Sunday, December 16, 2007

Melabuh Tirai 2007

Hari ni dah 16 December 2007.. Cepatnya masa berlalu.. Sedar tak sedar dah sampai ke penghujung tahun 2007.. Yang paling mengembiarakan dan kadang2 aku rasa melucukan jugak sebabnya tak lama lagi aku bakal menjadi mama.. Rasa macam tak percaya jer aku bakal menjadi mama.. Rasa macam budak2 jer lagi.. hehe..

Tahun 2007 & 2006 tak banyak bezanya.. Aku menghadapi suasana yang sama juga.. Pelbagai rintangan dan masalah yang timbul.. Yang paling membebankan ialah selepas kereta kami accident.. Sampai sekarang pun belum selesai lagi kes tu.. Tapi tanggungan hutang dengan bank kena bayar jugak.. Mana lagi nak bayar hutang masa belajar lagi.. Boleh pecah kepala kalau nak pikir semua tu..

Tapi nak buat macam mana kan.. Kehidupan mesti diteruskan.. Aku takkan mengalah dengan takdir dan takkan sama sekali menyerah kalah dengan masalah.. Kekadang tu aku pun tak tau datang dari mana kekuatan yang aku ada.. Walau apa pun.. Setiap manusia yang ada dimuka bumi ni ada masalah kan..

Macam2 cerita yang ada.. Awal bln Desember.. ofis aku ni dapat lah bos baru.. Entah lah.. Ada sedikit kepelikkan nya.. Memang la manusia tak semuanya sempurna.. Entah la.. Kekadang aku rasa dia ok jer.. Kekadang lak rasa macam tak ok jer..