Tuesday, October 14, 2014

Penginapan di Cameron Highlands - Nova Highlands Resort and Residence


Bercuti di Tanah Tinggi Cameron
Hari Pertama
9-11 Oktober 2014

Nova Highlands Resort and Residence
Sesudah menikmati makanan tengahari yang biasa-biasa aje berdekatan Time Tunnel Museum, kami terus ke Resort penginapan kami iaitu Nova Highlands Resort and Residence. Resort ini masih baru lagi (kurang 5 bulan) dan belum siap sepenuhnya khusus di bahagian The Square Shopping Arcade. 


Bilik yang kami pilih ialah 1 Bedroom Suite Twin Bed dengan kos untuk 2 malam ialah RM378 sahaja. Biliknya sangat luas, mempunyai 1 ruang tamu dengan L-Shape sofa untuk 3 seater, balkoni yang menghadap ladang sayuran dan lereng bukit. Kelihatan Copthorne Hotel dari jauh di puncak bukit tertinggi di sini. Sangat mendamaikan. Suhu pada petang itu sekitar 24'C. Mempunyai kitchenette dan lain-lain adalah sama seperti kelengkapan di hotel bertaraf 3 bintang.


Info:
Nova Highlands Resort and Residence 
Tel: 05 - 496 8806/ 8805
Jalan Aranda Nova, Brinchang, Cameron Highlands - Berdekatan Kea Farm, Butterfly Farm, Vegetable Market, Strawberry Farms.
Wifi percuma

Terdapat sebuah cafe iaitu Cili Hijau di aras B1 beroperasi setiap hari dari jam 7.00 pagi - 7.00 petang. Kos makan pagi dan tengahari sangat berpatutan dan puas hati.

Old Town White Coffee pula di aras 1, beroperasi setiap hari dari jam 9.00 pagi - 12.00 tengah malam.
Kedua-duanya telah kami cuba kerana tidak perlu berjalan jauh untuk sarapan pagi dan makan tengah hari.

Percutian Cameron Highlands


Bercuti di Tanah Tinggi Cameron
Hari Pertama
9-11 Oktober 2014

Ladang Teh BOH, Bharat Tea
Pada 9 Oktober 2014 yang lalu, kami sepakat untuk berehat dan bercuti di Cameron Highlands selama 3 hari 2 malam. Jarak perjalanan jika menggunakan lebuhraya PLUS dari Changlun ke tanah tinggi terkenal itu (melalui Simpang Pulai) ialah 400km. Kami mengambil masa 5 jam perjalanan termasuk 1 jam berhenti rehat di Hentian R&R Gunung Semanggol di Taiping, Perak.

Perjalanan kami bermula seawal 4.15 pagi dan tiba di destinasi pertama iaitu pekan Brinchang jam 9.15 pagi untuk mengisi minyak petrol dan berehat. Suhu pada ketika ini lebih kurang 20'C dan hujan renyai. Destinasi kami pagi itu seterusnya ke Ladang Teh BOH, Bharat Tea yang terletak lebih kurang 5km dari pekan Brinchang iaitu 8-10 minit perjalanan untuk menikmati keindahan ladang teh Bharat.

Fakta:
Ladang Teh BOH, Bharat Tea - sejak 1933 
Pengeluar teh ke-2 terbesar di Cameron Highlands
Ladang di Tanah Rata dan Tringkap
Masuk percuma - sehingga ke ladang teh

Selepas puas menikmati keindahan ladang teh Bharat bersama-sama anak yang kepenatan dan kesejukan, kami singgah makan tengahari lebih awal di sebuah kedai makan biasa berdekatan Time Tunnel Museum dan membeli sedikit cenderahati dan alat permainan kanak-kanak sekali (huh...).

Time Tunnel Museum
Apabila masing-masing kepenatan, maka kami tak singgah pun di Time Tunnel ni yang memaparkan koleksi peribadi See Kok Shan berkenaan warisan budaya dan barangan lama serta antik untuk tatapan umum.

Time Tunnel:
Tiket masuk (Dewasa) - RM5.00
Tiket masuk (Kanak-kanak) - RM3.00



Tuesday, October 7, 2014

Harga Lembu Korban Satu Bahagian


 
Gambar sebenar ketika suamiku menunggu lembu untuk korban

Ramai yang bertanyakan, berapakah harga satu bahagian (daripada 7 bahagian) lembu untuk ibadah korban.

Fakta:
Lembu RM550 setiap 1 bahagian (untuk Qurban/ Aqiqah).
Tahun lepas (2014), cuma RM450/ bahagian (wah naik mendadak yer...)
Lokasi untuk harga sebegini: Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah dan Kampung Tradisi, Chnaglun.

Lain-lain kawasan di Kedah, saya jangkakan harga adalah sama atau tak jauh berbeza.


Monday, October 6, 2014

Raya Korban



Aidil Adha pertama, hujan lebat dan berhenti sekejap-sekejap.
Alhamdulillah pada jam 12 tengahari menerima bahagian Aqiqah kami untuk majlis pada petang hari.

Aidil Adha ke-2 di Kedah agak panas sehingga ke petang, akhirnya malam hari kehujanan.
Trafik juga semakin sibuk, dengan kedudukan kawasan kami adalah jalan utama Utara-Selatan termasuklah bg yg bercuti di negara jiran.

Apapun, selamat jalan dan berhati-hati ketika memandu dan meletakkan kenderaan :)

Saturday, October 4, 2014

Pasaraya CMart Paling Murah di Malaysia


Beli buat stok 6 bulan...
Untuk jamu tetamu lebih afdal bila jatuh murah...
CMart ada di pekan Changlun pada mulanya. Sebelum merebak ke lokasi lain seperti CMart Jitra, CMart Arau, CMart Premium Sg. Petani dan CMart Kulim. Sejak beroperasi pada tahun 2005, bagi aku CMart adalah pasaraya yg paling murah di Malaysia kalau tidak di Asia Tenggara.

Nama CMart tak semayshur jenama pasaraya terkemuka tetapi CMart adalah umpama UNTOLD STORY bahkan peneraju harga barang murah sebenar melampaui kedai 1Malaysia. Lebih jauh meninggalkan pasaraya tersohor yg lain seperti GIANT, TESCO dan PACIFIC atau THE STORE (hanya mengambil kira persaingan di kawasan setempat), jika mengambil kira faktor harga barang runcit sahaja dan sesetengah barang basah.

Bandingkan harga di Kedai 1Malaysia dengan CMart dulu baru tahu...

Saya bagi perumpamaan begini. Bayangkan, jika EMPAT PASARAYA pesaing yang saya sebutkan di atas tadi membuat juala promo pada harga diskaun (kononnya), tetapi jika anda bandingkan harga di pasaraya CMart, sebenarnya harga barang di CMart sudah jual semurah itu TANPA PROMO. Kalau PROMO lagi lah murah...

Moral of the UNTOLD STORY, jika singgah di Pekan Changlun, Arau, Sungai Petani, Kulim dan Jitra maka jangan lupa singgah ke pasaraya CMart dan lihatlah harga setin Sardin King Cup bersaiz besar. Itu sudah memadai.

Kashif kegirangan bila harga barang murah walaupun petrol RON95 naik

Thursday, October 2, 2014

Musim Cuti Perayaan Bermula




Mood bercuti dah nak bermula, bagi warga d negeri Kedah dan lain-lain negeri yang hari bekerjanya setakat hari Khamis, maka bermulalah kembali mood perayaan, mood berbelanja dan mood bercuti sambil berehat-rehat di hujung minggu.

Bagi negeri2 lain, mungkin ada yg dah mula ambik cuti awal sehari, bagi melengkapkan cuti Aidil Adha yg bakal di sambut oleh semua Muslimin dan Muslimat di seluruh Malaysia pada Ahad ini.

Apapun perancangan kita semua. Salam percutian daripada blog yg dah bersawang 7 bulan lamanya...


Saturday, February 15, 2014

Miami Beach


Gambar & cerita 2-4 Januari 2014 baru ni. Miami Beach ni merupakan private beach bagi Hydro Hotel. Ni first time aku dengar Miami Beach ni..Lokasinya berdekatan dengan Feringghi Beach.

Sebelum bermula sesi persekolahan 2014 kami menginap 3/2 malam di Hydro Hotel Penang. Booking melalui agoda.com. Harga Hydro Hotel melalui website agoda sangat la murah berbanding wakl-in. 

Kakak memang awal-awal lagi dah cakap nak hotel ada pantai & swimming pool. Kalau tak silap aku, di Hydro Hotel Penang ni lah yang ada pengambaran drama Mr. Arrogant. 

Cuma susah skit la nak ke private beach ni kena naik jejantas dulu..lelah kami rasa nak turun naik tangga jejantas tu..

Puas hati sangat-sangat la sebab anak-anak happy boleh main air & pasir.








Wednesday, February 12, 2014

Geram Aku Tengok Gambar Kayla Elayna Anak Apek & Leuniey



Gambar Kayla Elayna Anak Khairul Fahmi & Leuniey


aloloooo...geram seribu kali geram aku rasa..comel sungguh baby Kayla Elayna ni, anak Khairul Fahmi & Leuniey Natasha..dan bertuah sungguh baru berusia 6 hari dah buat photoshoot untuk kenangan besar nanti yer..

Puji la sikap Khairul Fahmi & Leuniey Natasha yang tak kedekut nak kongsi gambar Kayla Elayna dengan peminat.. Tapi ada juga yang kecam. Rasanya tak salah nak kongsi gambar anak & famili. 

 Besar nanti mesti come lote ore kelate kato deh...

Bila tengok baby camni terus rasa cam nak pregnant lagi jer..haha.. (cakap dalam hati jer la) nanti mr. hubby mesti kata ada anak 2 orang pun dah bising-bising & pening kepala.

Tengok la tu baby dalam pantang mesti kerjanya tido jer..pastu nangis bila dah lapar & rasa rimas dengan diapers dia..Tapi berbaloi la kalau bayar ribu riban pun untuk photoshoot camni jika berkemampuan & rasa berbaloi bila mana menggunakan kepakaran mereka yang arif dalam dunia fotografi.

Bagi yang tengah pregnant sekarang ni, tunggu apa lagi jika nak moment anak secomel macam Kayla Elayna ni, cer tanya khidmat The Photolicious ni.







Monday, February 10, 2014

Chef Wan Kata 'Nasi Lemak Telanjang' dan Malaysia Airlines Kata Apa Plak

Malaysia Airlines jawab kritikan 'nasi lemak telanjang' Chef Wan

 Bagi pendapat peribadi aku memang patut Chef Wan kata 'Nasi Lemak Telanjang' walaupun agak kasar bunyi kenyataan tersebut. 

Dalam penerbangan antarabangsa, Malaysia Airlines sepatutnya kena bagi extra terbaik sebab nasi lemak juga melambangkan identiti rakyat Malaysia untuk sarapan. Kalau kita makan kat rumah pun aku rasa macam tak lengkap kalau takde bilis, telur, timun, sambal & kacang (ada yang tak suka). Malah, siap ada ayam goreng berempah lagi untuk melengkapkan hidangan.

Pada 29 Januari lalu, Chef Wan telah memuatnaik gambar nasi lemak yang dihidangkan di kelas ekonomi Malaysia Airlines yang mana Chef Wan menganggap nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi sebagai 'telanjang'. 
 
Gambar yang dimuatkan di akaun Instagram turut menerima pelbagai reaksi di media sosial. 

Dalam kenyataan Malaysia Airlines kepada Astro AWANI, syarikat penerbangan nasional itu akan terus mempertingkat mutu makanan mereka. 

"Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok. 

"Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami," kata Malaysia Airlines.

Kalau Chef Wan tak ambil kisah pasal nasi lemak telanjang tu, gamaknya sampai ke sudah MAS buat tak kisah.



Komennya seperti yang tertera dalam akaun Instagrammya tertulis:
I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilik nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. Kita orang Malaysia sudah pasti la tahun akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey....what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm " Telanjang la" Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?

"Hidangan nasi lemak ini memeranjatkan... ia seperti penerbangan nasional tidak mengambil peduli tentang hidangan sarapan pagi yang kita banggakan dan ia disajikan di dalam penerbangan antarabangsa tanpa timun dan kacang serta ikan bilis. Nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini," tulis Chef Wan dalam Instagram beliau.

 
 Sumber: Astro Awani

 

Sunday, February 9, 2014

Nasi Kandar Line Clear



 Nasi Kandar Line Clear

Ini cerita 2 Februari 2014 yang lepas baru aku nak tulis. Kalau pi Penang memang tak sah lah kalau tak pekena nasi kandaq ka..pesemboq ka..mee udang ka.. sup mamak ka.. Ini kali memang kami dah plan supaya bertolak awal & sampai awal sebab nak pekena
 Nasi Kandar Line Clear ni. Biasanya kalau pergi time tak kena & line tak clear. 

Masa bercuti memang aku & hubby keje fikir nak makan jer..tu la menyebabkan aku tak kurus sebab makan banyak.. huhuuu.. Menu pilihan aku kat Nasi Kandar Line Clear ni nasi beriyani, ayam & telur ikan.. paling best aku suka makan telur ikan.. Harga kalau tak silap aku RM 8 lebih jer..