Sunday, August 14, 2011

Resepi Bubur Pedas Sarawak

Bubur Pedas Kredit gambar - Mycitycuisine

Resepi Bubur Pedas Sarawak

Bahan-bahan ( 4-5 orang ) 

4 sudu besar rempah bumbu
10-12 ekor udang basah saiz sederhana (dibuang kulit dan dibersihkan)
6 biji bawang merah (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
2-3 tangkai cili kering (direndam lembut, dibuang biji dan dikisar)
250 ml pati santan
1½ liter air
2-3 batang kacang panjang (dihiris kecil2)
2 biji kentang (dipotong dadu kecil)
1/2 biji keledek saiz kecil (dipotong dadu)
50 gm tau miu (sejenis sayur dan dihiris)
50 gm fo chu campuran (suun, bunga lily, fo chu kering, cendawan halus - direndam lembut dan dihiris)
2-3 batang jagung muda (dihiris)
sedikit daun kesum (diracik)
sehelai daun kunyit (diracik)
1 batang serai kecil (dihiris halus)
1 sudu besar udang kering
garam, gula dan minyak masak secukupnya
lain2 jika nk tambah : daun singkel, sayur lemiding, lobak merah dsb.


Cara-cara
  1. Mula2 sediakan bahan2 yg diperlukan(jgn ade yg tertinggal).
  2. Panaskan minyak(lbh krg 3-4 sudu besar) dgn api sederhana. Tumis bahan2 kisar dan udang kering hingga terbit bau. Kemudian masukkan rempah bumbu(dibancuh dgn sedikit air) dan kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang basah dan tumis lg hingga separuh masak. Kemudian masukkan air dan kacau rata2. Biarkan seketika hingga mendidih.
  4. Masukkan kentang dan keledek dan kacau. Biarkan selama 1-2 minit atau sehingga empuk. Kemudian masukkan sayur tau miu, jagung muda, serai, daun kunyit, daun kesum dan fo chu. Kacau perlahan dan barulah dimasukkan santan. Kacau lg(jika kuah agak pekat bolehlah ditambah sedikit air). Akhir sekali perasakan dgn garam dan sedikit gula.

Sumber: Myresepi

1 comment:

Cik Kuntum said...

Alolooloo teringin plak nak makan bubur pedas, even tinggal kat sarawak tapi rasa malas nak g bazar beli bubur pedas