Sunday, April 29, 2012

Resepi Kek Angry Bird



Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 cawan buttercup
1 cawan gula kastor
2 biji telur ayam (gred A)
1 Sudu esen vanila
2 Sudu besar susu tepung (fernleaf)

Nota: Tepung, serbuk penaik, garan dan susu tepung diayak bersama.

Cara Menyediakan:
  1. Pukul buttercup dan gula hingga kembang selama 10 minit.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan bahan yang telah diayak sedikit demi sedikit.
  4. Pukul hingga kembang dan masukkan esen vanila.
  5. Masukkan ke dalam loyang berbentuk bulat (melengkung ke dalam) dan bakar dengan suhu 160 selama 35 hingga 40 minit. 
Bahan untuk topping cream:

100 g buttercup
50 g gula icing
Sedikit perahan limau nipis
Pewarna merah

Cara Menyediakan:
  1. Campurkan buttercup, perahan limau dan gula icing, pukul 5 minit. Asingkan sebahagian untuk dicampurkan dengan warna merah. 
  2. Untuk hidung 'angry bird' gunakan fondant yang telah diwarnakan kuning dan bentukkan seperti paruh burung.
  3. Manakala bahagian mata 'angry bird' pula, fondant putih digunakan dan dilukis dengan pewarna hitam. 

Sumber: Majalah Wanita


No comments: