Wednesday, October 26, 2011

Marble Butter Cake @ C-Mart Sedap la Jugak

Marble Butter Cake
Masa pergi C-Mart baru, ada la tetengok kat bahagian kek diorang. Tetiba jer rasa cam teringin nak menengok kot-kot ada kek yang sedap dan boleh menjamu selera.. Sebelum ni pun ada gak cuba beli kek pisang. Boleh tahan jugak sedapnya, tapi tak ingat la company mana plak yang buat kek pisang tu, tapi brand kek pisang tu kat giant pun ada. Selama ni takut nak cuba takut tak sedap kan..

Kali ni aku teringin nak try Marble Butter Cake plak, tengok dengan rupanya macam sedap je. Tak sia-sia la balik rumah terus potong & ngap dalam mulut, ternyata sedap jugak rupanya. Next time boleh beli lagi & senang nak cari kalau ada tetamu yang bertandang ke rumah. Mudah, cepat & sedap, itu yang pentingnya kan..


Apakah Yang Perlu Dilakukan Jika Komputer Digodam


Tanda-tanda sesebuah komputer itu telah digodam :
  1. Komputer menjadi perlahan
  2. Capaian Internet juga perlahan. 
  3. Ada komen daripada pihak penyedia Internet mengatakan terdapat trafik yang tinggi dan tidak diperlukan berpunca daripada komputer anda. 
  4. Terdapat laporan daripada pihak bank mengatakan akaun bank anda di Internet ada melakukan aktiviti-aktiviti yang anda tidak lakukan dan lain-lainJika berlaku keadaan seperti di atas berkemungkinan komputer anda sudah digodam
Tindakan yang boleh diambil untuk menjadikan kembali keadaan komputer kembali normal.
a) Pengasingan komputer anda 
- Disebabkan komputer anda telah digodam, penggodam akan menghubungi komputer anda dengan trojan, malware dan sebagainya menerusi rangkaian Internet.

- Jadi, putuskan segala sambungan rangkaian komputer anda menerusi wayar atau tanpa wayar.

- Putuskan segala jenis sambungan ini secara fizikal iaitu dengan mencabut kabel dan menyahaktifkan kad rangkaian tanpa wayar.

- ia juga satu cara untuk mengelakkan berlakunya jangkitan sebarang virus komputer merebak menerusi rangkaian ke komputer yang lain.

b) Padamkan komputer dan tanggalkan cakera keras @ Hard Disk

Seterusnya padamkan komputer dan tanggalkan cakera keras. Jadikan cakera keras tersebut sebagai pemacu kedua dan unbootable pada komputer yang lain.

Sebelum itu, pastikan pada komputer tersebut, program Windows, perisian antivirus dan sebagainya telah dikemas kini. Muat turun dan pasangkan perisian pengimbas rootkit seperti Sophos.

Cakera keras tersebut boleh menggunakan sambungan USB untuk memudahkan kerja.

Sekiranya masih ragu-ragu atau tiada komputer kedua, bolehlah menghantar cakera keras tersebut ke kedai membaiki komputer.

c) Scan / Imbas cakera keras @ Hard Disk
- Scan / imbas cakera keras yang digodam tadi dengan menggunakan perisian antivirus, antispyware dan antirootkit. Baiki dan buang segala jangkitan yang ada pada sistem fail dalam cakera keras itu.

- Bina salinan pendua data-data yang penting (copy @ save fail-fail penting)

d) Pasang kembali cakera keras @ Hard Disk

- Seterusnya, cakera keras tersebut ditanggalkan daripada komputer kedua dan pasang kembali pada komputer yang sudah digodam. 
- Pastikan kesemua fail-fail penting sudah dibuat salinan pendua.

e) Format cakera keras


- Langkah yang seterusnya adalah format dan membuat semula partition pada cakera keras tersebut.

Ia penting untuk membuang segala jenis Malware, jangkitan atau pencerobohan yang telah dibuat oleh penggodam terhadap cakera keras tersebut.

Perkara yang paling berbahaya adalah sekiranya pihak penggodam telah menjangkitkan cakera keras kita dengan mana-mana program Buffer over Flow (BoF).

Dengan BoF, kita sukar untuk menjangkakan atau mengimbas masalah ini dengan mana-mana program komputer kerana ia telah mengubah suai sistem komputer yang berjalan normal.

Format yang dilakukan bukan format yang biasa yang dilakukan tetapi menggunakan program komputer tertentu atau dikenali sebagai disk wipe utility.

Ia akan mengambil masa yang lama untuk mengosongkan kesemua sektor yang terdapat dalam cakera keras.

Contoh program yang boleh digunakan adalah seperti Spin Rite, Disk Manager dan lain-lain.

Ini penting untuk membersihkan cakera keras tersebut daripada segala jenis ancaman dan penggodaman.

Pemasangan sistem pengoperasian

Pasangkan kembali sistem pengoperasian kepada komputer tersebut.

Seterusnya pastikan anda muat turun dan pasang kesemua program kemas kini dan patches pada sistem pengoperasian yang digunakan.

Pemasangan perisian keselamatan

Pasang dan kemas kini perisian keselamatan seperti perisian antivirus, perisian antispyware dan lain-lain.

Kembalikan salinan fail-fail

Fail-fail yang penting tadi perlu diimbas keselamatannya terlebih dahulu sebelum disalin kembali ke dalam komputer.

Bina sistem sokongan (back up)

Bangunkan sistem back up (sokongan) untuk sistem keseluruhan cakera keras untuk memudahkan proses kembalikan semula sistem komputer sekiranya berlaku kegagalan fungsi yang disebabkan oleh virus, malware, penggodaman atau lain-lain.

Ia dibina menggunakan mana-mana perisian back up dengan membuat pengimejan cakera keras yang bootable sebagai fail back up kepada keseluruhan sistem komputer dalam cakera keras.

Inilah beberapa langkah penting yang perlu dilakukan terhadap sistem komputer yang telah digodam.

Penggodaman ini bukan sahaja menyebabkan masalah kepada anda tetapi kadang kala mereka menggunakan komputer anda sebagai salah satu alat untuk melakukan serangan siber terhadap rangkaian atau sistem komputer yang lebih besar lagi atau jenayah siber yang lain.

Sumber : Mstar Online

Sunday, October 23, 2011

Jenis-Jenis Makanan Yang Boleh Memperbanyakkan Susu Ibu

Sawi hijau
Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu. Sama-samalah kita mencuba dengan benda-benda yang ada disekeliling kita dan senang nak dapatkannya. Walau apa pun, sebagai ibu kita kena pegang prinsip di mana selagi naluri kita untuk menyusukan anak dengan susu badan, Insyallah Tuhan akan melimpahkan rezeki susu ibu yang banyak untuk anak kita minum..
  1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang
  2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
  3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
  4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
  5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
    Jambu Batu
  1. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
  2. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
  3. Barli – air atau bubur barli.
  4. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
  5. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
  6. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
  7. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
  8. Air horlicks
  9. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
  10. Teh hijau jepun
  11. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
  12. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
  13. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
  14. Ubat homeopati.

Hari Raya 5 Syawal 1432M di Kuching, Sarawak


tu dia..syoknya adik tido sebelum nak keluar pi jalan-jalan..

tanpa dirancang pi beli kek lapis Dayang Salhah untuk dessert masa Open House rumah kami..sempat jugak lah tangkap 8 jenis perisa kek.. aku pun dah lupa apa entah nama kek yang aku beli tu..

Hari Raya 4 Syawal di Kuching, Sarawak



raya ke-4 baru lah keluarga Anjang datang bertandang ke rumah.. masa kami ke rumah Anjang anak & menantu dia jer yang ada dirumah.. sempat lagi aku menempel untuk posing tuhhh.. budak-budak baju melayu biru tu cucu Anjang..

dah ready nak keluar ke rumah Usu Narawi.. Usu ada ada buat open house aritu tapi kami ni malam dah..belum sempat keluar Udak & family yang datang rumah.. tergendala la sebentar rancangan kami.. tapi rumah Usu tetap kena pergi jugak.. dah orang ajak makan kan, wajib pergi daa..

sempat bergambar dulu dengan family Udak..


dah sampai rumah Usu terus melantak jer.. huhu.. makan apa yang ada jer.. Menu yang masih tinggal - sup ayam, nasi putih, sayur campur & air oyen.. best juga malam-malam pekena sup panas..

lepas makan sesi chit chat la pulak..chit chat sama-sama family la, bukannya mengumpat orang tuhh..

sempat lagi kami menangkap kenangan bersama dirumah Usu..


jalan-jalan kat The Spring, abah nak cari buku di MPH books store.. tak sangka plak jumpa Upin & Ipin ni.. seronok giler kakak..