Wednesday, August 31, 2011

Airport Alor Setar

Baru jer lepas check-in kat counter Air Asia.. tunggu nak boarding.. kakak tak mau bergambar dengan ibu..

Adik tangkap lentok, mengantuk sangat agaknya, pagi2 dah kena mandi.. kalo tak mandi badan tak segar dik..
Orang muka action macam tu lah gayanya.. jual mahal bebenor macam artis gitu..

Time to boarding, sempat lagi kakak menjenguk kolam kat bawah tu..

Sempat lagi posing sebelum melangkah masuk ke dalam perut pesawat air asia tu.. kakak panggil benda belakang tu 'kopter' = hehe.. helicopter katanya, helicopter jer yang kakak tau ye..

Dipagi 1 Syawal

kakak ni memang penat & letih giler.. dah pagi raya dia bantai tido lagi.. mana tak penatnya sampai jer kat Kuching dia terus main & beramah mesra dengan tuan rumah. kesudahannya pagi raya cam gini la jadinya.. botol susu umpama macam tonik untuk tido la.. dah bangun tido tu nak mandi & pakai baju pun susah.. memang hari-hari la ibu & abah hadap kerenah kakak yang tak tentu hala tu..

Testing Food Dulu Sebelum Sambut 1 Syawal

cheese cake + kopi O panas.. memang best giler..
 Memang giler tengok makanan malam nak raya tu..huhu...hilang semua diet puasa selama ni.. rasmi dulu segala kuih muih sebelum menjelangnya syawal.semuanya dah tersedia kalau aku balik Kuching, kalau balik Terengganu memang berhempas pulas la aku menyediakan makanan. penat oooo...

merasai keenakan bubur pedas..
bubur pedas memang aku suka giler ni.. best coz ada perut sapi & tak sama macam yang ada kat pasar.. balik Kuching semuanya dah tersedia makanan yang teringin nak makan. ni adik ipar aku yang buatkan & tqvm coz served this bubur pedas for us.. nanti molah lagi ye..

Khairul Fahmi Mengaku Gambar Dia dan Kekasih Baru

Apek (2 dari kanan) dan rakan Skuad Olimpik London 2012
Khairul Fahmi Che Mat atau lebih popular dipanggil Apek, akhirnya mengaku bahawa gambar yang tersebar di internet berkenaan seorang jejaka iras penjaga gol terkemuka negara tu sedang berpimpinan tangan di Universal Studio Singapore.

Apek diajukan soalan itu oleh wartawan yang membuat laporan kepulangan Skuad Olimpik Malaysia untuk balik beraya baru-baru ini selepas berkelana di Slovakia selama hampir sebulan untuk beberapa perlawanan persahabatan yang telah diaturkan. Rekod perlawanan pasukan harapan ini boleh dirujuk di blog Papankey.

Sunday, August 28, 2011

Ini Budak Nakal Yang Banyak Akal - Kamila Qistina


Ini budak namanya Kamila yang banyak buat hal dan sentiasa menyebabkan suasana gamat & kelam kabut setiap mana. Pening kepala otak ibu & abah memikirkan anak dara sorang ni. Makin hari makin teruk manja dia, sekarang ni cakap setakat 3 kali jer, kalo tak mau dengar cakap jugak memang cubit jer lah sebagai pengajaran. 

Ni ibu nak cite sket, sifat ingin tau kakak yang terlampau tu membuatkan kakak pandai2 sendiri blander cili kering (ibu buat2 tak nampak jer, nak tau sejauh mana kakak pandai berdikiri). Sebelum tu ibu ajar kakak untuk blander cili kering coz semua benda ibu buat dia yang lebih2 nak buatnya. lepas tu kakak nak buat lagi, tanpa takut kakak on kan suis dan tekan on blander tu, dengan jayanya blander tu berputar. Moralnya, sentiasa berwaspada dan pantau apa yang anak kita lakukan. Kalau tak macam gini la jadinya kan..


Malam tadi lepas bukak puasa satu lagi hal yang kakak buat, curah sebotol bedak atas tilam & habis semua cadar dan selimut kena bedak la. Masa tu ibu terlelap mata sekejap coz nak tido kan adik Kashif. Dah la  lampu ibu tak 'on' sebab nak bagi Kashif tido cepat, last2 ibu yang tertido dulu. Apa tunggu lagi, kakak pun buat hal lah. Patut la adik tak mau tido & terbatuk-batuk, rupa-rupanya tersedut bedak yang jadi macam asap dalam bilik. Lepas ni tak tau la apa lagi yang kakak nak buat hal.

Saturday, August 27, 2011

Petua - Bedak Berubat Aiken Untuk Ubati Ruam Lampin Bayi

Mommies2 yang ada baby kecik mesti mengalami masalah macam aku jugak kan!!! Ruam Lampin, memang sinonim dah dengan anak kecil. Tambah lagi kalo tibanya musim atau cuaca panas, lagi la parah jadinya.

Anak aku kalau kena ruam lampin memang susah la nak baik, macam2 jugak krim yang aku guna. Last sekali hubby aku suruh try Aiken Medicated Powder ni, mana la tau kan kot la berkesan. Alhamdullilah, guna sekali jer dah nampak kesan dan perubahannya. Sebelum pakai memang nampak merah berbiji-biji jer ruam tu, dah sapu dengan bedak ni merah tu jadi pudar & dua tiga hari hilang la ruam lampin tersebut

Kalo baby kena ruam lampin, aku suggest jangan la guna krim coz krim ni dia melekit, sapu kat baby yang pakai diapers lagi la bertambah lembap kulit baby, tu la yang lambat nak hilang tu. Selain tu, kalau badan anak berpeluh dan ada ruam pada kulit badan pun elok guna bedak ni coz dia serap peluh.



Petua - Sabun Mandi Boleh Hilangkan Kotoran Pada Pakaian

Sabun mandi antabax
Salam semua,

Petua ni kan turun temurun dari mak aku la ni, aku pun tak tau la camne dia boleh tau yang sabun mandi ni boleh guna untuk tanggalkan kotoran pada pakaian. Memang susah nak tanggalkan kotoran pada baju kan, tapi guna sabun mandi ni memang berkesan betol la. Biasanya orang selalu duk guna pencuci Clorox tu jer lah kan. Aku tak penah suka guna Clorox ni coz pedih tangan, bau dia pun tak tahan dan yang paling teruk sekali habis warna baju luntur kalo tak kena gayanya.
Korang boleh guna mana-mana sabun mandi, kalo aku lebih suka guna sabun mandi Antabax ni sebab dia sama handal dengan sabun dettol tu, tapi Antabax ni lebih murah. Caranya, korang gosok la sabun kat baju ataupun tempat terkena kotoran tu, sebelum tu basahkan kain baju tu dulu dan biarkan selama sejam baru la bilas. Jangan biarkan lama sangat atau sampai kering baju tu.. hehe.. aku ada cerita disebalik tu. Penah aku terlupa nak bilas baju anak aku sampai kering, tengok2 habis luntur baju kakak. Jangan buat lah macam aku tuh..

Biasanya kotoran yang penah aku cuba macam darah, minyak, dakwat pen, lampin baby yang terkena poo poo tu lah yg memang susah sangat nak hilang kotor kan.. Selamat Mencuba Semua..

Lagu Raya Upin Dan Ipin - Adik Asyila Putri Azhar


Cute sungguh suara adik Asyila ni (watak Upin & Ipin). Tak sangka Upin & Ipin ni pandai menyanyi la pulak kan.. hehe.. kalau kakak tengok ni mesti dia seronok.. tiap2 hari kakak tak pernah miss tengok cite Upin & Ipin ni..

Tips - Kini Tiada Lagi Rambut Gugur

Dove Hair Fall Rescue

Salam semua,

Aku rasa takde sape yang tak kenal dengan botol ni kan!!! hehe..buang tebiat ke aku ni nk promo benda alah ni..saja la suka-suka nak bagi tips kepada sesiapa yang sudi membaca..tak paksa untuk baca pun.. haha.. melalut dah ni..

Straight to the point la..Lama dah aku mengalami masalah rambut gugur ni, banyak shampoo gak la yang dah aku cuba. Secara tak sengaja aku tengok kat watson ada promosi Dove Shampoo ni, teringin la jugak nak mencubanya kan. So, aku pakai cam biasa jer lah.

Sepanjang aku guna Dove Shampoo ni memang best la coz rambut rasa lembut jer, tak kusut dan senang nak bilas. Lama jugak la aku guna baru terperasan yang masalah rambut gugur memang takde langsung dah. Gugur sehelai dua tu normal la kan. Bagi sape2 yang ada masalah yang sama boleh la mencubanya. Banyak2 shampoo yang aku guna, shampoo yang ni la paling aku suka.


 

Friday, August 26, 2011

Berhati-Hati Dengan Ais Dan Minuman Berais

Ais ketul
Bulan ramadhan ni mesti semua kebuloq cari ais dan tiap-tiap hari duk minum minuman berais kan!!! termasuk la aku tu, tak terkecualinya..hehe.. So, berhati-hatilah dengan benda yang namanya 'ais' ni..ingat tak diawal Ramadhan dulu ada seorang pelajar berusia 11 tahun meninggal dunia selepas berbuka puasa dan makan makanan yang dibeli dari bazaar ramadhan. Puncanya akibat dari keracunan makanan, habis semua family mangsa terbabit dimasukkan ke wad..Kesian kan..
Laporan diakhbar hari ni mendedahkan keracunan sekeluarga mangsa terbabit adalah berpunca dari kiub ais menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Dakwaan terbabit telah disahkan berdasarkan hasill ujian ke atas sampel sisa muntah dan najis mangsa-mangsa yang terlibat.

Berdasarkan laporan awal, kiub ais merupakan punca keracunan makanan tetapi masih menjalani siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca dan sumber sebenar yang menyebabkan mangsa dan ahli keluarga lain mengalami keracunan makanan

Pada 9 Ogos, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas menikmati juadah berbuka puasa manakala ahli keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.

Pada waktu terbabit didapati mangsa dan keluarganya, makan juadah otak-otak dan air batu campur (ABC) dibeli daripada bazar Ramadan Klang.

Wednesday, August 24, 2011

Kelebihan Breast Feeding Berdasarkan Kajian

Salam Semua, 

Berdasarkan kajian-kajian di bawah jelas terbukti kelebihan penyusuan susu ibu berbanding menyusukan anak dengan susu formula. American Academy of Pediatrics menyarankan penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya selama 12 bulan usia bayi, walaubagaimanapun dari perspektif Islam disarankan menyusukan bayi sehingga bayi berusia 2 tahun berdasarkan Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 233:
 Bermaksud:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 233)

Menurut buku teks community medicine karangan Prof. Dr. Ibrahim Soliman Hegazy, ada lebih kurang 20 kelebihan breastfeeding dan antaranya ialah:
  1. Susu ibu mudah didapati dan lebih sterile, maksud sterile ialah bebas dari kuman. Susu ibu juga datang dari perfect container. 
  2. Pada minggu pertama selepas bersalin, susu ibu mengandungi colostrum yang kaya protein dan boleh membekalkan antibodi untuk bayi anda. Colostrum ni  lebih pekat sedikit dan berwarna kekuningan.
  3. Susu ibu juga boleh digunakan sebagai ubat titis mata jikalau bayi anda terkena jangkitan kuman pada mata
  4. Dalam susu ibu juga ada Lactoferrin iaitu protein susu yang bertindak sebagai agen pembunuh bakteria so susu ibu ni tak mudah dicemari bakteria sebab itulah wanita yang berkerja boleh mengumpul susu mereka dan disimpan dalam botol yang sterile.
  5. Susu ibu juga lebih mudah untuk dihadam oleh bayi kerana susu manusia mengandungi kurang protein berbanding susu haiwan
  6. Susu ibu juga ada carnitine yang boleh membantu pertumbuhan hati yang sihat, ia juga membantu bayi anda menyerap kalsium yang penting untuk tulang dan gigi serta membantu pertumbuhan otak
  7. Bayi yang minum susu ibu juga akan develop IQ yang tinggi with better cognitive function and socially developed
Kebaikan penyusuan susu ibu berdasarkan kajian:

          1. Meningkatkan sistem ketahanan bayi
Susu ibu mengandungi protein yang dikenali sebagai CD14. Protein ini berupaya membina B cells iaitu sel-sel ketahanan yang penting untuk menghasilkan antibodi bayi. (Julius M., Proceeding of the National Academy Science, Vol. 98, Issue 2, 603-608).

          2. Mengurangkan risiko diabetes ibu
Ibu yang menyusukan anak akan mengalami perubahan tahap metabolisme yang akan membantu menstabilkan kadar gula dalam darah dan menjadikan badan sensitif kepada hormon insulin, iaitu bertindak mengawal kadar gula dalam darah. Ini bermaksud, semakin lama ibu menyusukan anaknya, semakin kurang risiko kepada ibu untuk menghidap diabetes. Berdasarkan kajian, ibu yang menyusukan anak selama 1 tahun mempunyai 15% kurang risiko untuk menghidap diabetes jenis 2 berbanding ibu yang tidak menyusukan anak. (Stuebe A., Journal of the American Medical Association)

          3. Mengurangkan risiko menghidap penyakit berkaitan jantung
Kajian telah dijalankan ke atas 624 responden yang berusia di antara 48 hingga 53 tahun di mana 83% responden yang pernah menyusu susu ibu dalam tempoh 10 hari kelahiran dan selebihnya menyusu susu lembu. Hasil tersebut mendapati responden yang menyusu susu lembu mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding responden yang pernah menyusu susu ibu. Ini menunjukkan bahawa responden – responden yang menyusu susu lembu mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit berkaitan jantung. (Archives of Disease in Children)

          4. Kurang Alahan
Alahan terhadap makanan terjadi apabila protein asing memasuki saluran darah melalui dinding usus. Alahan tersebut dapat dikurangkan dengan hadirnya Immunoglobulin (IgA) dalam tubuh seseorang/individu. IgA ini akan bergabung dengan protein asing dan bertindak menghalang protien asing menembusi dinding usus . IgA hanya dihasilkan sendiri oleh bayi pada usia 6 – 9 bulan. Walaubagaimanapun, sebelum usia 6 – 9 bulan, bayi memperoleh bekalan IgA daripada susu ibu yang kaya dengan IgA. (Merrett T.G., Infant Feeding & Allergy)

          5. Lebih bijak
 Kanak-kanak yang menyusu susu ibu mempunyai skor yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak menyusu susu ibu dalam ujian IQ, pemahaman, matematik dan rating guru. Fakta ini adalah hasil kajian yang telah dijalankan ke atas 1,000 kanak-kanak di mana data keupayaan berfikir dan pencapaian akademik mereka diperhati dan direkod sejak bayi sehingga mereka mencapai usia 18 tahun. (Breastfeeding and Later Cognitive and Academic Outcomes, Pediatrics Vol. 101)

           6. Mengurangkan risiko menghidap penyakit berkaitan paru-paru
 Kajian yang dijalankan ke atas 5,182 responden kanak-kanak menunjukkan bahawa kebarangkalian kanak-kanak yang menyusu ibu untuk menghidapi asma/lelah adalah lebih rendah daripada kanak-kanak yang tidak menyusu ibu. Kajian yang lain pula mendapati susu ibu memberi perlindungan terhadap penyakit paru-paru kronik. (Romieu I. and etc, Journal of Asthma 2000, 37:575-583)

           7. Megurangkan risiko jangkitan penyakit
 Kebarangkalian bagi bayi yang pernah menyusu susu ibu untuk mandapat jangkitan telinga, paru-paru, selsema, herpes simplex dan jangkitan usus adalah amat rendah berbanding bayi yang tidak pernah menyusu susu ibu berdasarkan kajian-kajian ini:
  •  A prospective cohort study on breastfeeding and otitis media in swedish infants (Pediatric Infection Diseases Journal, 13:183-88)
  • Role of breastfeeding in the prevention and treatment of diarrhoea (Journal of Diarrhoeal Dis Res, 8(3):68-81
  • Human milk secretory IgA antibody to non-typeable Haemophilus influenza: possible protective effects against nasopharyngeal colonization (Pediatric Jaournal, 124:193-98)
  • Breast milk and neonatal necrotizing enteral colitis (Lancet, 336:1519-23)
  • Neutralizing activity against herpes simplex in human milk (Breast Feeding REV, 11(2):56-58)
  • Protective effect of breastfeeding against infection (BMJ, 300:11-16)
  • The effects of infant feeding on rotavirus-induced gastroenteritis: a prospective study (Am J Pub Health, 76:259-263)

Penyanyi Amy Search Tidak Tahu Nurul Huda Mahu Bercerai

Gambar - Kredit Mstar Online
Biar betol ni, macam mana bapak sendiri tidak tahu anaknya mahu membuat tuntutan cerai. Betol la agaknya ye, sebab anak perempuan dah bersuami tak duduk rumah bapak dah kan..

Suhaimi Abdul Rahman atau Amy, Vokalis kumpulan Search menyatakan terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga. Beliau hanya tahu mengenai tindakan anaknya itu selepas membaca laporan di sebuah akhbar.
 

Beliau juga terkejut dengan hal tersebut dan enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi.

Sebelum ini, Amy hanya sekadar
mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius.

Saat Bahagia Nurul Huda bersama anak dan suami tersayang
Menurut sumber, Nabila pada Rabu lalu telah mengunjungi Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk membuat permohonan cerai. Bagaimanapun dia tidak dapat meneruskan hasratnya itu kerana terlupa membawa sijil nikahnya.

Hasil perkahwinannya Nabila dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila yang kini berusia lebih setahun.


Diharapkan Nabila tidak perlu tergesa-gesa untuk memohon cerai dengan suaminya, pada bulan yang mulia ini, sama-samalah muhasabah diri dengan memperbaiki kelemahan masing-masing.

Kes : 4 Pelajar Rusia Merogol Pelajar Malaysia Di London

Guilty: Clockwise from top left, Oleg Ivanov, 23, Norayr Davtyan, 22, Armen Simonyan, 19, and 23-year-old Gregory Melnikov all denied the offence but were unanimously convicted by a jury at Woolwich Crown Court
Inilah wajah empat pelajar Rusia yang telah merogol pelajar Malaysia yang sama-sama menuntut di sebuah kolej swasta yang eksklusif di London dan Perbuatan mereka itu turut dirakamkan oleh salah seorang daripada empat tertuduh melalui telefon iPhone. Mereka ini dari kalangan keluarga berada yang baru dua minggu mendaftarkan diri di kolej swasta terbabit. Akibat dari perbuatan tersebut, pelajar Rusia terbabit bakal berdepan dengan hukuman penjara apabila mahkamah mendapati mereka bersalah atas dakwaan merogol dan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan ke atas pelajar Malaysia terbabit. Untuk pengetahuan umum, kolej swasta itu mengenakan yuran tahunan sehingga £30,000 (RM 146,000) ke atas para pelajarnya. Anak jutawan Malaysia manakah pelajar perempuan terbabit???

Mereka merogol pelajar Malaysia itu yang dipercayai mabuk akibat dibubuh sesuatu di dalam minumannya selama lebih dua jam setengah di kawasan kolej berkenaan selepas satu majlis berpesta.

Keempat-empat mereka, Oleg Ivanov, 23, Norayr Davtyan, 22, Armen Simonyan, 19, dan Gregory Melnikov, 23, menafikan dakwaan merogol tetapi para juri di Mahkamah Crown Woolwich sebulat suara mendapati mereka bersalah kerana melakukan hubungan seks.

Pelajar perempuan dari Malaysia itu yang merupakan rakan sekolej dengan keempat-empat tertuduh turut menghadiri majlis pesta yang diadakan atas anjuran salah seorang daripada tertuduh.

Ketika para juri menyatakan keputusan mereka, keempat-empat tertuduh berdiri tanpa menunjukkan sebarang perasaan pun tetapi di galeri awam kelihatan beberapa orang ahli keluarga menangis.

Davtyan didapati bersalah atas dua tuduhan merogol, Melnikov atas kesalahan merogol dan percubaan untuk merogol, manakala Ivanov dan Simonyan kedua-duanya didapati bersalah atas satu kesalahan merogol.

Pengajarannya - Sebagai wanita, sama-samalah kita menjaga diri masing-masing dan sentiasa memantau dan berwaspada dengan aktiviti anak-anak kita, terutamanya anak gadis yang sedang meningkat dewasa.



Mengerjakan Solat Dalam Keadaan Mengantuk

Di mana kita berada, umat Islam wajib menunaikan solat
Hadith: 

DIRIWAYATKAN dari Anas r.a : "Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : "Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (atau ia bacakan)".

Riwayat al-Bukhari
Huraian Hadith:
Jika kita merasa sangat mengantuk dan letih eloklah sekiranya kita baring seketika. Selepas itu bangun dan ambillah wudhu' dan tunaikan solat. Ingat! Jangan terus tertidur. Sebenarnya seseorang itu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya.
Tidak secara terpaksa hingga tidak sedar tentang bacaan dalam solat mahupun bilangan rakaat yang telah dikerjakan. Solat seperti ini boleh membawa kepada batal. Malah adalah lebih baik sekiranya setiap kali merasa mengantuk kita memperbaharui wudhu' semula kerana dengan cara membasuh muka dan mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan dapat menyegarkan semula badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk mengerjakan solat.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Via - Mstar Online

Raja Azmi Tidak Bersalah Dan Bebas Dari Tuduhan Berkhalwat

Raja Azmi Raja Sulaiman - kini, mampu tersenyum
Mungkin itulah yang dikatakan berkat bulan Ramadhan, orang yang tidak bersalah pun dapat dibuktikan bebas dari tuduhan fitnah. Siapa lagi, kalau bukan Raja Azmi iaitu penerbit filem yang penuh dengan kontroversinya di mana pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat keputusan bahawa beliau dibebaskan dan tiada kes khalwat antaranya dengan Roslin Hashim.

Kes tuduhan khalwat ke atas beliau berlaku pada Ramadan tahun lalu dan beliau sangat bersyukur kerana mendapat berita gembira itu (bebas tuduhan khalwat) di bulan puasa. Isteri kepada bekas jaguh beregu negara, Jalani Sidek itu ada memberitahu yang beliau akan mengadakan sidang media khas di sebuah hotel di ibu negara Rabu ini untuk mendedahkan ‘rahsia besar’ serta apa sebenarnya berlaku sehingga mengheret dia dan Roslin di dalam tuduhan khalwat itu. Segala-galanya akan didedahkan pada hari rabu nanti. 

Beliau akan tunjukkan bukti dalam sidang media itu nanti dan inilah masanya beliau bersihkan kembali namanya yang tercemar. Menyingkap kembali kes beliau yang mana pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi, 52, dituduh berkhalwat dengan Roslin, 36, sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, pada jam 8.30 malam.

Pengajarannya di sini, janganlah kerana dendam dan kesalahan diri kita sendiri, hendak menghukum dan memfitnah orang lain pula. Walhualam...

Tuesday, August 23, 2011

Resepi Kebab

Bahan A
Daging (kalau dapat part batang pinang lagi sedap sbb lembut)
Biji ketumbar
Jintan manis
Jintan putih
Black pepper
Garam
Segala rempah ratus tu perlu dikisarkan dulu dan sapu pada daging untuk peram. Nak sedap peram lama sket. Lepas peram, tuang sedikit minyak atas fyring pan, grill kan daging sampai masak. Api kena sentiasa kecil dan perlahan. Then lepas agak-agak dah masak, angkat dan hiris sekeping-sekeping atau pun potong dadu (ikut suka masing2 nk potong camne pun)

Bahan B
Tomato (potong dadu)
Bawang besar (potong dadu)
Bawang putih (ketuk untuk tumis)
Mixed veggie (optional - kalau nak sayur dalam kebab)

Panaskan balik frying pan tadi, tumis bawang putih, masukkan hirisan daging, tomato, bawang putih dan mixed veggie. Kacau pada kadar api kecik sampai dalam 3 4 minit. Sampai nampak daging tadi dah betul-betul masak. Angkat.

Bahan C
Roti pita (belah 2) - Takde roti pita boleh guna roti biasa atau roti hotdog.
Daun salad
Mayonnaise
Sos cili
Masukkan salad, isi daging tadi, mayonaise, sos cili dan terus makan aje ler...

Sumber : Fam's blog 


Resepi Rempeyek / Tempeyek

Tempeyek yang sedap dan ranggup

Bahan-bahan ( 700-800 gram )

  • 300g tepung beras
  • 100g tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 s/b jintan manis
  • 1 s/b ketumbar
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula
  • kacang
  • ikan bilis
  • 200 ml air 
  • 200 ml santan

Cara-cara

  1. Goreng tanpa minyak jintan manis dan ketumbar hingga wangi, kemudian tumbuk atau kisar kasar
  2. Campur kesemua bahan kecuali ikan bilis dan kacang. 
  3. Panaskan minyak dan rendam acuan dalam minyak hingga panas.
  4. Isi adunan dalam acuan dan taburkan dengan ikan bilis dan kacang.
  5. Masukkan dalam minyak yang panas tadi. Biarkan adunan keluar sendiri dari acuan. goreng hingga masak. 


Ini Kisahku - Catriona Ross & Wardina Safiyyah (Video)


Suka sangat tengok Catriona Ross bertudung, agak mengejutkan juga bagi peminat-peminat beliau kan!! Itulah manusia, tak semestinya buruk akan buruk selama-lamanya, dan yang baik tu akan baik selama-lamanya. Kalau solat cukup 5 waktu pun tapi hati busuk dan mulut sentiasa mengumpat, langsung takde maknanya ibadat dia tu. Sebagai manusia biasa, jangan kita senang sangat menghukum orang yang pernah membuat kesilapan tanpa memberi peluang dan ruang manusia itu untuk berubah. Lagi kan Nabi ampunkan umatnya, ini kan kita hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan.

Video Catriona Rose - Ini Kisahku (TV9)

Teknik Penyusuan Bayi (Breast Feeding)

Salam semua,

Hari ni terasa nak kongsi info berkenaan teknik penyusuan bayi dengan betol, ye lah bagi ibu-ibu yang baru 1st time dapat baby memang kurang mengetahui teknik sebenar kalau tak pernah mengikuti kelas teknik menysu ni. Samalah macam saya dulu masa dapat baby 1st memang tak tahu apa2 apa, banyak belajar dari carian di internet, terutamanya dari forum susuibu.com sedikit sebanyak membantu dan memotivasikan diri.

1. Mula-mula, ibu kena sentuh bibir bayi dengan hujung puting hingga bayi membuka mulutnya. Biarkan dia membuka selebarnya mulutnya hingga sampai bagian besar areola (bahagian yg berwarna coklat). Areola inilah kawasan yang mengeluarkan susu. Pengeluaran air susu ibu merupakan fitrah manusia, sebenarnya semua tu datang dr mind set kita, kalau kita dah setkan awal-awal lagi nak bagi susu badan pada baby, insyallah, susu ibu tu akan ada dengan sendirinya.


2. Seterusnya ialah posisi-posisi yang dapat kita gunakan semasa menyusu bayi.
Dapatkan posisi yang membuat kita dan baby merasa selesa. Rapatkan badan baby dengan dada ibu dan muka bayi bertemu dengan payudara ibu. Mulut baby pula mesti berhampiran dengan puting, manakala kepala, leher dan belakang baby sepatutnya dalam keadaan lurus. Belakang badan ibu juga perlu tegak, jangan membongkok dan gunakan bantal untuk bersandar untuk memberi keselesaan kepada ibu.


3. Posisi dakapan ataupun posisi yang telah menjadi kegemaran kebanyakan para ibu. 
Posisi ini membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memutar kepalanya untuk menyusu. Kepala bayi berada di dalam dekapan anda, sokong belakang badan dan punggung bayi serta lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.





4. Posisi ‘football hold’, posisi ini sangat sesuai jika ibu baru pulih dari pembedahan ‘cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusui bayi premature atau bayi yang kecil ukurannya atau menyusui anak kembar pada waktu yang bersamaan. Sokong kepala bayi dengan tangan, gunakan bantal untuk menyokong belakang badan kita.



5. Posisi berbaring juga amat praktikal dan cuba posisi ini apabila anda dan baby merasa letih. Jika anda baru pulih dari pembedahan ‘Cesarean’ ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh praktikkan pada beberapa hari pertama. Sokong kepala anda dengan lengan dan sokong bayi anda dengan lengan atas.



6. Akhir sekali, sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan bagi mengelakkan bayi anda termuntah susu semula.Pelbagai cara boleh kita lakukan. Letakkan bayi di bahu anda.Gosok atau tepuk perlahan belakang badan baby. Sendawakan baby penting supaya susu tidak tersekat yang menyebabkan baby tercekit susu.

Monday, August 22, 2011

Petua - Anggur Hitam Boleh Hilangkan Penyakit Kuning / Juandice Pada Bayi



Jaundis merupakan keadaan yang kerap berlaku pada bayi baru lahir. Ia berlaku apabila paras bilirubin dalam darah melebihi paras normal. Bilirubin dihasilkan apabila sel-sel darah merah yang lama pecah. Bagi bayi baru lahir jaundis boleh diketegorikan kepada:
  1. Jaundis fisiologikal
  2. Jaundis patologikal
  3. Jaundis yang berpanjangan (prolonged jaundice)
Hampir semua bayi baru lahir akan kuning di hari ke-3. Itu sebabnya, seluruh bayi perlu diperiksa kadar bilirubin dalam darah pada hari itu. Normalnya, kadar bilirubin adalah 0-1 mcg. Namun, sampai hari ke-7, kadar bilirubin boleh mencecah sehingga 12 mcg.

Jaundis fisiologikal biasanya berlaku pada hari ke 3 atau ke 4 selepas lahir dan disebabkan sel-sel darah merah lama yang pecah dan keadaan hati yang belum cukup matang untuk megeluarkan bilirubin secara efektif dariapada badan.

Jaundis patologikal adalah disebabkan penyakit atau keadaan abnormal badan dan boleh berlaku pada hari pertama lagi.

Jaundis selepas bayi berumur 2 minggu adalah diketogorikan sebagai jaundis yang berpanjangan. Jaundis sebegini memerlukan ujian darah dan air kencing bagi memastikan punca kenapa bayi tersebut masih kuning selepas 2 minggu.

Rawatan Jaundis
Jika paras bilirubin agak tinggi maka rawatan fototerapi perlu bagi menurangkan jaundis pada bayi tersebut. Paras bilirubin yang terlampau tinggi boleh memberi kesan kepada otak bayi jika tidak menerima rawatan yang sewajarnya. Oleh kerana itu jika bayi yang baru lahir jika nampak kuning maka perlulah dibawa berjumpa doktor segera bagi memastikan tahap bilirubin dan menerima rawatan fototerapi jika perlu.

Sumber: Dr.Saiful 

ok. dah tau kan macam mana terjadinya juandis, meh kita tengok macam mana nak merawat juandis tu. Anak kami yang 1st memang langsung takde kuning, sikit pun takde kesan kuning, sampaikan nurse yang mai rumah pun tanya makan apa masa pregnant, anak dr pun ada kuning kata nurse tu. Tapi yang pastinya masa pregnant, aku memang tak sentuh langsung asam ataupun jeruk buah ker.

Anak kami yang 2nd dapat kuning, sebelum keluar wad pada hari ke-3 lagi dah ada kesan juandis. So, hari ke-4 tu kena bawa check kat klinik lagi la, bacaannya 11.5 mcg berbanding hari ke-3, 10.0 mcg jer. Memang susah hati la kami takut berlarutan jadinya. Hubby aku pun search google, ada hamba Allah ni guna anggur hitam untuk rawat anak dia dan petua ni orang putih yang amalkan.

Sebelum nak ke klinik hari ke-5 tu, hubby aku bagi 6 titis air anggur dari anggur segar tu la dalam mulut baby. dari malam tu lagi kami buat sebanyak 3 kali. Pagi hari ke-5 tu pi klinik lagi dan bacaan kuning jadi 5.0 mcg. Terkejut kami dengan hasilnya. Kalau bacaan mcg tu 5 kebawah tak perlu ke klinik dah. Kami teruskan bagi air anggur hitam tu sampai hari ke-8 sekadar langkah berjaga-jaga.

p/s: Kami guna anggur yang merah sket tu, susah nak cari anggur yang betol-betol hitam

Cara Masak Bubur Nasi Bayi


CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR:

1. Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur... gunakan sikit je air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali 2/3 jenis2 sayur/buah...

 

Jenis-jenis sayur yangg baby boleh makan: 

Bayam Hijau@Merah, Brocoli, Kentang, Carrot, Pumpkin, Avocado, Cauliflower, Apricot (blend dgn belender kering dulu), Cranberry

Jenis-jenis Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) :
Pear, Apple Merah, Pisang, Strawberry, Blueberry
 

Jenis-jenis Ikan yang boleh di makan (bagi anak makan ikan masa umur 8 bulan)
ikan salmon (mmg banyak khasiat), ikan yu, ikan kurau, Fillet ikan 


2. Bila sayur/buah dah lembut, blend kan asing2... boleh guna blender kering tu je. Cuma tambahkan sikit air sebab sayur/buah ni dah lembut dah.

3. Nasi banyak kabohidrat, so boleh tukar2 dengan oat or beras perang. Saya sarankan guna beras perang.. tak ade kanji.. baby pun senang nak poo-poo Setiap kali saya masak bubur saya mesti masukkan kurma or kismis.. bg rasa.. ikut Sunnah Nabi MUhammad s.a.w.


4. Mcm saya, sy masak sekali dgn nasi@oat.. biar rasa sedap skit...


5. Bg mommies yang nak buat asing untuk simpanan boleh bekukan asing2 dalam baby cubes atau dalam ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer.


CARA BUAT PUREE NASI/ BERAS PERANG /OAT:


1. Masak nasi mcm nak buat bubur. Air lebih dari biasa.. biar nasi tu sampai kembang. (untuk permulaan bg beras kosong, campur EBM ke.. up to mommies)


2. Bila perut baby dah boleh terima solid food, campur dengan vegetable (yang saya list kat atas, untuk permulaan, try satu2 bahan, jgn campur, cuba untuk seminggu.. tgk ade ape perubahan ke, takut perut dia tak leh terima)


3.Pada mommies yang nak antar kat pengasuh.. and mommies yg nak buat asing utk simpanan boleh bekukan asing2 dalam baby cubes atau dalam ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer... jagan beli yg murah.. takut karang kesan tak elok pada anak kita.. steam sayur satu2.. then blend n simpan dlm tpt beku, kalau nk guna.. kuarkan dulu.. and then masuk dalam slow cooker sekali dgn beras.. masak.. and then blend..


4. Masak lama skit pada mommies yg nk campur sekali bahan.. mcm saya dalam sekali masak.. jgn simpan lama2.. tak elok hilang khasiatnya.


5. Seeloknya2 masak bubur dalam slow cooker...tak adelah nk hangit ke or air kering ke


6. Nak simpan dalam freezer simpan dalam tupper kecik, and tagging... (tarikh dgn bahan2)


CARA BUAT PUREE IKAN/AYAM/DAGING


1. Stim/rebus ayam/ikan/daging smpai lembut...


2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk baby...


3. Bekukan sama mcm sayur/buah.


---- Bila nak guna panaskan dalam warmer, atau pun dalam slow cooker ataupun dalam microwave (microwave tak elok sgt, katenya penyebab barah)...

---- Bg mommies yang asingkan bahan, bila nak guna, cuma masukkan kiub2 puri nasi, sayur atau buah ni dlm periuk dan panaskan. Kalau nak panaskan dalam food warmer atau microwave pun boleh juga...:)


---- Senang bg mommies yg bekerja nak antar kat pengasuh pun senang...


---- Kalau tak nak baby cepat bosan.. campur la sayur2 tu, kentang dgn carrot ke, brocoli dgn kentang ke... pusing2 la... kalau nk tambah ikan bilis pun boleh... beli ikan bilis yang mahal skit... yg kurang garamnya... bakar dlm oven..blend dgn belnder kering.. dalam semggu tu.. 2 kali campur la dgn bubur...


Tempoh penyimpan: freezer storage ---


vegetables / fruits puree=6bln
fish = 10 weeks 
chicken =10 weeks
6bln puree's with milk 4-6 weeks
kalau campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok for baby..

Dgn cara bg asing2 mcm ni (x cmpur mcm2 masa awal2 perkenal solid food), ibu boleh tau anak alergic apa dan apa makanan yg diorang suka/tak suka...


Sumber : Blog Ainaz

 

Tips Dan Petua Untuk Banyakkan Susu Ibu

Bunga Melur
Bunga Melur 
Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi. 
Sumber: melur.com
Kacang Tanah
Kacang Tanah 
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. 
Sumber: henna96.wordpress.com
Cheese
Makanan Tinggi CLA Memperkayakan Kandungan Susu Ibu 

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

Sumber: [1] Foods High In Conjugated Linoleic Acids Can Enrich Breast Milk, ScienceDaily 28/08/208, [2] Conjugated linoleic acid - Wikipedia, the free encyclopedia


Jintan Hitam
Halba dan Jintan Hitam 


Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.

Lobak Putih
Lobak Putih Bagus untuk Ibu Menyusu

Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sup lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. 
Sumber: soupqueen.blogspot.com

Longan Kering
Air Longan Menambahkan Susu Badan

Ramai ibu menyusu memberikan testimoni yang positif tentang kesan air longan kering dalam menambahkan susu badan. Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

Pucuk Betik
Pucuk Betik Untuk Tambah Susu Badan

Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.


Daun Sirih
Menambah Susu Badan dengan Tuaman Daun Sirih 

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak. Biasanya bidan kampung selalu suggest petua guna daun sireh ni kerana daun sirih banyak kegunaannya.

Cekur Manis
Cekur Manis Banyakkan Susu Ibu 

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.Cara lainnya, daun cekur manis boleh di buat sayur masak lemak atau lain2 mengikut kesesuain.

Jantung Pisang

Jantung Pisang Menambahkan Susu Badan

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

Penyusuan Susu Ibu Dari Sudut Pandangan Islam


Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan penting dan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya.

Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu. Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun. Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas di sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu. Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambik alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu. 

Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak. 

Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah di galakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu. 

Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi. Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.

Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga mempertingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan asal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurngkan risiko barah buah dada dan ovari. .

info ini dipetik daripada laman web Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia

Gambar Artis-Artis Yang Pakai Tudung

Salam Ramadhan,

Dah makin ramai artis yang bertudung sekarang ni, Alhamdullilah, itu satu penghijrahan namanya, diharapkan semua tu perlakuan yang ikhlas dari hati dan bukannya satu budaya ikutan saja. Aku rasa tak salah kalau namanya artis tapi memakai tudung. Dah namanya artis tu orang Islam, maka wajib la dia memakai tudung.

Irma Hasmie, so sweet
Raja Farah dah tak nampak seksi apabila bertudung
Farah Diana Anuar
Penyanyi Nora, comelnya
Noraniza Idris

Agak mengejutkan juga Liza Hanim bertudung
Sheila Rusli
Catriona Rose cantik dan anggun

Cantik Aida Khalida bertudung