Wednesday, November 30, 2011

My Favourite Kacang Panggang Ayam Brand

huhuhuuu.. terbaik dosss close-up tin Kacang Panggang Ayam Brand ni.. hihii.. yang sebenor-benornya perut ku terasa lapaq bebenor ni.. nasi dah makan tapi still rasa lapar lagi ni.. malam2 sebelum ni takde pun cam gini rasanya.. jengok sat dalam peti sejuk pa yang ada yang boleh makan & tak perlu nak masak dah.. ni je lah yang ada tinggal baki breakfast pagi tadi.. kacang panggang ni salah satu makanan kegemaran aku & hubby, tapi hubby tak suka yang ada cheese ni.. dia suka yang sos tomato saja tu..

kalo cam gini la gayanya, bila la aku nak kurus & kempiskan perutku itu ya.. adoiiii.. tak kempis la sampai bila2 kalo keje nya duk melantak tengah2 malam buta..

Tuesday, November 29, 2011

Gambar Persandingan Ashraf Muslim & Dr. Dayana

Dah berbulan-bulan pasangan bahagia ni nikah tapi Kasih Salina baru berkesempatan untuk layan gambar2 persandingan si enchem Ashraf Muslim & Dr. Dayana. Bagaikan pinang dibelah dua raja sehari, sama cantik dan sama padan.. Pasangan ini selamat diijab kabul oleh ayanda pengantin perempuan pada 1 Syawal yang lalu dibumi Mekkah yang penuh suci dan barakah..

Semoga mereka berdua akan kekal bahagia selama-lamanya hingga ke akhir hayat & mendapat anak yang soleh & solehah serta diberkati Allah s.w.t

Gambar2 ni, Kasih Salina cedok dari webpage Abang Nara






Hotel EDC UUM, Sintok

pic ni wajib ambik..nanti kan pihak EDC hotel ni tukar logo tu.. sape kata di bumi Sintok ni takde hotel yang cantik.. memang la lihat pada luaran hotel ni macam biasa jer & tak menarik pun.. tapi interior biliknya cukup hebat & mempersonakan buat orang biasa2 macam kami la kan.. sempena birthday Abah 30 Oktober lalu, kami nak try makan kat EDC hotel ni.. pelbagai pilihan juga la menunya..

sape2 yang berminat nak stay kat sini, hubungi no tel : 04-928 8888

adik dah sempat makan fun fries sebelum mengamuk sakan..kikiki.. kakak plak terlampau la aktif & tak mau nak bergambar.. kesian kat abah xde sape yang boleh melayan birthday boy.. masing2 anak duk buat hal.. adik muka heran tu tengok apa adik...

kek birthday boy, Encik Papankey dah cukup umo 31 tahun.. kek ni ibu & kakak yang pilih.. tapi ada benda lucu time nak pilih kek untuk abah..huhu..kakak nak beli kek doremon..huhuuu..agaknya kek yg nak dipilih untuk dia la kot..hancusss kalo ikut idea kakak ni..
menu pilihan abah..chicken chop style apa pun ibu lupa dah la.. tapi saiz ayam dia kecik sangat..

menu ni untuk ibu.. fish apa entah lupa dah la.. memang lazat & enak bila ngap dalam mulut.. huhu.. dia punya sos dia memang kena la, berlemak dan membangkit selero..nasib baik la time nak makan ni adik tetido dah..sebelum tu memang kalut giler sebab adik mengamuk sakan..

time ibu & abah melantak la pulak..kakak dah siap makan dah ni..dia plak yang jadi jurufoto genik.. huhuu..kelassss la kakak..

sempat lagi snap dekat dengan lobby hotel..nak snap betol2 depan lobby hotel tu, terasa segan la pulak kan.. depa tu mana tau yang kita ni blogger tegaq.. depa zaman la ni, banyak tau FB ja..


Ragam Adik Beradik Yang Menghiburkan Ibu & Abah


huhuuuu.. tu dia adik ooiiiiii.. duk menirap atas printer abah tuh..selamba badak jer adik duk atas printer tu no.. kadang2 ibu rasa macam tak larat nak kawal adik & kakak ni, terlalu aktif sangat.. penat ooo.. adik baru jer usia 6 bulan lebih tapi duk pandai merangkak dah..ligat jer adik atur langkah merangkak ke merata tempat.. pantang buka pintu bilik air, cepat2 la dia nak merangkak masuknya.. dua tiga hari dah pandai nak duduk sendiri plak tapi belum tegak la belakangnya..risau ibu takut sakit tulang belakang adik yang masih lembut tu..

ni pulak 'duplicate' dari watak mak som dalam cerita Hikayat Putera Shazlan yang entah apa2 tu.. kakak siap ikut lagi gaya mak som yang marahkan Shazlan.. sejak ibu tengok cite ni, tak berkenan langsung dengan perangai Abby Abadi ni..

ce tengok subang & cincin kakak tu, berkenan sangat2 dia nak membelinya..entah apa2 la anak bertuah ni.. semuanya dia nak meniru gaya orang dewasa.. jenuh aku penoh nak melarangnya.. umo baru 3 tahun jagung tapi nak melaram lebih2.. dah la pakai baju entah apa2..



Resepi Coleslaw & Cara Membuatnya - Menu for Dinner

Gambar kat bawah tu la rupa Coleslaw yang aku buat sendiri untuk santapan makan malam kami anak beranak.. dah jemu sangat dah makan kat kedai dek kerana bz & kalut dengan anak2.. aku bukannya suri rumah sepenuh masa walaupun aku aku sentiasa berada di rumah..aku pilih cara untuk bekerja dari rumah sambil membesarkan anak2 dengan asuhan & didikan aku sendiri..

 kami anak beranak memang giler dengan makanan western.. seminggu sekali mesti melantak chicken chop.. nak buat sendiri memang aku takde masa lah beb..rasa macam malas nak ke pasar & makan di kedai, hubby ajak beli barang2 instant jer untuk dimasak.. rajin la pulak aku offer kat hubby nak tulung wat coleslaw.. hehe..

Bahannya: 
1/4  biji kubis ( saiz kecil )- guna kobis warna ungu.
1/2 biji lobak merah ( option tapi aku tak guna)
  2 sudu besar mayonis
  1sudu besar sour cream (aku gantikan limau nipis - 1/2 biji)
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
sedikit serbuk lada hitam (aku tak suka buh ni)

1 Sudu Besar Susu Tepung Penuh Krim (campur dgn 1/4 cawan susu segar - aku guna susu kotak marigold je..)


Cara penyediaan:
1.  Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
2. Kemudian gaul semua bahan hingga rata. Simpan dalam petisejuk sebelum dihidangkan.


* sukatan untuk bahan2 tersebut terpulang la kepada citarasa masing2.. ctnya: ada org suka manis & masin lebih.. ada plak yg suka lebih lemak & berkrim
aku deep fridge je semua barang2 instant yang dah dibeli tu., mudah, cepat & lazat hingga megenyangkan perut ku yang semakin buncit dengan lemak2 makanan..

ni ler bahan2 yang dibeli untuk menu makan malam kami yang sudah boring nak makan makanan melayu jer kan.. aku kalo bab benda2 instant ni copat jer.. mana ke tidak nye, tak perlu nak banyak keje dah.. sekurang2 nya separuh dah ringankan beban nak menyediakannya.. sure la isteri2 org lain pun cam gitu juga la gamaknya kan.. ishhh... malas bebenor isteri2 zaman sekarang ni..

Monday, November 28, 2011

Resepi Kentang Putar ( Mashed Potato Ala KFC tu)

Picture ni aku Google jer..
Resepi Kentang putar ni aku rasa simple & senang jer nak buat..Mashed Potato ni mesti menu wajib la kalo ke KFC, termasuk la kami anak beranak.. so, for the 1st time, elok la mencuba buat sendiri untuk mencari kelainan sekali sekala kan..

6-8 biji Kentang (kupus dulu kulit kentang tu, potong2 bg kecik & rebus hingga empuk)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair (susu segar pun boleh)
sedikit daun bawang  (potong halus2 jika suka)
sedikit lada sulah dan garam

Cara membuatnnya:

1. Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
2. Masukkan susu cair/segar. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi 
susu mengikut selera masing2 la ye..
3. Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang halus. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan untuk orang tersyang & diri sendiri.

resepi ni aku cedok dari blog potretkasih 

Resepi Beef Steak / Grilled Beef Steak with Black Pepper Sauce

makan beef steak memang sesuatu yang membangkitkan selera la kan.. tapi dia punya harganya sesuatu yang membebankan bagi orang2 biasa macam Kasih Salina ni.. beef steak sedap dimakan bersama2 dengan kentang putar, untuk resepi kentang putar klik SINI

Bahan2: 
4 keping daging Steak 
(aku biasa guna daging segar biasa jer..kat changlun ni mana nak dpt daging steak) 
4 sudu besar sos tiram
1 sudu  besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( nak bubuh lebih pun ok jer)
Sedikit madu (kalau suka & dah ada madu kat rumah)

* campurkan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk dan peraplah semalaman sebelum daging dibakar.

** Semasa membakar daging, renjiskan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak. (tapi aku hentam dengan mentega jer..)


Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam


Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos 
1 sudu besa sos cili
2 sudu sos tiram @ kicap lemak (untuk gelapkan kuah)
2 setengah cawan air rebusan tulang ayam/daging @ kiub ayam Knor
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis (guna mentega pun boleh)

Cara
1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu.
2. Masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan tomato sos, cili sos, lada hitam, sos tiram @ kicap dan tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
5. Lastly, masukkan garam n gula secukup rasa.


Saturday, November 26, 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah, 1 Muharram 1433H


Hanya tinggal beberapa jam jer lagi, kita akan menyambut kedatangan tahun baru dalam kalender Islam. Sempena Cuti 1 Muharram 1433H, Kasih Salina mengucapkan selamat bercuti dan sama-sama lah kita melakukan penghijrahan dalam hidup ke arah kebaikkan dan keberkatan.

Tema sambutan maal hijrah 1433H ialah ` Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’ dan sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan pada hari ahad  27 November 2011, di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Doa Awal dan Akhir Tahun
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
doa_awal_thn
Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: “Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
doa_akhir_thn
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Wednesday, November 23, 2011

Holiday @ Putra Palace Kangar

Masa birthday hubby kami ada plan nak bercuti, saja2 duk rehat kat hotel la kan tapi Encik Papankey la pulak sibuk time tu & tak boleh nak bercuti jauh2 & lama sket..

so, ambik hotel yang dekat jer lah.. rasa cam nak duk kat Perlis coz teringin nak ke Padang Besar.. tak nak bazir masa punya pasal la tu..huhu..akhirnya kami ke Putra Palace Kangar jer la..dah sampai kat sana tak sangka la jugak kan, rupa2 nya hotel ni yang kena sita baru2 ni..
memang worse la condition kat hotel ni, patut la kena sita pun.. kami terlupa yang ada hotel baru, Hotel Seri Malaysia Kangar.. rasa macam tak berbaloi sangat duk kat Putra Palace Kangar.. terus ilang mood kami nak rehat2..





itu menu untuk breakfast kakak.. cornflakes + milk

Steamboat Di Hotel Seri Malaysia Kangar Memang Best Giler (RM 35 for 2 persons)

Terdapat 3 kategori untuk Menu Steamboat di Seri Malayisa Kangar

Masa stay di Putra Palace Kangar ritu, kami bukan main lagi nak makan apa menu yg ada kat hotel tu jer & malas dah nk kuar cari makan malam kat tempat lain.. sakit punya ati, kami pun Google jer lah kat mana & kot2 ada la restoren yang buat steamboat kan.. Google pun Google terjumpa la menu steamboat Seri Malaysia Kangar ni kat FB..flyers macam kat atas ni ler..

hubby aku kata harga RM 35 for 2 persons & macam2 ada memang murah la kan..dah tengok tu memang tak ragu2 lagi la & hubby call Hotel Seri Malaysia Kangar tu untuk confirm kan lagi betul tak rega camtu..kami pun terus booking & kemas2 untuk pi makan.. memang tak saba la time coz kami dah lama sangat teringin nak makan steamboat yang best cam gini..

untuk membuat tempahan, sila hubungi hotel seri malaysia kangar,
tel: 04-977 1777







sayur mayur yg segar bugar & lazat dicelur dengan tomyam tu..
segala mee ni kami sentuh sikit jer.. x larat nk makan dah..byk sangat ka..
pelbagai jenis sauce yang ada..aku pun tak tau nama apa sauce tu
Daging ni memang best Grill camtu..daging tu dah di marinate dengan rempah apa pun aku tarak tau daaa..gigih jer aku merebus benda alah tu..soup tomyam dia pun takde la pedas sangat..sedap la bagi kami..daging marinated tu habis hubby aku jer yg byk melantaknya..
Nasi goreng yang diorang bagi ni memang banyak giler la..untuk 4 orang makan pun boleh.. sedap kalo dimakan time panas2 tu tapi dah sejuk x best sangat coz nasinya agak lembik sket.. but ok la