Saturday, December 31, 2011

Lirik Lagu i'm Yours - JASON MRAZ


Lirik Lagu i'm Yours - By Hakim AF8

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
and now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
Nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love
Listen to the music of the moment maybe sing with me
A la peaceful melody
And It's our God-forsaken right to be loved love loved love loved

So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

Scooch closer dear
and i will nibble your ear

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
My breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what i be saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
this is our fate, I'm yours

Well no no, well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love
Listen to the music of the moment come and dance with me
A lá one big family (2nd time: A lá happy family; 3rd time: A lá peaceful melody)
It's your God-forsaken right to be loved love love love

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

No please, don't complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

No please, don't hesitate
no more, no more
It cannot wait
The sky is your's!


Kutipan Filem Ombak Rindu



Kutipan Ombak Rindu setelah 31 hari sejak mula ditayangkan di panggung wayang gambar (pawagam), adalah melebihi RM12 juta (perbetulkan saya jika tersilap), kini bagi yang tidak berkesempatan ke pawagam berdekatan, ataupun terkesempitan untuk membeli tiket yang tak mampu untuk bawa satu famili besar itu, maka Astro First dengan bangganya membawakan Ombak Rindu terus-menerus, lurus, telus, dan jimat fulus ke rumah anda (ataupun flat anda, atau banglo..mahupun kedai makan Mak Su Leha).

Dengan cuma RM15 sekali tempah, atau 2 kali tempah bersamaan dengan RM30..maka dengan sekali tempah anda dapat menonton wayang ini tanpa henti selama 48 jam. Kasihsalina sendiri baru sebentar tadi order Ombak Rindu ini tapi terkilan sikit sebab tempah jam 10.15pm 31 Disember 2011, tapi bila dah on rupanya tayangan dah terlepas sebab mula jam 9.40pm hingga 12.00am..tapi..but..jangan bimbang, jam 12am (tengah malam) boleh tengok lagi sampai 2.10am pulak..dan begitu lah seterusnya sampai 10.15pm pada 2 Januari 2012 nanti. Yang bestnya kasihsalina.com dapat tengok Ombak rindu dalam 2 TAHUN...Fuh!!!

p/s: nanti kasihsalina buat review ok..

Erra Fazira & Marion Caunter - Duta Estee Lauder

Penyanyi jelita, Erra Fazira telah dilantik sebagai duta bagi jenama produk kosmetik terkenal antarabangsa, Estee Lauder bagi kempen jenama ini untuk tahun 2011/2012. Pemilihan beliau sebagai Duta Estee Lauder amat sesuai dengan wajah beliau yang cantik dan jelita. Selain mempunyai wajah yang jelita, penyanyi ini juga adalah pengguna setia Estee Lauder sejak diperkenalkan oleh ibunya. Patut la Erra Fazira mempunyai raut wajah yang cantik ye, rupanya menggunakan produk mahal. Kalau kasihsalina bermimpi jer lah nak pakai Estee Lauder ni. Selain daripada Erra Fazira, turut dipilih menjadi jurucakap produk berkenaan adalah personaliti TV popular, Marion Caunter yang comel & glamor tu..

Kata Erra, yang pastinya sekarang, wajah beliau tampak lebih muda dan amat sesuailah untuk tahun hadapan, Erra akan bertanggungjawab mempromosikan kempen 'Every Women Can Be Beautiful' yang mana kempen ini menggalakkan semua wanita untuk tampil lebih berkeyakinan bersama Estee Lauder.

Tambah Erra lagi, sejak dilantik sebagai duta jenama berkenaan dia sudah mula menjadikan Estee Lauder sebagai rutin kecantikannya setiap hari untuk sentiasa tampak menawan dan lebih berseri-seri tak kira siang mahupun malam.

Friday, December 30, 2011

[Betul Ke?] Rozita Che Wan Rapat Dengan Zain Saidin

akrabnya mereka berdua

Kasih Salina ada terbaca dalam Mstar Online yang pelakon jelita Kiah Pekasam atau Rozita Che Wan, 38, mengakui yang dia ada keluar bersama pelakon yang digosipkan mempunyai hubungan cinta dengannya iaitu Zain Saidin di Genting Highlands. Menurut temubual itu lagi, Rozita berkata bukannya mereka pergi berdua tetapi percutian sehari itu turut ditemani anak-anaknya iaitu Ammar Effendy,15, dan Aniq Ezzra,12, yang sekarang ini sedang bercuti penggal persekolahan.Ahhh..betulkan, dah cuti sekolah, anak-anak ikut samalah apa salahnya kan?

Cerita percutian ini timbul apabila beberapa orang peminat dan juga pekerja di pusat peranginan itu yang terlihat mereka. Peminat pun busybody sungguh, biarlah Cik Kiah ni nak bercuti dengan siapa pun, janji dia bahagia dengan pilihannya. 

Tambah Rozita lagi, dia tidak mempunyai apa-apa hubungan cinta dengan Zain tetapi disebabkan anak-anaknya begitu rapat dengan pelakon tersebut maka adalah lebih baik dia mengajaknya bersama dan sebagai bukti mereka rapat kata Rozita, pada malam Khamis lalu, anak-anaknya turut keluar bersama Zain untuk bermain futsal.

Sedikit info untuk peminat Cik Rozita ni, dia juga bakal sibuk dengan perniagaan tudungnya, Padusi yang ingin diusahakan secara lebih serius. Rezeki beliau juga mencurah-curah sehingga jadual kerjayanya telah pun penuh sehingga Ogos depan selain perniagaan tudung yang bakal diusahakan secara lebih serius.

Thursday, December 29, 2011

Resepi Udang Sambal Yeo's Ala Kasih Salina

kadang-kedang jemu jugak dengan makanan yang kita masak sendiri kan, kasih salina & hubby gemar jugak makan makanan dalam tin, sekali sekala nak ubah selera la kan..salah satu kegemaran kami ialah sambal udang yeo's ni. makan dengan nasi panas macam tu je pun best jugak. tapi kali ni rasa macam nak buat kelainan sket. Guna Udang yang fresh supaya rasa sambal yeo's tu lagi kit rasanya.


Bahan-bahannya:

1 tin sambal udang yeo's tin kecil
3 biji bawang merah - potong halus
1 ulas bawang putih - potong halus
sedikit minyak untuk mengoreng udang

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah & bawang putih yang dipotong halus tadi.
  2. Dah naik bau, masukkan udang segar, goreng sampai garing sedikit.
  3. Masukkan 1 tin kecil sambal udang Yeo's. Gaul sampai rata dan terus angkat. Siap untuk dihidang seisi keluarga.

Cucur Bilis Segera Adabi


inilah dia kasih salina namanya yang malas nak bancuh tepung cucur buatan sendiri, semua benda nak instant, termasuklah nak buat cucur bilis ni. In reality nya, kasih salina bukannya malas mana pun tapi tak sempat la nak membancuh cucur bilis sendiri dengan adanya dua anak yang masih ligat & perlukan perhatian lebih. lagi pun kasih salina surirumah + cari duit dari rumah, bukannya hanya jaga anak & jaga rumah tangga sahaja. kasih salina pun tak terkecuali mencari duit untuk kehidupan seharian.

aduhai...melalut la pulak ceritanya, bagi kasih salina la, sesiapa yang sentiasa busy & selalau terima kedatangan tetamu yang mengejut tu, elok la standby tepung cucur segera adabi ni coz nak bancuhnya senang aje..

kasih salina memang ikut sukatan yang dicadangkan kat bungkusan tepung segera tu, cuma air jer kasih salina guna air sejuk dalam peti ais. rasanya lebih sedap kalau guna air sejuk untuk membancuh tepung segera tu kerna hasilnya cucur yang lembut & gebu walaupun dah sejuk cucur bilis tu..


Taman Rusa UUM

Dari zaman bercinta dulu-dulu hinggalah la sekarang ni pun kami suka sungguh melawat taman rusa ni..maklumlah dalam UUM ni semuanya ada, termasuk la taman rusa ni.. Kalau masuk pintu pagar utama uum tu, jalan je straight dan akan lalu beberapa gugusan dewan kuliah & kawasan akademik. Sape2 yg 1st time masuk UUM akan terkejut coz dalam kampus UUM ada trafic light. Untuk ke taman rusa ni, dari lampu isyarat tu kena jalan lurus lagi & akan jumpa pusat kesihatan & kompleks sukan. Taman rusa ni berdekatan dengan kompleks sukan. 

Biasanya jam 6.30pm baru kami sampai kat taman rusa ni, waktu cam gitu dah tak ramai sangat dah student2 yang jogging, mengayuh basikal & exercise jalan kaki. Kawasan taman rusa akan meriah dengan student2 jer kalau waktu petang. Rusa-rusa nani ni kalau tengok kami datang memang terus terkam kami, tu la nak pi awal2 tu rasa cam malu jer. Nak tau kenapa? Ye la..orang lain duk bagi dia makanan daun-daun rumput yang dia biasa makan. Sebaliknya, kami datang bawa roti gardenia tu..

Haha..memang rusa-rusa dalam U ni cerdik pandai dapat hidu bau roti dari jauh lagi. Baru off enjim kereta, rusa-rusa tu dah bangun menuju ke arah kami, mana tak orang lain akan heran tengok kami. Orang lain duk menunggu lama nak tangkap gambaq dengan rusa-rusa ni tapi kami relak jer turun dari kereta terus rusa datang ke arah kami..Rahsianya, memang kena bawa roti la, makanan kegemaran anak rusa nani ni..





kakak punya lah seronok bagi rusa makan roti..

Wednesday, December 28, 2011

[Betulkah] Celine Dion Memiliki 3 Ribu Pasang Kasut


Penyanyi  yang berasal dari Kanada, Celine Dion baru-baru ini dilaporkan mempunyai jumlah koleksi kasut yang mencecah angka 3,000 pasang. wow! 

Celine mengakui obses dengan kasut dan memberitahu akan sentiasa akan menambah koleksi kasutnya ketika membeli-belah. Antara jenama kasut yang digemarinya Chanel, Louis Vuitton dan Jimmy Choo dan beliau juga tidak memilih jenama kasut, asalkan kelihatan dan selesa dipakai pasti Celine akan membelinya. Alahai...seronoknya kalau kasih salina pun sama dapat membeli apa saja kasut yang disukai. Ni nak membelinya terpaksa memikir dua tiga kali.


Bagaimanapun ia bukan hal yang mustahil buat penyanyi yang sentiasa laku di pentas persembahan. Malah dia juga bukan sekadar mampu menambah koleksi kasut, tapi mampu memiliki sebuah kediaman yang cukup mewah di Florida.

Tuesday, December 27, 2011

Air Bacaan Fatihah Untuk Sembuhkan Penyakit


Ibnu Abas r.a mennyatakan, Saidina Hassa bin Ali r.a cucu kepada Rasulallah telah sakit. Rasulallah melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam satu bekas, kemudain air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tanngan dan kaki serta perut dan mana-mana angota yang nyata. Dengan berkat fathihah itu sembuhlah penyakitnya.

Demikinalah, sesiapa sehaja yang mengidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan serapah ini:

     "Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindugkan kerana Engkau     Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih."

Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang mengidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, inysaallah akan afiat.

Baca Fatihah Sebanyak 41 Kali Untuk Memakbulkan Hajat



Sheikh Mahayudin bin Al Arabi Khadas-allah Serah berkata:

"Sesiapa ada hajat, hendaklah ia membaca Fathihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang maghrib, jangan ia bergerak dari tempat duduknya, hingga selesai membaca menurut bilangan yang tersebut."

Setelah itu bermohonlah ia kepada tuhan akan hajatnya, insyaallah akan di makhbulkan.

Hikmat Ayat Kursi


AYAT KURSI:

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi..
2) Baca pada saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu..
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat..
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam..
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian..

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:

  1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
  3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
  4. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
  5. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  6. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  7. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Sumber: Psittacula

Sunday, December 25, 2011

Kenduri Kawin Kawan Hubby

 Pengantin diarak masuk dalam dewan

 Pengantin nak menjamu selera..


time cuti sekolah camni lah ramai orang buat kenduri kawin sana sini.. kami pun tak terkecuali la jugak dengan jemputan kenduri kawin ni.. mula2 hubby tak mau pergi sebab jauh sangat nak ke alor setar tu.. tambah lagi dengan encik papankey ada kelas plak jam 3 petang.. kesian la plak nk kena rushing ke kelas.
lecturer pun satu hal, ada ke buat kelas time public holiday 25 Desember, raya krismas tu..aishhh..tak patut la kan..


anak2 pulak, masa nak cepat ni la macam2 hal diorang..lastly, kuar rumah dah jam 12.20pm.. dari Changlun ni, 45 minit gak la nak ke Alor Setar tu..nasib baik kami dah familiar dengan area yang nak dituju tu..takde la buang masa nak mencarinya..sampai kat sana terus mengadap makanan..pengantin plak lambat sampai, tak dapat la nak jumpa pengantin coz hubby nak cepat..



anak encik papankey yang sorang ni, punyalah susah nak bergambar dengan dia..lastly, dapat lah snap gambar candid ni.

[Wajah] Datuk AC Mizal & Datuk Yusof Eizlan Yusoff



Personaliti televisyen, Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali dengan nama AC Mizal menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) peringkat kedua yang membawa gelaran Datuk. Bintang kebesaran itu disampaikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Istiadat Pengurnian Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-81 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di Pekan. Di majlis yang sama juga, pelakon Eizlan Yusof turut menerima bintang kebesaran yang sama.

Datuk AC Mizal merupakan Pegerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn Bhd dan Datuk Eizlan Yusof pula Pengerusi Eksekutif Blackstone Dagangan Sdn Bhd.


anggun dan menawan wajah seorang wanita yang bergelar Datin Vieshantie Harun

Pengumuman Tarikh Kawin Lisa Surihani Dan Yusry KRU (23 Februari 2012)


Rasanya macam tak lengkap kalau kasih salina tak menulis pasal kisah cinta si jelita dan si jejaka kacak ni. Kasih Salina ada terbaca dalam blog Budiey yang mana Yusry KRU dan Lisa Surihani telah pun mengumumkan tarikh perkahwinan mereka. Mesti ramai peminat dan para media menunggu semasa berlangsung majlis pengumuman istimewa itu kan.

Dengan itu, sahlah pasangan sepadan ini akan bernikah pada 23 Februari 2012 dan majlis resepsi akan diadakan pada 26 Februari 2012. Dalam sidang media yang diadakan di Marriot Putrajaya Resort & Spa pada jam 11 pagi tadi, Lisa turut memberitahu majlis akad nikah akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Manakala majlis resepsi pula akan berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Saturday, December 24, 2011

Hukum Ucapan Selamat Hari Krismas Dan Perayaan Agama Lain


Soalan: Kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun nak jaga akidah saya.

Jawapan:
Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir. Firman Allah: (maksudnya)
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).

Oleh kerana dalam masalah mengucapkan tahniah ataupun “congratulating” sempena perayaan agama lain mempunyai unsur seakan mengakui agama lain –secara langsung atau tidak langsung-, dan dalam masa yang sama ada juga nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama berkhilaf pendapat tentang hal ini. Bagi mereka yang melihat unsur mengiktiraf kekufuran, mereka mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara bagi mereka yang melihat ia bukan berunsur mengiktiraf kekufuran agama lain, sebaliknya sekadar melakukan barr ataupun kebaikan kepada penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama yang berpendapat sebegini mengharuskan ucapan tersebut dengan syarat-syarat tertentu.

Boleh mengucapkan selamat hari raya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hariraya’ atau ‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya.

Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain.

Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita.

Sumber: Minda Tajdid - sila ke web drmaza.com untuk info & penjelasan yang lebih lanjut..

Anak Didie Alias Bersama Ridzuan Hashim Dapat 8A PMR

Didie Alias bersama anak-anak beliau
 
Ibu mana yang tidak bangga kalau anak berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang. Begitu juga dengan seorang ibu yang dikenali sebagai pelakon dan pelawak, Didie Alias yang bangga dengan kejayaan anak ketiga beliau Nur Dinie Ridzuan, 15 kerana berjaya memperolehi 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan beliau menyifatkan ianya sebagai satu hadiah paling istimewa buat dirinya. 

Didie Alias berkata kejayaan anaknya dalam PMR yang diumumkan Khamis itu bagaikan pengubat kepada semua hasil penat lelahnya selama ini.

Beliau turut menyatakan, ketika nama Nur Dinie diumumkan di dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Indah, Ampang, Didie sendiri terkejut dan tidak percaya kerana hanya tiga orang sahaja yang diumumkan mendapat 8A.Tahniah buat Didie Alias kerana berjaya mendidik anak beliau dengan cemerlang sekali.

Didie berkata dia sentiasa memantau pembelajaran setiap anaknya biarpun sibuk dengan kerjaya dan beliau sentiasa memantau setiap perkembangan persekolahan dan prestasi akademik anaknya dari semasa ke semasa. Tambah beliau lagi, anaknya menumpukan perhatian sewaktu di sekolah selain mengikuti kelas tambahan di luar waktu sekolah.


Selain Nur Dinie, Didie juga mempunyai empat lagi cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya dengan pelakon Ridzuan Hashim iaitu Nur Dania, Muhammad Daniel dan Nur Diyana dan Nur Dayini.

Friday, December 23, 2011

[Menarik] Gambar Datuk Siti Nurhaliza Untuk Cover Majalah GLAM Januari 2012

huhu..inilah wajah penyanyi kesayangan No.1 di Malaysia..Siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza kita yang comel lotel tu..Gambar ni mungkin kesan edited oleh Majalah GLAM ni la kot..tak kesah lah Datuk Ct nak buat ape pun kan, pasti peminat beliau amat menyukainya dengan kelainan yang sebegini rupa.Tahniah buat Datuk Ct kerana berani membuat kelainan.






Resepi Ikan Cencaru Sumbat Ala Kasih Salina

Bahan-Bahan:

2 ekor ikan cencaru (saiz sederhana besar)
- ikan cencaru dibelah belakang
2 s/b kelapa parut
1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit belacan (jika suka)
1 biji cili besar
2 biji cili padi
secubit garam
1/2 s/k gula (jika suka manis)

Langkah 1: Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam lesung batu dan tumbuk bagi hancur sikit seperti gambar ni.


 Langkah 2: Kemudian, masukkan bahan-bahan2 yang ditumbuk tadi ke dalam perut ikan yang telah dibelah belakang. just sumbat-sumbat macam tu jer..

Langkah 3: dah habis sesi sumbat menyumbat tu, boleh la dibakar ataupun digoreng ikan cencaru tersebut..kasih salina lebih suka goreng kerna rasa ikan tu lebih ranggup. terpulang pada citarasa masing-masing la kan.

Resepi Kerang Bakar Sempoi Ala Kasih Salina

tu dia eh tajuk resepi macam dalam rancangan Master Chef jer kan..huhu..kasih salina & hubby memang suka makan kerang bakaq kata orang utara no..kalo makan kat kedai area Changlun ni RM 4 untuk setengah kilogram dan kalo beli yang mentah kat pasar tu RM 3/kg..

kalo kat rumah tak perlu lah nak guna arang bagai untuk membakar kerang ni, just bakar dalam non-stick pan aje..bakar agak-agak dalam 8-10 minit camtu..jangan sampai kering sangat, nanti isi kerang tu tak sedap nak makan dan susah nak mengopeknya..habis lah rosak kuku alamaknya..

untuk kelainan juga, kadang-kadang tu, kasih salina ada campurkan mentega dalam 1/2 s/b nak bagi berlemak sket..

dah masak, cicah la dengan sos cili Thai..hihi..

Resepi Terung Goreng Pedas Ala Kasih Salina


sebenarnya kasih salina tak berapa gemar sangat dengan terung ni, tapi hubby yang suka makan..biasanya terung pajeri, terung bakar, terung kari dan terung masak lemak kasih salina makan la, tapi terung goreng tu kureng la sikit..

terung ni kasih salina goreng simple jer untuk hubby..

bahan-bahannya:

2 biji terung panjang
1 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji cili besar
1/2 s/k belacan
1 s/b sos tiram
garam secukup rasa
ajinamoto secukup rasa
minyak untuk menumis

cara membuatnya:

1. Tumbukkan semua bahan-bahan di atas kecuali garam dan ajinamoto la..
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis semua bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
3. Tumis sampai naik bau, kemudian masukkan terung, belacan, sos tiram, garam dan ajinamoto.
4. Kalau rasa nak berkuah, masukkan sedikit air. Dah masak, siap untuk dihidangkan untuk famili tersayang.

Resepi Kangkung Goreng Belacan Ala Kasih Salina


kangkung goreng belacan ni sedap dan menyelerakan makan dengan nasi putih panas-panas..


Bahan-Bahan:

Seikat kangkung (beli di pasar atau tanam sendiri)
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit cili besar
1 biji cili padi
1/2 s/k belacan
garam secukup rasa
ajinamoto secukup rasa
sedikit air (jika nak ada kuah sikit)
sedikit minyak

potong semua bahan-bahan tadi seperti gambar di atas..panaskan kuali, masukkan minyak, tumiskan semua bahan-bahan tadi, kecuali belacan, garam & ajinamoto.

belacan tu dibancuh dengan sedikit air supaya tak berketul-ketul. Kemudian, masukkan kangkung, garam, ajinamoto dan belacan ke dalam kuali.

kacau sampai rata dan terus angkat. jangan terlalu layu sangat kangkung tu, nanti tak sedap nak makan..dah siap sedia untuk dimakan bersama family tersayang..

Khabarnya Fasha Sandha Akan Menjadi Bakal Pengantin 2012

Siapa tak kenal dengan si jelitawan Fasha Sandha ni kan? Cantik, anggun dan menawan yang menjadi kegeliaan si jejaka Malaysia. Sama ada gosip atau sememangnya betul, kasih salina tak tahu lah kan yang mana terdengar khabarnya, tahun depan aktres ini bakal menamatkan zaman solo. Betul atau tidak tu kasih salina tak pastilah. kita tunggu dan lihat tarikh bahagia yang bakal Fasha Sandha umumkan nanti ye..

agak-agaknya siapalah jejaka bertuah tu ye, mesti bukan calang-calang orang yang bakal menjadi suami aktres ni, maklumlah orang cantik mesti cari jejaka yang setaraf kan..apa2 pun, semoga Fasha bahagia la nanti.
sebelum Fasha bergelar isteri orang, jom kita layan dulu gambar-gambar beliau. Kredit gambar kepada oh bulan.






Gambar Anak Marion Caunter Dan SM Nasaruddin

saat bahagia Marion Caunter & SM Nasaruddin ketika diijab kabul dan sah bergelar suami isteri. sama cantik dan sama padan.


Wajah Marion Caunter ketika mengandungkan bayi perempuan sulungnya, Leia Rose Caunter Nasarudin.



Inilah dia si bayi comel Leia Rose Caunter Nasarudin, anak perempuan Marion Caunter dan SM Nasaruddin. Cute miut muka anak kacukan ni. Bayi comel ni dilahirkan 16 Desember 2011.

Tuesday, December 20, 2011

Messi atasi Neymar

Messi bersalaman dengan Neymar - REUTERS
- Piala Kelab Dunia di antara Barcelona dan Santos di Jepun baru-baru ni yang akhirnya mempertemukan Lionel Messi-Neymar dalam final.

- Apapun Messi jauh mengatasi Neymar dari segi skill yang dipamerkan dengan menjaringkan 2 gol cantik apabila membantu kemenangan 4-0 Barcelona di Jepun.

- Messi disifatkan jelmaan Maradona. 

- Ini kejuaraan kedua Barcelona dalam kejuaraan kelab dunia ini dalam tempoh 3 tahun. Pada 2009 menang ke atas Estudiantes.


- Neymar direkrut kelabnya sekarang iaitu Santos sejak beliau berusia 11 tahun lagi pada tahun 2003, dianggap pemain muda paling menyerlah ketika ini di Brazil, baru berusia 19 tahun.

- Neymar pula dianggap jelmaan Pele.

- Neymar, sibuk dikaitkan dengan kelab kaya Eropah, dengan Barcelona dan Real Madrid antara pasukan yang tak terkecuali. Apapun dia masih muda, 5 tahun lebih muda dari Messi. Messi pun pada usia Neymar baru nak menyinar, tunggu lagi 2-3 tahun lagi jika kena gayanya, bermain dengan kelab terbaik dunia, maka Kasih Salina yakin Neymar akan berdiri sama tinggi dengan Messi seperti mana Messi sering 'dibandingkan' dengan Ronaldo (Real Madrid).

Monday, December 19, 2011

Doa Supaya Dapat Membayar Hutang



Kita sebagai manusia, harus berusaha untuk melepaskan diri daripada hutang.



Maksudnya:

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain."

Maksudnya:

"Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang."