunggang ATV (500 Baht - RM50 selama 40 minit)

Jika memandu sendiri dari bandar Hatyai, jangan terlepas papantanda ini sebelah kanan
Kami secara tidak sengaja ke Chang Puak Camp ini selepas didekati pemandu Tuk-tuk ketika berada di depan Lee Gardens Plaza Hotel. Rupanya park ini baru dibuka dalam 3-4 bulan lepas.

Kos naik Tuk-tuk sekeluarga dari depan hotel tu sangat mahal iaitu 500 Baht (RM50)!
Cepat-cepat kami ke kedai berdekatan untuk check it out, apa nama tempat tu, dan jarak dia dalam peta (jika rujuk GPS masih belum ada lagi).
Kami decided terus ke sana pandu sendiri.
Rupanya cuma lebih kurang 7 Km sahaja dari pekan Hatyai.

Kalau dari hotel kami, cuma ikut garis pink itu jer, belok kiri selepas simpang tiga (ke atas)
Dari hotel, akan lalu Clock Tower, pasaraya Big C dan segala.
Selepas simpang tiga belok kiri, dan disebelah kanan akan nampak Hatyai Municipal Park.
Dari situ cuma 2.5 Km lagi akan jumpa papantanda seperti di atas tadi.

Sesampai jer, terus dilayan oleh staf ni...kusyuk kami mendengar penerangannya.

Gajah sinonim dengan negara Thailand

Kami tak naik, tak termasuk bajet. Kalau naik, kos total 1250 Baht (RM125), baby bawah 2 tahun tak caj.

Bergambar kenangan pun dah okay...

Kaunter bayaran - untuk naik gajah, ATV dan memanah. Pilih jer ikut bajet.


Menara unik untuk naik atas gajah, tak boleh bergambar atas ni kalau tak bayar untuk naik gajah..hehe

Gambar candid...dua beradik keseronokan...

Kedai cenderamata berdekatan, harga okay setanding dengan kualiti.

Kenangan di kedai cenderamata.

Kami berkenan dengan jam berbingkai ni, cuma 250 Baht sahaja (RM25).

Tempat makan dan minum, kami pilih snek Halal dan minuman ringan sahaja. Harga sama seperti di Hatyai.

Tempat berehat, boleh minum-minum sambil tengok gajah dari jauh atau menonton TV

Laluan masuk ke tandas, cantik luaran tapi kotor dalaman!
Sekadar mencuba duduk atas bangku buaian, cantik..teguh. Berkenan lah kalau ada satu kat rumah.

View dari kejauhan...sayu tengok gajah tu seperti kesedihan...

Haa..ni masa kat pintu masuk, patutnya letak gambar ni atas sekali.

Hubby geram nak main ATV ni, murah katanya! Kakak pun nak juga...adoi.

Pintu masuk, nampak Tuk-tuk tu...
Jumpa lagi next review...(bersambung)


11 comments:

redza said...

best tu naik gajah

ummiross said...

Wow!!, adventure juga dapat naik gajah ni Salina. Bestnya pergi drive sendiri, ummi pernah pergi Hatyai, tapi ikut rombongan, masa tu anak2 kecik lagi, sekarang tentu lagi best suasan kat sana kan.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bestnye pegi sana, suka tengok gambar-gambar ni..

adda syuhada said...

beznya naik gajah..adda pernah naik gajah skali masa kt kg dulu...masa tu diorg ngah wat pertunjukan gajah..comel jer gajah2 ni..

eLL said...

ATV, gajah.

seronok,
kena plan nak try pergi nih

Kasih Salina said...

yup semua aktiviti kt sini kami sekadar tgk ajer..belum masuk bajet, ni kira baru nak berjalan tgk tempat lg..

محمد رازيق said...

tq kak singgah blog sy. ngah tugu akak update entri. hehe. free, jmput mai bc: http://mrazqi88.blogspot.com/2012/11/terjemah.html

mama aini said...

assalam dear..sori sgt2 lambat lawat salina..`hepi holiday dear`.. :)

eita said...

best nyer...

tapi tak pernah naik gajah pun..
takut....

syiela said...

kak tinginnya nk naik gajah ni

Kasih Salina said...

Saya pun geram nk naik tapi hubby kata next time..(mgkin dia pun nk main ATV tu hehe)