Monday, September 12, 2011

Hari Raya 3 Syawal 1432M di Kuching, Sarawak

 dah penat menunggu tetamu jer raya pertama & raya kedua, time kat la pulak berkunjung ke rumah orang lain pada raya ke-3..huhuuuu.. kunjungan pertama ke rumah terbuka cik hassan & cik Som. menunya nasi tomato & mee belacan, air bandung.. sebelah mak mertua aku tu, cik som, tuan rumah ni, dia makan dulu sebelum melayan tetamu..

 pak mertua aku sedondon pakai gan adik ipar aku tu..
 perut masing2 dah lapar sangat, apa tunggu lagi, makan ajalah..
puteri yasmin dah tak sabar nak makan tu.. 

 kenang-kenangan dengan 2 orang adik ipar aku nih..
kakak kamila mata macam apa entah.. geram benor eh aku nengok kuih muih cik som ni.. rumah ni kuih muih macam moden sket lah.. huhuhuuuu.. yg paling aku suka, rumah cik som ni mesti ada tart nenas & almond london, favorite aku tu.. buatnya malas kan.. bila lagi la aku nak rajin buat biskut raya dengan tangan aku sendiri ye.. sabau aje ler..
 baju putih ni adik ipar aku yang bungsu, bila la dia ni nak kurus agaknya, risau kami takut dia tua nanti tak larat nak berjalan dah..

 mak mertua dengan adik dia, pak Nuar.. kasih seorang adik kepada kakaknya.. hihihi.. pepandai jer aku ni tau..

 kenangan kami ramai-ramai bersama tuan rumah, cik som duk sebelah hubby aku tu.. cik Hassan tengah snap gambar time ni, tu yg tak masuk frame.. hubby aku nih malas nak usung tripod camera ke sana sini.. padahal bukannya berat pun..

 ni masa kat rumah anjang plak, sempat lagi kami posing kat rumah orang no.. Anjang takde kat rumah time ni, adik dia Nurul jer yang adanya..

 sempat gak pekena bihun sup yang di buat Anjang pempuan.. asyik makan jer kan.. camni nak kurus kalo duk makan je kejenya..

 close-up kek lapis rumah Anjang, 
semua tu kena rasa, tak sangka dapat rasa kek lapis sisik ikan tu..best gak rasanya, hubby aku tak suka coz ada masam2 tu sket..

ni plak kunjungan rumah ke-3, jeng..jeng.. rumah mok diah & mok rahim.. cewah, dah hafal semua nama-nama mak & pak sedare hubby tuh.. rumah ni ramai anak dara yang pemalu & sopan santun (hehe.. cousin hubby la)

masa nak balik sempat lagi snap gambar tuan rumah tuhhh.. sambil dukung baby putera Rayyan, anak buah hubby.. yg belakang tu mak baby Rayyan ye..(adik hubby aku)

mak mertua aku bz melayan cucu dia, adik Kashif Aliya.. kakak plak entah apa2 jer menjeler lidah bagai kat rumah orang plak tu.. tak sopan sungguh anak dara sorang ni no..

ni waktu kunjungan ke rumah yg ke-4 la pulak, rumah kak Tenot & abang Apeng (anak buah pak mertua aku).. tuan rumah ni meniaga laksa sarawak tapi aku belum penah test lagi la kan.. belum ada kesempatannya lagi nak merasa air tangan kak Tenot ni.. huhuhuuuu..

selain kek lapis & biskut raya, menunya ialah spaghetti & mee belacan lagi, heran sungguh aku gan orang Sarawak ni suka bebenor makan mee belacan..tapi aku ok ajer.. memang aku suka mencuba makanan lain dari yang lain.. perut aku sentiasa lapar dengan makanan2 dari pelbagai negeri selagi namanya makanan halal.. aku memang suka melihat adat dan budaya orang lain..

tak cukup kat ruang tamu, sampai ke dapur kami melantak makanan.. hihihiii.. buat macam rumah sendiri la pulak.. hubby tengah makan spaghetti & aku mencuba salad dia plak.. best gak..

Sunday, September 11, 2011

Hari Raya 2 Syawal 1432M di Kuching, Sarawak

 Hari Raya ke-2 ni menu dia special la jugak bagi aku la kan.. Kami dan tetamu yang datang bertandang semua pekena laksa sarawak ni.. bahan-bahan laksa - pakai bihun biasa yang ada kat semenanjun, telur dadar cincang, kuah laksa, taugeh celur, sambal yang pedas & limau kasturi.

kat sarawak ni unik jugak sebab dihidangkan air bergas pelbagai rasa. Mengelak gak perut kalau setiap rumah hidangkan minuman bergas kepada tetamu..kikiki..
 

 close-up lebih dekat lagi laksa sarawak..huhuhu.. mengiurkan.. bagi yang suka masam-masam sikit rasanya, boleh la perah limau kasturi sebagai penambah rasa..

 kuih buah aku suka coz ada rasa masam-masam manis, tapi hubby tak suka daaaa.. banyak kismis 'i like it'.. tiap-tiap tahun mak hubby buat kek buah ni. hubby aku kata sejak dulu lagi mak dia akan buat 2 jenis kek buah masa raya..

 ni plak family kawan anak buah hubyy, si Yasmin tu.. rajin jugak kawan-kawan dia bertandang ke rumah. anak ibu tu menyebuk jer dengan tetamu..

 muka aku yang bulat dan hidung kembang.. with auntie Jee yg dah lama tak jumpa..

 hubby dengan sepupunya, anak uncle Ramli..

 kenangan bersama anak buah pak mertua, kak Tenot (tudung putih sebelah aku) & family

 ni kawan hubby - cikgu saiful, hubby selalu jumpa dia ni kalo balik raya di Kuching..

 family usu Narawi & usu kiah sedang menjamu selera dengan laksa sarawak.. laksa ni adik ipar aku yang buat.. aku tolong makan jer.. kalo rumah aku memang berpeluh ketiak aku duk di dapur jer..

 usu yang comel, dukung cucu-cucunya..
 sampai terlena adik kashif duk atas perut Nek Usu..

ketupat pulut dibungkus dengan daun nyoq, bukan daun palas..huhu.. best gak rasanya mak mertua aku buat ni. tak sangka dapat gak aku makan ketupat ni coz menu ni aku aku yang request..hehehehe.. tq mak mertuaku yang tak jemu-jemu duduk didapur memask menu kesukaan anak menantunya.. kalo balik sana aku memang goyang kaki jer coz semuanya dah terhidang & tersedia..hihihiii.. menantu hantu betoiii la aku ni kan...

Saturday, September 10, 2011

Hari Raya 1 Syawal 1432M di Kuching, Sarawak


kakak yang sibuk sangat nak mewarna buku, entah apa2 dia ni.. cian opah & atuk nak melayan dia yang banyak bagai la peel nya..

close-up kek lapis sarawak yang mak mertua dan adik ipar buat.. semuanya buat sendiri.. sedap, lemak, lembut & pelbagai rasa..

menu hari raya pertama ni banyak la sikit.. ada kuah kacang, nasi impit, nasi minyak, lemang, ayam masak kari & daging masak hitam.. memang menyelerakan.. sayangnya gambor menu hari pertama yang kami snap tu blur sket.. tu yg malas nak tunjuk tu.. huhuuuu..

close-up kuih raya adik ipar aku yang buatkan.. 
aku pun tak tahu kuih ni namanya apa..
beza sket la gan kuih moden yang ada kat semenanjung ni..
mungkin kuih orang dulu-dulu kot.. janji sedap nak ngap kan..

Kamila dengan Kakak Yasmin, anak buah hubby

kami bersama mak & bapak hubby.. adik Kashif tengah mangamuk nak tido.. family kami tema warna pink sedondon..

mak bapak hubby dengan family adik ipar aku..
 tema warna hijau sedondon..

kami yang dah kepenatan & sedang tunggu tetamu yang berkunjung ke rumah..


ciannya, encik papankey yang belum ada jam di tangan

Friday, September 2, 2011

di LCCT


baru sampai LCCT, nasib tak hujan lebat.. huhu..kalau hujan gak alamaknya berpayung la kami.. maklumlah kat LCCT mana sky bridge, terminal tambang murah kan!!! kakak bz jer nak nengok 'kopter' kat belakang tu lagi.. sebelum tu membuta dalam flight..
alahai, kabur la pulak gambar abah yang ni..
nak check-in untuk flight ke Kuching plak. nasib la kami dah tempah seat awal2 lagi, risau takut duduk asing2 nanti, nanti payah la dah ada anak kan.. kalo bujang tu duk la mana2 seat pun takpe..

adik tido je memanjang, anak-anak ibu ni memang suka tido kalau condition nya sejuk, best la agaknya ye..bagus adik ni, janji ibu dapat relaks jap. penat oooo bawa anak kecik ni.. macam2 peel diorang ni.. nak kencing la, nak berak la.. macam2 ada..

kakak yang dah kepenatan, tak henti2 asyik main jer kat airport, nak buat macam mana lagi kakak kalau dapat tempat yang luas tuk bermain memang tak ingat dunia.. takpe lah, janji kakak happy kan. tapi yang risaunya takut kakak muntah jer coz asyik duk main lari2 jer.. seluar kakak pakai pun terpaksa tukar, habis seluarnya kena air kencing. dah besar2 pun kakak masih pakai diapers lagi kalau nak jalan sana sini..


asyik membuta jer dalam flight, sepanjang dalam flight tak mau dia pakai tali pinggang tu, stewardess yang tegur pun dia tak mau jugak pakai.. last2 stewardess tu kata peluk jer kakak takut kepala dia terantuk masa nak waktu2 flight tak stabil..