Saturday, December 24, 2011

Anak Didie Alias Bersama Ridzuan Hashim Dapat 8A PMR

Didie Alias bersama anak-anak beliau
 
Ibu mana yang tidak bangga kalau anak berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang. Begitu juga dengan seorang ibu yang dikenali sebagai pelakon dan pelawak, Didie Alias yang bangga dengan kejayaan anak ketiga beliau Nur Dinie Ridzuan, 15 kerana berjaya memperolehi 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan beliau menyifatkan ianya sebagai satu hadiah paling istimewa buat dirinya. 

Didie Alias berkata kejayaan anaknya dalam PMR yang diumumkan Khamis itu bagaikan pengubat kepada semua hasil penat lelahnya selama ini.

Beliau turut menyatakan, ketika nama Nur Dinie diumumkan di dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Indah, Ampang, Didie sendiri terkejut dan tidak percaya kerana hanya tiga orang sahaja yang diumumkan mendapat 8A.Tahniah buat Didie Alias kerana berjaya mendidik anak beliau dengan cemerlang sekali.

Didie berkata dia sentiasa memantau pembelajaran setiap anaknya biarpun sibuk dengan kerjaya dan beliau sentiasa memantau setiap perkembangan persekolahan dan prestasi akademik anaknya dari semasa ke semasa. Tambah beliau lagi, anaknya menumpukan perhatian sewaktu di sekolah selain mengikuti kelas tambahan di luar waktu sekolah.


Selain Nur Dinie, Didie juga mempunyai empat lagi cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya dengan pelakon Ridzuan Hashim iaitu Nur Dania, Muhammad Daniel dan Nur Diyana dan Nur Dayini.

No comments: