Friday, December 9, 2011

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Versi Temerloh

basuhkan ikan patin dengan gandum untuk buang bau hanyir ikan
Bahan-Bahan:

Seekor ikan patin.
1 cm kunyit hidup (ditumbuk halus)
6 biji bawang merah (ditumbuk halus)
2 ulas bawang putih
2 biji cili besar
10 biji cili api (ditumbuk halus)
3 s/b tempoyak (kalau nak pekat masukkan lebih)
1 biji timun/buah kundur muda (dipotong dadu)
10 tangkai daun kesum
3 batang bunga kantan (aku tak buh pun)
2 keping asam keping
4 cawan air (ikut kepekatan masing2)
garam secukup rasa
gula secukup rasa (kalau rasa terlalu pedas tambah gula sikit)

ni namanya daun kesum tapi orang utara panggil daun cenohon

rupa yang dah siap ikan patin masak tempoyak favourate hubby
Cara-Cara Membuatnya:

  1. Ikan dibersihkan dan Dibasuh dengan 3 sudu gandum untuk hilangkan hanyir ikan (seperti gambar di atas)
  2. Kunyit hidup, bawang merah, bawang putih, cili besar dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi (boleh juga dikisar bersama tempoyak)
  3. Masukkan kedalam periuk yang diletakkan air dan masukkan juga asam keping
  4. Letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukan bunga kantan, daun kesum dan timun.
  5. Perisakan dengan garam dan gula
makan dengan nasi putih memang best giler dan yang penting hubby aku suka sangat masakan ikan patin ni..nasib baik aku jenis boleh la buat kalo hubby nak makan apa2 pun.

No comments: