Saturday, August 25, 2007

Entahlah....

Apa yang aku nak tulis ni ye.. sebenarnya aku tengah bosan ni.. tak tahu nak buat apa daaa.. entahlah.. sejak akhir2 ni.. lepas kereta aku x-cident aku jadi macam tak siuman jerrrr.. hehe.. bukannya giler lah.. tapi.. entahlah.. aku rasa macam emosi aku tak stabil jer.. biasanya emosi aku jadi tak stabil bila nak datang dot2 jer.. ni aku rasa macam nak marah, sedih, sakit hati, dan bosan.. kadang2 aku rasa aku tak tahu yang aku nak apa sebenarnya.. mungkin aku tak boleh nak hadapi suasana yang sunyi.. kalo sunyi2 macam ni biasanya aku selalu teringat dengan kawan2 lama aku.. rindunya dengan dewi, lela, biey, umi, aya, kak ja & kak niza.. nilah nama kawan2 aku yang paling rapat masa sekolah dulu.. sekarang ni nak jumpa pun susah.. kalo dapat jumpa pun masa raya ajelah.. itupun kalo aku beraya di Terengganu.. kalo beraya di umah hubby aku pendek kata.. duk umah jer lah.. ishhhhh.. seronoknya kalo teringat zaman sekolah dulu2.. bebasnya aku rasa idup dengan kawan2 aku.. kawan2 aku ni memang satu kepala dengan aku.. kalo ujung minggu tu tak sah kalo kami tak keluar jalan2.. tapi aku susah sket kalo nak keluar.. sebelum keluar umah tu kena beres semua kerja2 rumah.. kalo tak kena beleter lah dengan mak aku tu.. kenapa ye aku selalu jer rasa bosan.. mungkin aku belum ada bebi lagi kot.. manalah tak rasa sunyinya.. dahlah umah family jauh sangat.. teringin gak ujung2 minggu macam ni nak balik umah family.. sape2 yang tinggal dekat dengan family dia mesti beruntung kan.. tak lama lagi dah nak puasa.. ishhhhh2... lagilah bertambah rindu dengan kawan2 & family kat kampung.. dah 6 bulan rasanya aku tak balik kampung.. tapi nak buat macam mana.. aku kena ikut jadual hubby aku lah.. bila dah berkahwin ni susah untuk buat keputusan sendiri.. sejak akhir2 ni aku pun risau jugak dengan diri aku ni.. aku selalu tetiba jer jadi gelisah & risau.. jantung aku tiba2 jer jadi kuat berdenyut.. mungkin aku terlalu banyak berfikir kot.. mana taknya jadi macam tu.. lagipun akhir2 ni aku selalu risau dan selalu pikir masalah adik bongsu aku yang tak nak pergi ke sekolah.. aku pun tak tahu lah nak buat macam mana dengan budak sorang tu.. dahlah 3-5 september 2007 ni nak ambik UPSR.. mananya aku tak risau.. masalahnya aku duduk jauh sangat.. kalo bercakap dalam telefon pun bukannya dia nak dengar cakap aku.. aku ada jugak rasa nak marah dengan mak aku ni.. macam mana dia sebagai ibu tak boleh nak pujuk adik aku ni.. adik aku ni dahlah jenis keras kepala macam kakak dia lah.. tapi kakak dia takpe pandai idup berdikari..

Monday, August 6, 2007

Trip Cameron Highlands (4-7 Julai 2007)


Sejuknyaaa... mana tak sejuknya kalau dah sampai kat Cameron Highlands jam 6 pagi.. Kali ni pergi Cameron bawa group Pusat Pembangunan Eksekutif (PPE).. seronok jugak pergi ramai2 ni.. kami bertolak jam 10 malam pada 4 julai 2007.. dalam perjalanan tu banyak tempat singgah untuk ambik peserta yang lain.. kalau ikutkan aku tak suka sangat bertolak waktu malam sebab akan sampai awal dan bukannya boleh check-in hotel awal pun.. menghabiskan masa adalah.. Tapi nak buat macam mana.. customer punya pasal kena ikut jugak ler..
Aku pergi kali ni bawa hubby aku sama.. tapi gambarnya sikit jer yang dapat ambik.. mana taknya dia malas nak ikut kami jalan2.. Sampai awal pagi tu kami solat subuh dan sarapan pagi la dulu kat Berinchang..
Huhhh.. sejuknya memang tak terkatalah pagi tu.. tapi bila dah tengahari.. hampehhhh.. lepas sarapan pagi kami ke Bharat Tea untuk menghirup udara segar di kawasan ladang teh ni.. masuknya percuma jer.. sempat lah juga aku beli Tshirt Cameron Highlands untuk aku dan teh untuk kawan2 aku kat pejabat tu..
Selepas ke Bharat Tea, kami pergi ke Ladang MARDI yang mana tiket masuknya RM 3 untuk dewasa dan RM 1.50 untuk kanak2 dan pelajar sekolah.. Tapi kami masuk pada hari tu cuma kena bayar RM 40 untuk 40 orang.. aku cakap dengan pekerja kat situ kami rombongan dari universiti, kena bagi diskaun ler.. Semua peserta bersetuju untuk masuk dengan bayaran RM 1 seorang.. tapi sebenarnya ramai yang tidak berpuashati sebab dikenakan bayaran masuk.. bagi aku memang patut pun dikenakan bayaran masuk.. mana ada semua benda free dalam dunianya.. Lagi pun MARDI buat penyelidikkan untuk kemajuan dan pembangunan bangsa dan negara kita juga.. bayaran tiket masuk tu sebahagian daripada sumbangan dan sokongan kita terhadap kerja2 penyelidikkan yang dilakukan oleh MARDI..
Kat ladang MARDI ni ada pelbagai tanaman termasuklah pokok buah-buahan seperti buah anggur, strawbery & epal, pokok bunga seperti bunga ros dan bunga matahari.. selain tu terdapat jugak tanaman sayur sayuran seperti tomato & kobis. Ramai jugak yang pakat duk beli strawbery kat sini.. paling aku geram dan seronok sangat2 ialah bila tengok bunga ros ni.. mana dapat tengok bunga ros besar2 macam ni.. kalau nak tengok bunga ros banyak2 lagi.. boleh pergi ke Rose Valey.. bayaran masuk dikenakan.. hari tu kami tak sempat nak pergi.. dapat tengok yang ini pun dah memadailah..

Haa.. ni pulak gambar aku dengan budak Thailand yang tinggal dekat dengan rumah kami.. Dia ni tengah praktikum kat PPE.. Lepas melawat ke ladang MARDI ni kami terus check-in di Iris House Hotel.. jam 12.30 tgh pulak kami turun makan tengahari di Norani Chalet.. dekat jer dengan hotel yang kami menginap tu.. susah jugak aku nak cari orang yang buat catering kat sana.. nasib baiklah ada Hj. Ramli (Noraini Chalet) yang tolong carikan catering untuk aku.. menunya memang menyelerakan.. pihak catering tu cuma kenakan harga RM 8 seorang untuk makan tengahari.. nasib baik la aku dapat harga yang pelanggan aku nak.. banyak tempat juga aku telefon.. semuanya bagi harga RM 10 keatas.. pakcik catering tu datang lambat sikit pada hari pertama tu.. hari tu dia banyak ambik tempahan.. tapi biasalah pelanggan dia nak cepat..tepat.. aku dah lali dengan2 benda macam ni.. kalo sanggup keje macam ni kenalah belajar tebal2 kan muka..















































Saturday, August 4, 2007

Airport Kuching - LCCT

Ni masa kat airport Kuching untuk penerbangan balik ke KL.. nasib baik kali ni tak tertinggal flight ye.. flight kami jam 9.30 mlm dari Kuching.. tapi jam 6.30 ptg masih sempat lagi nak shopping kat main baazar.. rasa macam banyak lagi barang2 yang nak kena beli.. maklumlah orang balik kampung setahun sekali kan.. apa nak buat.. sedihnya rasa nak tinggalkan bumi kenyalang ni.. seminggu ada kat sana memang rasa tak puas dan tak sempat nak jalan2 serta membeli-belah.. dalam pada sibuk membeli stok barang nak meniaga, hubby aku sempat lagi pilih baju yang kami pakai sedondon ni lah.. cantikkan baju ni.. memang susah nak cari corak macam ni.. bila dah pakai kat sini ramai pulak yang berkenan.. siap nak pesan lagi lain kali kalau kami balik sana..

dah nak balik pun sempat lagi nak bergambar.. nasib baik pergi mana2 pun kami sentiasa bawa tripod..


aku hairan jugak dengan airport kuching ni.. pasal apalah guna lampu warna kuning ni.. buat sakit mata orang ramai jer.. negeri yang banyak minyak pun takkan nak jimat elektrik kot.. ahaaaa.. jangan marah orang Sarawak yeee..

hehee.. ni apa entah penyakitnya dengan mamat enchem ni nak bergambar dalam fligh air asia pulak kali ni.. buang tebiat lah agaknya yee.. kalo Danish Ramada takper gak ler.. hahaaa.. ker Pepper Denis..






jam 2.30 pagi pada 28 jun 2007.. mata pun dah megantuk giler.. perut pun lapar.. mana taknya tunggu Asian Kitchen ni bukak.. aduiiii.. penatnya rasa.. ni lagi satu hal.. dahlah flight air asia satu jer ke Kedah.. airport Langkawi punya pasal lah ni..


waktu ni pulak jam 6 pagi.. sempat lagi mamat ni pergi beli burger & bubur ayam kat Mc. Donalds.. Burger tu semestinya untuk dia dan bubur tu untuk wife dialah.. walaupun mata masih megantuk tapi perut dah lapar.. makan je lah apa yang ada..






emmmmmm.. sedapnya bubur ayam tu.. terliur la pulak.. tapi aku tak minat makan kat Mc. Donalds.. entah apa ke jenis burger entah.. kalo bubur ayam tu.. huhu.. kat mana2 jer lah aku leh makan.. sedaaappppp..

Friday, August 3, 2007

Sarawak Culture Village, Santubung


27 Jun 2007 aku ada temujanji untuk melawat ke Sarawak Culture Village (SCV) ataupun Kampung Budaya Sarawak.. kali ni aku pergi untuk mendapatkan keterangan pakej Homestay (Pakej Berambeh di SCV - bermaksud pakej penginapan untuk bermalam di SCV).. untuk pakej ini tetamu akan akan merasai sendiri cara hidup etnik2 yang ada di sarawak seperti kaum Iban, Bidayuh, Penan, Orang Ulu, dan juga masyarakat Melayu serta masyarakat Cina.. Di sini para pengunjung akan melihat replika rumah2 etnik tersebut yang mana setiap rumah akan ada pekerja SCV yang akan meyambut tetamu yang datang dan memberi keterangan berkenaan rumah2 dan kehidupan masyarakat etnik2 tersebut..
Inilah tiket masuk (pasport) ke Sarawak Culture Village (SCV) .. pasport ni bolehlah buat kenangan.. setiap kali tetamu masuk ke rumah2 etnik tersebut pasport ini akan dicop.. Harga tiket masuk berbeza untuk orang Semenanjung dan orang Sarawak Sendiri.. Untuk orang Semenanjung harga tiket masuk RM 60 (dewasa) dan RM 30 (kanak2 - 6 hingga 12 thn).. SCV ni dibuka setiap hari bermula jam 9pg - 5.15 ptg.. Sedikit info di sini kalo sesiapa yang merminat untuk masuk ke SCV ni bolehlah hubungi mana2 travel agent untuk mendapatkan diskaun bagi tiket masuk ni..
Ni pulak masa makan tengahari kat Restaurant Budaya di SCV nilah.. haha.. perut rasa lapar giler dah.. mana ke taknya jam 2.30 ptg baru nak makan.. makanan kat sini best2 gak.. salah satu favourite aku ialah laksa sarawak.. sori lah yer lupa la pulak nak ambik gambo laksa tu.. tapi kalau mak mertua aku buat lagi sedap.. tapi aku pun pandai la jugak nak buatnye tu.. beli jer perencahnya kat sana.. balik mai sini masak ajer lerrrrr...


Kali ni aku ambil set berharga RM 12/set.. kalo tak silap aku lah.. kalo tersilap info tu maaflah ye kepada pihak SCV.. menu yang aku makan ni ada nasi putih, ayam pansuh, asam pedas, satu lagi tu aku lupalah apa dia.. harga tu dah termasuk air..







Menu yang hubby aku makan pulak nasi ayam.. huhhhh.. sedappppppp.. pendek kata tak rugilah kalo sape2 yang nak mencuba tu yer.. yang mamat ni punya menu aku tak ingatlah berapa harganya.. aku main hentam jer dah lapo sangat.. tak sempat nak tengok2 harga untuk lain2 menu..

Ini Usu Awi yang bertambah2 sihat dengan hubby aku.. Usu ni boleh dikatakan orang kuat gak lah kat SCV ni.. Tapi gi umah Usu ni aku seronok lah.. coz dia pandai masak.. dia masak simple2 jer tapi rasanya.. huuulamakkkkk.. memang sedapppppp.. biasanya Usu ni lah orang yang sibuk2 kat dapur nak masak.. heheee.. cam hubby akulah.. ke mana tumpahnya kuah kalo tak ke nasi kan.. kalo hubby aku dia suka duk kat dapur wat persiapan kalo kawan2 datang umah.. tapi kalo kawan aku yang datang bertandang.. raya lah aku jadi kaki bersembang..


dah kenyang malas lah pulak nak berjalannya.. ni tengah tunggu mamat yang nak bawa aku tengok bilik bagi pakej berambeh(bermalam) di SCV ni.. kalo ikutkan ati aku nak ajak hubby aku balik dah.. mana taknya.. penat sangat aku rasa..
ni satu lagi halnya.. kalo sape nak pergi ke SCV ni janganlah pakai seliper yang macam aku pakai ni.. buat sakit nyawa jer.. aku lupa nak bawa kasut.. kalo nak berjalan dari rumah ke rumah di kawasan ni kena lalu jalan yang dibuat dengan kayu macam titi tu lah.. nampak tu.. kayu2 yang disusun tu tak rapat2.. kalo sape2 yang pakai kasut yang ada tumit tinggi tu mestilah terlekat tumit kasut kat celah2 papan tu..
tengok tu.. mana tak penatnya kalo asyik tarik seliper jer.. akhirnya aku jalan kaki ayam jer.. nasib baiklah tak ramai orang sangat kalo waktu petang macamni.. nak masuk ke sini lebih baik waktu pagi sebab setiap rumah yang kita melawat akan disambut mesra oleh pekerja kat sini.. tapi kalo pergi petang selepas jam 3.00 ptg tu tetamu tidak akan disambut.. ini disebabkan pekerja2 yang sama akan membuat persediaan untuk persembahan kebudayaan jam 3.30ptg..






















Berlatarbelakang kan rumah Orang Ulu.. sori ye kekawan aku malas dah nak masuk dalam umanh tu.. aku tak larat sangat2 dah.. rumah ni lebih kurang macam umah orang Iban jugak lah..




















Pergi kali ni sempatlah aku merasa meniti di atas titi buluh ni.. teringin la jugak nak merasa berjalan atas titi ni.. xde apa yang istimewanya.. cuma aku teringin nak mencuba jer..

haha... ni hubby aku benggang gak gan aku ni.. dia terpaksalah ikut aku sekali meniti atas titi ni..


























Tengah kusyuk dengar penerangan dari staf SCV (berkaitan dengan info untuk kerja aku)..














Ni salah satu aktiviti kaum Iban iaitu menenun kain Pua Kumbu.. pada asalnya kegunaan kain pua kumbu ni adalah untuk upacara keraiaan ataupun untuk sambutan upacara2 tertentu oleh kaum Iban.. tapi sekarang ni Kain Pua Kumbu ni dijadiakan sebagai produk kraftangan dan dikomersilkan sampaikan orang semenanjung pun tergila2 kan produk ni.. Kain Pua Kumbu ni cantik dan elok kalo di buat alas meja ataupun dibuat perhiasan di dinding di gantung dengan menggunakan kayu yang diukir dengan motif sarawak..














Penatnya rasa kaki aku kena ikut mamat ni.. dahlah dia berjalan cepat sangat..