Monday, November 28, 2011

Resepi Beef Steak / Grilled Beef Steak with Black Pepper Sauce

makan beef steak memang sesuatu yang membangkitkan selera la kan.. tapi dia punya harganya sesuatu yang membebankan bagi orang2 biasa macam Kasih Salina ni.. beef steak sedap dimakan bersama2 dengan kentang putar, untuk resepi kentang putar klik SINI

Bahan2: 
4 keping daging Steak 
(aku biasa guna daging segar biasa jer..kat changlun ni mana nak dpt daging steak) 
4 sudu besar sos tiram
1 sudu  besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( nak bubuh lebih pun ok jer)
Sedikit madu (kalau suka & dah ada madu kat rumah)

* campurkan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk dan peraplah semalaman sebelum daging dibakar.

** Semasa membakar daging, renjiskan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak. (tapi aku hentam dengan mentega jer..)


Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam


Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos 
1 sudu besa sos cili
2 sudu sos tiram @ kicap lemak (untuk gelapkan kuah)
2 setengah cawan air rebusan tulang ayam/daging @ kiub ayam Knor
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis (guna mentega pun boleh)

Cara
1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu.
2. Masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan tomato sos, cili sos, lada hitam, sos tiram @ kicap dan tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
5. Lastly, masukkan garam n gula secukup rasa.


No comments: