Sunday, April 29, 2012

Tutorial Buat Masker Timun dan Yogurt Untuk Kesegaran Wajah




Sepanjang hari bekerja, wajah kita mesti nampak lesu dan tak bermaya kan! Apa kata segarkan wajah dengan cara menggunakan masker timun yang dibuat sendiri bersama plain yogurt. 

Bahan-bahan:
  1. 1/2 batang timun
  2. 3 sudu yogurt (plain)
  3. Sedikit air
Cara-Cara:
  1. Kisarkan timun bersama air untuk dapatkan jus / pati timun.
  2. Ambil 3 sudu yogurt tadi dan campurkan ke dalam jus timun.
  3. Gaulkan sampai sebati dan lumurkan keseluruh wajah dan leher. Biarkan sampai kering ataupun 20 minit.
  4. Hiriskan timun dan letakkan hirisan timun di atas mata untuk mendapatkan kesegaran pada mata
Sifat timun yang sejuk itu dapat menyegarkan wajah yang lesu dan yogurt kaya dengan kandungan mineral seperti zink dan kalsium.



3 comments:

dhiera said...

saya tak pernah buat masker sendiri~ macam best je.. rasa sejuk je ea muka?

dhiera said...

saya tag akak untuk GA ni~ http://dhieranottie.blogspot.com/2012/04/blog-alyzafisolcom-giveaway.html

Princess Angel said...

boleh juga try nie..slalu nye saya letak timun kat mata je..