Tuesday, October 30, 2007

Ramadhan & Syawal 2007

Dek kerana sibuknya di bulan Ramadhan, tak sempat nak menulis dalam blog ni.. Ye lah.. mana nak sempatnya.. nak meniaga lagi.. nak bekerja lagi.. semuanya nak kena buat.. semata2 nak cari duit lebih la ni.. Kata orang.. biar bekerja keras masa muda2 ni.. nanti tua2 bolehlah goyang kaki sikit.. hehe.. Ni gambar kenangan raya ke-5 di Kuantan.. Perjalanan dari Terengganu ke Kuantan ambik masa 3 jam la jugak.. kami tak rancang pun nak pi Negeri Pahang ni.. Masa raya ke-3 tu kami pi Kelantan.. rumah kawan2 aku dan kawan2 hubby aku la.. Kawan aku yang sorang ni keje kat Pekan.. So, kami teringin la nak ikut dia balik ke Pekan.. Ingatkan nak tido ler kat umah dia.. Ermmm.. Last2, plan jadi cam lain la plak.. mana tak nya tunggu kawan aku tu lambat sangat.. Kami pun tak kesah sangat.. sampai kat Kuantan jam 2.30ptg.. sampai2 tu terus jumpa kawan hubby aku.. dia pun duk kat Pekan gak.. Malas dah nak pi rumah dia.. so, plan jumpa kat Kuantan jer lah..
Ha.. Ni dia tunang kepada kawan hubby aku tu ler.. leh tahan gak lah.. Ni masa kat restoren ala2 Thai la kat Kuantan tu.. tapi jauh dari town sket lah.. Kami pun tak sangka gak dapat makan free ari tu.. Ye lah.. Kami saja jer nak pi jumpa kawan.. Tapi tak nak lah sampai menyusahkan kawan2 plak.. Memang rezeki kami la.. Kawan hubby aku ni belanja makan tengahari dan makan malam.. Kira pandai menghargai kawan la jugak.. Tapi takpe lah kan sekali sekala jer.. Lagi pun dia dah kerja dengan Petronas.. Kira ok lah tu belanja kekawan sekali sekala tu.. hihi..
Lepas makan tengahari.. lebih kurang jam 3.30 ptg.. Kawan hubby aku ni ajak kami pi Pantai Teluk Cempedak.. Perjalanan lebih kurang 20 minit dari bandar Kuantan tu.. Boleh tahan jugak pantainya.. Bersih dan cantik la.. lagipun tak jauh sangat dari bandar.. kalo pi lagi sekali teringin gak aku nak mandi kat Teluk Cempedak ni.. Souvenir pun ada di jual di sini..
Ni masa sampai kat Teluk Cempedak Beach (TCB).. Sempat lagi merakam ragam hubby aku dan kawan dia ni.. Hubby aku punya style sekarang ni.. Apa2 jer semuanya nak colour hitam.. Semuanya dia nak match dengan colour kereta dia..

Ni salah sebuah kedai souvenir yang kami masuk..
Ni pulak kenangan kami berdua.. sempat lagi merakam kenangan sebelum perut aku membesar lepas ni.. Jadi pi Kuantan ni pun.. aku punya hal lah.. aku cakap gan hubby aku nak pi berjalan puas2 dulu sebelum aku beranak.. hehe.. Macam la tak puas2 berjalan dah hampir 4 tahun hidup berdua jer..