Saturday, July 21, 2012

Suasana Berbuka Puasa di Makkah


Wakil ini menjemput tetamu untuk berbuka puasa (dinkhudri)
Bagaimana agaknya suasana berbuka puasa di Tanah Suci Makkah, terutamanya di Masjidil Haram? Sudah pasti ramai yang ingin merasai nikmat berbuka di sana. Namun apakan daya, bukan mudah untuk ke sana jika tidak melibatkan perbelanjaan yang tinggi. Mungkin jika mampu (walau apa pun caranya asalkan halal dan diberkati Allah), apa salahnya sesekali seumur hidup berbelanja lebih untuk menikmati keindahan dan kenikmatan bulan Ramadhan di Tanah Suci itu.

Daripada pengalaman orang, sekurang-kurangnya satu jam awal kita dah kena berada di perkarangan masjid ini bagi mengelakkan kesesakan para jemaah yang sangat ramai itu. Suasana di dalam masjid sudah mula sesak, dengan para petugas tak menang tangan untuk memanggil jemaah bagi memenuhkan tempat.

Dikhabarkan, juadahnya sangat ringkas. Buah kurma, roti, yogurt dan air zam zam yang menjadi rutin harian.

Suasana sebelum berbuka (zul hasim)





Suasana selepas berbuka puasa (laman-annur)
Berbuka puasa di Masjidil Haram boleh duduk berdekatan antara lelaki dan wanita, tetapi tidak di Madinah. Tempoh masa untuk berbuka tidak lama hanya lebih kurang 5 minit, tidak selama kita menghadap juadah mewah di rumah kita tatkala menjelang 1 Ramadhan. Ini bagi memberi ruang untuk jemaah bersedia melakukan solat Maghrib pula.



1 comment:

Pink Lavender said...

rindunya nak kesana..

yg pasti masa buka berebut org nak bersedekah...kat sana mmg simple jer buka puasa..masa hari biasa pon rasa seronok kat sana,apatah lg bulan puasa...