Saturday, May 19, 2012

Percutian Keluarga ke Bukit Bendera Pulau Pinang



Inilah mercutanda pertama apabila anda menjejak kaki ke kawasan tumpuan pelancong ini
Pada percutian yang lepas (Mac 2012), kami telah ke Pulau Pinang untuk memenuhi masa bersama dengan anak-anak dan penginapan pilihan kami ialah di Tanjung Bungah Beach Resort. Ini bukanlah kali pertama ke Pulau Mutiara itu kerana jaraknya pun hanya dua jam perjalanan menaiki kereta dari Changlun, Kedah. Cuma ada beberapa destinasi yang masih belum berkesempatan untuk dikunjungi. Antaranya ialah Bukit Bendera.


Dari hotel penginapan ke Bukit Bendera memang jauh kerana Bukit Bendera bukan dalam destinasi yang dirancang, jadi sebelum balik ke tanah besar maka kami terus menuju ke Air Itam.

Untuk ke Bukit Bendera anda perlu melalui Air Itam iaitu sebuah bandar satelit di luar kawasan bandar Georgetown, dan meliputi kawasan perumahan seperti banglo, apartment, kondominium, rumah kedai, rumah pangsa, rumah teres dan rumah Kampung.

Untuk ke sini dengan menggunakan pengangkutan awam seperti bas Rapid Penang ialah sekitar 30-45 minit dari pusat bandar Georgetown. Jika berkenderaan sendiri adalah sekitar 20 minit sahaja bergantung kepada keadaan trafik (dan jika anda tidak tersesat).
Stroller untuk anak kecil jug boleh dibawa menaiki keretapi

Bukit Bendera berada pada kedudukan 833 meter dari aras laut dan paling ideal untuk menikmati panorama indah bandar Georgetown. Tiket beharga RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanan-kanak, tapi anda perlu menunjukkan MyKad untuk pengesahan warga negara. Bayi tidak dikenakan bayaran. Bagi pelancong asing pula bayarannya ialah RM30 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.

Untuk info, tambang ini adalah peningkatan 100% daripada harga asal disebabkan peningkatan kos operasi keretapi elektrik yang lebih moden berbanding sebelum ini yang digerakkan dengan kabel. Dikatakan kos operasi sehala keretapi ini mencecah RM500.

Tiket menaiki keretapi Bukit Bendera
Untuk pengetahuan, tiket khas untuk pekerja dan penduduk yang kerap berulang-alik di Bukit Bendera (pas bulanan) adalah cuma RM24. Maksud pekerja di sini ialah orang yang bekerja di lereng atau puncak Bukit Bendera yang terdapat Balai Polis, Pejabat Pos Mini, Klinik Kesihatan dan Resort (menurut pemerhatian kami ini yang kami nampak sepanjang berada di sana).

Menunggu untuk menaiki train
Tempat menunggu untuk menaiki train Bukit Bendera ini agak sempit, tak boleh dibayangkan jika pada musim cuti persekolahan. Kami ke sini pada pertengahan minggu dan bukan di hujung minggu seperti kebiasaan pilihan ramai.

Manakala si suami pulak, meninjau ke lorong masuk ke dalam train (pintu pagar terakhir sebelum masuk), dan mengambil gambar seperti di bawah ni.
Petugas sedang membuat pemeriksaan rutin agaknya...
Keretapi baru ini lebih laju dan menggunakan koc buatan Switzerland yang moden serta selesa untuk penumpang dan jadual perjalanan kereta api itu ialah setiap setengah jam mulai 
6.30 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Kapasiti kereta api ini juga bertambah kepada 1,000 orang sejam berbanding 280 sebelum ini. Malah, penumpang tidak perlu menukar gerabak untuk sampai ke puncak bukit dan perjalanan 
hanya mengambil masa lima minit.

Keratapi bewarna merah putih itu adalah model yang lama sengaja dipamerkan di gerabak berasingan
Bergambar kenangan dalam keretapi setibanya di puncak


Kelihatan ramai juga pelancong asing di puncak Bukit Bendera
Memandangkan kami datang ke sini pada waktu petang, maka kedinginannya agak kurang terasa. Jika datang pada waktu pagi, pasti kabus mengelilingi kawasan ini.

Kenangan...
Kamila mencelah di luar pagar, betul-betul mengejutkan kami...hanya 1 meter ke cerun yang curam!
Sky Terrace, tempat minum-minum...
Salah satu kemudahan untuk dicuba, kena bayar tau...
Kamila meneropong..
Kashif di atas meriam lama
Pemandangan bandar Georgetown dan kelihatan Jambatan Pulau Pinang
Bangunan ikonik di Georgetown, apalagi kalau bukan bangunan KOMTAR
Panorama indah, suhu yang dingin di atas Bukit Bendera
Boleh juga menaiki bas bernombor 204 Rapid Penang dari Jeti ke sini, tambang RM1.50
Petang tu, terasa kepuasan dapat menjejak kaki ke Bukit Bendera yang selama ini hanya sekadar tahu pada namanya walaupun sering ke Pulau Pinang sejak 10 tahun lalu. Semoga, percutian ringkas kami dengan beberapa info berguna menjadi panduan untuk dikongsi bersama.



7 comments:

Kunang-Kunang said...

Salam,

Akak tak pernah lagi ke Bukit Bendera semenjak menggunakan keretapi baru ni.

mama aini said...

assalam..dah lama mama tak ke Penang..dulu selalu kesana ikut hb berkursus...memang cantik pemandangan dari atas bkt bendera..teringin nak kesana lagi..he2x..

Kasih Salina said...

Ya..keretapi baru nampak kemas, selesa..

Kasih Salina said...

betul tu mama, kami pun lama dh nk ke sana tp asyik tertangguh dan tak jadi..

Nazayiena said...

Belum pernah spi Bukit Bendera....

TF said...

sy sejak keretapi baru tu belum naik lagi..tapi aritu sy pergi sebelum diorang tutup..nasib baik sempat la jalan sana..seronok akak kan

Kasih Salina said...

Semoga entry ni menjadi panduan yg belum sampai ke sana, dan bercadang untuk bercuti di Penang..