Saturday, August 4, 2012

Anak Tiri Siti Menyifatkan Beliau Seorang yang Baik dan Tak Pernah Marah




'Mak Iti tak pernah marah', itulah ungkapan ikhlas dari dua orang anak tiri Dato' Siti Nurhaliza, iaitu Muhammad Ashraf, 20, dan Muhammad Aazief, 14.

Seiring saja jawapan saudara kandung itu, enam tahun bintang ternama berkenaan mengahwini bapa mereka, sepanjang tempoh itu tidak pernah sekalipun Siti dilihat dalam keadaan marah atau melenting. Sifat tenang dan sabar Siti membuatkan mereka amat menghormati dan mengaguminya.

“Mak Iti seorang yang ‘chill’ dan ‘relax’. Tidak pernah marah dan penyabar.
Biar dengan orang gaji sekalipun, dia tidak pernah meninggikan suara,” kata Ashraf.

Aazief iaitu anak bongsu Datuk K pula menambah: “Dia seorang yang baik dan mempunyai kesabaran luar biasa. Bukan itu saja, Mak Iti saya sifatkan sebagai seorang pendengar dan penasihat yang baik. Saya tidak pernah rasa kekok untuk bercerita dengan Mak Iti kerana dia boleh menerima apa saja isu yang diperkatakan.”

Memilih persalinan merah cili dan ‘maroon’ lengkap bersamping, Ashraf dan Aazief, antara anak Datuk K yang paling rapat dengan Siti yang dipanggil mereka Mak Iti sehinggakan pada majlis penting membabitkan karier ibu tiri mereka, Ashraf dan Aazief pasti hadir memberi sokongan.

Malah, mengimbas kembali detik bersejarah Siti dan Datuk K disatukan pada tanggal 21 Ogos 2006, pernah wajah comel Ashraf menambat umum kerana kepetahannya serta sikap terbuka menerima dan merestui perkahwinan ayahnya dan Siti.
 

“Sebagai anak, wajib untuk kami menghormati Mak Iti sebagai ibu tiri. Selama berkahwin, dia buat ayah kami gembira dan itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa kasih pada Mak Iti.

“Dia juga tidak pernah melakukan sesuatu yang boleh mengguris perasaan kami.
Contohnya, dia tidak pernah cuba untuk mengambil peranan ibu kandung kami.

“Iya, sekali sekala Mak Iti akan belanja makan atau beri hadiah berbentuk barangan namun untuk sesetengah perkara, misalnya berkaitan hari raya misalnya, dia selalunya serahkan pada ayah dan ibu kami untuk tentukan.

“Sikap Mak Iti yang lain disenangi, dia seorang yang mengambil berat. Dulu badan Ashraf agak berisi dan dia selalu bagi kata-kata semangat kepada Ashraf untuk menurunkan berat badan,” akui Ashraf.

Selain Ashraf dan Aazief, dua lagi anak hasil perkahwinan Datuk K dan bekas isteri, Tengku Zawiyah Tengku Izham ialah Muhammad Anas (24) dan Muhammad Adib (21). (Metro)


3 comments:

eszyamin said...

hai orang dah senang, nak marah2 buat apa..idup xde tekanan pon..haha..untung dpt siti jd maka..tp untung lg aku ada ibu sndiri

Norzie hany said...

Beruntung Dato K.Nampak pun dah tahu Dato Siti mmg Cool orangnya.

husni said...

I like Dato' Siti Nurhaliza. Tetap maintain kecomelannya