Sunday, August 7, 2011

RESEPI CORNFLAKES MADU

Bagi aku inilah resepiyang paling mudah, cepat dan ringkas. Dulu-dulu memang aku suka buat biskut dan kek untuk raya, maklumlah anak perempuan sulung la katakan. Tapi sekarang ni semuannya aku malas nak membuatnya. Semua fikir nak beli jer dalam kepala otak tuhh.. Ni tengah mai angin nak kumpul-kumpul resepi la pulak.



RESEPI CORNFLAKES MADU
resepi : Chef Hanieliza

Bahan A
150 gm butter
90 gm gula kastor
5 s/b madu

Bahan B
150 gm cornflakes [ramaskan sikit]
100 gm bubble rice
100 gm badam cincang panggang

Hiasan:

Coklat cair
Coloring rice atau Coklat rice

Cara:

1. Panaskan bahan A sehingga butter cair.
2. Masukkan Bahan B dan gaulkan rata.
3. Sudukan dalam paper-cup kecil.
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 10-12 minit.
5. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat cair dan coloring rice/coklat rice.


No comments: