Friday, April 27, 2012

Gosip ker tuu!!! Ada Lagi Vip Dari Sabah Cuba Mendekati Wawa Zainal Pulak


Wawa Zainal yang cun melecun itu

Ada lagi VIP yang gatal dan keje nak menghabiskan duit rakyat jer.. amboooiiii.. Selepas Zahida Rafik, pelakon baru Wawa Zainal plak yang nak masuk sangkar VIP ker. Lagi ahli politik dari Sabah bah! Tetapi Wawa Zainal menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkan dirinya sedang menjalin hubungan dengan VIP berstatus ahli politik dari negeri asalnya Sabah.

Wawa Zainal ataupun Nur Hawa Zainal Abidin, 21, ini berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana dia tidak pernah mengenali mana-mana individu berprofil tinggi seperti yang diperkatakan.

“Saya tidak pernah keluar dengan mana-mana VIP, apatah lagi untuk menjalin hubungan secara rahsia dengan golongan tersebut.
“Perkara ini tidak berasas dan memang tidak berlaku. Saya mengaku ada beberapa VIP cuba mendekati dan mengajak saya keluar sebelum ini tetapi semuanya saya tolak,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
“Saya paling takut untuk terbabit dengan skandal sebegini kerana saya mempunyai matlamat yang besar untuk berjaya sebagai pelakon ketika menceburi bidang seni.
“Lagipun, tindak tanduk saya sentiasa dipantau oleh pihak pengurusan, jadi tidak mungkin saya akan buat perkara yang berisiko itu,” katanya.
“Saya bersyukur dengan perkembangan kerjaya yang semakin meningkat terutamanya pada tahun ini. “Walaupun baru setahun setengah berkecimpung, saya semakin mendapat kepercayaan banyak pihak menerusi pelbagai tawaran lakonan dan baru dilantik duta Lipice untuk tempoh dua tahun,” katanya.
 Sumber: Mstar
p/S: Jangan lupa malam ni, tonton Wawa Zainal dalam drama Bunga-Bunga Syurga di TV3.

1 comment:

mama aini said...

ehem susahnya jadi org cantik !!..ha2x..