Sunday, August 21, 2011

Kuih Nekbat Terengganu


Pada bulan Ramadhan, kuih nekbat ni merupakan salah satu makanan yang popular di Terengganu. Kuih ni agak manis, biasanya aku suka makan sejuk-sejuk. Masukkan dalam peti sejuk dulu baru makan. Syok oooo..kalau pekena time berbuka..Kalau dengar pada namanya hubby aku tergelak kuih ni mananya nekbat.
Kuih nekbat ni masa sebelum masak macam bahulu tu jer tapi saiznya lebih kecik dari bahulu la, rasanya tawar & keras kejong la, dah belum masak lagi kan. Kalau dah masak atau pun sira dengan air gula macam gambar kat atas tu lah, dah kembang jadinya.

Nak masakkan nekbat ni amatlah senang kerjanya, perlu ada cuma:
  1. Nekbat kering (nekbat yang belum masak tu lah)
  2. Gula & Air
  3. Daun pandan untuk lebih wangi dan sedap rasanya.
Cara-Cara:
  1. Panaskan air bersama gula dan daun pandan
  2. Bila air dah megelegak tu, masukkan nekbat dan biarkan selama 5 minit
  3. Angkat dan biarkan sejuk, baru masukkan dalam peti ais.

No comments: